Isnin, 7 Mac 2011

Yang Mana Satu Pilihanmu?

Sebuah wawancara telah lakukan oleh seorang pengkaji propektus pekerjaan kepada pelajar-pelajar sebuah IPTA yang sedang menghadiri majlis konvokesyen mereka.



Pegawai Prospektus (Soalan): Pekerjaan bagaimanakah yang anda inginkan setelah bergelar siswa/siswazah dari IPTA ini?

Jawapan:
Siswa 1 : Saya kalau boleh tak nak pekerjaan yang ada shift.

Siswa 2 : Saya tak suka kalau kena bekerja dibawah boss perempuan

Siswa 3 : Saya tak nak pekerjaan yang membuat saya selalu kena keluar ke sana -sini.

Siswa 4 : Saya tak mahu mendapat boss yang cerewet dan angin satu badan.

Pegawai Prospektus: Anda semua belum menjawab soalan saya. Saya bertanyakan pekerjaan bagaimana yang anda INGINKAN, bukan yang anda semua TIDAK MAHU, TIDAK SUKA atau TAK NAK.

Hasil survey menunjukkan: 90% Siswa/siswazah memberi jawapan yang menjurus kepada perkara-perkara yang mereka ingin hindari, tidak mahu dan tidak suka. Hanya 10% memberikan jawapan yang mengikut kehendak soalan iaitu memberitahu jenis pekerjaan yang mereka SUKAI dan INGINKAN.

Kesimpulannya, masyarakat kita memang suka memperkatakan, memikirkan dan memberi fokus kepada perkara-perkara yang tidak mereka suka dan ingin hindari atau negatif, sehingga mereka sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya mereka inginkan di dalam hidup. Tanpa disedari kita sebenarnya hanya menarik masuk kedalam hidup kita perkara-perkara yang kita TIDAK MAHU itu apabila kita terlalu memberikan fokus dan perhatian terhadapnya.

Firman Allah:
"Aku akan bersama mengikutkan sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah dia berprasangka dengan apa yang dia inginkan
(pen -bukan dengan apa yang dia khuatirkan/risaukan)

(Hadis Qudsi Riwayat Tabrani dan Al Hakam)

"You becomes what you always think about"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]