Jumaat, 27 Mei 2011

OCD - Impak Negatif Terhadap Penghidap


PERHATIAN: SILA KLIK PADA PAGES OCD/WAS-WAS UNTUK IKHTIAR PERAWATAN

Assalamualaikum

Saya telah pun memulakan sessi konsultasi untuk rawatan pesakit OCD/ Was-was/ Lintasan hati, berasaskan Hukum Daya Tarik (LOA) , jika sesiapa yang berminat bolehlah hadir untuk sessi ini.

Waktu rundingcara: 10 pagi hingga 5 petang. (Setiap hari kecuali Jumaat) Sila bawa muhrim bagi peserta wanita.

Sila hubungi saya di alamat email: husnuzzonloa@yahoo.com untuk maklumat lanjut dan temujanji



SIMPTOM, PERASAAN, GELAGAT pesakit yang menghidapi masalah obsesif kompulsif (OCD) atau perasaan was-was ekstrem.

Simptom penyakit ini ialah melakukan gerakan berulang kali ketika membersih dan memeriksa, selain daripada keterlaluan atau ekstrem dalam memikirkan aspek seksual, keganasan atau aspek keagamaan.

Pesakit kerap merasakan dirinya tidak bersih sehinggakan mengambil masa berjam-jam lamanya bila berada di bilik mandi. Pesakit akan membasuh kedua-dua tangannya dan mandi berulang kali. Bukan itu sahaja, pesakit akan jalan mengundur bila mahu keluar dari bilik mandi. Lebih teruk lagi apabila keluar dari biliknya, pesakit akan memeriksa pintu biliknya sama ada telah berkunci dengan membuka serta menutup pintu dan memusingkan tombol pintu berulang kali. Banyak kali juga dia akan berpatah balik setelah melangkah hanya beberapa meter untuk memastikan pintu itu betul-betul dikunci.

Tegasnya pesakit mempunyai perasaan serta kelakuan dan gelagat yang ekstrem. Kelakuan yang berulang kali seperti membuka dan menutup pintu sebanyak 20 kali sebelum meninggalkan bilik adalah untuk melegakan keresahan serta pemikiran yang mengatakan pintu bilik itu mungkin belum dikunci. Tetapi ini membuang masa dan mendatangkan stres yang hebat. Kesan paranoid sebegini boleh membuat individu itu psikotik. Masalah ini memberi kesan terhadap rutin hidup seharian. OCD merupakan masalah berpunca dari otak, seperti keresahan serta ketakutan melampau atau juga kombinasi kedua-duanya sekali.

PERLU BANTUAN, PEMAHAMAN


Mula-mula pesakit OCD perlu memahami isu itu. Mereka perlu tahu masalah itu merupakan perasaan yang tidak boleh dikawal seolah-olah terpaksa mereka lakukan dan tidak dapat melepaskan diri dari perasaan ini dan melakukannya. Ini semua tanpa kawalan, seperti imej dan impuls otak yang berlaku tanpa henti berulang kali.

JENIS WAS-WAS


Terdapat beberapa kategori bagi mereka yang mempunyai masalah ini. Kategori pertama ialah mereka yang takut kotor dan akan membersih tangan dan badan berulang-kali.

Kumpulan kedua rasa terpaksa memeriksa pintu, dapur gas berulang kali bagi memastikan keselamatan dan menjauhi bahaya. Ada yang rasa bersalah atau berdosa dan merasakan mereka perlu lakukan sesuatu untuk mengelak daripada didenda atau dihukum.

Ada juga yang rasa obsesi dengan cara mengatur barang atas meja dan rak atau mengatur perabot dan dekorasi di dalam rumah. Ada juga yang punya kepercayaan karut tentang sesuatu nombor, warna atau corak dan aturan.

Langkah:

Terapi terbaik bagi mereka yang mengalami OCD ialah terapi ‘kognitif-tingkahlaku’.
Terdapat juga ubat bagi menghilangkan kemurungan tetapi ubat sahaja jarang sekali berkesan mengurangkan simptom masalah ini.

