Khamis, 28 Julai 2011

Bagaimana saya memotivasi diri?

By Saodahajil

Kalau saya tak ada “mood” apa saya buat? Bagai cuaca pada hari-hari tertentu, begitu juga motivasi dalam diri manusia ada pasang surutnya. Seorang pelajar, seorang pekerja dan sesiapa sahaja akan merasai pasang surut motivasi dalam diri masing-masing. Ada ketika kita rasa sangat bermotivasi tetapi ada juga ketikanya kita merasa sangat tidak berdaya.

Kalau saya tak ada mood inilah cara saya memotivasikan diri supaya mood lesu menjadi segar semula.

1. Baca Al Quran

2. Mendengar bacaan ayat Quran yang sedap2.

3. Mendengar ceramah agama

4. Baca buku motivasi atau buku agama

5. Baca catatan jurnal sendiri yang ditulis ketika saya merasa sangat bermotivasi

6. Beri motivasi kepada orang lain contohnya beri nasihat dan kata-kata bermotivasi kepada pelajar saya.

Walau apapun caranya setiap individu mempunyai keunikan sendiri memilih cara yang sesuai dengan diri untuk memulihkan motivasi diri yang kian malap. Mengelakkan diri daripada perkara atau orang yang membuatkan kita rasa lemah semangat juga merupakan cara yang berkesan.

Credit To: Puan Saodah Ajil

Artikel ini adalah pautan dari: LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]