Khamis, 11 Ogos 2011

OCD - Cadangan Perincian Pengaplikasian 3

Didalam cadangan siri perincian pengaplikasian 1, saya telah menyertakan senarai keinginan yang kita impikan. Manakala didalam siri 2, telah dibincangkan cadangan menanam implan imunisasi kekuatan dan kerasionalan didalam pemikiran kita. Seiring dengan itu juga saranan untuk berjumpa Pakar Jiwa bagi mendapatkan rawatan dan perubatan dan ini sangat penting.

Sebelum kita pergi ke langkah yang seterusnya, adalah SANGAT PERLU untuk memahami dengan jelas apakah itu Hukum Daya Tarik / Hukum Tarikan (LOA). Untuk memahami secara ringkas, sila klik disini LINK

.................................................................

Langkah seterusnya ialah Meminta

Meminta kepada siapa?

Meminta kepada Yang Maha Menyembuhkan (Berdoa)

*rujukan sila klik : LINK

KEKUATAN DOA:

Allah S.W.T berfirman,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (البقرة: 186)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (Al-Baqarah: 186).

Dan Allah S.W.T berfirman,

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Al-Mukmin: 60).

Diriwayatkan dalam kitab at-Tirmidzi dari Ubadah bin ash-Shamit R.A, bahwa Rasulullah S.A.W bersabda,

مَا عَلَى وَجْهِ اْلأَرْضِ مُسْلِمٌ يَدْعُو اللهَ بِدَعْوَةٍ، إِلاَّ آتَاهُ اللهُ إِيَّاهَا، أَوْ صَرَفَ عَنْهُ مِنَ السُّوْءِ مِثْلَهَا، مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: إِذًا نُكْثِرُ؟ قَالَ: اللهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang Muslim di muka bumi ini yang berdoa kepada Allah dengan sebuah doa melainkan Allah pasti memakbulkan permintaannya, atau Allah menyingkirkan keburukan darinya (sebagai gantinya) dengan sebesar permintaannya (dari segi kualiti dan kuantiti), selama dia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau minta untuk memutuskan silaturrahim’. Maka seorang laki-laki dari suatu kaum berkata, ‘Kalau begitu kami akan memperbanyak (doa)’. Nabi menjawab, ‘Allah (memiliki pemberian) lebih banyak (daripada permintaanmu) (Abundance).

Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak ketentuan Tuhan melainkan DOA.”
(Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.)


Sebaiknya adalah disarankan melakukan Solat Sunat Taubat, dan diikuti dengan Solat Sunat Hajat.

Di akhir solat sunat hajat mohonlah doa-doa penyembuhan yang boleh didapati dari ustaz2 atau terdapat didalam naskah surah Yaasin, antaranya ialah seperti doa ketika mengubati sakit/sakit kepala:

Doa Bismillah
Dengan nama ALLAH Zat sebaik-baik nama
Dengan nama ALLAH Zat yang memiliki bumi dan langit
Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA memberi berkat serta
mengubati/menyembuhkan penyakit
Dengan nama ALLAH yang dengan kekuasaanNYA dapat
menyembuhkan semua penyakit
Dengan nama ALLAH serta dengan namaNYA itu tidak akan
memberi mudharat segala jenis racun dan penyakit


Setelah itu, mohonlah dari Allah agar diberikan kepada kita apa yang telah ditulis didalam senarai yang telah dibuat seperti:

Ya Allah, Berkanlah kepadaku:

1. Aku sihat zahir dan batin

2. Sihat seperti orang lain yang normal

3. Memiliki kewarasan dan rasional sepertimana manusia normal

4. Aku berkeadaan normal tak kira samada dalam ibadah fekah, berurusan dgn orang-orang lain dan melakukan pekerjaan ku dengan tenang dan aman.

5. Perhubungan ku dgn orang-orang yang mengenaliku berlangsung dalam keadaan yang harmoni dan baik

6.

7.

8.

9.

10.


Ulangi solat hajat ini mengikut sekuatmana anda mampu dan inginkan.