PENDEDAHAN, RESPONS


Pendedahan serta menghalang respons berkisar kepada sumber yang menyebabkan obsesi itu. Individu itu akan dihalang daripada melakukan aktiviti kompulsif bagi meredakan keresahannya.

Contohnya, bagi seseorang yang kompulsif dalam membasuh tangan. Beliau akan disuruh menyentuh tombol atau pemegang pintu tandas awam dan kemudian dihalang daripada membasuh tangannya. Semasa orang itu dalam keresahan, desakan untuk membasuh tangan secara ‘ritual’ (berulang kali) akan beransur hilang. Melalui cara ini, individu itu akan belajar bahawa beliau tidak perlu melakukan ritual itu dan belajar mengawal perasaan obsesif dan tingkahlaku kompulsif.

Terapi kognitif pula memberi fokus terhadap pemikiran yang bahaya dan rasa tanggungjawab besar individu berkenaan. Ia mengajar cara memberi respons yang sihat dan efektif terhadap pemikiran obsesif tanpa perlu melakukan tingkah laku kompulsif.

LANGKAH MENGATASI SIMPTOM

Pesakit disedarkan bahawa pemikiran sebegitu adalah disebabkan OCD dan katakan pada dirinya bahawa ‘ia bukan sebenarnya saya, tetapi hanya OCD’ bagi mengingatkan tingkah laku itu adalah mesej-mesej palsu dan tidak bermakna yang dihantar otak”. Pesakit harus memberi fokus terhadap perkara lain walaupun hanya beberapa minit. Pesakit perlu berkata “saya mengalami gejala OCD dan perlu melakukan sesuatu yang lain.”

BANTUAN KELUARGA

OCD boleh mengganggu hidup sosial dan keluarga mereka yang mengalaminya.
Keluarga boleh membantu dalam memahaminya serta mengelakkan konflik daripada berlaku. Ahli keluarga boleh memberi motivasi serta sokongan terhadap individu yang menghidapi OCD.

Aktiviti riadah seperti melakukan joging, jalan kaki, mendengar muzik dan melayari Internet semata-mata untuk mengelakkan diri daripada tingkah laku kompulsif dan pemikiran obsesif.

Pesakit perlu melengah-lengahkan respons, lagi lama dilengahkan, semakin hilang desakan melakukan gerak kompulsif itu.

ELAK STRES
Sesuatu yang mendatangkan stres boleh mencetuskan atau memburukkan lagi episod OCD.
Pesakit dinasihatkan mengamalkan gaya hidup tanpa stres serta aktiviti yang mendatangkan relaks selain daripada mengamalkan senaman serta pemakanan yang secukupnya. Masa tidur dan rehat harus secukupnya, di samping menjauhi rokok, nikotin dan alkohol.

ELAK DARIPADA BERSENDIRIAN
Pesakit jangan bersendirian dalam mengalami masalah itu. Mereka perlu meminta bantuan, bercerita masalah kepada orang lain. Ada baiknya jika melibatkan diri dengan kumpulan sokongan dan berkongsi pengalaman. Elakkan daripada memberi komen-komen yang negatif. Mereka harus berinteraksi secara positif dalam lingkungan sosial dan anggap semuanya itu adalah satu perkara yang lucu, selanjutnya menceriakan diri sendiri.

disesuaikan daripada Bernama Jan 2012


OCD dalam konteks hidup beragama.
Dalam konteks umat Islam, penyakit OCD ini biasanya menyerang dalam amalan keagamaan atau ibadah. Jika penyakit ini berada pada tahap yang tidak genting, maka ia bukanlah OCD, sebaliknya penyakit was-was biasa yang berlaku dalam menjalani ibadah. Namun, jika penyakit was-was ini dilayan dan dibiarkan berterusan tanpa ada sebarang usaha bagi memulihkannya, ia boleh berubah tahap menjadi teruk dari masa ke semasa, dan akhirnya sampai ke tahap OCD.

