Isnin, 28 Februari 2011

AWAS apabila: Kebahagiaannya adalah Kekecewaan!

Jangan berjanji jika anda tidak mampu menunaikan. Terutama kepada anak-anak anda. Kita telah berbincang didalam artikel Mak Cakap Tak Dengar bahawa subconscious mind kanak-kanak mula terbentuk dari usia 2 tahun hingga ke usia awal remaja. Didalam tempoh ini, jangan sesekali menjanjikan 'janji manis' yang anda sendiri tidak mempunyai keinginan untuk menunaikannya. Jangan memberikan janji kosong dan palsu yang hanya bertujuan untuk membuatkan anak anda membuat sesuatu tugasan seperti:

"Kalau Arman lulus periksa dapat 4A dalam UPSR, ayah belikan playstation"

Maka kerana benar-benar inginkan playstation tersebut, Arman pun belajr dengan tekun hingga mendapat tempat 4 A dalam peperiksaan tersebut. Akan tetapi apabila dia menuntut janji dari ayahnya, ternyata ayahnya berdolak dalik dengan memberikan pelbagai alasan. Dan Arman merasa amat kecewa dan tertipu.



Perkara-perkara seperti mengajar Arman bahawa penipuan itu sesuatu yang 'halal' dan boleh. Selain dari itu, dia juga mempelajari bahawa dunia ini penuh dengan 'penipuan' walaupun dari ayah kandung sendiri dan juga membentuk sikap 'jangan percaya pada sesiapa' dalam diri Arman.

Katakanlah ini bukan kali pertama Arman ditipu sebegini, mungkin dari kecil, janji-janji seperti akan dibawa menonton wayang, dibawa ke KFC, McDonald dan sebagainya. Terlalu banyak jiwanya merasai kesedihan yang berbentuk kekecewaan.

Apa yang yang membentuk jatidiri Arman seterusnya? Dia akan menjadi seorang yang selalu melayan rasa kecewanya samada dengan meluahkan kepada kawan-kawan, itu pun jika ada kawan-kawan yang faham dan perihatin? Bagaimana jika kawan-kawannya turut mentertawakan dan memperli Arman yang mungkin telah pun menceritakan sebelum ini bahawa dia akan memiliki playstation? Lebih berbahaya jika Arman mula terjebak dengan aktiviti-aktiviti negatif jika bercampur dengan rakan-rakan yang 'senasib' atau yang salah. Jiwa remaja adalah 'jiwa memberontak' atau 'rival'. Mereka akan menunjukkan perasaan kecewa ini dengan melakukan perkara-perkara yang negatif seperti merokok, mengambil dadah, mengadakan hubungan seks terlarang dan sebagainya sebagai tanda protes kepada ibubapa mereka. Tanpa mereka sedari, sebenarnya perbuatan ini adalah sebagai mencari perhatian dari ibubapa supaya memujuk dan menyedari kekhilafan ibubapa tadi dan meminta maaf atau menunaikan janji mereka.



Amat malang jika perbuatan negatif mereka mula diketahui oleh ibubapa, anak remaja ini dihukum, dimarahi, dipandang serong dan dicop dengan pelbagai jenama negatif oleh ibubapa mereka yang sepatutnya 'sedar segera' bahawa anak mereka inginkan perhatian, keadilan dan kasih sayang. Sepatutnya 'sedar segera' merekalah punca perubahan sikap negatif anak-anak ini.

Perkara-perkara yang kita rasakan kecil ini selalunya ibubapa selalu terlepas pandang dan menganggap ianya perkara remeh. Apa yang penting bagi ibubapa seperti ini ialah, anak aku berjaya capai keinginan aku untuk lulus periksa. Aku jadi bangga. Tetapi bagaimana dengan masadepan anak tersebut. Apakah kita hanya mahu membentuk gemerasi yang hanya bijak dari segi akademik tetapi penuh dengan kekacauan jiwa atau jiwa kacau?