Langkah seterusnya ialah mencipta AFFIRMASI anda yang berkaitan dengan apa yang telah anda minta. Untuk memahami perlaksanaan Affirmasi ini, sila klik disini LINK

Senarai Keinginan anda itu boleh dijadikan sebagai Affirmasi. Mulakan hari anda setelah melalui Langkah Meminta ini dengan membaca Affirmasi setiap hari. Contohnya seperti:


1. InsyaAllah, Aku kini sihat zahir dan batin

2. Aku Sihat seperti orang lain yang normal

3. Aku Memiliki kewarasan dan rasional sepertimana manusia normal


Lekatkan senarai affirmasi ini didepan cermin hias anda, pada desktop komputer anda atau sebagainya yang mana mudah dilihat dan dapat diingati dan dibaca.

Ketika melewati hari-hari dengan Affirmasi ini, anda perlu menerapkan keyakinan bahawa anda telahpun sembuh, walaupun pada hakikatnya, gangguan OCD masih datang, tetapi dengan tabah, anda perlu percaya anda sedang didalam proses penyembuhan. Lakukan langkah penanaman implan sentiasa.

Pada mulanya memang anda akan merasakan bagai menipu diri sendiri, akan tetapi, saya sangat optimis bahawa, InsyaAllah, dalam beberapa waktu, anda akan membaca Affirmasi dengan tersenyum dan mengatakan :

Ianya benar!..its YES!

Anda telah menyerahkan (membuat komitmen) tentang penyakit anda itu kepada doktor pakar, dan anda perlu mengikuti nasihat pakar dengan betul, dan tugas anda kini ialah
melupakan bahawa anda adalah OCD's. Sentiasa fikirkan anda adalah seorang yang normal.

Seorang Mentor Loa pernah mengatakan:

To be a millionaire, you must think, act and made a decision like a millionaire

Oleh itu, saya menterjermahkan kata-kata ini untuk penyembuhan OCD kepada:

Untuk menjadi seorang yang normal (bebas OCD) saya perlu berfikiran / berlakon seolah berfikiran seperti orang normal, juga perlu bertindak dan membuat keputusan seperti seorang manusia normal (yang tiada OCD)

Antara cara yang saya lalui ialah, apabila datang sesuatu gangguan, dan fikiran saya mula lalai dan ingin melayannya, saya akan berkata:

Saya seorang yang normal, seseorang yang normal tidak akan berfikir dengan cara ini, tidak akan membuat perbuatan (mengulang-ulang) ini.

InsyaAllah, anda akan dapat merasai kekuatan untuk tidak menghiraukan gangguan itu, sedikit demi sedikit.

Elakkan dari membaca cerita atau menonton kisah-kisah sedih, berunsur negatif atau yang boleh membuatkan emosi anda terusik. Elakkan dari ikut berbincang tentang topik-topik negatif dan sebagainya.

Hiburkan diri, senyumlah dan sentiasa mengucapkan kesyukuran pada Allah kerana kesembuhan anda, walaupun anda belum terasa penyembuhan sepenuhnya. Amalkan zikir-zikir, dapatkan cara perlaksanaan yang betul dari penerangan orang yang ariff tentang cara berzikir.

Al-Qur'an diturunkan kepada manusia sebagai ubat, Sila klik disini LINK

Rakan saya, saudara Is-Haq menerangkan:

"Ayat-ayat Al-Qur'an yang bersifat mukjizat, dan frekuensinya juga adalah frekuensi mukjizat. Kerana itulah ayat Qur'an mampu menewaskan hatta sihir dan 'ain yang paling kuat sekalipun.

Cuma ayat-ayat Al-Quran itu jumlahnya agak besar..dan untuk memperolehi tujuan yang tertentu, memerlukan kombinasi frekuensi tenaga yang tertentu juga. Contohnya, untuk melindungi diri dan hartabenda daripada gangguan Syaitan (samada jin mahupun manusia), Ayat Kursi lebih sesuai digunakan..manakala untuk merawat masalah jantung dan paru-paru, gabungan surah Al-Fatihah dengan lima ayat pertama surah Al-Baqarah, didapati lebih berkesan.

