Jumaat, 1 Julai 2011

"I have a dream"' dan Visualisasi

Dia dipilih untuk mewakili IPTAnya ke sebuah konvensyen pelajar kejuruteraan antarabangsa selama seminggu di salah sebuah universiti terkemuka ditanahair. Konvensyen yang disertai oleh wakil-wakil dari IPTA dan juga dari luar negara.

Dihari pendaftaran, majlis suaikenal telah diadakan dan para perwakilan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dia telah dipilih menjadi ketua didalam kumpulan yang disertainya yang mana terdiri dari beberapa orang pelajar dari luar dan dalam negara.

Sepanjang konvensyen itu, pelbagai aktiviti, bengkel dan program telah dijalankan. Didalam salah satu dari program yang diadakan adalah 'toast master' iaitu public speaking didalam Bahasa Inggeris yang mana peserta dikehendaki membicarakan sesuatu topik. Tajuk topik hanya akan diberikan hanya ketika nama peserta dipanggil keatas pentas. Bagi setiap peserta, salah seorang pengkritik yang terdiri dari 3 orang panel akan memberikan pandangan, kritikan dan komen.

Dia telah mengambil keputusan untuk mewakili kumpulannya didalam program ini. Debaran amat dirasakan apabila satu persatu peserta mula dipanggil dan memberikan ucapan mereka. Perbezaan cara penyampaian amat ketara terutama dari peserta dari luarnegara yang ternyata lebih matang dan bernas dalam memberikan penyampaian dan mengolah sesuatu tajuk yang diberikan. Kefasihan penguasaan Bahasa Inggeris juga amat menyerlah dan ini menambahkan lagi debarannya.

Apakah ikhtiar yang dapat dilakukannya disaat-saat akhir dan penuh debaran ini?
Mulanya dia berdoa semoga apa jua tajuk yang diterimanya merupakan topik yang paling sesuai dan terbaik dengan pengetahuannya. Affirmasi mula diucap berulangkali :
"Tajuk yang kuperolehi merupakan tajuk yang paling terbaik dan sesuai denganku"' ulangnya sambil tersenyum optimis.

Dia cuba untuk bertenang, mengambil langkah-langkah yang telah dipelajarinya iaitu menyusun pernafasan syahadah, dan memulakan - Teknik Visualisasi.

"Ketika dirinya mula menguasai ketenangan dan seolah-olah tidak berada ditengah keriuhan ramai itu lagi, dia mula membayangkan apa yang diinginkannya berlaku. Dia memvisualkan dirinya bercakap dengan fasih dan petah diatas pentas, dan disudahi dengan tepukan gemuruh para audien, beserta 'standing obviation' dari para hadirin.

Visualisasinya diakhiri dengan doa semoga apa yang divisualkannya itu dimakbulkan. Langkah seterusnya ialah menanam perasaan gembira dan lega kerana merasakan dirinya berada didalam proses menerima permintaan kerana doanya telah dimakbulkan sesuai dengan janji Allah didalam Al-Qur'an bahawa setiap doa pasti dimakbulkan."


Akhirnya saat yang dinantikan tiba jua, namanya dipanggil kepentas dan topik mula diberikan. 'Dreams' itulah tajuk yang diberikan padanya untuk dikupas.

Seketika dia berdiri dan melihat kebawah pentas. Namanya dipanggil sebagai peserta terakhir dan para audien mungkin telah merasakan kebosanan dan kelihatannya sedang berbual sesama sendiri didalam auditorium itu.

Sejurus dengan tiba-tiba timbul idea untuk menarik perhatian audien supaya kembali memberikan perhatian kepentas. Didalam suasana agak hingar bingar dengan suara bersembang para audien dipanggung auditorium, tiba-tiba kedengaran:

'...i have a dream...a song to sing...' Satu suara menyanyikan lagu I Have A Dream yang dipopularkan oleh kumpulan ABBA.

Maka seluruh auditorium menjadi senyap dan tertumpu padanya yang sedang melontarkan nyanyian lagu itu. Dengan penuh keyakinan dia memulakan bicara.....

Dia sendiri pun tidak tahu apa yang disampaikan olehnya. Akan tetapi yang disedarinya, loceng masa tamat sudah berbunyi dan dia terus mengakhiri ucapannya.

Tanpa disangka, semua hadirin bangun memberikan 'standing obviation'. Tepukan amat gemuruh. Dan yang amat memeranjatkan, bukan hanya seorang pengkritik yang ingin memberikan pandangan, tetapi ketiga-tiga orang ahli penal ingin mengemukakan pendapat mereka masing-masing pada dirinya.

Semua pandangan dari ketiga-tiga panel dimulai dengan 'Berikan satu lagi tepukan gemuruh pada dia...' dan dia menerima komen yang amat positif dan membina dari ketiga-tiga panel.
"Are you sure this is your first public speaking?...'"
"You are born to be a speaker!.."
"This is a very inspiring and motivated speech..."


Ketika dia menuruni pentas, para audien berdiri dan menghulurkan tangan untuk mengambil kesempatan untuk bersalam dengannya seolah-olah dirinya seorang pakar motivasi yang baru selesai memberikan ceramah yang membakar semangat.

Akhirnya dia dinobatkan sebagai The Best Speaker didalam program itu walaupun sebenarnya, inilah kali pertama dia memberanikan dirinya untuk bercakap didepan khalayak umum seperti itu.

Epilogue dari kejayaannya itu, namanya disebut-sebut oleh ramai perwakilan dan akhirnya wakil dari IPTA yang diwakilinya datang dari ibupejabat untuk memberikan ucapan tahniah padanya yang telah menaikkan nama IPTAnya dikalangan pelajar-pelajar dari Universiti lain yang lebih gah dari IPTA yang diwakilinya.

InsyaAllah, semoga bintangnya akan terus bersinar dan kejayaan ini menjadi platform padanya untuk maju jauh lebih ke depan lagi.

Syukur Alhamdulillah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]