Jumaat, 1 April 2011

Kisahnya...

Bila ada orang suka dengan kita, kita pulak tak boleh nak terima dia, dan bila ada orang yg kita sukai, dia pulak tak boleh terima kita. Biasalah perkara macam ni. Tetapi perkara ini adalah akibat dari sistem kepercayaan dan tanggapan kita yang dah sebati dengan kita. Kita yang percaya dan sentiasa berfikiran macam itu, cuba kita tukar dan ubah cara kita berfikir dan cara kita membuat tanggapan.

Cth: bila kita suka kat seseorang, cuba beri tanggapan bahawa pasti orang itu pun akan suka giler pada kita. Cuba percaya macam tu. Buat anggapan bahawa realiti hidup memang macam tu. Ha, maka akhirnya berjayalah juga jumpalah dengan orang yang seperti itu. Tetapi, bila dah jumpa, timbul pulak perkara lain.


Boleh bahagia ke aku dengan dia? Orang kata, (Orang kata ..bukan kita kata) Orang yang bercinta 10 tahun pun ada yang tak bahagia. Orang kata, (Orang kata lagi..bukan kita kata) yang mak bapak pilih lebih baik. Eh, tapi ada je kawan2 aku yg 'arrangement marriege' tapi tak bahagia jugak.

Jadi apa yang sebenarnya menentukan kebahagiaan? Takdirlah penentu segalanya. Tapi bukankah Tuhan hanya beri yg terbaik je pada hamba-hambanya. Kita kena buat usaha dan ikhtiar, tak boleh berharap semata-mata kepada takdir tanpa berusaha. So, macamana ni?

Balik semula pada sistem corak pemikiran dan tanggapan serta kepercayaan tadi. Cuba tukar cara berfikir.

Cth: 'aku yakin dan optimis aku dan dia akan bahagia bersama. Aku mampu bahagiakan dan terima dia seadanya. Dia mampu terima diriku seadanya dan bahagiakan aku seikhlasnya'.

Maka kita pun berkahwinlah.

Tup2, tak bahagia pulak. Macam-macam hal berlaku. Macamana ni? Siapa nak dipersalahkan? Siapa yg ajar tentang ubah corak pemikiran semua ni?



Encik Talha lah.

Laa...yang korang pi ikut cakap dia tu buat apa? wakaka...:)

p/s: Sajer jer menyakat..sesekali teringin jugak nak merapu..

1 ulasan:

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]