Ada berbagai cara (kaifiyat) untuk memanfaatkan Al-Qur'an, mendapatkan fadhilatnya di dunia disamping memperoleh pahala untuk 'perbelanjaan' di akhirat. Ada yang memadai sekadar dibaca beserta pemahaman..ada yang perlu dipindahkan frekuensinya ke dalam air dan kemudiannya diminum..membolehkan sel-sel di dalam tubuh kita bertindakbalas terhadap frekuensi mukjizat yang diperlukan... dan ada juga yang perlu diamalkan perintah yang terdapat di dalamnya, apabila ayat itu mengandungi perintah Allah. Contohnya, untuk membuka pintu rezeki, kita boleh membaca ayat 9 hingga 11 surah Al-Jumu'ah...dan perintah yang terdapat di dalam ayat tersebut perlu dipatuhi (perintah meninggalkan urusan keduniaan ketika mendengar seruan azan).

Kesimpulannya, bagi segala macam masalah yang dihadapi oleh manusia sepanjang zaman, semuanya boleh diselesaikan dengan menggunakan Al-Qur'an. Cuma masih banyak yang perlu dikaji dan digali"


Gabungan Doa Nabi Yunus + Surah Annas + Ayatul Kursy adalah antara gabungan frekuensi yang paling sesuai untuk diamalkan oleh OCD's. Selalunya, saya akan membacanya doa Nabi Yunus 7 kali, Surah Annas 3 kali dan Ayatul Kursy dengan mengulangi ayat terakhir ayatul kursy sebanyak 7 kali setiap kali sebelum melakukan solat, atau setiap kali ingin melakukan apa-apa urusan yang dikhuatiri akan mendatangkan gangguan.

Doa Nabi Yunus:


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Al-Anbiyaa' : 87)


Sejenak tentang Ayatul Kursy:

Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya, khawasul Quran; Bahawa lbnu Qutaibah meriwayatkan suatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah.

Seorang pedagang bernama Ka'ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa barang dagangannya, untuk dijual di Basrah. Setelah Ka'ab sampal di sana. Ia mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal. kemudian Ka'ab melihat ada sebuah rumah kosong, dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah.
Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang, Ka'ab bertemu dengan tuan rumah tersebut, Ia ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu minggu.
Kata tuan punya rumah tersebut;

'Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami oleh jin ifrit, banyak orang yang menerima masalah kerananya".

Ka'ab berkata; "Meskipun demikian kerana tempat lain tidak ada, saya sedia tinggal di sini asal saja tuan mengizinkan".

"Baiklah, saya tidak keberatan dan saya tidak memungut sewa apa-apa"", kata empunya rumah,

Ka'ab tinggal di rumah itu mulai petang hari dan tidak merasa takut tetapi setelah setengah malam Ka'ab nampak bayang hitam dengan dua buah mata menyala-nyala seperti api, mendekati Ka'ab.

Maka Ka'ab bangun membaca; AIIaahuIa iIaa ha llIaa huwal hayyul qayyuuum"

Tetapi bayang-bayang itu hanya mengikuti apa-apa yang dibaca oleh Ka'ab, sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka'ab membaca akhir ayat berbunyi;

Walaaya udhuhffzuhumaa wa huaIallyyuIadzim,

tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, Ka'ab hairan dan ulanginya lagi

Walaa ya uudhu hifzuhuma wa huwal aliyyul adzhim", tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, maka dibacanyalah berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dan pandangan Ka'ab. Dan Ka'ab terbau sesuatu bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Kemudian Ka~ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapat apa-apa gangguan. Di pagi hari Ka'ab melihat pada salah satu sudut rumah itu terapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan nampak ada abunya.

Di saat itu Ka'ab mendengar suatu suara berkata; "Hal Ka'ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas", Ka’ab hairan dan berkata; "Dengan apa aku membakarnya?"

Jawab suara itu;

Dengan Firman Tuhan "Walaa ya uuduhu hifzuhumaa wahu wal aliyyul adzhim"



........................................................................

Kita adalah hamba ciptaan Allah, kita wajib mengimani bahawa Allah SWT Yang Maha Menguasai hati kita, Dia lah yang menggenggam roh, jiwa dan jasad kita.

Doa dibawah ini adalah doa yang dianjurkan untuk kita agar tetap teguh dan istiqamah diatas agama yang benar.

