Khamis, 28 Julai 2011

Aku tahu kau CEKAL


Kawan,
Sebak dan simpati mendengar perkhabaran itu
Kiranya bak kata pujangga:
"saat yang terindah hanyalah sementara"
walau aku pun tak menyetujui perumpamaan itu

aku tidak tahu apa yang berlaku,
kerana hanya kau, dan Allah yang lebih mengetahui
namun yang pasti, perkara itu telah pun berlaku
sebagai hamba yang mengakui memiliki keimanan padaNya
kita wajib mempercayai bahawa
tiap sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya

dan aku kagum melihat ketabahan dirimu
ternyata amat kau amat kuat dan cekal menghadapinya
dan aku berharap serta berdoa
semoga kekuatanmu akan terus bertambah dan bertahan

aku menyetujui apa yang kau katakan
bahawa hanya orang-orang terpilih sahaja yang
dipilih untuk meniti perjalanan sebegini
dan aku yakin dan sangat optimis bahawa
andai kau teguh dan bersabar dengan kesabaran yang hakiki,
Kebahagiaan dan kesejahteraan pasti akan tiba jua

"pada tiap kesulitan itu pasti akan disusuli dengan kemudahan,
sesungguhnya, setiap kesukaran itu pasti diiringkan dengan jalan penyelesaian'
maka apabila sesuatu permasaalahan itu telah selesai,
maka berusahalah dengan gigih dan (meneruskan kehidupan dengan optimis dan berusaha melakukan amal soleh yang lain pula)
..dan tunjukkanlah pengharapan kepada TuhanMu.."

(al Insyirah: 5-8)

Anas bin Malik ra. berkata:

Ketika Rasulullah saw. duduk dan dihadapannya ada batu tiba-tiba ia bersabda:
"Andainya kesukaran datang dan masuk ke dalam batu ini niscaya akan akan datang pula kelapangan dan masuk ke dalam batu ini untuk mengeluarkan kesukaran itu. Maka tutunlah ayat 5 - 6.

(HR: Ibnu Abi Hatim).

Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah saw. bersabda:
"Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap".

4 ulasan:

  1. sedih bc ape yg awk tulis nie..trase btul2 kne pd sy dgn apa yg sy lalui skrg nie....~

    BalasPadam
  2. haha..awk tuju kt sy eh?ju br bgtau..sabo jelah..btw..sy suke ape yg awk tulis nie..thnx a lot..~

    BalasPadam
  3. terimakasih, saya doakan semoga awk sentiasa cekal, tabah dan dianugerahkan kesabaran yang hakiki, insyaAllah, segalanya ini hanya sementara sahaja, sebab tiada yang kekal dan benar2 wujud di alam semesta ini, hanya Allah yang Maha Kekal Abadi dan Maha Wujud...

    BalasPadam
  4. btul ape yg awk ckp..sume yg ade kt dunia nie hanyala pinjaman je..cinta kpd Allah sahaja yg akan kekal abadi..~

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]