Kemuncak dari kehidupan penuh kekecewaan, tandatanya, kemarahan dan keegoan ibubapa ini, terdapat sebilangan remaja yang membesar dengan erti kekecewaan menyeluruh. Akhirnya mereka merasakan 'KEKECEWAAN ITU ADALAH KEBAHAGIAAN HIDUP MEREKA' Maka mereka menjadi takut BILA MERASA GEMBIRA kerana subconscious mind mereka gagal memahami apakah itu 'keceriaan', kebahagiaan dan keseronokan yang sebenar dalam ertikata yang positif.

Bagi mereka, Kebahagiaan mereka adalah apabila mereka merasai kekecewaan. Tanpa disedari, mereka akan selalu melakukan perkara-perkara yang mereka tahu akan membuat mereka kecewa seperti memutuskan perhubungan cinta dengan mudah (untuk merasai frustasi), menolak peluang melanjutkan pelajaran ditempat-tempat yang berkualiti sebaliknya memilih tempat yang kurang berkualiti tanpa sebab yang munasabah, menolak tawaran kerja yang baik dan sebaliknya menerima tawaran kerja yang tidak berapa baik dan sebagainya, untuk merasakan kekecewaan yang berupa satu 'dendam tak sudah' kepada ibubapa mereka yang sering membuat mereka kecewa. Mereka bahagia bila kecewa, bila mendapat situasi sedih.

Antara simptom yang dapat dikenalpasti bagi remaja yang telah mengalami trauma atau kecelaruan sebconscious mind seperti ini adalah apabila anda mendapati anak anda terlau mudah merajuk, terlalu mudah menolak apa-apa peluang yang diterimanya apabila anda baru mula menunjukkan tanda-tanda ingin berbincang mengenai tawaran itu (subconsciousmind mereka telah memberitahu bahawa anda pasti tidak bersetuju) walaupun pada hakikatnya mereka terlalu inginkan perkara itu.

Awas ibubapa sekalian, muhasabah diri anda. Jangan hanya kerana ego anda sebagai ibubapa, anda tidak mahu meminta maaf pada anak-anak!


Terbit untuk Portal Islam Murabbi pada 15 Oct 2011 LINK

Khamis, 24 Februari 2011

Mengapa Aku Kecewa dan Putus Cinta? Persoalan Terjawab ~Another Puzzle Solved!

Petang ni aku tak nampak Ustaz Haikal seperti seorang ustaz, tapi aku nampak dia macam seorang Quantum Physicist. Dengan penuh penghayatan aku mendengar satu-persatu pandangannya yang disampaikan dengan penuh perasaan itu.

Bermula dengan soalan yang ku utarakan padanya:

Ustaz, saya agak musykil memikirkan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang rakan loa's yang telah memahami Hukum Tarikan dan berusaha mengubah corak pemikiran mereka menjadi positif dan husnuzzon.

Apa masalah mereka tu?

Setelah mereka mula berubah tanggapan dan persepsi kepada yang lebih positif, tak dinafikan banyak perkara-perkara baik mula datang ke dalam realiti hidup mereka, tetapi dalam soal perhubungan, ada yang makin renggang dengan pasangan masing-masing, ada yang telah putus cinta, malah ada yang sedang dalam proses perceraian di mahkamah.

Ustaz diam seketika dan bertanya semula:

Mereka salahkan anta ke?

Tidaklah ustaz, tetapi mereka bertanya saya, adakah mereka telah melakukan kesilapan atau tanpa disedari telah menarik 'keretakkan perhubungan' itu dalam hidup mereka, Ada juga yang kecewa lalu terus membuang semua kepercayaan yang baru ingin diadaptasi itu dan jadi orang yang kembali menyalahkan takdir, ini yang buat saya rasa agak tertekan. Saya ni manusia biasa, bukan Pakar Motivasi atau Kaunselor, cuma berkongsi sedikit pengetahuan aje..