Was-was muncul kerana rasa taksub dalam mencari kesempurnaan dalam menunaikan sesuatu ibadat. Penyakit ini biasanya berlaku ketika hendak berniat. Seorang pesakit akan taksub atau obses mencari niat yang sempurna lafaznya. Oleh itu, sebarang kesilapan kecil dalam lafaz akan menimbulkan rasa kurang senang, lantas mendorong untuk mengulanginya sehinggalah rasa kurang senang itu dirasakan benar-benar hilang.
Rasa taksub mencari kesempurnaan ini didorong oleh perasaan takut kalau-kalau amalan yang dilakukan tidak diterima Tuhan. Dari satu sudut, perasaan ini mungkin menampakkan suatu petanda yang baik kerana menunjukkan bahawa seseorang itu bertakwa dan takut kepada Tuhan kalau-kalau amalannya tidak diterima.

Namun dari satu sudut lain, perasaan ini nampaknya menimbulkan fitnah dalam beribadat. Ini kerana salah satu kriteria penerimaan ibadat adalah khusyuk. Jika kita asyik berwas-was sahaja, bagaimana mungkin kita akan khusyuk? Selain itu, berlaku pembaziran dalam menggunakan sumber air. Tuhan juga membenci pembaziran. Maka tidak wajarlah ketaqwaan kepada Tuhan dijadikan alasan untuk kita terus melayan rasa was-was ini.
Maka di sinilah Islam menggesa umatnya mengambil jalan pertengahan. Ini kerana terlalu jahil dalam beragama boleh membawa kepada kekufuran, manakala terlalu fanatik atau taksub dalam beragama pula boleh membawa kepada fitnah-fitnah yang boleh menyebabkan amalan kita langsung tidak diterima.

Di sini saya memetik kata-kata Ibn Qayyim tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat:

“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat.

Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin.

Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).



sumber: LINK 1
LINK 2
LINK 3
LINK 4


P/S: Dah bertahun lamanya aku rasa aman dari semua ni..tapi baru-baru ini dia datang lagi, kembali menggapai jalinan plot-plot silam dengan strategi serba baru lagi canggih...wah! aku terpukul seketika...memang kau hebat, aku akui, tak mampu aku melawan dengan segala yang pernah kugunakan...imunisasi yang kutanam seakan tidak ampuh lagi..rupanya masih banyak lagi implan-implanmu yang bersarang dalam tubuh badanku...tak mengapa..kali ini aku biarkan sahaja kau mengganas buat beberapa ketika, aku tahu dan pasti, aku adalah pemenang, tunggu sahaja masa dan ketika yang sesuai..akan aku ajar kau! dan andai aku memang akan tewas kali ini, biarlah aku tewas keseluruhannya, kerana aku akan menggunakan seluruh ledakan terakhir yang ada pada diriku rohani dan jasmani!

28 ulasan:

  1. sabarlah..teruskan perjuangan. jangan mengalah. my bro hv that problem too..dunno wut should i do.. cuma jgn berenti mkn ubat.. insyaAllah..Allah always wif u.

    BalasPadam
  2. Terimakasih Lin, atas sokongan dan doa, insyaAllah,saya akan tetap berjuang dan yakin saya pasti berjaya.

    Mungkin jika bukan hari ini, hari esok, jika bukan minggu ini minggu depan, jika bukan tahun ini, tahun depan, jika bukan abad ini, abad depan, LAWAN, TETAP LAWAN!

    BalasPadam
  3. salam..on medication sbb OCD ke?

    BalasPadam
  4. Wsalam, not on medication anymore, cuma sesekali ia singgah sebentar:
    http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/12/secebis-nostalgia.html

    BalasPadam
  5. salam..
    FIGHT!!!!
    jangan putus asa atau mengalah..
    FIGHT!
    kuatkan usaha..
    FIGHT!!!!
    insyaAllah..satu hari nnt,akan bebas daripada OCD..
    kuatkan semangat ye..
    saya faham sebab saya ada belajar tentang OCD..
    OCD tidak membezakan awak dengan orang lain,just anggap yang it's just a disease and boleh disembuhkan.
    yakin!

