Isnin, 13 Jun 2011

Kepentingan Menghargai dan Mengamal Ilmu

CERITA 1 : Murid dan Guru

Cerita saya petik dari sebuah buku oleh Bill William , seorang ahli psikologi barat.
Dalam cerita ini, terdapat seorang murid yang ingin tahu cara untuk mengenal diri. Beliau telah berjumpa dengan seorang guru dan bertanya tentang cara mengenal diri. Guru itu memberitahunya supaya duduk di depan cermin dan bertanya pada diri sendiri ' siapakah saya' berulangkali selama setengah jam setiap hari.

Murid itu tidak puas hati. Beliau berkata:

takkanlah soalan yang penting ini jawapannya diperolehi dengan begitu senang sekali.

Guru itu menjawab :

"Itulah jawapannya . Jika anda tidak berpuashati, maka anda bolehlah berjumpa dengan seorang lagi guru yang tinggal dihujung jalan yang sama untuk bertanya pendapatnya pula".

Maka murid itu telah pergi berjumpa dengan guru yang kedua dihujung jalan dan bertanya soalan yang sama. Guru yang kedua pula menjawab bahawa jawapan kepada soalan itu hanya boleh diperolehi jika murid itu sanggup bekerja untuk guru tersebut tanpa gaji. Murid itu cukup gembira kerana pada pendapatnya jawapan kepada soalan yang penting ini mestilah sangat sukar diperolehi.

Maka murid itu mula bertugas tanpa gaji dikandang lembu guru tersebut. Beliau terpaksa memandikan lembu. memerah susu , membersihkan najis lembu dan berbagai kerja lagi. Selepas lima tahun beliau merasa bosan dan berjumpa kembali dengan guru tersebut. Beliau bertanya

"Tuan guru, saya telah bekerja dengan rajin tanpa gaji selama 5 tahun. Belum sampaikah masanya untuk saya mengetahui jawapan kepada soalan saya? "

Maka guru itu menjawab :

" Baiklah saya akan menjawab soalan yang anda tanya 5 tahun lepas. Duduklah depan cermin dan tanyalah diri kamu 'siapakah saya' berulangkali selama setengah jam setiap hari." Maka murid itu cukup marah. Dia menjawab "

Murid itu menjawab:

"Tuan guru, saya telah bertanya soalan yang sama kepada tuan guru lain dihujung jalan ini 5 tahun lepas.Saya telah pun mendapat jawapan yang tuan beri dari dia 5 tahun lepas. Kenapa saya perlu bekerja untuk tuan tanpa gaji selama 5 tahun dan akhirnya mendapat jawapan yang sama?"

Maka guru kedua itu menjawab :

" Jika anda mendapat jawapan yang sama dari guru lain 5 tahun lepas , maka itulah jawapannya yang betul. Kamu telah "mensia-siakan hidup kamu selama 5 tahun kerana kamu degil dan tidak menghargai ilmu yang kamu perolehi. "

Maka murid itu tidak dapat berkata apa-apa dan pulang dari situ.

Seperti yang kita dapat lihat dalam cerita 1 tentang murid dan guru, murid tersebut tidak menghargai ilmu yang diperolehinya hanya kerana ilmu itu diperolehinya dengan senang. Bila dia terpaksa bersusah payah untuk mendapat ilmu barulah dia faham kepentingan ilmu yang diperolehinya. Barulah dia akan menghargainya.

Pertama sekali kita mestilah menghargai setiap ilmu yang kita perolehi. Dizaman sains dan teknologi ini, kia boleh memperolehi ilmu dimana-mana sahaja. Melalui internet berbagai-bagai ilmu yang bermenafaat boleh diperolehi . Begitu juga dari buku -buku, media massa, dari guru-guru, kedua ibubapa , rakan dan ramai orang lain. Kadang - kadang ilmu itu akan datang dari orang yang lebih muda, kurang berpengalaman atau pun dari anak atau anak murid, orang bawahan kita dan sebagainya. Janganlah kita mengenepikan ilmu itu hanya kerana kita memperolehinya dengan senang.. Ingatlah kisah anak murid tadi. Janganlah mengenepikan ilmu hanya kerana ilmu itu datang dari orang yang lebih muda atau kurang berpengalaman dari kita atau kerana secara percuma. Ketepikan ego kita dan terimalah nasihat dari orang yang kurang berpengalaman atau lebih muda kerana yang ego kitalah yang selalu menghalang kita dari mencapai kejayaan.

Seterusnya kita mestilah menilai setiap ilmu yang kita perolehi. Jika kita rasa ianya adalah berguna , kita mestilah mula mengamalkannya. Menurut Dato Dr. Fadzilah Kamsah , setiap ilmu yang dipelajari jika kita dapati ia bermenafaat, mestilah kita amalkan dalam masa 48 jam. Jika tidak , kita akan lupakannya.

Ilmu yang paling penting bagi saya selain dari ilmu agama, adalah ilmu motivasi dimana kita mengenal diri kita, minda kita dan seterusnya menukar diri kita supaya kita boleh menjana kejayaan dalam setiap aspek kehidupan kita.

Anthony Robbins, seorang pakar motivasi yang paling terkenal didunia menganggarkan sebanyak 70% dari orang-orang yang membaca berbagai- bagai buku motivasi, mengikuti kursus - kursus motivasi akhirnya akan mengadu bahawa tiada perubahan dalam hidup mereka. Ini adalah kerana mereka hanya membaca buku motivasi dan mengikuti kursus motivasi tetapi gagal mengamalkan apa yang dipelajari. Kemudian mereka akan terus mencari ilmu motivasi yang seterusnya. Ingatlah sekadar membaca mengenai motivasi tidak akan mengubah hidup anda. Amalkan setiap ilmu yang anda rasa akan memenafaatkan anda. Ingatlah kisah murid dan guru tadi.

Albert Einstein , seorang ahli sains yang terulung mengatakan " Jika anda melakukan perkara yang sama setiap hari, maka anda akan dapat hasil yang sama setiap hari" .
(If you do the samething everyday, you will get the same thing everyday) . Jadi untuk berlaku perubahan dalam hidup anda , mestilah ada perubahan dalam tindakan anda .

Hanya dengan mengamalkan apa yang anda pelajari , anda dapat mengubah hidup anda. Saya tahu anda semua adalah orang yang bijak pandai dan akan mengamalkan ilmu yang bermenafaat yang anda pelajari dan seterunya mengubah hidup anda.

Sekian. Terimakasih

Credit to:Dr. Mohamed Farook bin Raj Mohamed

Artikel ini adalah pautan dari: LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]