Talha, ana nasihatkan anta, janganlah jadi lemah dengan hal-hal yang sebegini, apa yang anta lakukan selama ini tak ada yang salah, menyeru manusia merenung sejenak ke dalam diri, malah dari situ juga kita boleh mengenali diri. Sebenarnya semua ini tidak lain hanyalah untuk menambahkan lagi pengetahuan kita, sesuai dengan Hadis Rasulullah S.A.W:

“Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (HR Abu Nuaim)

Kalau mereka salahkan anta, maka samalah macam mereka salahkan Hukum Graviti jika mereka terjatuh ketika memanjat tangga, mereka faham, Hukum Graviti membuat mereka jatuh kebawah, tetapi ini adalah berpunca dari kecuaian mereka ketika memanjat tangga.

Maksudnya macamana tu ustaz? Apa yang sebenarnya berlaku pada pasangan-pasangan yang mengalami keretakkan ni?

Apa yang kita selalu dengar, "segalanya ini adalah urusan Tuhan", hakikatnya, adakah perkara-perkara yang bukan urusan Tuhan?..segala-galanya adalah urusan Tuhan, jadi jangan hanya bila menerima perkara-perkara buruk didalam hidup, baru kita nak kaitkan dengan Tuhan, bila dapat bonus, menang hadiah wang Tunai, jarang yang nak ingatkan bahawa ini urusan Tuhan. Jadi, sebagai orang yang beriman, salah satu rukunnnya ialah Mempercayai Qada' dan Qadar. Jadi, perkara pertama yang kita kena ingat ialah redha dan bersyukur dahulu dengan ketentuanNya, kerana Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan tujuan main-main. Semuanya ada kebaikan dan hikmah disebaliknya.

Ustaz ni dah lari topik ni, soalan aku belum dijawabnya lagi (bisik hatiku)

Anta ni tak sabarla Talha, bukan ana tak dapat agak apa yang anta fikirkan

Hah?!!..apa dia ustaz? (hebatnya ustaz haikal ni, boleh baca fikiran pulak, ada kasyaf ke?)

Takde apalah, beginilah, mari kita lihat masalah tadi dari sudut yang kita fahami dari segi Hukum Tarikan.

Cuba anta berikan salah satu contoh rakan loa's anta yang sedang menunggu proses perceraian tu, dia isteri ke suami?

Isteri..

Apa masalah hingga nak bercerai?

Suami ada skandal dengan orang ketiga, hingga ada anak luar nikah dengan orang ketiga itu.

Hmm, sebelum belajar Hukum Tarikan, dia sedar perkara ini?

Sebelum belajar, dia tahu suaminya ada buat hubungan cinta aje, tapi tak sangkalah hingga ke peringkat telah memiliki anak luar nikah. Dia belajar dengan niat nak berikhtiar memulihkan semula hubungan dia dengan suami. Dia lakukan apa yang dia terdaya, memaafkan suami, memperbesarkan kebaikan suami, mendoakan suaminya setiap hari, sering buat solat hajat mohon dipulihkan kebahagiaan rumahtangga, dan macam-macam lagi, menjaga penampilan diri, memperbaiki layanan pada suami, pendekata, apa sahaja Receiving Steps dia dah lakukan, malah status 'Complicated' dalam facebook dia tukar pada 'Married' semula, dan kalau sebelum ini hanya ada gambar dia dan anak-anak sahaja dalam FB, dia dah letak semula gambar dia bersanding, gambar percutian dia dengan suami, dan macam-macam lagi. Tapi makin dia dekat dengan Allah, makin dia berubah jadi positif, maka makin banyak keburukan suaminya yang didedahkan, tapi dari segi lain, makin baik pula, seperti rezeki dia makin mewah, pangkat naik, banyak dapat perkara-perkara yang tak disangka-sangka...

This is all about attraction. Semuanya tentang daya tarikan. Anta cukup faham tentang hal tarik menarik antara frekuensi dan tenaga yang sama frekuensikan?

Aku mengangguk-nganguk

Sebenarnya kawan anta tu tidak melakukan apa-apa kesilapan, malah ini menunjukkan dia semakin mahir sehingga kuasa tarikan dia terlalu kuat.

Siisteri ni, frequensinya positif, dan dalam gelembung aura dia penuh tenaga positif, manakala suaminya melakukan maksiat, perzinaan, iaitu perkara negatif, maka dirinya penuh dengan tenaga negatif. Match ke lagi frequensi mereka ni?