    BalasPadam
  6. wsalam,

    thanks atas sokongan incik :), insya'Allah, dah semakin beransur lega. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. salam..nk tanye, ape langkah yg awk ambil utk merawat penyakit ocd tu?? bleh x cerita sket secara detail sbb sy pun buntu dgn ocd ni..hrp sgt dpt membantu..tq

    BalasPadam
  8. wsalam Abu, harap dapat sertakan email address anda untuk penerangan terperinci

    BalasPadam
  9. atap_bocors@yahoo.com
    thanx..

    BalasPadam
  10. Saya rasa saya ada penyakit ni. Tapi x semua orang faham. Saya pun malu dan xmahu mereka susah. Saya sampai jadi takut dan kalau nak buat keputusan, asyik ragu2 dan perlukan 'reassurance' beberapa kali. Rasa macam ada 2 personaliti dalam diri ni. Macam yang jahat cuba hasut saya supaya jadi marah dan benci dengan ketetapan ni. Tapi on the other side yang baik cuba nak lawan..saya takut..saya harap Allah ampunkan saya. Mudah2an saudara yang diberi kesembuhan oleh Allah boleh beri tips dna panduan kerana anda pernah mengalaminya, mesti anda faham macamana rasanya. tq-Lzee

    BalasPadam
  11. cik Lzee, sila KLIK link ini dan baca keseluruhan siri hingga siri ke 6:

    http://husnuzzonloa.blogspot.com/search/label/Stop%20OCD

    good luck! :)

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum..bagaimana ya saudara mengubati penyakit ni?

    BalasPadam
  13. Anon, waalaikummussalam, sila Klik pada Pages diatas blog yang tertuli OCD/Was-was itu atau cuba link ini.

    http://husnuzzonloa.blogspot.com/p/rawatan-ocd.html

    BalasPadam
  14. assalamualaikum...saya nak bertanya, saudara saya mempunyai masalah berkenaan akidah. dia rasa ada seperti ada sesuatu menyuruhnya melafazakn perkataan murtad. dia tahu benda tu salah dan dia xmahu menyebutnya. dia dh sedaya upaya melawan. hari2nya tidak tenang, adakah ini simptom OCD?

    BalasPadam
  15. ANA : waalaikumussalam. iya, benar, ini juga adalah salah satu bentuk gangguan yang biasa ada pada penghidap OCD. Saya juga kerap didatangi perkara yang sama, seolah2 mengjak saya berkata sesuatu yg membuatkan saya takut akan jatuh kufur, dan lagi dilawan, lagi banyak kita mengulang mengatakan hal itu. Sebenarnya jangan bimbang, perkataan itu bukan datang dari hati kita. Tanya diri sendiri, mengapakah kita dengan tiba2 tergamak untuk berkata perkataan2 tersebut? tentunya bukan kita yang melefazkannya, melainkan bisikan syaitan dan juga 'jin tumpang' yang telah 'tagging online' talian bisikan mereka dengan hato pesakit OCD (kerana kelemahan sistem saraf mereka), maka kerana itu, penghidap akan merasakan seolah2 mereka yang melafazkannya dan merasa berdosa, merasa takut, mengucap banyak kali, kemudian dengar lagi (rasa lagi seolah melafazkan) dan tiada kesudahannya. Untuk menghentikannya, tiada cara yang khusus, kerana itu saya tekankan, ubat-ubatan psikiatrik juga penting kerana ia mampu berfungsi meredakan perkara-perkara seperti ini. Saya pernah berteriak suatu masa dulu: "OK lah wahai syaitan dan jin, kalau kamu semua mahu aku mati murtad dan masuk neraka, aku tak kisah, biarlah aku dibakar dalam neraka, tapi yang paling pasti, golongan kamu itu memang akan menjadi bahan bakar api neraka, sedangkan aku kemungkinan beroleh keampunan dan dibebaskan..!" selepas itu gangguan itu hilang dalam tempoh beberapa ketika. Wallahuaklam.

