Sabtu, 2 April 2011

Penyambung Warisan

Sabda Rasulullah SAW:
"Ilmu ini akan dibawa oleh mereka yang adil dari setiap generasi. Mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan dusta golongan yang batil (sesat) dan takwilan golongan jahil." (Hadis Hasan)

Ilmu akan dibawa oleh mereka yang adil setiap generasi bermaksud setiap generasi umat Islam akan ada golongan adil (boleh dipercayai dalam ajaran agama) dan bersungguh-sungguh membawa ajaran Islam seperti yang diwarisi daripada Rasulullah SAW. Hal ini juga telah disebut oleh Baginda Rasulullah SAW didalam hadis yang bermaksud:

"Sentiasa ada sekelompok di kalangan umatku yang berada di atas kebenaran. Tidak memudaratkan mereka bagi orang yang ingin menjatuhkan mereka sehingga tiba urusan Allah (hari Kiamat)." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Oleh itu, kita semua adalah berpotensi sebagai 'Penyambung Warisan, Penyampai Risalah'. Tugas ,Perjuangan dan Cinta ini tidak terbatas hanya di medan perang jihad atau dakwah dari pintu ke pintu. Terdapat berbagai alternatif dan ikhtiar yang boleh kita semua lakukan mengikut kemampuan dan kreativiti kita semua. Dizaman teknologi maklumat ini, internet juga boleh dijadikan platform dan medan juang kita. Segala hanyalah terletak kepada pilihan kita sendiri.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya ulama ialah pewaris nabi. Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang sudah mengambilnya (ilmu itu), bererti sudah mengambil bahagian yang sempurna."
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud)



Hayatilah bait-bait lontaran suara Allahyarham Sudirman Hj Arshad didalam lagu 'Warisan' antaranya
:Aku bukanlah seorang perwira yang gagah menjunjung senjata. Namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri, demi cinta ini.


WARISAN

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi dan sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harus kusemaikan cinta ini

Betapa,
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku...
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Lagu dan Lirik Oleh: Syed Haron Ahmad
Penyampai: Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]