Tak match ustaz

Maka apa berlaku?

Makin menjauh

Ha..anta nampak tak sekarang?

Ya, nampak ustaz..saya mula faham..

SiSuami, dengan perlakuannya itu, makin jauh dan lalai dari Allah, ialah, kalau dia selalu mengingati Allah, nak ke dia berzina? tentu tidak, ha..ana ada baca artikel anta yang baru beberapa hari lepas, apa tajuknya tu?, 'ketenangan'..iya tak?

Haa..kalau apa yang ana faham dari artikel anta tu, sisuami ini telah TERKELUAR dari posisi positif / ketenangan apabila dia mula melalaikan diri dari mengingati Allah. maksudnya, kalau dah terkeluar dari posisi positif, maka si suami ni sedang berada dalam posisi negatiflah.

Berbeza dengan isteri yang semakin berusaha mendekatkan diri pada Allah, berusaha mengubah corak pemikiran ke arah positif dan husnuzzon, maka bila ini berlaku, mereka bukan makin dekat, tapi semakin jauh.

Nak bagi mudah faham, ana sebutkan firman Allah yang bermaksud:

"Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina,
atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini
melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang
demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin." (An-Nuur : 3)

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka keampunan dan rezeki yang mulia." (An-Nuur:26)



Ayat ini sebenarnya BUKAN ditujukan SEMATA-MATA kepada orang-orang yang belum kahwin atau baru nak cari jodoh sahaja, tetapi pada mereka-mereka yang telah berkahwin juga, mungkin pada saat mereka berkahwin dulu, memang kedua-dua mereka sekufu dan layak, kerana suami atau isteri tak pernah lagi berzina. Tetapi apabila telah berkahwin, dah ada anak, tiba-tiba suami berubah sikap dan akhirnya jadi penzina, cuba anta fikir,

apakah status mereka ni masih sekufu atau layak berganding bersama?

sedang dalam ayat tadi disebut: Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,...Melainkan jika mereka bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha), sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki
(dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(An-Nuur: 5)


Sekarang anta perhatikan pula Firman Allah:

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka. (Ar-Raad': 11)

Apa yang anta selalu terangkan dalam blog anta tentang ayat ni ana lihat banyak menjurus kepada perubahan positif, TETAPI ia juga akan berlaku the other way around

Macamana tu ustaz?

Maksud ana, bila seseorang itu mula mengubah apa yang ada pada diri mereka, dari seorang yang rajin, bertanggung jawab, kemudian berubah kearah yang buruk, malas, melakukan maksiat dan lain-lain, Allah pun akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum kepada yang tidak baik, mengikut apakah perubahan yang telah mereka buat. Jadi, jika seorang yang baik, tiba-tiba mengubah perlakuan dia jadi jahat, nasib mereka yang baik turut berubah jadi celaka. Can u see that this is all about attraction?..

MasyaAllah..

"Maka begitu jugalah halnya dengan sesiapa sahaja yang putus cinta dan sebagainya; sebab itulah selalu dinasihatkan supaya "bersabar, ada hikmah disebaliknya". Tetapi rata-rata orang kita tak mahu terima nasihat macam ni, malah marahkan takdir, 'takdir kejam' dan lain-lain. Sedangkan sebenarnya Allah telah menyelamatkan mereka dari bersama dengan orang-orang yang tak sekufu dengan mereka, bertujuan memberikan hanya yang terbaik untuk mereka.

Takkan lah Allah nak biarkan seorang gadis yang baik, wara' dekat denganNya dengan tepat dan ikhlas, untuk bersama dengan seorang lelaki gila seks? ini sebagai contohla..

Tapi, bagi mereka yang faham, yang husnuzzon dengan ketentuan seperti ini, mereka akan redha, sedih tu memangla sedih, berpisah dengan orang yang amat disayangi, siapa yang tak sedih, tapi andainya mereka tahu apa yang telah dilakukan oleh pasangan mereka hingga frekuensi mereka menolak, mungkin mereka akan bersyukur. Sebab itu kena husnuzzon, bersangka baik. Dan Allah pun Maha Penyantun, Dia cuma pisahkan, tanpa membuka aib pasangan masing-masing, kecuali dalam kes-kes tertentu, supaya menjadi pengajaran, untuk kebaikan juga"

Subhanallah



Semakin banyak yang aku fahami sekarang ini, pelbagai persoalan telah terjawab, puzzle solved, airmataku mula menitis...!