    BalasPadam
  16. assalamualaikum...terima kasih saudara atas penjelasan tersebut, tp adakah cara lain selain bergantung kepada ubat, saudara saya telah membuat bermacam cara solat sunat, membaca al-quran, memikirkan perkara lain, tetapi masih mengangu, dulu dia pernah jd begini, tetapi hanya beberapa jam dia dh ok, tetapi skrg telah berlarutan selama 3 hari...

    BalasPadam
  17. ANA: waalaikumussalam, saya bingin bertaya semula, sudahkah cik membaca kesemua siri (perincian pengaplikasian 1-6)yang terdapat pada pages : Was-Was/OCD yang terletak diatas dan menyarankan kepada saudara cik untuk mencubanya?

    BalasPadam
  18. saya belum membacanya..ok saya akan cuba membacanya =)

    BalasPadam
  19. ANA: terimakasih untuk kesudian membacanya dan semoga bermanfaat. InsyaAllah.

    BalasPadam
  20. Salam..maaf kalau komen sy agak panjang..sy umur 16 tahun..dulu sy ade gak keraguan ttg rukun iman,pastu yg itu hilang dtg plak ragu2 ttg brg2 kulit dlm rumah tu dr babi ke,berus la...pastu yg babi tu x ilang lagi,tibe2 ragu2 ttg rukun iman mhantui plak..ditambah lg dgn keraguan ttg kehalalan produk makanan and kebersihan diri..lebih2 lg kalu baca kat internet ttg makanan tu ada babi,ni haram,tu takleh,ni ade gelatin,jakim tipu la,makan rasuah la kata diorang...stress gile..tpi skrg alhamdulillah,psl mknn tu dh takde sbb sy percaye takkan jakim nk tipu kot..lgpon bknnye duk luar negara..klu indonesia tu wajar jgk ragu2..ttg rukun iman pon dh ok skrg,tapi sskali ade gk dtg..tp boleh lwn dh skrg..cume satu yg duk merisaukan sy..psl taharah...sy was2 psl baju sy yg bercampur dgn seluar yg terkena kencing dedas..seluar tu pon byk..sy terus je masukkan seluar tu dlm mesin ngan baju2 yg tak kena najis dlm mesin tanpa membilas terlebih dahulu selama 4 tahun..search kat internet ramai yg kata takleh,tak suci,ade najis..tu lah,nilah...naik menyampah...ade jgk yg kata boleh,suci...so sy keliru lah..nk ikut yg kata takleh,membebankan pulak sy rasa..nk ikut yg kata bleh,suci,takot pendapat diorang plak salah..sebab tu jgk sy sering bilas pakaian yg dh cuci mesin/belum cuci dgn mesin..satu lg masalah sy sy takut utk duduk atas sofa/kerusi/katil kat rumah sy kalau sy berpeluh..takut kalau najis yg kononnya ada kat pakaian sy dahulu(selama 4tahun ni) melekat kat sofa/kerusi/katil melekat pulak kat pakaian sy yang dh sy bilas(yg sy pakai time berpeluh)..mmg sah la sy ni menghidap ocd sbb semua simptom mcm berat badan turun,sering marah2,sering risau dll ada pada sy..harap boleh bantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..sy mengalami masalah seperti tuan..bleh share dgn sy mcm mana cara mengatasi dlm khidupan seharian..hrap tuan dpt bantu sy.. theredgiant17@gmail.com

      Padam
  21. Assalamualaikum,

    "sy was2 psl baju sy yg bercampur dgn seluar yg terkena kencing dedas..seluar tu pon byk..sy terus je masukkan seluar tu dlm mesin ngan baju2 yg tak kena najis dlm mesin tanpa membilas terlebih dahulu selama 4 tahun..search kat internet ramai yg kata takleh,tak suci,ade najis..tu lah,nilah...naik menyampah...ade jgk yg kata boleh,suci...so sy keliru lah"


    Menurut pendapat ulama’ Mazhab Syafi’e tidak ada najis yang dimaafkan kecuali najis-najis berikut:

    Najis yang tidak dapat dilihat oleh mata yang sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ini termasuk jikalau ianya percikan kencing anjing dan juga babi. Ini selagi mana zatnya tidak jelas pada penglihatan mata kasar. Tidak perlu diteliti sehingga ke tahap diperiksa dan dibelek-belek di kawasan yang disyaki ini. Ini akan lebih menyusahkan. Sedangkan syara’ tidak membebankan sehingga ke tangga tersebut.


