Selasa, 9 Ogos 2011

OCD - Cadangan Perincian Pengaplikasian 2

Gangguan OCD adalah seolah-olah ada sesuatu 'kehadiran pemikiran asing' yg sering mempengaruhi atau mendatangi kita dalam apa jua yang kita fikirkan. atau dlm istilah psikiatrik, ia dipanggil 'alien ego'.

Dari sudut psikiatrik dan klinikal,

Sebenarnya apa yg mengganggu dan mempengaruhi kita ini adalah satu perasaan 'kerisauan yg terlalu kompleks, amat sensitif dan terlalu peka' tentang keselamatan diri kita. Dalam erti kata lain, kita diganggu oleh pemikiran kira sendiri sebenarnya.

Mengapa orang lain tidak terganggu seperti ini?

Apa yang dapat saya simpulkan dari kajian dan penelitian saya, penghidap OCD dilahirkan dengan struktur saraf (nerve) yang agak berbeza dari org lain. Saraf impuls yg membawa maklumat ke otak agak sempit, dan juga kekurangan cecair serotonim (cecair yg berfungsi sebagai pembawa maklumat ke otak)

Akibatnya, maklumat-maklumat dari saraf deria dll akan sampai ke otak dgn cara tersekat-sekat, tidak menyeluruh seperti manusia normal lain. Ini yg membuatkan berlakunya pengulangan-pengulangan sesuatu idea, atau pemikiran.

Kadangkala, sesuatu yg telah berlaku dan merisaukan kita, telah pun kita fikirkan dengan terperinci untuk membuatkan ia nampak 'settle' atau selesai, tetapi dalam 5 minit kemudian, ia muncul semula seolah-olah ianya belum selesai. Betul tak?

Cth:

Dah kunci pintu, tetiba rasa was-was samada dah kunci ke belum, kita pun pergi pastikan dan benar2 dah kunci, tapi maklumat yg otak kita scan itu tidak dapat di register sepenuhnya pada otak, (akibat dari sistem nerve/saraf yg tidak sempurna tadi), maka kerana itu, beberapa ketika kemudian ia muncul semula dan kita menjadi risau, dan terganggu, akibat perkara ini, kita pergi periksa semula kunci itu, dan kemudian bila memikirkan perkara ini tidak wajar sebagai seorang manusia, kita rasa tambah risau kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada diri kita, dan ini membuat kita menjadi rendah diri, rasa diri teruk, maka konflik diri kita makin bertambah. Setuju?..

Ini baru bab kunci, bagaimana kita nak hadapi berpuluh transaksi dalam sehari?..wuduk, kebersihan pakaian, makanan, transaksi kerja, dll, maka akhirnya kita lemas, letih dan penat kerana asik mengambil masa untuk memberitahu diri kita / menyedapkan hati kita/ menyelesaikan kerisauan kita, dengan idea-idea yg pelbagai dan ketika sedang memikirkan penyelesaian ini, datang lagi bermacam2 pemikiran muncul mengganggu, ada yang tak tahan, maka rasa ingin mati sahaja, dan mula berfikiran negatif dll, seperti memikirkan bahawa 'kena buatan orang, sihir, ada jin duduk dalam tubuh, saka dll.

Dari segi kerohanian,

Dalam surah Annas, Allah telah berfirman bahawa, memang terdapat gangguan berbentuk bisikan yg dipanggil 'khannas'..gangguan ini datang dari 2 sumber.

1. Jin (syaitan)

2. Manusia (Minal jinnati wannas).

1. Syaitan menghembuskan bisikan utk cuba mempengaruhi manusia supaya tidak yakin dgn apa yg dilakukan, semua org diganggu dgn cara yg sama. Bezanya, manusia normal sukar ditembusi bisikan ini kerana sistem saraf mereka yang sihat atau normal, berbeza dgn penghidap OCD, terlalu mudah tembus apabila dibisikkan oleh syaitan khannas ini.