Loa's Meet J.I.M / IKRAM

Alhamdulillah,pada 11 February lalu, satu pertemuan dengan Pertubuhan IKRAM atau nama lamanya Jemaah Islah Malaysia (JIM) cawangan Hulu Selangor telah diadakan bagi membentangkan penerangan secara 'preview' tentang pengaplikasian Husnuzzon dan Hukum Tarikan dengan jayanya. Sessi yang berlangsung selama 2 jam ini dihadiri oleh Ajk-Ajk IKRAM Hulu Selangor dan daerah-daerah yang terdekat.




UCAPAN DARI PENGERUSI HALEHWAL WANITA JIM



ANTARA HADIRIN


PEBACAAN DOA OLEH BRO AHMAD KHABIR


Rabu, 23 Februari 2011

You Can Heal Your Life (Anda Mampu Memulihkan Hidup Anda)



Lousie L Hay dilahirkan lahir di Los Angeles dan dibesarkan oleh ibunya, seorang ibu tunggal dalam suasana yang serba kekurangan. Kemudian ibunya berkahwin lagi dan ayah tirinya telah mendera beliau dari segi fizikal dan mental.Dia menceritakan bahawa ketika berusia 5 tahun, dia telah diperkosa oleh tetangga. Dia juga diperkosa oleh bapa tirinya ketika remaja.Pada usia 15 dia terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kewangan, dan mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Beliau menjadi remaja liar dan akhirnya telah mengandung anak luar nikah. Pada harijadinya yang ke-16, Hay menyerah bayi perempuannya ke sebuah keluarga yang menginginkan seorang anak angkat. Kemudian dia berpindah ke Chicago, di mana dia bekerja sebagai jurujual dengan gaji yang rendah. Pada tahun 1950 ia pindah pula ke New York. Dia menjelaskan, bahawa diwaktu ini dia sering bertukar nama dan memulakan kerjaya sebagai seorang 'show room model'. Dia berjaya dalam karier ini, malah pernah bekerja untuk beberapa Pereka Fesyen Terkemuka seperti Bill Blass, Oleg Cassini dan Pauline Trigère. Pada tahun 1954 beliau berkahwin dengan Jutawan Inggeris Andrew Hay, mereka menikmati saat-saat bahagia selama 14 tahun dan daripada suaminya inilah Hay banyak mempelajari tentang cara-cara kehidupan bersosial golongan kelas atasan. Tetapi setelah 14 tahun berkahwin, rumahtangga mereka hancur gara-gara orang ketiga.

Ketika inilah dia mula mendekatkan diri pada ugama dan sering berkunjung ke sebuah Gereja 'The First Church of Religious Science'di 48 Street, yang telah mengajar Hay tentang kekuatan transformasi pemikiran. Hay mendedahkan bahawa di sini ia mempelajari karya-karya metafizik penulis seperti Florence Scovel Shinn, yang menyatakan bahawa berfikir positif boleh mengubah keadaan hidup seseorang, dan juga dari Ernest Holmes, yang mengajarkan bahawa tubuh manusia mampu disembuhkan melalui berfikir positif.

Pada awal tahun 1970 ia menjadi seorang 'Religious Science Practisioner'. Dalam peranannya ini dia memperkenalkan tentang AFFIRMASI (Penegasan diri yang perlu diamalkan setiap hari) bagi tujuan menyembuhkan penyakit mereka, dan Hay menjadi semakin popular. Dia mendapatkan pengetahuan dan pendidikan tentang meditasi iaitu 'Meditasi Transendental Maharishi Mahesh Yogi' di Maharishi International University di Fairfield, Iowa.

