Sabtu, 19 Februari 2011

'Ketenangan'



'Ketenangan' adalah salah satu daripada getaran yang berfrekuensi positif. Ianya berupaya menarik dan menjemput lebih banyak tenaga-tenaga dalam bentuk 'ketenangan' atau perkara-perkara yang membawa kedamaian untuk masuk kedalam realiti kehidupan kita.

Frekuensi 'tenang' ini adalah amat penting dan perlu untuk setiap dari kita manusia. Disini saya ingin mengungkapkan Firman Allah:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang"
(Surah Ar-Raa'd: 28)

Maka dari ayat ini, dapatlah kita fahami bahawa salah satu cara untuk berada dalam posisi tenang (positif) adalah dgn mengingati Allah. Inilah pokok pertama urusan kita sebagai manusia yang mana saranan Allah menyuruh kita mengingati Dia, agar kita dapat memperolehi ketenangan. Ini juga adalah isyarat kepada setiap orang yang beriman supaya sentiasa berada didalam keadaan tenang iaitu positif, supaya manusia akan sentiasa menarik kedalam hidup mereka perkara-perkara yang positif dan baik.

Apa yg terjadi pada masyarakat kita hari ini ialah bila masyarakat mula melalaikan diri dari mengingati Allah, malah melupakan Penciptanya, maka apa yang berlaku ialah, mereka akan terkeluar dari posisi 'ketenangan' iaitu berada didalam frekuensi negatif, maka bila ini berlaku, sesebuah masyarakat itu lebih cenderung menarik pelbagai perkara negatif ke dalam kehidupan masyarakat itu. maka dapatlah kita lihat pelbagai perkara yang telah berlaku hari ini seperti rasuah yang berleluasa, buang bayi, bunuh membunuh, fitnah dan lain-lain yang mana semua ini berlaku apabila masyarakat telah terkeluar dari posisi 'ketenangan'/ positif itu.

Firman Allah: DAN TIDAKLAH AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI (BERAMAL IBADAH) KEPADAKU...(ADZ-DZARIYAT: 56)

Bagaimanakah kita ingin mengabdikan diri kepada Allah jika kita lalai dari mengingati Allah? Maka mengingati Allah itu adalah amat penting, dan hasil dari sentiasa mengingati Allah, kita akan sentiasa beroleh ketenangan, yang mana ini akan membuatkan kita sentiasa berada didalam frekuensi positif. Hasilnya, kita akan menarik lebih banyak perkara-perkara kebaikan didalam kehidupan kita. Maha Suci Allah yang memberikan pelbagai kemudahan kepada manusia, akan tetapi manusia itulah yang leka dan tidak mahu memikirkan.

Dan klimaks dari mengingati dan mendekatkan diri kepadaNya, Allah telah memberi jaminan dengan firmanNya yang amat lunak, lembut, provokatif dan begitu halus sekali belaiannya jika kita amati dan fahami betul-betul :

"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam syurgaKu" (Al-Fajr :27-30)


Wallahuaklam,

arjunasetia.

1 ulasan:

  1. When the student is ready, the teacher will appear..

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]