Ahad, 24 April 2011

Tips Menarik Dari Pembaca

Kali ini saya ingin kongsikan pandangan beserta tips yang amat menarik dari salah seorang pembaca:



Allah berfirman di dalam sebuah Hadis Qudsi yang masyhur,

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadapku".

Sekiranya anda menyangka bahawa nasib anda selalu buruk, maka Allah jadikan ia kenyataan. Sekiranya anda menyangka doa anda tidak makbul, maka Allah jadikan ia kenyataan. Sekiranya hati kecil anda beranggapan bahawa solat hajat anda hanya usaha yang sia-sia,

MAKA ALLAH JADIKANNYA KENYATAAN.

Cara untuk mengatasi masalah sebegini, saya selalu bertanya kepada individu yang datang mengadu..

"Awak rasa, berapa peratus daripada doa awak yang akan dimakbulkan Allah?"

jika dia menjawab "50-50"

Saya kata, ertinya hanya 50 peratus. Maka untuk dapatkan 100 peratus, sekurang-kurangnya awak kena berdoa (atau solat hajat) sebanyak DUA KALI.

jika dia jawab "10%"

Saya kata, "jika begitu awak hanya perlu berdoa sebanyak 10 kali untuk mendapatkan perkara yang awak hajati!"

Cuma, berdoalah dengan bersungguh-sungguh..hormati adab berdoa, bersihkan diri dahulu dengan solat sunat taubat dan sebagainya...barulah minta. 'Hutang' anda dengan Allah (solat fardhu) tu, bayarlah dulu.. contohnya jika anda berdoa dalam waktu Asar, dah solat Asar ke belum?

Dan syarat paling utama..SANGKA BAIK TERHADAP ALLAH. Bermakna anda perlu bersangka baik terhadap takdir dan nasib anda. Jangan salahkan Allah jika sejak dari mula kita sudah bersangka buruk terhadap takdir diri kita. Allah hanya menjadikannya kenyataan...kerana kita manusia adalah KHALIFAHNYA di bumi ini.

Credit to :Is-Haque

Untuk membaca hasil-hasil tulisan beliau, sila klik untuk layari laman beliau di: Pondok Hearty

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]