Selasa, 8 Mac 2011

Lelaki separuh mabuk..

"Bersangkabaik! Husnuzzon dengan orang lain! Think Positive!" inilah kata-kata yang selalu aku dengar ataupun selalu aku ucapkan terutama dalam seminar atau dalam group discussion. Tapi kadangkala kita teruji juga dengan apa yang kita katakan.

Seperti biasa hari ini aku kena keluarkan duit lagi dari mesin ATM untuk bayar beberapa bil. Waktu aku melangkah masuk kedalam kawasan ATM tu, tak ada orang pun didalamnya, sejurus sahaja aku nak masukkan kad ATM kedalam mesin, kedengaran pintu dibuka dan terus bau 'alkohol' menusuk hidungku. aku menoleh kebelakang dan mendapati dua orang lelaki yang dalam keadaan separuh mabuk menuju kebelakangku untuk beratur. Secara spontan aku menekan butang 'CANCEL' dan mengeluarkan kad. Tak jadi aku nak keluarkan duit. Fikiran aku terus berfikir perkara negatif. Manalah tau mereka ni kaki 'pau' ke. kalau seorang tu bolehla aku nak bergelut ke, ini dua orang, mabuk pulak tu. Aku terus memberi mereka laluan untuk menggunakan mesin itu dahulu.



" Kenapa boss?..tak bley guna ka ini mesin?"

Lelaki separuh mabuk dengan mata merah menyala itu bertanya.

"Entah, tak taulah, saya punya kad dia tak boleh bacala. Awak pakai dulula," jawabku dan aku menuju ke sudut hujung bilik ATM sementara menunggu mereka selesai.

Sambil menyanyi-nyanyi lagu yang entah apa butirnya, dia menggunakan mesin ATM sementara rakannya yang seorang lagi sibuk mendengar mp3 dari telefon bimbitnya.

"wokey..sudda boss, thank you, sekarang awak cubala"

Mereka pun beredar dari situ dan aku terus menuju ke mesin ATM semula.

Aduh! "Kad anda tidak dapat diproses, sila hubungi bank"

Betul-betul tak boleh dibaca kad aku rupanya! Tadi aku hanya membuat helah sahaja. Tak mengapalah, aku fikir aku cuba ke mesin ATM lain, kadangkala memang begini, sesetengah mesin boleh, sesetengahnya tak boleh.

Terkejut aku bila pusing ke belakang, rupanya lelaki mabuk tadi masih ada dibelakangku dan memerhatikan aku rupanya!

"boss!..ini mesin memng kadang-kadang gila!."

" Tak mengapa, saya cuba ditempat lainlah" jawabku

"boss, nanti dulu, mana tau mesin lain pun gila, tak bley kuluar jugak, abang angkat ini wang dulu kasi pakai, saya kasihan tengok abang " katanya sambil menghulurkan aku RM50.

"eh..Tak apa, saya ada duit, terimakasih sajelah" Aku pun terus melangkah untuk beredar.

"Jangan tolak itu apa itu..ha..ruzuki abang..nah.." katanya sambil memasukkan duit itu ke dalam poket bajuku dan terus keluar menuju keretanya. Rakannya masih dengan MP3 sedang menunggu didalam kereta.

Aku termangu-mangu dengan kejadian ini. Apa ertinya semua ni? Semua pemikiran negatif aku pada mereka tadi semuanya tidak benar belaka! Memikirkan hal ini aku tersedar betapa banyak lagi perkara yang masih belum kufahami. Sejurus itu aku mencuba sekali lagi pada mesin ATM yang sama dan kali ini tiada pula apa-apa masalah. RM50 pemberian lelaki separuh mabuk itu masih tersimpan dalam poket bajuku.....

2 ulasan:

  1. sebab tu dun judge a book by its cover.. but if im there, i`ll think like urs too.. huhuh sbb mmg scre logiknya cmtuh.. ape2 pon..rm50 tuh bg kt lin pon xpe.. hehehe

    BalasPadam
  2. alhamdulilah..thanks bro...atas perkongsian yang cukup bermanfaat...setiap perkra yang disuntik dgn aura positif pasti akan ketemu hasil yang positif jua..insyaAllah...wak

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]