Khamis, 4 Ogos 2011

OCD - Cadangan Perincian Pengaplikasian 1

Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
Anaa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunn bii ma syaa-a

Ertinya:
Aku akan bersama (mengikutkan) sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah dia berprasangka dengan apa yang dia inginkan

(Hadis Qudsi Riwayat Tabbrani dan Al Hakam)
~ penulis: (bukan dengan apa yang dia risaukan atau khuatirkan)


" Anda menarik masuk ke dalam realiti kehidupan anda segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian yang mendalam tak kira samada perkara positif ataupun negatif"
~Kajian Teori Fizik Quantum

Persoalannya:

Jika corak pemikiran kita mampu mempengaruhi realiti kehidupan dan Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Suka Memberi, mengapa apa yang kita pohon, kita pinta, kita mahukan kadangkala tak kunjung tiba?

Firman Allah:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (khabarkan kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah :186).

Kerana kebanyakan kita hanya berdoa apabila susah dan lupakan Allah dikala senang. Kita beriman kepada Allah tetapi sering lalai bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan kita melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah dengan mudahnya, kemudian merungut Allah tidak perkenankan doa. Allah mahukan "full time muslim" dan bukannya "part time muslim" seperti maksud ayat surah AlBaqarah diatas.

Minda manusia memengaruhi kehidupan sebenarnya dan ujikaji dari bidang fizik kuantum ini telah membuktikannya, kita sebagai manusia diberikan kehidupan 'free will' . Tidak menjadi satu kesusahan ataupun kepayahan walau sedikit pun bagi Allah untuk menciptakan makhluk yang 'intelligent' dan 'independent'.

Manusia yang selalu menyalahkan takdir adalah manusia yang tidak mahu bertanggungjawab, samada mahu lepas tangan, hanya menyalahkan manusia lain atau tidak tahu bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah disebabkan samada dari pemikiran atau perbuatan yang mereka lakukan sendiri.

Firman Allah:

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ۬ فَمِن نَّفۡسِكَ‌ۚ وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدً۬ا

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini." (An Nisa': 79)

Maka, sebelum memulakan langkah pengaplikasian yang telah dicadangkan didalam blog ini, ini, adalah sangat-sangat disarankan supaya

1. Kita Muhasabah Diri kita terlebih dahulu akan segala kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, dan akur bahawa kita adalah manusia yg lemah dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, akan tetapi kita mestilah mempunyai satu keazaman bahawa kita akan berusaha untuk mengelakkan diri dari mengulanginya lagi dimasa hadapan.

2. Bersyukur dan redha dgn apa yang kita miliki pada hari ini dari segala segi, samada tubuh fizikal kita, keluarga, anak-anak, keadaan kewangan dan lain-lain, tak kira samada apa yang kita miliki itu bagus atau pun dalam keadaan yang tidak wajar kita rasakan. Cthnya dgn penyakit OCD yang dideritai, perlulah bersyukur dan memahami bahawa dengan memiliki penyakit ini, banyak dosa-dosa yang kita lakukan dapat dihapuskan, kerana setiap penyakit itu merupakan penghapus dosa, walaupun akibat tercucuk duri, pasti ia akan menggugurkan dosa sebesar kesakitan yang dialami itu.

Hadis Nabi S.A.W:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”
(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

3. Bersyukur dengan apa yang ada dgn ikhlas, dan merasakan segala yg telah diberikan Allah adalah mencukupi sebenarnya, cuma nafsu kita sebagai manusia yang mengajar kita supaya tidak berasa puas hati dgn apa yang kita telah miliki.

Jika didalam Penerangan Asas LOA (Ringkasan Hukum Tarikan), saya telah jelaskan, kesyukuran yg ikhlas akan membawa banyak lagi perkara-perkara lain yg akan membuatkan kita berpeluang untuk bersyukur lagi, maka dgn bersyukur dgn apa yg kita telah miliki pada saat ini, pasti Allah akan menambahkan lagi kepada kita kebaikan dari segi yang wajar dan patut untuk ditambah.


Langkah 1.
Kenalpasti keinginan
Permasalahan yang akan menyukarkan kita dalam mengaplikasikan konsep husnuldzon adalah :

a. Kita suka memikirkan perkara yang kita tidak mahu

b. Kita selalu memperkatakan perkara perkara yang kita benci berulang kali

c. Kita terlalu memberi tumpuan, tenaga dan fokus kepada permasalah hidup yang
ingin kita hindari.

d. Kita berulangkali merungut tentang sesuatu yang tidak disenangi

Akibatnya, kita telah memberikan fokus, tumpuan dan tenaga kepada hal-hal yang kita tidak suka, maka dengan ini, tenaga tenaga dalam bentuk hal-hal yang ingin kita hindari akan lebih banyak ditarik kepada diri kita dan mengakibatkan hal-hal yang tidak kita inginkan ini masih berlaku berulangkali melanda kehidupan kita.

Untuk mengenal pasti keinginan anda, cuba ikuti langkah langkah berikut:
Tulis segala senarai perkara yang tidak diingini cth:

1. Aku tak suka dgn hutang aku ni

2. Aku benci dgn penyakit OCD ini

3. Aku tak suka badan aku yang kurus/gemok/ rendah

4. Aku tak selesa dengan persekitaran tempat kerja aku

5. Mengapalah susah sangat nak dapat client/pelanggan

Setelah itu, cari lawan kepada perkara tersebut seperti:

1. Lawan kepada keadaan berhutang ialah kekayaan . kebebasan kewangan

2. lawan kepada penyakit ialah: tubuh badan yang sihat, zahir dan batin

3. lawan kepada tubuh yang kurus ialah tubuh yang berisi, tegap dan menarik.

4. lawan kepada tempat kerja yang tidak selesa ialah suasana yang selesa dan seronok untuk bekerja

5. lawan kepada kesukaran mendapat client ialah client yang tak putus-putus mendapatkan perkhidmatan dari anda

Dari sini kita telah mengetahui apakah sebenarnya yang kita inginkan dan perkara apa yang sepatutnya kita berikan tumpuan dan fokus.

Setelah mengetahui dengan pasti keinginan kita yang sebenar, PENTING dan PERLU untuk MENULIS secara terperinci akan keinginan kita itu.
contoh cadangan ialah (berkisar tentang OCD)

Keinginanku ialah:



1. Aku sihat zahir dan batin

2. Sihat seperti orang lain yang normal

3. Memiliki kewarasan dan rasional sepertimana manusia normal

4. Aku berkeadaan normal tak kira samada dalam ibadah fekah, berurusan dgn orang-orang lain dan melakukan pekerjaan ku dengan tenang dan aman.

5. Perhubungan ku dgn orang-orang yang mengenaliku berlangsung dalam keadaan yang harmoni dan baik

6.

7.

8.

9.

10.

(saya tinggalkan tempat-tempat kosong untuk anda isikan seterusnya, jika punyai lebih keinginan sila tambahkan)

Peringatan: Gunakan ayat penyata yang positif, JANGAN menggunakan ayat negatif seperti :
aku tak mahu diketawakan oleh orang lain
= ayat ini telah membuatkan kita bercakap tentang perkara yang kita TIDAK mahu.
Maka fokus dan gelombangnya adalah perkara yang tidak mahu itu, jadi, ayat yang sesuai ialah:
aku dihormati dan disayangi oleh orang lain.


BERSAMBUNG KE LINK

p/s: Langkah yang dicadangkan ini juga boleh digunakan sebagai ikhtiar untuk perkara-perkara lain /impian yang anda inginkan berlaku didalam kehidupan anda, dengan izin Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]