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'

Ertinya:
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
[HR.Tirmidzi)


يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta'atik'

Ertinya:
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadaMu”
[HR. Muslim)


اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
'Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Tho'atika'

Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu.” (HR. Muslim)


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
'Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab'

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).”
(QS. Ali Imran: 7)



BERSAMBUNG KE LINK

~tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah~


p/s: Insya'Allah, akan kucurahkan segala pengalaman dan pengetahuan yang ada walaupun hanya sedikit, semoga ianya dapat menjadi salah satu ikhtiar bagi penghidap OCD. Aku faham betapa beratnya penderitaan anda. Sudah pastinya bagi mereka yang tidak mengalaminya, tidak akan dapat memahami atau menghayati apakah yang anda lalui, kerana mereka tidak melaluinya dan tidak akan dapat merasai kesukarannya, kerana pada mereka, apa yang kita rasai ini adalah tidak masuk akal atau terlalu mudah untuk mereka hindari. Malah ada yang mentertawakan, membuat tuduhan bahawa kita terlalu mengikutkan perasaan, malah ada yang membuat andaian sendiri bahawa kita sengaja 'membuat-buat' perkara ini. Oleh itu, sebenarnya adalah TIDAK digalakkan untuk mengadukan masalah OCD ini kepada sesiapa sahaja melainkan orang-orang yang anda percayai, rapat atau yang berkelayakan seperti kaunselor, doktor pakar atau ustaz.

4 ulasan:

  1. Salam,,

    terima kasih kerana post maklumat ini..Saya rasa kurang sikit perit di hati bila baca blog ni..Lebih kurang hari2 saya menangis tak tahu nak buat apa,,saya cuba untuk tak ulang2 benda yang saya buat tapi tak berjaya..Selalu sangat saya rasa takut kalau2 solat saya tak diterima kalau saya tak endahkan rasa was2 saya..Nak bagi tahu orang,,saya takut diorang tak paham..Selalu sangat saya rasa cemburu bila tengok ahli keluarga saya dapat ambil wudhuk dan solat dalam masa yang sangat singkat sedangkan saya ambil masa yang sangat lama sampai kadang2 kena marah dengan keluarga sebab mereka terpaksa tunggu turn sampai saya habis solat/wudhuk/mandi..InsyaAllah saya akan cuba ikut tips2 yang tuan beri..Doa kan saya berjaya menghilangkan paling kurang pun mengurangkan penyakit ini dari menyerang..Tapi kalau tak pergi jumpa doktor boleh tak rasanya..?

    P/S : Maaf,,saya rasa ada kesilapan pada bacaan rumi di dalam doa yang "Rabbabaa La Tuzigh Quluubanaa.." rasanya "Rabbanaa" bukan "Rabbabaa"..Maaf kalau saya yang salah.. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,,

    Terima kasih kerana telah post blog ini,,sangat membantu..Masalah saya ni semakin menjadi-jadi akhir2 nie..Mandi,,ambil wudhuk,solat memang ambil masa yang sangat lama..Saya rasa berdosa sebab buat orang lain terpaksa tunggu turn untuk masuk toilet sebab saya berada di dlm toilet lama sangat..Solat pun rasa sangat tak kushuk,,hampir hari2 saya menangis sebab takut Allah tak terima solat dan ibadah saya..Sampai saya rasa sangat penat,,tak berdaya..Harap2 lepas amalkan tips2 tuan,,akan ada perubahan..Aminn..Tapi kalau tak pergi jumpa doktor boleh tak?Sebab saya masih muda dan kalau nak mintak ibu ayah hantarkan ke hospital,,saya tak rasa dia paham kenapa perlunya saya nak ke hospital hanya disebabkan masalah ni sahaja..

    P/S: Maaf,,saya rasa ada kesilapan ejaan rumi pada doa "Rabbabaa La Tuzigh.." sepatutnya "Rabbanaa La Tuzigh.." Maaf kalau saya yang salah..

    BalasPadam
  3. nobody know how pain it was to be abnormal in unpleasant way of think when you cant control plus they just cant feel what we feel

    terima kasih. saya paling suka post ni dalam topik khas utk ocd..semoga Allah membalas budi saudara.
    sungguh doa adalah senjata untuk saya percaya dan mengaku diri ini sememang insan yg lemah

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]