Ahad, 13 Februari 2011

Instinct / Intuisi ( Gerakhati)


By: Dr Mohamed Farook
M.D. (UKM) O.H.D( NIOSH)

Bila talipon berdering, pernahkah anda ada gerakhati yang membolehkan anda meneka dengan tepat siapa yang menalipon anda ? Anda sendiri tidak tahu bagaimana anda tahu siapa yang menalipon . Tetapi anda boleh meneka siapa yang menalipon dengan tepat. Inilah yang dipanggil gerakhati atau intuisi. Pada pendapat saya, intuisi ini merupakan satu anugerah besar dari Allah untuk membantu kita.

Intuisi bukanlah satu perkara yang baru dikenali. Pada zaman Greek purba, raja - raja Greek ada menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Oracles of Delphi.Jawatankuasa ini mengandungi orang - orang yang mempunyai intuisi yang kuat. Jawatankuasa ini boleh menjawab sebarang soalan yang dikemukakan dengan tepat menggunakan intuisi mereka .

George Soros merupakan peniaga matawang yang terkenal didunia. Soros mempunyai kejayaan yang luarbiasa dibidang perniagaan matawang. Soros mengaku bahawa selain dari bergantung kepada analisa pasaran sebelum memasuki pasaran, dia sangat bergantung kepada intuisinya. Sebab itulah Soros mempunyai kejayaan yang luarbiasa di bidang perniagaan matawang.

Fortune 500 merupakan 500 syarikat yang paling berjaya di Amerika Syarikat. Dikalangan syarikat Fortune 500 ini , satu kajian telah dilakukan. 10 peratus dari syarikat Fortune 500 yang mencapai kadar keuntungan yang paling banyak dimasukkan kedalam kumpulan A. 90 peratus bakinya dimasukkan kedalam kumpulan B. Kajian dilakukan mengenai bagaimana CEO syarikat dalam kumpulan A menggunakan intuisi mereka berbanding CEO dalam kumpulan B. Didapati CEO kumpulan A lebih banyak bergantung kepada intuisi berbanding dengan CEO kumpulan B. Ini merupakan salah satu faktor penting yang membantu mereka mencapai kejayaan mereka.

Intuisi ini merupakan panduan terus dari Allah untuk membantu kita.

Walaubagaimanapun, intuisi akan menjadi kuat jika kitamempunyai corak pemikiran dan kepercayaan yang betul. Contohnya seorang yang sedang mencari kerja dan percayabahawa dia boleh mendapat pekerjaan seperti yang dicarinya, maka dia lebih senang mendapat intuisi yang akan membantunya mendapat pekerjaan. Contohnya dia mungkin secara tiba - tiba dan tanpa sebab tertentu teringat seorang kawan lama dan ingin menghubunginya. Bila dia menghubungi kawannya tadi, rupanya syarikat kawannya bekerja memang memerlukan pekerja . Bila dia teringat kawannya, inilah dipanggil intuisi.

Seorang yang percaya dia sukar mendapat pekerjaan kerana sebab tertentu, maka dia sukar sedikit mendapat intuisi yang akan membantunya mendapat pekerjaan.

Seorang yang percaya dia boleh berjaya dalam bidang perniagaan , maka dia akan mendapat intuisi yang akan membantunya dalam bidang perniagaan. Seorang yang mempunyai matlamat untuk membeli kereta, akan lebih senang mendapat intuisi yang menolongnya mendapatkan kereta idamannya. Seorang yang percaya dia boleh mendapat pasangan yang sesuai dengannya. dia boleh mendapat intuisi yang menolongnya mencari pasangan yang sesuai. Begitulah seterusnya.

Oleh kerana intuisi ini adalah dari Allah , ia tidakmembawa sebarang mudarat kepada kita. Ia sentiasamembantu kita. Intuisi juga tidak pernah silap. Yangsilap mungkin penafsiran kita tentang intuisi tadi.

Kita perlu melatih intuisi ini supaya menjadi lebih kuat. Apabila mendapat satu intuisi, jangan abaikannya. Ikutlah intuisi tadi. Katakan kita sedang mencari lokasi perniagaan yang sesuai, mencari pekerjaan atau jodoh dan sebagainya. Jika kita tanpa sebarang sebab tiba - tiba teringat seseorang atau tempat, cuba hubungi orang tersebut atau kunjungi tempat tersebut. Mungkin kita akan jumpa apa yang kita cari. Semakin kita latih intuisikita , ia akan menjadi semakin kuat. Jika kita abaikanintuisi ini , ia akan semakin hilang.

Jangan ambil sebarang risiko besar berdasarkan intuisi sahaja.

Contohnya, jika tadi seorang yang bernama Ahmad mencari lokasi perniagaan. Dia mendapat intuisi untuk menghubungi kawannya. Menghubungi kawannya tidak melibatkan sebarang risiko maka dia perlulah menghubungi kawannya. Kawannya pula mencadangkan satu lokasi yang dianggap sesuai. Maka Ahmad perlulah membuat kajian samada lokasi itu sesuai untuk perniagaan. Jika sesuai barulah dia memulakan perniagaan disitu. Begitulah, setiap perkara mestilah dikaji dengan terperinci sebelum mengambil keputusan. Janganambil sebarang risiko besar berdasarkan intuisi sahaja.

Tadi saya katakan bahawa intuisi ini sentiasa menolong kita dan tidak pernah silap. Jadi jika begitu kenapa saya melarang anda mengambil sebarang risiko berdasarkan intuisi sahaja? Ini adalah kerana kadang - kadang apa yang kita anggap sebagai intuisi mungkin merupakan pendapat kita sahaja dan bukan intuisi. Jadi pendapat ini mungkin betul atau mungkin silap. Sebab itulah saya minta anda jangan mengambil sebarang risiko berdasarkan intuisi. Analisa dahulu secara lojik sebelum mengambil keputusan.