Pada tahun 1977 dia didapati mengidap kanser serviks, dan Hay membuat kesimpulan bahawa segala perkara sedih dan perkara yang dibenci yang telah dilaluinya disepanjang kehidupan awalnya telah membentuk 'stress' yang mengakibatkan dia menghidap penyakit ini. Dia bagaimanapun telah menolak rawatan perubatan konvensional, dan memulakan Proses Memberikan Kemaafan kepada mereka-mereka dan perkara-perkara yang dibencinya selama ini(Forgive and Forget) digabungkan dengan affirmasi, terapi, nutrisi, reflexology dan enema. Akhirnya beliau pulih dari kanser tanpa melalui kaedah konvensional. Walaubagaimanapun beliau tidak dapat memberikan testimoni perubatan kerana doktor yang mendiagnos penyakitnya sudah meninggal dunia. Dia walaubagaimana pun bersumpah bahawa perkara ini adalah benar.

Pada tahun 1976, Hay menulis bukunya yang pertama Heal Your Body anda, yang merupakan sebuah risalah (pamplet)kecil, yang mengandungi senarai penyakit tubuh yang berbeza dan "kemungkinan-kemungkinan" yang mengakibatkan stress dari segi metafizik. Risalah ini kemudian diperbaiki dan diadaptasi ke dalam bukunya 'You Can Heal Your Life' yang diterbitkan pada tahun 1984. Pada Februari 2008, dan memenangi tempat kedua di New York Times 'Paperback Best Seller'.

Sekitar waktu yang sama, beliau mula memimpin kumpulan yang memberi sokongan kepada penghidap HIV atau AIDS yang akhirnya dikenali dengan nama "The Hay Rides". Ianya bermula dengan hanya beberapa orang ahli yang berkumpul di ruang tamu hinggalah ke ratusan ahli dalam sebuah dewan besar di West Hollywood. Khidmat kebajikannya dengan penghidap AIDS semakin terkenal dan dia dijemput untuk tampil di "Oprah Winfrey Show" dan "Donahue" pada minggu yang sama, pada bulan Mac 1988. Kemudian, 'You Can Heal Your Life' atelah masuk ke senarai New York Times best-seller. Lebih dari 35 juta salinan dicetak diseluruh dunia dan diterjemahkan kepada lebih daripada 30 buah bahasa dan juga telah difilemkan. You Can Heal Your Life juga disenaraikan dalam 50 Self-Help Classics Book. Hay melaporkan pada laman 225 dalam bukunya bahawa buku ini "... Terjual lebih dari tiga juta naskhah".



Pada tahun 1984, Hay menubuhkan Hay House Publishing, yang akhirnya merupakan penerbit utama buku dan buku audio hasil karya Deepak Chopra dan Doreen Virtue, selain Wayne Dyer. Selain menjalankan syarikat penerbitan itu, Hay menjalankan sebuah organisasi amal yang disebut 'Hay Foundation, yang ia ditubuhkan pada tahun 1985.

Pada tahun 2008, sebuah filem tentang kehidupan Louise Hay telah diterbitkan, berjudul You Can Heal Your Life. Dengan prakata Louise sendiri dari laman rasmi filem: "Filem ini adalah kisah hidup saya, ajaran saya, dan bagaimana saya telah menerapkan prinsip-prinsip ajaran saya untuk kehidupan saya sendiri." Filem ini turut menampilkan beberapa orang pakar motivasi, pengamal Hukum Tarikan, EFT dan doktor-doktor perubatan seperti Gregg Braden, Wayne Dyer, Gay Hendricks, Esther & Jerry Hicks, Doreen Virtue, dan diarahkan oleh pemenang Emmy Award,Pengarah Michael Goorjian.

Louise L Hay amat popular dengan Affirmasinya:

You Can Change Your Life By Changing The Way You Think

"Louse Hay, a former model, former therapist, discover something by observation that science support, decades later' (Louse Hay, bekas model dan terapis, telah menemui sesuatu melalui pengalaman, yang mana akhirnya disokong oleh sains, 10 tahun (1 dekad) kemudian"
~ Dr. Monalisa Sculz, physician, medical intuitive, author.

