Isnin, 21 Februari 2011

Dimana silap Aku?

" Aku tak merokok, itu salah satu ciri yang ramai perempuan cari. Tapi, kau sendiri tahu kan? Sampai sekarang ni aku single lagi, kat mana silap aku agaknya? Berapa banyak kali kau tengok aku frust, asik ditinggalkan, sebab perempuan tu ada 'mamat' lain."

Ini kisah 2 tahun lalu. Dia bekas rakan sepejabatku. Dia segak, pandai bergaya, sentiasa update dengan apa jua jenama dan gaya terbaru samada cara berpakaian, penggayaan rambut, mahupun telefon bimbit. Rupa paras pun dalam kategori 'good looking face'. Aku panggil dia Li aje. Solat memang tak pernah tinggal, bukan jenis ponteng puasa, malah kalau solat kat surau ofis tu, selalu dia jadi imam dan bacaan doa dia pun panjang jugakla, means banyakla doa-doa khusus yang dia hafal. Mengaji Al-Qur'an hebat, maklumlah orang Johor. Dia ni jenis santai aje, serba boleh, sampai dapat gelaran 'resident artist' kat ofis sebab bila Annual Dinner, mesti dia akan terbabit samada menyanyi, atau menari.

Entah dimana silapnya, sering putus cinta. Bila berlaku perkara ni, aku lah tempat dia nak bercerita, sebab dia agak rapat dengan aku, malah adik aku pun kenal dia. Dalam kebanyakkan kes, memang dia ditinggalkan, kadangkala tanpa sebab-sebab yang jelas. Masa mula-mula kenal dengan seseorang wanita, aku nampak dia bukan main ceria, dia ni jenis tak berkira, apatah lagi bila dah sayang seseorang. Bil handphone naik pun tak kisah, pergi kerja dia hantar, balik berjemput. Senang cerita, layanan istimewalah dia beri pada awek, dan ex-ex awek dia. Bila nak jemput balik kerja, bukan dengan tangan kosong, kalau tak bunga, mesti ada coklat atau hadiah lain, romantik jugakla kawan aku ni. Tapi semua tu tak bertahan lama, ada yang 3 bulan, ada yang 2 bulan, malah 2 minggu pun ada.



Aku memang dari awal lagi dah dapat mengagak, apakah punca sebenarnya, cuma aku tak pasti betul atau tidak, maka sebab itulah aku cuma mendiamkan diri sahaja bila dia mengadu.
Tapi kali ini, disebabkan dia sampai menangis didepan aku, kasihan betul bila aku tengok kaum sejenis aku menangis kerana seorang perempuan yang tak tahu dihargai. Memang dia betul-betul sayang dengan awek yang kali ini.

" Dalam 2 minggu kebelakangan ni dia mula menjauhkan diri, bila aku ajak jumpa, ada aja alasan, bila aku nak ambil dia kat ofis, dia tak nak, katanya balik lewat, ada banyak kerja."

" Aku memang syak dia mesti dah ada orang lain. Akhirnya betul pun. Dah kantoi dengan aku baru nak mengaku....Kau tahu? selama ni aku ingat dia serious, sebab dia pun selalu jugak bincang dengan aku pasal kahwinla, pasal kad jemputan la..macam dah betul-betul nak jadi, aku dah bawak pun dia jumpa mak aku...

"Li...kalau aku cakap sesuatu, kau jangan marah ya" Aku memulakan bicara.

"apa dia? bagitau la, buat apa aku nak marah...aku sedih adala ni.."

" Aku....hmmm..aku tak tau benda ni puncanya atau tidak, tapi, ini yang dah lama aku noticed dari hari pertama aku join ofis ni...cuma nasihat dan cadangan aja ya, kau tolong jangan tersinggung"

" apa bendanya?"

" Li, kau memang cukup semuanya, hensem, bergaya, kerjaya menjamin, ugama kau sanjung, tak merokok, memang calon menantu yang sangat bagus...cuma.."

"cuma apa Talha?, bagitau aku, biar aku betulkan apa yang tak kena"

"Kau pernah dengar 'roll-on deodrant' tak?.."

"Perfume ya?..kenapa? macamlah kau tak tau aku memang tak minat pakai perfume2 ni, kita ni jantan"

"Bukan perfume Li, tapi cecair yang kita gelekkan (roll) pada bahagian ketiak, untuk membunuh bakteria yang menyebabkan bau badan..."

"Maksud kau, badan aku berbau ke?"

"Pagi-pagi memang tak ada Li, sebab kau mandi bersabun, tapi bila dah lepas lunch, memang naik bau hangitnya, memang kita takkkan perasan tentang diri kita, tapi orang lain perasan, dan aku nak kau tahu, kau punya memang agak kuat...dan kebanyakkan perempuan tak suka perkara ini, apatah lagi yg type-type model macam taste kau tu."

"iya ke ni Talha?..ish malu lak rasanya, napa kau tak tegur aku dari dulu lagi?"

"hai..benda macam ni sensitif beb, semua orang kena faham sendiri la"

"lepas ofis ni kau teman aku pergi cari benda tu boleh? kat Watson ada tak? kau tunjukkan aku macamana..kau pakai jenis apa? bla..bla..bla.............

Aku teringat kisah ni, sebab aku baru je terserempak dengan Li yang tengah dukung anak dia sebentar tadi....



p/s: Penampilan dan memastikan orang lain selesa berurusan dengan kita itu penting. Rasulullah sendiri memakai bau-bauan, malaikat sukakan haruman.

daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)


Cuma jangan berlebih-lebihan sudahla, janganla 1 kilometer pun dah terbau.

1 ulasan:

  1. heeemm .. kena cari penebat ni... klu wanita dilarang memakai deodorant

    klu biasa mandi sekali sehari ...
    tukarlar mandi 5 kali sehari ... :D

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]