Selasa, 30 Ogos 2011

Bersabarlah Sayang




Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatiku waspada selalu
Tak perlu ku kesalkan
Tak perlu aku tangiskan


Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh diriku
Di jurang kesalahan saja

Ku tak sampai hati
Biarkan aku begini

Tetapi dirimu dan juga temanku
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada,
hanya kuharapkan
Aku mampu bersabar
Dan bertenang selalu




Song performed by: Sanisah Huri


Selamat Menyambut AidilFitri untuk semua yang mengunjungi blog ini, dan kepada semua yang mengenali saya, saya telah banyak melakukan dosa dan kesalahan, dengan ikhlasnya saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada anda semua. Ampunkanlah diri saya.


Selamat hariraya buat putera dan puteriku, akhtar, haida, islah dan fiq..Muga rahmat dan barakah dari Allah sentiasa mengiringi kamu semua, sampaikan salam ayah buat nenda-nendamu dan bonda-bondamu, ayah beraya sendirian lagi ditahun ini....

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wr. wb
    Saya Malahayati Sari binti Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
    Minal Aidzin Wal Faizin :) Saya memohon sejuta kemaafan diatas segala salah dan silap, kekurangan dan keterlanjuran saya. Diharapkan dengan hadirnya Syawal tahun ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kita, semoga kita semua dilimpahi dengan kerahmatan, keberkatan dan keredhaan dari Allah swt. Amin.. Sekian, syukran jaziilan :)

    BalasPadam
  2. Wa'alaikummussalam,

    Terimakasih ya Mala atas ucapan dan doa, semoga Mala juga sentiasa didalam rahmat dan perlindungan Allah sentiasa. Saya juga ingin memohon keampunan dan maaf atas segala apa jua kesalahan saya. Juga tahniah atas kejayaan dalam exam tempohari, pesan saya: Jaga diri sebaiknya diperantauan. :)

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]