    Oleh itu, jika tentang syak pada percikan kencing dedas didalam mesin basuh, ianya tidak menjadi masalah, lagipun, jika dilihat pada sistem mesin basuh automatik hari ini, pada peringkat terakhirnya, akan disudahi dengan bilasan sebelum ianya dispin. maka mengapa perlu dibilas dgn tangan lagi? semua ini adalah kerja syaitan bernama Dr. Walhan yg sangat expert dalam bidang penghasutan was-was ini.

    Saya pula mempunyai sepasang selipar khas dlm bilik air ketika wudhu, dan di luar bilik air juga ada sepasang lagi yg hanya saya pakai ketika telah berwuduk, untuk berjalan ketempat solat jika dirumah. Selain dari itu, saya hanya bersolat dgn memakai kain dan baju yg hanya saya pakai untuk solat sahaja, dan tidak akan dicampur dgn baju lain dan tidak dipakai untuk dimana-mana tempat pun dalam rumah. Dan, baju dan kain solat ini anda boleh basuh berasingan dgn tangan. Cara ini saya rasa lebih menyelamatkan anda dari melayan pemikiran was-was tadi. Biarlah persekitaran lain penuh dgn najis pun, tetapi peralatan solat anda tetap terjaga bersih. Wallahuaklam

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. @insan kerdil,

    dari apa yg dijelaskan, anda mmg mempunyai ciri-ciri simptom obsesi iaitu pada ibadah feqah. anda tidak termasuk dlm kategori 'washer', tetapi gangguan yg dialami oleh anda, di dlm terma OCD, dinamakan Blasphemy iaitu idea-idea yg mencelarukan dari sudut ugama dan kepercayaan. Hubungi saya di husnuzzonloa@yahoo.com untuk penerangan lebih terperinci, insha'allah.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum wbt semuanya:)>

    ?????? ????? ?????????? ?????????

    Ya . Mohon pencerahannya ya. InsyaAllah:)>

    Assalalamualaikum....saya ada kemusykilan sedikit berkenaan dengan najis hukmi.

    seperti apa yang diajar kepada saya selama ini najis pertengahan terbahagi kepada dua iaitu najis ainiyah dan najis hukmiyah(hilang sifat namun belum disucikan mengikut hukum syarak).

    #soalan saya apabila kita menyentuh kawasan najis hukmiyah dalam keadaan tangan kita basah,dan selepas itu,kita menyentuh pula telefon(contoh). adakah telefon tersebut dihukumkan najis?

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum... nak bertya. Mcm mana nak dptkan rawatan utk tourette syndrome. Setelah hampir 4 bulan saya perasan anak saya berumur 11 thn mengalami syptom2 yg berkaitan dan apabila mendapati rawatan dr pakar beliau tlh mngesahkan anak saya menghidapi penyakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, cubalah dgn doktor yg membuat pengesahan itu. apa yg saya tahu, penyakit ini tak ada ubat

      Padam
  26. assalamualaikum , saya ingin bertanya:

    1.Dalam beberapa minggu yang lalu saya memepunyai banyak lintasan2 hati dan pikiran yang membawa kepada kepada kesyirikan dan kekufuran.banyak kali saya melawanya sehingga saya rasa saya dah x mampu nak melawanya. ada kadang2 saya tersilap kata dan hampir naik gila ketika saya cuba melawanya.Adakah saya ini dikira penderita ocd dan apakah dosa saya akan diampun bila timbul lintasan2 hati yang membawa keraguan terhadap akidah saya. saya harap saudara/i dapat membalas mesej saya.saya takut saya dah murtad, saya rasa dah frust sangat dengan benda2 ni, saya dah tak tahu nak buat apa lagi.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]