2. Manusia sekeliling kita (jenis manusia negatif) yang suka memperkatakan perkara2 negatif yg mampu mempengaruhi orang lain supaya melakukan kejahatan dan kemungkaran. Ini juga mendatangkan gangguan yang agak hebat kepada penghidap OCD.

Cuba hayati maksud surah Annas keseluruhannya dan amalkan membacanya dengan penuh penghayatan sentiasa kerana ini sebenarnya adalah satu doa yang diajarkan oleh Allah SWT sendiri kepada manusia umumnya, pesakit OCD khasnya bagi mengelakkan dari terganggu.

Kedua-dua sebab yang disebutkan tadi ini adalah berkait rapat, iaitu sistem saraf yg tidak normal, dan dimasa yang sama, gangguan syaitan yg terus menerus . Syaitan memang telah berjanji tidak akan berhenti memberi gangguan pada semua anak adam, hingga ke hari kiamat, dan kepada penghidap OCD, mereka amat tahu bahawa kelemahan OCD's adalah dari segi sistem saraf yang tidak normal yg menyebabkan gangguan mereka amat mudak meresap masuk, maka kerana itu, mereka banyak memberikan idea2 dan gangguan dari susut ini.

Saya ingin memetik firman Allah:

''Iblis menjawab: ''Karena Engkau telah menghukum saya tersesat , saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka , dari kanan dan dari kiri mereka.'' Dan Engkau tidak akan mendapatkan kebanyakan mereka bersyukur (taat).''
(QS. Al-A'raf : 16-17)

Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Maka, kesannya kepada OCD's yang mana tahap imbangan sistem saraf yang tidak normal menyebabkan gangguan terasa amat TERKESAN, tidak seperti orang normal, yang mana masih jua merasakan ada gangguan, tetapi dengan mudah dapat di'ignore', dengan keimanan, kerasionalan pemikiran mereka.

"Nabi SAW didalam hadisnya pernah bersabda bahawa hanya penyakit tua dan mati sahaja yang tiada ubat atau penyembuh baginya. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyatakan dan menggambarkan tuntutan mencari ubat dan kesembuhan. Nikmat kesihatan itu amat besar dan haruslah kita menjaganya dengan sebaik mungkin. Allah (swt) lebih menyukai orang beriman dan bertaqwa yang sihat. Hadis juga menganjurkan agar merebut kesihatan sebelum datangnya sakit."

Oleh itu, sebenarnya, apa yang amat penting bagi kita ialah

1. Memahami dengan benar apakah yang berlaku pada diri kita, dari segi klinikal dan sudut ugama, maka dengan cara ini, pada hemat saya, ia akan meringankan sedikit rasa keterukan setiap kali mendapat gangguan kerana kita kini faham bahawa bagaimana kita boleh merasa demikian teruk.

Cth: rasa was-was dengan wudhu,

Bila kita telah faham apa yg berlaku, kita boleh katakan pada diri kita, sebenarnya aku telah pun sempurna mengambil wudhu, akan tetapi kerana keadaan sistem sarafku yg tidak normal ini, maka bisikan syaitan ini membuatkan aku merasakan terpengaruh dengan kuat bahawa wudhu ku belum sempurna, maka:

disisi Allah, wudhu'ku ini sah, dan aku melakukan ibadah ini adalah kerana Allah, bukan kerana sesiapa lain, maka jika sudah sah disisi Allah, mengapa aku perlu mengulangi lagi mengambil wudhu?..apakah aku ingin membuatkan wudhu'ku sah disisi syaitan? aku bukan menyembah syaitan.

Setelah itu, kuatkan semangat untuk terus solat tanpa ulang ambil wudhu, dan solatlah walau pun penuh dgn gangguan dan rasa seksa sebab tak ikutkan kebiasaan lama (mengulangi perbuatan utk memuaskan hati-sebenarnya nak puaskan hati syaitan yg ingin tertawakan kita). Biar solat tak khuyuk langsung, apa yang penting ialah dari segi syara' solat itu sah.

