Khamis, 16 Jun 2011

Jap! Jap! Lagi 5 minit

Setakat berkata : bangunlah, sedarlah..

Mana ada yang akan tersedar

Setakat menggoyang-goyangkan tubuhnya, : hmmm..yelah..5 minit , 5 minit

Bila dicurah air kemukanya : Bingkas bangun dan mengamuk tak tentu pasal


Tidurlah, teruskan bermimpi, teruskanlah..indah mimpi itu

Tak cukup bermimpi dalam tidur,
maka ingin meneruskan mimpi dalam realiti
bagaimana ya?

oowh..gunakan dadah, kalau tak pun, daun ketum, maka akan terus bermimpi, tak kira dalam tidur atau dalam jaga

Apa yang buatkan kau terjaga?..bila perut berkeroncong irama nafsu,

Apa yang mampu membuatkan kau bertindak dan menjadi 'gentleman'?

...owh, bila ada 'awek hot' lalu didepan , maka tetiba tubuh bongkokmu menjadi tegak...

Apa yang mampu buatkan kau bergerak dan memiliki motif kehidupan?

ooohh..bila terlihat orang bermegah dengan kereta mewah dan gadget-gadget canggih maka kau menjadi kuat dan bersemangat mendapatkannya walau tak kira hasilnya dari sumber apa...ahh..paling mudah ragut beg je lah

Apa yang akan kau lakukan bila memiliki 'sedikit kemewahan yang cikai?..

ooo..cuma berlagak umpama seorang jutawan hanya sekadar ingin menunjuk didepan 'awek hot' didisko, berclubbing dan pesta-pesta perayaan dan program realiti TV...tanpa kau sedari siapa yang meraih untung dan mendapat tender jadi supplier pentas, sound system, undian SMS dan mercun bunga api...owh, aku lupa kau juga pakar memutuskan jari dengan bom buatan sendiri....

Ooohh..bagimu, itulah kemajuan, meniru budaya dan gaya yang kau sendiri tak pernah mengerti dan mempelajari susur galur asal tujuannya..Ahh..peduli apa dengan susur galur, janji rock, janji orang tengok kau rugged, ye lah, ruggedlah bila kau tau dengar lagu-lagu metalica, nirvana dan sepultura..

Eh!?..Kau tak pernah tahu ke? "rugged' tu maksudnya Tahan Lasak...bukannya mewarnakan rambut dan kemudian berjalan lenggang lenggok seperti kaum hawa atau sotong!

nah, kini kau juga tak kurang advance, kau dah mahir guna kemudahan internet, seperti orang lain yang menggunakannya sebagai sumber pengetahuan, menimba ilmu dan juga keagamaan, malah juga meraih keuntungan kewangan dari perniagaan....tapi, kau masih beli top-up dikedai, walau kau sepatutnya boleh guna internet untuk menambah kredit, oohh, aku lupa, kau tiada akaun bank, atau hanya tinggal RM1.25, dan kau juga tak layak memiliki kad kredit....atau kau telah pun di'blacklistedkan'..

...tapi kau hanya tahu menggunakan internet hanya untuk melayari pautan laman sosial untuk berkenalan dan memilih 'awek-awek hot', dan mencari bahan seks, menjadi pengemis seks internet...

Seronokkan, melampiaskan hawa nafsu tak bertepi tanpa ada lagi walau sekelumit belas kasihan maka kau campakkan aje benih hasil kerakusanmu itu dari tingkap rumah flat tingkat 5 . Atau kau rasa benihmu itu terlalu sangat hina seperti dirimu juga maka kau buang saja ditong sampah...

Owh, aku lupa, mungkin ini disebabkan kau pakar dalam buat 'obat kuat seks' dan tenaga batin, terlalu pakar hingga dah lebih 50 tahun merdeka, itulah bidang perniagaan yang paling tinggi kepakaranmu

Semakin ramai 'orang lain' mengkagumi ugama warisan turun temurunmu dan mempelajari lantas memeluknya, dan mereka ternyata bahagia, ..tapi kau makin hari makin lupa pada agama warisanmu dengan alasan, 'orang islam walau jahat macamana pun, selagi mengucap 2 kalimah syahadah, akan masuk syurga juga'.....Siapa kata?....
Eh, Nabi yang kata, ada hadis tu....

Ooowh..hadis yang Saidina Umar R.A bagi pelempang kepada penyampainya itu yang kau betul-betul ikut ya...hadis-hadis yang lain bagaimana?

Pernah kau terfikir kau itu beruntung mewarisinya tanpa susah payah mencari, adalah kerana kau terpilih untuk tugas menyampaikan?..pernah kau sampaikan kepada 'orang lain' yang tak mewarisinya walau seorang?

Eh!?..mereka cuba mempelajarinya sendiri tapi kau larang dan marah kepada mereka sekeras-kerasnya dari membaca kitab suci agama warisanmu?..oooh..aku lupa, kau kata:

mereka tak mandi junub, takde wudhu' mana boleh baca....eh, mereka tu seagama denganmu ke maka ada hukum wudhu dan junub pada mereka?...

Ooohh..maafkan aku, kerana lupa untuk memuji kemajuanmu dalam menceburi pelbagai bidang keusahawanan, kini kau tak kalah bila bicara soal projek dan tender juta-juta, tapi setakat menjadi broker, orang tengah dan ambil untung atas angin jelah..jadi runner kepada Main Contractor untuk carikan subcon-subcon, kemudian mark-up harga sebab berderet runner dok tunggu untung atas angin..last sekali subcon yang buat kerja tak mampu siapkan kerja sebab harga tak munasabah...itu je la projek juta-juta kau..lepas tu lepak kat mamak kena teh tarik, sms 'awek hot' atau ajak kawan-kawanmu pergi karaoke yg ada GRO...

Takpelah, sekurang-kurangnya kau masih ada matlamat, nak sambar EX5, dan jadi 'superman bakar jalan' sambil berangan bawak superbike...angan-angan yg kau tahu kau takkan capai walau sebenarnya boleh kau capai jika kau benar-benar berkehendak, bangun dan sedar....


Bangunlah, Sedarlah....: Jap! Jap! 5 minit ! 5 minit!

Maksud Ayat:
Dan (Ingatlah) Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya pada serba-serbinya). DAN JIKA KAMU BERPALING (DARIPADA BERIMAN, BERTAQWA DAN BERDERMA) DIA AKAN MENGGANTIKAN (KAUM) KAMU DENGAN KAUM YANG LAIN (YANG MANA KAUM) SETELAH ITU TIDAK AKAN BERKEADAAN SEPERTI KAMU.
(Muhammad : 38)


P/S:

Aku Ingin Hidup Begini Seribu Tahun Lagi

Aku warganegara merdeka

Kemerdekaan negara, kemerdekaanku

Kebebasan padaku,

Hanya satu beban…

Apa pemimpin kata,

Aku ikut sahaja…

Akal yang diberi tuhan,

Tak payah digunakan

Kecuali untuk cari makan…

Keraguan dan kerinduan (jika ada)

Ku bawa berlari,

Berlari dari rumah ke pejabat,

Dari pejabat ke rumah

Hingga hilang segala sangsi,

Dalam bunyi lantang peti TV

Tiap-tiap malam hari…

Sambil ternganga tengok TV,

Aku menjilat jari…

Begitu sedapnya ayam Kentucky

Dan aku akan lebih tidak peduli

Aku mahu hidup begini

Seribu tahun lagi

(Saleh Ben Joned, 1987)

Terbit untuk Portal Islam Murabbi pada 17 June 2011 LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]