Saksikan preview ini, dan ikuti kisahnya di Youtube dari kisah 1 hingga 10, semoga anda semua terinspirasi dan memperolehi motivasi darinya.

Isnin, 21 Februari 2011

Dimana silap Aku?

" Aku tak merokok, itu salah satu ciri yang ramai perempuan cari. Tapi, kau sendiri tahu kan? Sampai sekarang ni aku single lagi, kat mana silap aku agaknya? Berapa banyak kali kau tengok aku frust, asik ditinggalkan, sebab perempuan tu ada 'mamat' lain."

Ini kisah 2 tahun lalu. Dia bekas rakan sepejabatku. Dia segak, pandai bergaya, sentiasa update dengan apa jua jenama dan gaya terbaru samada cara berpakaian, penggayaan rambut, mahupun telefon bimbit. Rupa paras pun dalam kategori 'good looking face'. Aku panggil dia Li aje. Solat memang tak pernah tinggal, bukan jenis ponteng puasa, malah kalau solat kat surau ofis tu, selalu dia jadi imam dan bacaan doa dia pun panjang jugakla, means banyakla doa-doa khusus yang dia hafal. Mengaji Al-Qur'an hebat, maklumlah orang Johor. Dia ni jenis santai aje, serba boleh, sampai dapat gelaran 'resident artist' kat ofis sebab bila Annual Dinner, mesti dia akan terbabit samada menyanyi, atau menari.

Entah dimana silapnya, sering putus cinta. Bila berlaku perkara ni, aku lah tempat dia nak bercerita, sebab dia agak rapat dengan aku, malah adik aku pun kenal dia. Dalam kebanyakkan kes, memang dia ditinggalkan, kadangkala tanpa sebab-sebab yang jelas. Masa mula-mula kenal dengan seseorang wanita, aku nampak dia bukan main ceria, dia ni jenis tak berkira, apatah lagi bila dah sayang seseorang. Bil handphone naik pun tak kisah, pergi kerja dia hantar, balik berjemput. Senang cerita, layanan istimewalah dia beri pada awek, dan ex-ex awek dia. Bila nak jemput balik kerja, bukan dengan tangan kosong, kalau tak bunga, mesti ada coklat atau hadiah lain, romantik jugakla kawan aku ni. Tapi semua tu tak bertahan lama, ada yang 3 bulan, ada yang 2 bulan, malah 2 minggu pun ada.



Aku memang dari awal lagi dah dapat mengagak, apakah punca sebenarnya, cuma aku tak pasti betul atau tidak, maka sebab itulah aku cuma mendiamkan diri sahaja bila dia mengadu.
Tapi kali ini, disebabkan dia sampai menangis didepan aku, kasihan betul bila aku tengok kaum sejenis aku menangis kerana seorang perempuan yang tak tahu dihargai. Memang dia betul-betul sayang dengan awek yang kali ini.

" Dalam 2 minggu kebelakangan ni dia mula menjauhkan diri, bila aku ajak jumpa, ada aja alasan, bila aku nak ambil dia kat ofis, dia tak nak, katanya balik lewat, ada banyak kerja."

" Aku memang syak dia mesti dah ada orang lain. Akhirnya betul pun. Dah kantoi dengan aku baru nak mengaku....Kau tahu? selama ni aku ingat dia serious, sebab dia pun selalu jugak bincang dengan aku pasal kahwinla, pasal kad jemputan la..macam dah betul-betul nak jadi, aku dah bawak pun dia jumpa mak aku...

"Li...kalau aku cakap sesuatu, kau jangan marah ya" Aku memulakan bicara.

"apa dia? bagitau la, buat apa aku nak marah...aku sedih adala ni.."

" Aku....hmmm..aku tak tau benda ni puncanya atau tidak, tapi, ini yang dah lama aku noticed dari hari pertama aku join ofis ni...cuma nasihat dan cadangan aja ya, kau tolong jangan tersinggung"

" apa bendanya?"

" Li, kau memang cukup semuanya, hensem, bergaya, kerjaya menjamin, ugama kau sanjung, tak merokok, memang calon menantu yang sangat bagus...cuma.."

