Rabu, 23 Februari 2011

You Can Heal Your Life (Anda Mampu Memulihkan Hidup Anda)



Lousie L Hay dilahirkan lahir di Los Angeles dan dibesarkan oleh ibunya, seorang ibu tunggal dalam suasana yang serba kekurangan. Kemudian ibunya berkahwin lagi dan ayah tirinya telah mendera beliau dari segi fizikal dan mental.Dia menceritakan bahawa ketika berusia 5 tahun, dia telah diperkosa oleh tetangga. Dia juga diperkosa oleh bapa tirinya ketika remaja.Pada usia 15 dia terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kewangan, dan mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Beliau menjadi remaja liar dan akhirnya telah mengandung anak luar nikah. Pada harijadinya yang ke-16, Hay menyerah bayi perempuannya ke sebuah keluarga yang menginginkan seorang anak angkat. Kemudian dia berpindah ke Chicago, di mana dia bekerja sebagai jurujual dengan gaji yang rendah. Pada tahun 1950 ia pindah pula ke New York. Dia menjelaskan, bahawa diwaktu ini dia sering bertukar nama dan memulakan kerjaya sebagai seorang 'show room model'. Dia berjaya dalam karier ini, malah pernah bekerja untuk beberapa Pereka Fesyen Terkemuka seperti Bill Blass, Oleg Cassini dan Pauline Trigère. Pada tahun 1954 beliau berkahwin dengan Jutawan Inggeris Andrew Hay, mereka menikmati saat-saat bahagia selama 14 tahun dan daripada suaminya inilah Hay banyak mempelajari tentang cara-cara kehidupan bersosial golongan kelas atasan. Tetapi setelah 14 tahun berkahwin, rumahtangga mereka hancur gara-gara orang ketiga.

Ketika inilah dia mula mendekatkan diri pada ugama dan sering berkunjung ke sebuah Gereja 'The First Church of Religious Science'di 48 Street, yang telah mengajar Hay tentang kekuatan transformasi pemikiran. Hay mendedahkan bahawa di sini ia mempelajari karya-karya metafizik penulis seperti Florence Scovel Shinn, yang menyatakan bahawa berfikir positif boleh mengubah keadaan hidup seseorang, dan juga dari Ernest Holmes, yang mengajarkan bahawa tubuh manusia mampu disembuhkan melalui berfikir positif.

Pada awal tahun 1970 ia menjadi seorang 'Religious Science Practisioner'. Dalam peranannya ini dia memperkenalkan tentang AFFIRMASI (Penegasan diri yang perlu diamalkan setiap hari) bagi tujuan menyembuhkan penyakit mereka, dan Hay menjadi semakin popular. Dia mendapatkan pengetahuan dan pendidikan tentang meditasi iaitu 'Meditasi Transendental Maharishi Mahesh Yogi' di Maharishi International University di Fairfield, Iowa.

Pada tahun 1977 dia didapati mengidap kanser serviks, dan Hay membuat kesimpulan bahawa segala perkara sedih dan perkara yang dibenci yang telah dilaluinya disepanjang kehidupan awalnya telah membentuk 'stress' yang mengakibatkan dia menghidap penyakit ini. Dia bagaimanapun telah menolak rawatan perubatan konvensional, dan memulakan Proses Memberikan Kemaafan kepada mereka-mereka dan perkara-perkara yang dibencinya selama ini(Forgive and Forget) digabungkan dengan affirmasi, terapi, nutrisi, reflexology dan enema. Akhirnya beliau pulih dari kanser tanpa melalui kaedah konvensional. Walaubagaimanapun beliau tidak dapat memberikan testimoni perubatan kerana doktor yang mendiagnos penyakitnya sudah meninggal dunia. Dia walaubagaimana pun bersumpah bahawa perkara ini adalah benar.

Pada tahun 1976, Hay menulis bukunya yang pertama Heal Your Body anda, yang merupakan sebuah risalah (pamplet)kecil, yang mengandungi senarai penyakit tubuh yang berbeza dan "kemungkinan-kemungkinan" yang mengakibatkan stress dari segi metafizik. Risalah ini kemudian diperbaiki dan diadaptasi ke dalam bukunya 'You Can Heal Your Life' yang diterbitkan pada tahun 1984. Pada Februari 2008, dan memenangi tempat kedua di New York Times 'Paperback Best Seller'.

Sekitar waktu yang sama, beliau mula memimpin kumpulan yang memberi sokongan kepada penghidap HIV atau AIDS yang akhirnya dikenali dengan nama "The Hay Rides". Ianya bermula dengan hanya beberapa orang ahli yang berkumpul di ruang tamu hinggalah ke ratusan ahli dalam sebuah dewan besar di West Hollywood. Khidmat kebajikannya dengan penghidap AIDS semakin terkenal dan dia dijemput untuk tampil di "Oprah Winfrey Show" dan "Donahue" pada minggu yang sama, pada bulan Mac 1988. Kemudian, 'You Can Heal Your Life' atelah masuk ke senarai New York Times best-seller. Lebih dari 35 juta salinan dicetak diseluruh dunia dan diterjemahkan kepada lebih daripada 30 buah bahasa dan juga telah difilemkan. You Can Heal Your Life juga disenaraikan dalam 50 Self-Help Classics Book. Hay melaporkan pada laman 225 dalam bukunya bahawa buku ini "... Terjual lebih dari tiga juta naskhah".



Pada tahun 1984, Hay menubuhkan Hay House Publishing, yang akhirnya merupakan penerbit utama buku dan buku audio hasil karya Deepak Chopra dan Doreen Virtue, selain Wayne Dyer. Selain menjalankan syarikat penerbitan itu, Hay menjalankan sebuah organisasi amal yang disebut 'Hay Foundation, yang ia ditubuhkan pada tahun 1985.

Pada tahun 2008, sebuah filem tentang kehidupan Louise Hay telah diterbitkan, berjudul You Can Heal Your Life. Dengan prakata Louise sendiri dari laman rasmi filem: "Filem ini adalah kisah hidup saya, ajaran saya, dan bagaimana saya telah menerapkan prinsip-prinsip ajaran saya untuk kehidupan saya sendiri." Filem ini turut menampilkan beberapa orang pakar motivasi, pengamal Hukum Tarikan, EFT dan doktor-doktor perubatan seperti Gregg Braden, Wayne Dyer, Gay Hendricks, Esther & Jerry Hicks, Doreen Virtue, dan diarahkan oleh pemenang Emmy Award,Pengarah Michael Goorjian.

Louise L Hay amat popular dengan Affirmasinya:

You Can Change Your Life By Changing The Way You Think

"Louse Hay, a former model, former therapist, discover something by observation that science support, decades later' (Louse Hay, bekas model dan terapis, telah menemui sesuatu melalui pengalaman, yang mana akhirnya disokong oleh sains, 10 tahun (1 dekad) kemudian"
~ Dr. Monalisa Sculz, physician, medical intuitive, author.

Saksikan preview ini, dan ikuti kisahnya di Youtube dari kisah 1 hingga 10, semoga anda semua terinspirasi dan memperolehi motivasi darinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]