Ahad, 20 Februari 2011

Mereka telah mengalaminya..

Titipan testimoni sebahagian kecil rakan-rakan loa's, terimakasih atas feedback anda semua. Post ini hanya bertujuan untuk memberikan inspirasi dan motivasi, walau sekecilmana pun kejayaan itu, itulah yang pasti membawa kepada kejayaan yang lebih besar, kita tidak perlu melihat kesemua anak tangga, semuanya bermula dengan melihat dan memijak anak tangga pertama, setelah itu anda akan ditunjukkan anak tangga kedua, ketiga dan seterusnya untuk menuju puncak kejayaan



Seseorang 1:

InsyaAllah..huhuhu..saya terlalu gembira..yang best ada orang tegur saya makin cantik..nampak lain sangat..hahaha..terlalu gmbira..nasib baik tak melompat dalam dewan kat pej pelajaran aritu..hahaha..

affirmasi saya: aku makhluk yg istimewa dicipta oleh Allah..cukup cantik & sempurna..itulah yang saya jadikan fikiran dominan dalam jiwa..tiap kali sedeh dan bila ada orang tanya pasal kahwin, itulah yang saya affirmkan berkali-kali..


Seseorang 2:

Sebenarnye saya dah try banyak kali dan menjadi. pasal parking,pasal jalan yang jem dan pasal duit;))..semalam pun jadi jugak.saya cakap tak suke pergi sri gombak tapi saya terpaksa sebab disitu aje ade kedai yang saya nak pergi. Jalan dia teramat-amat sesak dan sempit. Sebelum masuk ke jalan tu semalam saya dah bayangkan jalan tu lapang, lengang dan ade beberapa bijik kerete je...dan alhamdulillah bila saya sampai situ, sama macam ape yang saya bayangkan;)

Seseorang 3:

auntie saya dah ok..alhamdulillah walaupun banyak dugaan tapi auntie nampak tenang jer...seronok tengok auntie relax macam tu..dia nampak semua dugaan tu dari sudut pandangan yang positif..sebab tu auntie sarankan saya baca blog ni..macam2 perkara positif yg saya belajar..baru2 ni saya diduga lagi, sebelum ni kalau ader benda buruk berlaku, saya mesti jadi murung & tak makan berhari-hari..tapi kali ni lain sangat, rase macam relax jer..apa yang saya nampak sebenarnyer kite kene ajar hati kita menerima keadaan dengan tenang..lepas baca blog tu memang saya rase positif & byk sangat benda positif yg datang dalam hidup saya. Dan sampaila ke hari ini, rase macam berbunga-bunga jer hati ni..keje pun makin seronok..terima kasih byk2..alhamdulillah Allah dah buka pintu hati saya dgn baca blog encik.

Seseorang 4:

Pencapaian MANIFESTASI
Fokus: Berjaya Mendapat Gred 'A' (85% marks) dalam Test/Ujian Pertama Subjek Human Resource Management (HRM) tengah hari Khamis 2/9 diumumkan result. Alhamdulillah. Gembira dan Bersyukur, Semoga berkekalan sehingga akhir semester. Amiiin... semoga sahabat lain turut mendapat kejayaan yang diinginkan. Amiiin..


Seseorang 5:

Setinggi jutaan terimakasih atas ilmu yang diturunkan. Semoga ilmu ini berkembang atas izin Allah dan RedhoNya. Ianya memberi kesedaran pada saya untuk lebih bergantung harap pada Allah dan yakin akan kasih sayangNya serta menjadikan kita lebih bertawakkal dan tenang, juga yakin pada diri sendiri. Saya lebih bersyukur dimana kesyukuran itu menjadikan kita lebih berjaya. Jazakkallahukhairan kathiro.


Seseorang 6:

Saya merasa lebih bersemangat dan dapat merasakan diri semakin positive, even kawan saya yang dulu macam tak rapat dengan saya, tapi semalam tiba-tiba dia contact saya, dan kami sangat mesra! hehe :)


Seseorang 7:

Tuhan tu maha adil..takkan selamanya Dia bagi kita derita..sampai 1 tahap kebahagiaan itu akan jadi milik kita jugak nanti..yang pnting..jangan penat berdoa..lepas kaunseling ari tu..rasa tenang sangat jiwa..seolah2 terlepas semua beban yang selama ni ada kat bahu..rasa ringan..tidur malam pun dah lena..tak perlu dah jadi kelawar..syukur..elok pulak..ada kawan baik di sekolah dulu kenalkn saya dengan seorangg hamba Allah ini..sungguh ketenangan itu datang tanpa dipinta..terima kasih sangat-sangat sebab dengan latihan pernafasan yang dia bagi..dengan kalimah2 indah Allah yang dialunkan..alhamdulillah..ketenangan itu menjadi milik saya..betulla..lepaskan semua yg menyakitkn..lebih baik pikirkn tentang diri sendiri sebelum kita harapkan orang lain pikirkan tentang kita..terima kasih semua yang banyak membantu saya..yg tak penat bagi sokongan dan galakan.