Tindakan ini sebenarnya akan mula menimbulkan satu imunisasi asas yg awal dalam usaha kita menyembuhkan diri. Begitu juga dalam kes2 lain seperti kerap basuh tangan, dan lain2, Ulangi perkataan diatas atau ubah seperti ini:

Disisi Allah, tanganku sudah bersih, aku membasuh tangan supaya bersih mengikut syara' yg disyariatkan Allah, yg masih rasa tak bersih ni ialah kerana maklumat keseluruhan tentang basuhan tangan tadi tidak sampai sempurna pada otakku, akibat saraf yg tak normal, dan syaitan tahu aku lemah dalam hal ini, maka dia nak aku membazirkan air, kerana sesiapa yg membazir itu adalah saudaranya syaitan.



Selepas itu tinggalkan sinki, dan buat sahaja perkara lain, memang ingatan dan ajakan supaya basuh tangan itu akan berulang selepas itu, dan rasa macam tak terlayan, teruskan mengulangi perkataan tadi, insyaAllah, dalam 10 ajakan selepas itu, ia akan berhenti atau berkurangan. Dan makin lama, kita akan dapat rasakan ajakan itu makin lemah dari hari kehari.


Ini adalah latihan menanam implan imunisasi dalam diri kita, dan PERLU amanah dan
kuatkan semangat untuk melakukannya, dengan azam, aku akan sembuh dan pulih normal seperti orang lain.


2. Berjumpa pakar jiwa. Saya tidak menafikan bahawa pengambilan ubat-ubatan pada pesakit OCD amat PERLU kerana ia menjadi booster yang sangat membantu dalam mempercepatkan proses menanam implan dalam proses menyembuhkan diri.

Cuma kena bersabar dengan pihak hospital, kerana prosesnya lambat dan tak mesra pelanggan.

Pergi kemana-mana unit kesihatan kerajaan, daftar sebagai pesakit luar, bayar RM1, kemudian akan dipanggil bertemu Medical Officer atau GP (General Practisioner). Bila bertemu mereka, terus terang kepada mereka apa yang dialami, nyatakan anda mempunyai simptom OCD. Mereka akan membuat satu surat rujukan pada pakar dan akan diberi tarikh temujanji pada hari lain, mungkin dalam masa 2 minggu. (ini yg biasa dialami sedangkan kita sebolehnya inginkan hari itu juga, tetapi ini adalah mustahil diMalaysia)

Doktor GP atau MO tidak akan memberi anda ubat kerana ubat-ubatan OCD hanya boleh diberikan melalui preskripsi seorang pakar jiwa sahaja. Oleh itu, tunggulah dengan sabar pada hari temujanji yg ditetapkan, Jangan rasa rendah diri bila anda berada ditempat temujanji kerana anda akan dapati pelbagai ragam manusia sakit jiwa yang sedang menunggu temijanji, ada yang terlalu murung, ada yang terlalu ceria, ada yang serious, dan elakkan dari bercakap dgn sesiapa pun atau berbincang dgn pesakit2 ini ketika sedang menunggu nama anda dipanggil kerana kita tidak tahu apakah jenis gangguan mereka, maka risiko akan ditengking dengan tiba-tiba mungkin boleh berlaku. (hehe)

Dan bila telah berpeluang bertemu pakar, luahkan segala apa yang dipendam selama ini, jika anda ingin menangis pada hari itu, lakukan, anda akan merasakan kelegaannya. Kemudian, makan ubat yang telah dipreskripsikan mengikut dos dan waktu yang tepat.

BERSAMBUNG KE LINK

*implan (implant)

= im·plant (m-plnt)
v. im·plant·ed, im·plant·ing, im·plants
v.tr.
1. To set in firmly, as into the ground: implant fence posts.
2. To establish securely, as in the mind or consciousness; instill: habits that had been implanted early in childhood.
3. Medicine
a. To insert or embed (an object or a device) surgically: implant a drug capsule; implant a pacemaker.
b. To graft or insert (a tissue) within the body.
v.intr. Embryology
To become attached to and embedded in the uterine lining. Used of a fertilized egg.
n. (mplnt)
Something implanted, especially a surgically implanted tissue or device: a dental implant; a subcutaneous implant.



1 ulasan:

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]