Selasa, 15 Mac 2011

Kenapa aku doa minta sihat tiba-tiba dapat demam ni?...

1. Apabila kita berdoa minta pertolongan dari segi kewangan, apakah Allah memberikan kita duit dari langit?..tentu tidak, melainkan jika memang Allah berkehendakkan begitu. Tetapi Allah memberikan kepada kita duit itu didalam bentuk 'peluang-peluang' untuk mendapatkannya, maka untuk memilikinya, kita perlu membuat komitmen untuk mendapatkannya. 'Peluang-peluang' ini antaranya ialah kadangkala perkara yg selalu kita terlepas pandang seperti tiba-tiba ada seorang rakan lama mengajak kita menyertai sebuah perniagaan, tetapi kita menolak sedangkan mungkin dari situlah 'pertolongan yg kita doakan itu akan diberikan. Atau ketika kita mengisi minyak di petrol station, pekerjanya menghulurkan borang peraduan, yang menawarkan hadiah wang tunai dll, tetapi biasanya kita menolak.



2. Apabila kita berdoa mohon dikurniakan kebahagian dalam bentuk kasih sayang, adakah Allah akan menyuntik perasaan kasih sayang itu kedalam jiwa kita dan orang-orang disekeliling kita?
ATAU Allah memberikan kita peluang-peluang untuk mendapat kasih sayang? Sekali lagi didalam bentuk yang kita tidak tersangka seperti dengan tiba-tiba pasangan kita berubah hati dan berlakunya salah faham. Rumahatangga jadi porak peranda, anak-anak dengan pelbagai masalah yang mana sebenarnya inilah peluangnya untuk kita memperbaiki apa yang perlu dan sekiranya kita kreatif dan husnuzzon, diwaktu inilah kita akan mula menghargai kebaikan-kebaikan individu-individu tersebut. Ketika inilah kita tersedar mana-mana sikap kita yang selama ini menyakitkan hati orang lain. ketika inilah kita akan berusaha mendapatkan semula kasih sayang yang telah makin pudar dengan pelbagai cara. Maka kita akan dapati setelah selesai masalah ini, (dengan izin dan didikan Allah) ikatan perhubungan yang retak itu menjadi bertambah erat dan harmoni, sepertimana yang kita doakan.

3. Bila kita berdoa mohon kesabaran, adakah Allah akan menyuntik sifat sabar itu dengan tiba-tiba didalam jiwa kita? Sekali lagi kita akan diberi peluang untuk mendapatkan "sabar' itu dengan cara Allah memberikan kita peluang melalui sesuatu musibah, dengan tujuan mendidik kita 'apakah itu sabar'. Saya sarankan supaya gunakanlah perkataan 'Allah mendidik' daripada perkataan 'Allah menguji', kerana dari segi getaran, ianya ternyata mempunyai vibrasi yang berbeza.

4. Apabila kita berdoa memohon diberikan kesihatan yang baik zahir dan batin, kadangkala ketika itulah kita ditimpa sakit, kerana itulah peluang untuk kita mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Contohnya yang pernah berlaku, seseorang yang mendapat demam yang berat telah pergi membuat pemeriksaan kesihatan eksekutif (EMC) dari hasil pemeriksaan tersebut, baru dia mendapati dia bukan sekadar demam, tetapi juga mempunyai masalah masalah lain seperti mempunyai 'lump' dibahagian dada yang perlu dibuang bagi mengelakkan 'breast kanser'. Maka dengan asbab demam yang membawa dia berjumpa doktor, dia telah terselamat dari dihidapi kanser. maha suci Allah yang Maha Pengasih dari Segala Yang Pengasih.

Firman Allah “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajari kamu.” (Al Baqarah: 282)

2 ulasan:

  1. tuan rumah:
    sgt agree!! esp tang no 4 tuh.. huhuh kdg2 hnye mampu berserah je..

    BalasPadam
  2. Terimakasih LinX, memang benar, kita perlu membuat penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah semata-mata, akan tetapi kita juga dituntut supaya melakukan komitmen/usaha disamping penyerahan diri itu.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]