Khamis, 11 Ogos 2011

OCD - Cadangan Perincian Pengaplikasian 4

Menghayati Rasa Tawakkal

Dari siri OCD - Cadangan Perincian Pengaplikasian 1-3, kita telah meneliti dan memahami konsep husnuzzon, dan memisahkan antara perkara yang TIDAK dinginkan dengan YANG DINGINKAN. Seterusnya menulis apakah matlamat sebenar yang kita inginkan secara terperinci. Kemudian kita telah membuat permintaan kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pengasih dengan bersungguh-sungguh dan seterusnya melakukan affirmasi.

Apa yang perlu diyakini sekarang ialah MEMAHAMI apakah status dan situasi anda kini.

Saya cuma ingin menyertakan satu sahaja dari Firman Allah tentang kekuatan dan tuntutan berdoa kepadaNya:

Maksud ayat:

Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina
(Surah Al-Ghafir:60)

Sebagai orang Islam yang wajib mempercayai rukun iman, kita perlu menyedari bahawa rukun iman yang ke 3 ialah percaya kepada kitab Allah. Dalam konteks ini, Al-Qur'an. Maka dengan ini, tidak boleh tidak, tanpa apa pengecualian pun, kita wajib percaya dengan jaminan yang telah Allah berikan melalui ayat yang disebutkan diatas tadi, iaitu doa kita telah pun dimakbulkan oleh Allah sebaik sahaja setelah anda berdoa/ membuat permintaan maka:

Anda kini dalam proses untuk menerima hasil permintaan anda tadi.

Inilah proses yang dipanggil : The Receiving Steps (jika anda pernah membaca The Secret atau Buku-buku tentang Law of Attraction oleh pengamal barat)

Maksud Firman Allah:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya.
Dan memberi rezeki kepadanya dari sumber yang tidak disangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(QS At-Talaq : 2-3)

Untuk menghayati rasa tawakkal ini, saya ingin bertanya, apakah perasaan anda setelah anda tahu bahawa permintaan anda telah/sedang dimakbulkan?

Anda sepatutnya berasa gembira dan mampu tersenyum. Seterusnya mengucapkan kesyukuran dan terimakasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.

Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini, sila klik: LINK

Saya ingin menekankan disini, jika kita tidak mahu mewujudkan rasa gembira dan syukur dalam diri kita diatas kesembuhan diri kita, ini bermakna kita tidak menghayati dengan betul usaha kita ini. Sekali lagi saya ingin tekankan bahawa:

Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
Anaa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunn bii ma syaa-a

Ertinya:
Aku akan bersama (mengikutkan) sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah dia berprasangka dengan apa yang dia inginkan

(Hadis Qudsi Riwayat Tabbrani dan Al Hakam)

Maka berikan persangkaan bahawa doa anda telah dimakbulkan; atas sandaran apa? atas sandaran Firman-firman Allah antaranya seperti yang disertakan diatas tadi didalam surah Al Ghaffir ayat 60, atau pun ayat-ayat lain yang terdapat banyak saya catatkan didalam blog ini.

Lawan rasa putus asa atau rasa negatif anda dengan melakukan Affirmasi. Pengamal-pengamal Hukum Tarikan dibarat (bukan islam) mengucapkan affirmasi mereka lebih dari 200 kali sehari.

Sebagai contoh: Kita telah berdoa memohon diberikan kesembuhan atas penyakit OCD, maka setelah kita memohon pada Allah, dan Allah telah berfirman bahawa setiap doa itu pasti dimakbulkan, maka permintaan anda telah makbul, maka adalah TEPAT dan WAJAR untuk kita mengucapkan Affirmasi:

"Aku kini telah sembuh" atau "Pemikiran dan Perasaanku semakin sihat dan Normal" sebagai affirmasi yang diulang-ulang pengucapannya setiap hari.

Rakan saya saudara Is-Haq pernah menyatakan:

"biasanya apabila saya memiliki sesuatu hajat, sebelum berdoa, saya akan bertanya diri sendiri; "berapa peratuskah kemungkinan untuk doaku kali ini dimakbulkan?"

jika saya merasa peluang untuk doa itu dimakbulkan ialah 50-50, saya akan berdoa dengan doa yang sama sebanyak dua kali (sekurang-kurangnya la). Bermakna jika saya berdoa sebanyak tiga kali,peluang untuk doa saya dimakbulkan sudah mengatasi 100 peratus!

