Sabtu, 30 Julai 2011

Kau Muncul Kembali

Ramadhan sudah benar-benar hampir untuk muncul kembali, semoga saya dan kita semua diberi peluang dan kesempatan olehNya untuk menjalani kewajipan pada kali ini. Dikesempatan ini saya mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua yang pernah menjenguk ke sesawang ini dan juga kepada rakan-rakan loa's, peserta seminar dan sesiapa jua yang mengenali diri saya.

Saya berdoa kepada Allah s.w.t semuga anda semua dan diri saya diberikan kekuatan, ketenangan dan dipermudahkan didalam menjalani ibadah puasa. Semoga setiap dari kita mendapat barakah dan rahmat serta taufiq dan hidayah yang berpanjangan dari masa ke semasa.

Saya manusia biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesalahan, dosa dan kesilapan, saya memohon ampun dan maaf kepada anda semua diatas apa jua kesalahan dan ketelanjuran saya termasuk sikap dan kata-kata saya yang tidak anda senangi..semoga Allah merahmati anda semua

Hayatilah bait-bait kata dari lagu ini, semoga mampu memberikan sedikit impak kepada kita semua, assalamualaikum.


Permaidani (Aris Ariwatan)

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila dipelukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]