Ahad, 3 April 2011

HIJRAH DIRI


gambar ihsan nurainvivian.blogspot.com


By: Nurain Vivian Quake Abdullah


Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat ain sekalian.Moga semua dalam keadaan sihat selalu, amin.

Satu ketika dahulu, ain gemar memakai skirt pendek (menampakkan peha), baju singkat dan ketat.Bagi ain, itu salah satu cara menunjukkan kecantikkan diri.Jika dibandingkan ain dengan adik perempuan ain yang lain, ain yang paling gemar melaram! Malah, kaum keluarga selalu memuji kecantikkan dan membandingkan ain dengan yang lain.

Rasa seronok je waktu tu.Yelah, dah orang kata kita cantik, perasanlah!

Di awal tahun ain memeluk Islam, pada mulanya ain memang bertudung labuh & berbaju longgar.Namun, akibat pengaruh sekeliling dan iman yang masih lemah, ain akur pada nafsu sendiri.Akur pada nafsu syaitan!

Waktu tu ain masih di kolej, dan gemar mengenakan baju & seluar ketat yang boleh menampakkan bentuk tubuh badan.Ain gemar bersolek cantik, bermekap, memakai wangian yang boleh memikat sesiapa saja.Namun dalam masa yang sama, ain bertudung, tapi tudung singkat yang menampakkan perkara yang tidak harus ditonjolkan.


gambar ihsan nurainvivian.blogspot.com

Dalam fikiran ain, asalkan bertudung, solat 5 waktu, cukuplah ain mengaku ain beragama Islam.Begitu naif ain berkaitan aurat ketika itu.Ain cuma melihat cara wanita Islam kini berpakaian, tapi ain tidak pernah mengkaji sendiri atau bertanya kepada yang lebih tahu ilmu agama.Ain cuma ikut arus, macam lalang! Bagi ain ketika itu tiada salahnya berbaju & berseluar ketat asalkan bertudung.Begitu sempit dan bodohnya ain.

Setelah tamat pengajian dan bekerja, ain cuba berubah penampilan diri, kurang bersosial, semuanya berlaku secara semulajadi dan atas kesedaran sendiri.Hikmah Allah tiada siapa yang tahu.Namun, bab aurat masih sukar ketika itu kerana ain masih tinggal bersama keluarga yang masih sukar penerimaan mereka terhadap anaknya yang beragama Islam.(rujuk tag kenangan)

Setelah mendirikan rumahtangga dan bergelar isteri, ain nekad dan tanamkan semangat pada diri untuk lebih menjaga aurat mengikut ajaran Islam.Ain sedar aurat bukan sekadar bertudung semata-mata.

Ain bertudung setiap masa, walaupun hanya keluar ke laman rumah untuk 5 minit.Pakaian jika dahulu megikut bentuk badan, kini longgar, dan berlengan panjang.Namun, ain masih silap lagi ketika itu! Bertudung singkat tetapi menampakkan dada, berbaju longgar tetapi masih singkat.Kaki masih terdedah.

Jadi, mana silapnya??Suami menegur, tapi dibuat tidak endah sahaja.Bagi ain waktu itu, wanita Islam kini perlu berfesyen, baru boleh tarik perhatian non-muslim! Masih kurangnya kefahaman ain tentang aurat.

Tahun berganti tahun, masa berganti waktu, ain cuba lengkapkan dan tambah ilmu pengetahuan mengenai aurat wanita Islam.Pelbagai jenis buku ain beli tentang aurat wanita Islam, pelbagai website/blog ain singgah dan ain baca serta fahami.Dalam masa yang sama, ain sering memohon pada Yang Esa moga ditunjukkan hidayahNya agar ain berada di jalan yang betul.InsyaAllah, dengan izinNya, ain yakin.


gambar ihsan nurainvivian.blogspot.com

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

"Barangsiapa yang menyerupai gaya suatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum itu"...

Ayat ini ringkas, tapi penuh maksud tersirat.Hindarilah daripada meniru gaya orang kafir berpakaian kerana pakaian mereka itu akan membawa kita ke neraka jahanam! Bukan ingin menakut-nakutkan, tapi itulah yang sebenar-benarnya.

Gambar di atas sudah cukup menerangkan cara menutup aurat yang betul sebagai seorang wanita Islam.Islam juga mempunyai kod etika cara berpakaian bagi yang lelaki mahupun wanita.Namun ain lebih tekankan kepada kaum Hawa kerana wanita Islam kini mudah terpengaruh dengan fesyen moden wanita Islam kini, tapi masih mendedahkan aurat.

Jika ditanyakan tentang perasaan ain ketika ini, sesungguhnya ain berasa amat tenang dan gembira dengan cara penampilan sekarang.Namun, tidak pula ain leka dengan perubahan ini kerana ain sedar Allah akan menguji hambaNya setiap detik.Dan setiap ujian itu ain yakin akan mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.

Ingatlah, HIDUP ADALAH IBADAH, maka cara kita BERPAKAIAN juga adalah IBADAH.Maka berubahlah sekarang, tidak perlu tunggu seru atau ikut hati.

#coretan ini bukanlah ingin membuka pekung didada, sekadar ingin memberikan keinsafan buat diri ini dan pembaca dihormati...

Penghargaan buat: Nurain Vivian Quake Abdullah, semoga tetap dalam istiqamah dan sentiasa berada dalam baraqah dan perlindungan Allah.

Artikel ini adalah pautan dari blog beliau iaitu
NUR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]