Intuisi adalah satu cara Allah menyelamatkan kita dari bahaya. Laura Day dalam bukunya Practical Intuition menceritakan bahawa pada satu ketika dia sedang perjalanan dalam sebuah kereta. Dia terlupa unuk memakai tali pinggang keselamatan. Tiba - tiba dia terdengar suara emaknya yang kuat yang menyuruhnya memakai talipinggang keselamatan. Dia terus memakai tali pinggang keselamatan. Tidak sampai pun lima minit kemudian, dia terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat dan hampir mengorbankan nyawanya. Tindakan mengikut arahan emaknya untuk memakai talipingganglah telah menyelamatkan nyawanya. Apa yang menghairankan adalah emaknya telah meninggal dunia 10 tahun terlebih dahulu! . Ini merupakan satu bantuan Allah melalui intuisi.

Begitu ada seorang yang memberitahu cerita dia membuat persiapan untuk berkelah ditepi pantai di Pulau Pinang beberapa tahun dahulu. Pada pagi perkelahan , dia terasa tidak sihat sedikit dan membatalkan rancangan perkelahan bersama keluarganya. Pada malam sebelumnya dia memang sihat, tetapi pada pagi perkelahan barulah dia tidak sihat. Pendekcerita, pada pagi yang sepatutnya dia berkelah itu tsunami melanda Aceh, Pulau Pinang dan negara- negara lain dan mengorbankan ratusan ribu nyawa. Kenalan saya ini telah mendapat intuisi dari Allah melalui badan yang tidak sihat dan seterusnya menyelamatkan nyawanya dan keluarganya. Pantai yang sepatutnya menjadi lokasi perkelahannya dilanda tsunami yang kuat dan mengorbankan banyak nyawa.

Ada satu ketika saya sedang berada di kedai buku MPH di SACC Mall untuk membeli buku. Saya telah pun memilih sebuah buku untuk dibeli. Walaubagaimanapun, hati saya berasa tidak sedap dan saya terasa lebih elok saya sembahyang Maghrib sebelum saya membelinya, Jadi, saya pun mengikut gerakhati saya dan sembahyang dahulu. Selepas sembahyang, saya terus masuk kekedai buku dan mengambil buku yang telah saya pilih sebelum sembahyang Maghrib untuk dibayar . Sebelum sempat saya membayarnya , saya telah terserempak dengan seorang kawan dan berboraknya. Rupanya dia pun minat membaca buku mengenai minda dan mencadangkan saya membaca buku THE KEY oleh Joe Vitale. Saya telah melihat buku tersebut dan terus membelinya. Dari buku tersebut saya telah banyak belajar teknik - teknik minda yang sangat membantu saya. Dari buku tersebut juga saya mengenali Joe Vitale, seorang penulis yang agak terkenal dan banyak menerangkan tentang perkara yang penting dan banyak teknik terkini dalam setiap bukunya.Jadi dengan mengikut gerakhati untuk sembahyang dahulu sebelum membeli buku, saya telah mendapat menafaat yang besar.

Untuk menguatkan intuisi kita selain dari latihan kita perlulah mengurangkan gelombang otak kita. Cuma yang kita perlu tahu gelombang otak alfa adalah gelombang otak yang rendah . Pada peringkat gelombang alfa ini kita senang mendapat intuisi. Satu cara untuk menurunkan gelombang otak kepada alfa adalah sembahyang yang khusyuk. Jadi jagalah sembahyang supaya sentiasa khusyuk (menumpukan perhatian hanya kepada Allah). Salah daripada kelebihannya adalah kita akan mendapat intuisi yang kuat yang akan membantu kita mencapai kejayaan dengan cepat.

Buat masa sekarang latihlah intuisi anda dengan mengikut intuisi yang anda dapat. Jangan mengambil sebarang risiko berdasarkan intuisi sahaja. Buatlah analisa secara lojik dahulu sebarang mengambil sebarang keputusan. Jadikan intuisi sebagai panduan sahaja . Jagalah sembahyang supaya khusyuk kerana salah satu faedahnya adalah akan mendapat intuisi yang kuat.

Maka intuisi anda akan menjadi lebih kuat dan senang mencapai kejayaan, InsyaAllah.

Credit to: Dr Mohamed Farook M.D. (UKM) O.H.D( NIOSH)

Artikel ini dipaut dari blog beliau : Menjana Kejayaan Melalui Perubahan Minda

Nota tambahan dari saya:

FIRASAT

Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah (Kasyaf).” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.

Tentang Hati
Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, firasat dan lain-lain.

Hati jika sudah terlalu bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala.

Hati jika kotor, bisikannya bukan lagi kebenaran.

1. Hujah Al Quran

Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan perkara ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajari kamu.” (Al Baqarah: 282)

Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri tambahkan lagi ilmu dan pengetahuan seseorang itu (dari pelbagai sumber dan cara)

2. Hujah Hadis

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (HR Abu Nuaim)

Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila dihargai dan diamalkan dengan itiqamah dan ikhlas. Yakni seseorang itu akan mendapat ilmu baru hasil dari mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari olehnya.

Wallahuaklam


BERSAMBUNG KE LINK

1 ulasan:

  1. intuisi saya sejak beberapa hari ini, kuat mengatakan bahawa saya perlu berhubung dengan pemilik blog husnuzzonloa ini dengan seberapa segera.
    Jika Hukum Tarikan dimasukkan dalam perkiraan, saya tak tahu siapa yang 'menarik' siapa. Mungkin juga kedua-dua..wallahu a'lam.

    Hari esok adalah misteri.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]