Seseorang 8:

Saya start husnudzon lepas jumpa blog bro talhah (2 mggu lepas raya posa). Saya dan 2 orang ahli kumpulan kena buat English presentation dihadapan Pegawai Penilai Carigali sebagai projek tahun akhir. Tajuk dipilih secara rawak tetapi berkaitan dengan Oil and Gas Industry

Masalah/halangan:
• bimbang dengan sesi soal jawab dengan panel yang rata2 berpengalaman 20-30 tahun dalam oil and gas.
• Bimbang berhadapan dengan audien ramai( situasi macam panggung wayang)

Keinginan:
• membuat presentation English dengan lancar dan yakin dihadapan audien.
• mudah mencari maklumat mengenai oil and gas

Affirmasi:
- Saya boleh berbahasa English dengan lancar dan yakin dihadapan audien
- Audien pasti mendengar,faham dan menyukai presentation kumpulan saya
- Kumpulan saya mudah mencari maklumat mengenai oil and gas
- Saya akan merasakan seolah-olah bercakap dihadapan budak sekolah je.

Komitmen:
-Belajar English melalui the breakfast show,movie,banyak tengok rancangan dengan sarikata English/malay.

-Banyak tanya pengajar mengenai oil and gas/ presentation
-Latih diri menjadi group leader sebab group leader selalu banyak cakap depan orang.

3 hari sebelum presentation, tajuk presentation mula diundi. Saya cabut undi tajuk untuk kumpulan saya. Sebelum cabut, saya huznudzon agar saya dapat tajuk yg senang tetapi meleset kerana saya dapat antara tajuk2 yang susah kerana terlalu banyak system yang perlu difahami. Kawan saya agak kecewa, saya cuba berfikir positif dengan mengatakan bahawa itulah yang terbaik untuk kumpulan saya.

2 hari sebelum presentation, tanpa diduga, salah seorang pengajar berikan kami slide presentation mengenai tajuk kumpulan saya. Segala slide presentation dah disediakan cuma kena edit sedikit saja sedangkan kumpulan2 yang lain terpaksa siapkan sendiri slide presentation.

Pada hari presentation, dengan bismillah dan selawat semuanya berjalan lancar, saya dapat jawab pertanyaan dengan tenang. Pihak panel memaklumkan bahawa pertuturan Bahasa English saya semakin baik, dan cara kumpulan saya menyampaikan presentation dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sangat baik dan meyakinkan.

Alhamdulillah. Nak diikutkan memang kecil pencapaian saya ni,tapi takkan kena tunggu dapat yang lagi besar baru nak bersyukur pulak kan.

Tahniah atas pencapaian-pencapaian anda semua, Syukur PadaMu Ya Allah, semoga kita semua sentiasa diberikan baraqah, rahmat dan hidayah oleh Allah.

Assalamualaikum,

arjunasetia.

2 ulasan:

  1. salam semua.

    Hukum Tarikan ini tetap berlaku samada anda tahu atau tidak tahu mengenainya, samada anda percaya atau tidak percayakannya.

    Orang-orang alim yang hatinya bergantung 200% or 500% or more hanya kepada Allah, walaupun tak belajar hukum tarikan tetapi dapat merasai dekatnya Allah dengan mereka, dapat merasai bahawA Allah memakbulkan doa mereka (dalam pelbagai bentuk). Hati mereka tenang menerima musibah, tidak gelabah dan bersyukur menerima ketentuan Allah.

    Bagi kita orang awam pula... mungkin kita faham pergantungan diri kepada Allah, mungkin kita tahu Allah memakbulkan doa kita, tapi kita kurang yakin... kita perlukan lebih penjelasan... sebab banyak benda yang "tak tercapai dek aqal mu". Alhamdulilah, mempelajari Hukum Tarikan ini menjawab banyak persoalan.

    Buat diri saya, saya telah alami byk perkara 'ajaib' sebelum belajar hukum tarikan... dan setelah mempelajari hukum tarikan , segala-galanya lebih mudah dan tenang . Walaupun tak dapat semua apa yang kita nak... tiada lagi menyalahkan itu dan ini, tiada lagi berperasangka buruk. Pendek kata hidup lebih aman dan tenteram.

    Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam Anonymous,

    Terimakasih atas komen yang diberikan, memang sangat benar segala apa yang dikatakan oleh tuan/puan itu. sesungguhnya Rasulullah telah bersabda:

    "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku" (HR Imam Malik)

    Oleh itu, tidak perlu untuk mempelajari LOA dsbgnya, akan tetapi jika manusia itu mengikuti 100% ajaran Islam dengan tepat, pasti kehidupannya selamat di dunia dan akhirat.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]