Sabtu, 30 April 2011

Jangan Menyerah!

1. Awali hidup dengan berfikir yang benar dan milikilah keyakinan yang benar.

Dua Penyebab Kegagalan :

i) Beriman Tanpa Beramal (Meyakini tanpa diiringi dengan Tindakan)
ii) Beramal Tanpa Iman (Bertindak tanpa diiringan dengan Keyakinan)


2. Lebih baik mencuba dan kemudian gagal, daripada kita GAGAL UNTUK MENCUBA atau
TIDAK BERANI MENCUBA

3. Seseorang pemenang itu TIDAK PERNAH MENYERAH kerana Yang Menyerah Tidak Pernah Menang

4. Jatuh itu adalah lumrah, yang Luarbiasa itu ialah Bangkit Setelah Jatuh.

5. Mulakan dengan niat yang kuat dan tepat serta benar dan diiringi dengan tindakan yang optimistik (Inspired Actions)

6. Jangan dikesahkan berapa kali anda jatuh, kerana yang penting ialah:
Berapa kali anda bangkit semula

(Not Trial and Error, but Trial and Learn)

7. Kejayaan itu sangat penting akan tetapi bersyukur itu jauh lebih penting dari sebuah kejayaan.

8. Pelaut yang Ulung tidak lahir dari laut yang tenang. Tetapi dibesarkan dilaut yang bergelora.

9. Maafkan masa lalumu, Tawakkalkan masa depanmu, Syukurilah saat dan ketika ini!

10. Memberi kemaafan memang tidak akan mengubah apa-apa pun tentang masa lalu kita, TETAPI ianya mampu memperindahkan hari esok, dan menceriakan hari ini!

11. Jangan berkata: Ya Allah, masalahku sangat besar", tetapi katakanlah:
"Wahai masalah, Allah itu Maha Besar dan pertolonganNya amat dekat" kerana hanya dengan menghadapi berbagai masalah itulah yang membuatkan kita tetap BERTAHAN dan tetap BERTUHAN

12. Jika kita lari dari masalah, ini bermaknan kita cuba lari dari Kasih Sayang Allah S.W.T

13. Seberat mana pun masalah kita, jika kita yakin akan berjaya mengatasinya, InsyaAllah, kita pasti berjaya mengatasinya.

14. Jadilah orang yang merendah diri, dan tidak lokek untuk berkongsi, kerana itulah yang akan membuatkan orang lain ikhlas untuk mengikut pimpinan anda

15. Sikap sombong dan ego itu adalah petanda awal sebuah kehancuran

16. Ingatlah, betapa banyak kaum yang sedikit dan kecil jumlahnya mampu mengalahkan bilangan yang ramai dan besar!

17. Seorang Pemenang tidak perlu melakukan SESUATU YANG BERBEZA, tetapi cukup dengan melakukan sesuatu itu dengan CARA YANG BERBEZA

Saksikan klip video yang memberikan inspirasi ini:




Jangan Menyerah

Tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasaNya
bagi hambaNya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Judul Lagu: Jangan Menyerah
Artis: D’Masiv

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]