Isnin, 28 Februari 2011

AWAS apabila: Kebahagiaannya adalah Kekecewaan!

Jangan berjanji jika anda tidak mampu menunaikan. Terutama kepada anak-anak anda. Kita telah berbincang didalam artikel Mak Cakap Tak Dengar bahawa subconscious mind kanak-kanak mula terbentuk dari usia 2 tahun hingga ke usia awal remaja. Didalam tempoh ini, jangan sesekali menjanjikan 'janji manis' yang anda sendiri tidak mempunyai keinginan untuk menunaikannya. Jangan memberikan janji kosong dan palsu yang hanya bertujuan untuk membuatkan anak anda membuat sesuatu tugasan seperti:

"Kalau Arman lulus periksa dapat 4A dalam UPSR, ayah belikan playstation"

Maka kerana benar-benar inginkan playstation tersebut, Arman pun belajr dengan tekun hingga mendapat tempat 4 A dalam peperiksaan tersebut. Akan tetapi apabila dia menuntut janji dari ayahnya, ternyata ayahnya berdolak dalik dengan memberikan pelbagai alasan. Dan Arman merasa amat kecewa dan tertipu.



Perkara-perkara seperti mengajar Arman bahawa penipuan itu sesuatu yang 'halal' dan boleh. Selain dari itu, dia juga mempelajari bahawa dunia ini penuh dengan 'penipuan' walaupun dari ayah kandung sendiri dan juga membentuk sikap 'jangan percaya pada sesiapa' dalam diri Arman.

Katakanlah ini bukan kali pertama Arman ditipu sebegini, mungkin dari kecil, janji-janji seperti akan dibawa menonton wayang, dibawa ke KFC, McDonald dan sebagainya. Terlalu banyak jiwanya merasai kesedihan yang berbentuk kekecewaan.

Apa yang yang membentuk jatidiri Arman seterusnya? Dia akan menjadi seorang yang selalu melayan rasa kecewanya samada dengan meluahkan kepada kawan-kawan, itu pun jika ada kawan-kawan yang faham dan perihatin? Bagaimana jika kawan-kawannya turut mentertawakan dan memperli Arman yang mungkin telah pun menceritakan sebelum ini bahawa dia akan memiliki playstation? Lebih berbahaya jika Arman mula terjebak dengan aktiviti-aktiviti negatif jika bercampur dengan rakan-rakan yang 'senasib' atau yang salah. Jiwa remaja adalah 'jiwa memberontak' atau 'rival'. Mereka akan menunjukkan perasaan kecewa ini dengan melakukan perkara-perkara yang negatif seperti merokok, mengambil dadah, mengadakan hubungan seks terlarang dan sebagainya sebagai tanda protes kepada ibubapa mereka. Tanpa mereka sedari, sebenarnya perbuatan ini adalah sebagai mencari perhatian dari ibubapa supaya memujuk dan menyedari kekhilafan ibubapa tadi dan meminta maaf atau menunaikan janji mereka.



Amat malang jika perbuatan negatif mereka mula diketahui oleh ibubapa, anak remaja ini dihukum, dimarahi, dipandang serong dan dicop dengan pelbagai jenama negatif oleh ibubapa mereka yang sepatutnya 'sedar segera' bahawa anak mereka inginkan perhatian, keadilan dan kasih sayang. Sepatutnya 'sedar segera' merekalah punca perubahan sikap negatif anak-anak ini.

Perkara-perkara yang kita rasakan kecil ini selalunya ibubapa selalu terlepas pandang dan menganggap ianya perkara remeh. Apa yang penting bagi ibubapa seperti ini ialah, anak aku berjaya capai keinginan aku untuk lulus periksa. Aku jadi bangga. Tetapi bagaimana dengan masadepan anak tersebut. Apakah kita hanya mahu membentuk gemerasi yang hanya bijak dari segi akademik tetapi penuh dengan kekacauan jiwa atau jiwa kacau?

Kemuncak dari kehidupan penuh kekecewaan, tandatanya, kemarahan dan keegoan ibubapa ini, terdapat sebilangan remaja yang membesar dengan erti kekecewaan menyeluruh. Akhirnya mereka merasakan 'KEKECEWAAN ITU ADALAH KEBAHAGIAAN HIDUP MEREKA' Maka mereka menjadi takut BILA MERASA GEMBIRA kerana subconscious mind mereka gagal memahami apakah itu 'keceriaan', kebahagiaan dan keseronokan yang sebenar dalam ertikata yang positif.

Bagi mereka, Kebahagiaan mereka adalah apabila mereka merasai kekecewaan. Tanpa disedari, mereka akan selalu melakukan perkara-perkara yang mereka tahu akan membuat mereka kecewa seperti memutuskan perhubungan cinta dengan mudah (untuk merasai frustasi), menolak peluang melanjutkan pelajaran ditempat-tempat yang berkualiti sebaliknya memilih tempat yang kurang berkualiti tanpa sebab yang munasabah, menolak tawaran kerja yang baik dan sebaliknya menerima tawaran kerja yang tidak berapa baik dan sebagainya, untuk merasakan kekecewaan yang berupa satu 'dendam tak sudah' kepada ibubapa mereka yang sering membuat mereka kecewa. Mereka bahagia bila kecewa, bila mendapat situasi sedih.

Antara simptom yang dapat dikenalpasti bagi remaja yang telah mengalami trauma atau kecelaruan sebconscious mind seperti ini adalah apabila anda mendapati anak anda terlau mudah merajuk, terlalu mudah menolak apa-apa peluang yang diterimanya apabila anda baru mula menunjukkan tanda-tanda ingin berbincang mengenai tawaran itu (subconsciousmind mereka telah memberitahu bahawa anda pasti tidak bersetuju) walaupun pada hakikatnya mereka terlalu inginkan perkara itu.

Awas ibubapa sekalian, muhasabah diri anda. Jangan hanya kerana ego anda sebagai ibubapa, anda tidak mahu meminta maaf pada anak-anak!


Terbit untuk Portal Islam Murabbi pada 15 Oct 2011 LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]