Selasa, 26 Julai 2011

Pening!

"Saya dah cuba positif macam yang bro cakap tu tapi tak menjadilah...mungkin bukan semua orang dapat adaptasi langkah pengaplikasian tu.."

Sentap jugak bila dapat feedback macam ni.

"cuti semester ni memang saya nak habiskan masa dengan buat bisnes kecil ni, alang-alang stall burger abang saya tu dah takde orang pakai dah, lagi pun saya ada 4 bulan masa terluang, tapi, nampaknya tak masuk langsung rezeki..tak balik modal pun, takde customer, ..

Saya buat affirmasi setiap hari, visualkan bagaimana pelanggan datang tak berhenti beli burger, sentiasa mengekalkan pemikiran dan perasaan saya penuh optimis dan positif bahawa perniagaan ni membawa keuntungan yang memuaskan, tapi...bro tengok je lah, dari petang tadi saya bukak sampai saya tutup stall, hari ni baru ada 3 orang aje datang beli..rezeki ni kalau yang halal memang payah nak dapat" katanya dengan penuh nada 'down'.

Aku rasa nak bagi pelempang pun ada jugak..hehehe

Zairi, pernah tak aku cerita kat kau tentang 'terjun bangunan' dulu?

Rasanya pernah, ye saya ingat lagi tentang tu..

Ha...Kau ni macam orang yang nak terjun bangunan tu lah.

Manakan tidak, kita ni hidup berpijak dibumi yang nyata. (Mulalah keluar ceramah aku) Dalam tindakan-tindakan yang kita buat, kau kena ingat! Perlu realistik.

Hukum Tarikan bukan sesuatu yang mengajak kita 'berangan mat jenin'. Kalau kau dah lupa, meh aku cerita balik kisah tu.

Orang tu nak terjun dari tingkat 30, tetapi dia ingin selamat bila sampai ke bumi. Dengan berfikiran positif bahawa dia pasti selamat, visualisasikan bahawa dia terjun dengan selamat, maka dia terjun dan dia akhirnya terbunuh.

Tapi bukan ke bro kata tak boleh fikir negatif?

Berfikiran positif bukan begitu caranya, kita kena berpijak dibumi yang nyata. Bukankah saya dah pernah ingatkan,

Perancangan yang rapi perlu dibuat dengan mengambilkira peratusan segala apajua risiko yang berkemungkinan berlaku, sebelum kita membuat sesuatu keputusan.

Memikirkan risiko ketika sedang merangka sesebuah perancangan BUKAN berfikiran negatif. Ianya adalah sesuatu kewaspadaan dan timbangtara rasional yang perlu diambilkira.

Seseorang gadis contohnya, jika dengan tiba-tiba diajak tumpang kenderaan oleh lelaki yang tak dikenali, adakah dia BOLEH mengikut pelawaan itu dan husnuzzon bahawa dia selamat?..adakah jika dia menolak pelawaan itu bermaksud dia berfikiran negatif pada lelaki tu?

Dia berhak menolak pelawaan itu kerana memikirkan risiko keselamatan, DAN walaupun orang yang mempelawa itu dikenalinya, mungkin abang kepada rakan sekolah, dia juga masih TIDAK boleh menerimanya selagi dia tidak ditemani oleh muhrimnya seperti yang
ditetapkan oleh Allah.

Contohnya macam kau ni la, adaka bukak stall burger kat hujung kampung yang ada jalan mati ni. Ada ke ramai orang lalu kat sini? Kalau kau nak customer ramai, kenalah buat perancangan yang betul, bernas dan rasional. Cari kawasan yang strategik, yang jadi tumpuan orang ramai, kemudian, produk kau tu, kena pastikan sedap dan bersih, fikirkan risiko2 yang boleh berlaku dan cara mengatasi, seperti jika hujan, adakah stall kau masih selamat dari basah, dan lain-lain yang memastikan kau dapat berniaga dengan selesa dan effisien, termasuk juga waktu perniagaan kau mestilah selari dengan kehendak pelanggan, sebagai contoh, pekerja-pekerja pejabat mungkin juga akan tertarik untuk beli burger ni pada waktu tengahari, dan lain-lain lagi.

Selepas kau dah laksanakan segala keputusan hasil dari perancangan yang rapi dan plan yang strategik seperti itu, barulah kau mulakan kaedah visualisasi, affirmasi dan letakkan perasaan optimistik dan positif terhadap bisnes kau tu. Berserah dan redha kepada Tuhan, kerana kau telah buat sehabis mungkin usaha yang terdaya, maka segalanya kini terletak pada ketentuan Tuhan.

Kau ingat dengan berfikiran positif dan teknik visualisasi tu boleh ke menarik ramai pelanggan datang ke hujung kampung ni? Mungkin boleh, tapi tak ramaila, sebab itulah ada 3 orang customer je harini, itupun menunjukkan kau masih diberi rezeki, tapi jangan salahkan Tuhan jika rezeki kau sikit, salahkan diri kau!

Saya meniaga kat sini sebab dekat dengan rumah , senang nak tarik stall bawa balik, lagipun kalau nak buang air ke apa ke, boleh balik rumah..

Iyelah, itu maknanya kau cuma pentingkan keselesaan kau, tapi bukan pelanggan, ingat lagi tak? Niat yang paling penting dalam perniagaan ialah: "untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan". Cubalah berusaha lebih sedikit, jangan nak semuanya mudah aja, dan jangan fikir bahawa bila dah applikasikan LOA ni, kita boleh membuat kerja dengan sambil lewa dan ambil mudah semuanya sebab kononnya segalanya akan jadi mudah. Itu bukan sikap yang positif, itulah namanya pemalas....

Jauh dia termenung ketika keretaku meninggalkan stall burgernya.

1 ulasan:

  1. Bagus ni untuk bisnes. Cara dia pon dah salah. Lagi nak salahkan rezeki Allah. Buat lak gerai kt hujung jalan mati. Hehehehe
    -ciklaiciais

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]