Apa lagi yang kita nak?

Saya kagum dengan kesungguhan pengamal LOA di dunia barat..yang sanggup mengulangi affrimasi sesuatu hajat sehingga 200 kali dalam sehari..kerana itu bermakna, walaupun keyakinan bawah sedar mereka untuk berjaya mencapai hasrat tertentu itu hanya serendah 0.5 % (lebih rendah daripada 1%!), pada akhirnya mereka tetap 100% berpeluang memperolehinya! (0.5% X 200= 100% !)"


Sebuah Kisah sebagai inspirasi:


Oleh: CATHY GOODMAN

"Saya telah didiagnos menghidap kanser. Saya benar-benar percaya dalam hati saya, dengan kekuatan dalaman saya bahawa saya telah disembuhkan. Setiap hari saya akan menyatakan “Terima kasih diatas penyembuhan ini” Saya percaya dengan sepenuhnya. Saya sudah sembuh. Saya melihat diri saya bagaikan tidak pernah menghidap penyakit tersebut.

Salah satu cara yang saya gunakan adalah untuk melihat filem-filem lucu. (ini adalah cara mereka- masyarakat barat) Apa yang saya lakukan adalah untuk sentiasa tertawa. Saya elakkan tekanan dan stress dari menghantui hidup saya.

Dari masa saya didiagnos hingga ke masa saya disembuhkan adalah 3 bulan . Dan saya sembuh tanpa kimoterapi."

Kisah ini memberikan inspirasi dari contoh ini menekankan 3 perkara penting –
1. Kelebihan bersyukur untuk sembuh,
2. Kelebihan dengan keyakinan yang sangat tinggi
3. Kelebihan gelak ketawa (mengelakkan rasa putus asa, kecewa dan stress) untuk menyembuhkan penyakit di dalam tubuh badan kita.




Tubuh kita telah dicipta oleh Tuhan dengan sungguh menakjubkan.Proses ‘self-healing’ penyembuhan dengan sistem immunisasi. Anda luka,ia akan sembuh sendiri. Anda mendapat jangkitan bakteria sistem immunisasi akan menyembuhkan dengan bertindakbalas dengan bakteria tersebut. ~ DR BEN JOHNSON

Penyakit tidak boleh berada didalam tubuh badan yang mempunyai cetusan fikiran yang harmoni (positif) ~BOB PROCTOR

Perlu dingatkan, jika anda membaca LINK yang saya sertakan tentang Ringkasan Hukum Tarikan didalam OCD - Cadangan Perincian Pengaplikasian 3, bahawa teori asasnya ialah:

" Anda menarik masuk kedalam kehidupan anda, segala apa yang paling banyak anda berikan fokus, tumpuan dan perhatian yang mendalam samada perkara positif ataupun negatif"

Berikan fokus bahawa kita kini semakin sihat/ telah sihat/ seperti manusia normal lain (bebas OCD)

PERINGATAN
Perkara yang terpenting sekali didalam usaha kita ini adalah bersabar, dan elakkan sikap ingin cepat baik dalam masa sehari atau secepat mungkin. Sesungguhnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui waktu yang tepat dan sesuai untuk memberikan kepada kita apa yang kita perlukan.(Affirmasi: Everything I need comes to me at the Perfect Time).

"Bukan semua keinginan dan impian kita akan dapat kita miliki tepat seperti yang kita harapkan, TETAPI kita pasti akan memiliki segala apa yang kita PERLUKAN. Segala apa yang kita perlukan itu termasuklah juga KESAKITAN dan KEPEDIHAN sebagai tarbiyah, kifarah dan teguran dari ALLAH dengan tujuan membantu kita supaya tersedar, insaf dan bangkit"

Ingat! Kita memohon, bukan memaksa! memohon adalah sikap seorang hamba, manakala memaksa adalah sikap seperti seorang tuan.

Hadis Nabi S.A.W:

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُوْلَ: قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي.

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

BERSAMBUNG KE LINK

~tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah~






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]