"cuma apa Talha?, bagitau aku, biar aku betulkan apa yang tak kena"

"Kau pernah dengar 'roll-on deodrant' tak?.."

"Perfume ya?..kenapa? macamlah kau tak tau aku memang tak minat pakai perfume2 ni, kita ni jantan"

"Bukan perfume Li, tapi cecair yang kita gelekkan (roll) pada bahagian ketiak, untuk membunuh bakteria yang menyebabkan bau badan..."

"Maksud kau, badan aku berbau ke?"

"Pagi-pagi memang tak ada Li, sebab kau mandi bersabun, tapi bila dah lepas lunch, memang naik bau hangitnya, memang kita takkkan perasan tentang diri kita, tapi orang lain perasan, dan aku nak kau tahu, kau punya memang agak kuat...dan kebanyakkan perempuan tak suka perkara ini, apatah lagi yg type-type model macam taste kau tu."

"iya ke ni Talha?..ish malu lak rasanya, napa kau tak tegur aku dari dulu lagi?"

"hai..benda macam ni sensitif beb, semua orang kena faham sendiri la"

"lepas ofis ni kau teman aku pergi cari benda tu boleh? kat Watson ada tak? kau tunjukkan aku macamana..kau pakai jenis apa? bla..bla..bla.............

Aku teringat kisah ni, sebab aku baru je terserempak dengan Li yang tengah dukung anak dia sebentar tadi....



p/s: Penampilan dan memastikan orang lain selesa berurusan dengan kita itu penting. Rasulullah sendiri memakai bau-bauan, malaikat sukakan haruman.

daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)


Cuma jangan berlebih-lebihan sudahla, janganla 1 kilometer pun dah terbau.

Ahad, 20 Februari 2011

Mereka telah mengalaminya..

Titipan testimoni sebahagian kecil rakan-rakan loa's, terimakasih atas feedback anda semua. Post ini hanya bertujuan untuk memberikan inspirasi dan motivasi, walau sekecilmana pun kejayaan itu, itulah yang pasti membawa kepada kejayaan yang lebih besar, kita tidak perlu melihat kesemua anak tangga, semuanya bermula dengan melihat dan memijak anak tangga pertama, setelah itu anda akan ditunjukkan anak tangga kedua, ketiga dan seterusnya untuk menuju puncak kejayaan



Seseorang 1:

InsyaAllah..huhuhu..saya terlalu gembira..yang best ada orang tegur saya makin cantik..nampak lain sangat..hahaha..terlalu gmbira..nasib baik tak melompat dalam dewan kat pej pelajaran aritu..hahaha..

affirmasi saya: aku makhluk yg istimewa dicipta oleh Allah..cukup cantik & sempurna..itulah yang saya jadikan fikiran dominan dalam jiwa..tiap kali sedeh dan bila ada orang tanya pasal kahwin, itulah yang saya affirmkan berkali-kali..


Seseorang 2:

Sebenarnye saya dah try banyak kali dan menjadi. pasal parking,pasal jalan yang jem dan pasal duit;))..semalam pun jadi jugak.saya cakap tak suke pergi sri gombak tapi saya terpaksa sebab disitu aje ade kedai yang saya nak pergi. Jalan dia teramat-amat sesak dan sempit. Sebelum masuk ke jalan tu semalam saya dah bayangkan jalan tu lapang, lengang dan ade beberapa bijik kerete je...dan alhamdulillah bila saya sampai situ, sama macam ape yang saya bayangkan;)

Seseorang 3:

auntie saya dah ok..alhamdulillah walaupun banyak dugaan tapi auntie nampak tenang jer...seronok tengok auntie relax macam tu..dia nampak semua dugaan tu dari sudut pandangan yang positif..sebab tu auntie sarankan saya baca blog ni..macam2 perkara positif yg saya belajar..baru2 ni saya diduga lagi, sebelum ni kalau ader benda buruk berlaku, saya mesti jadi murung & tak makan berhari-hari..tapi kali ni lain sangat, rase macam relax jer..apa yang saya nampak sebenarnyer kite kene ajar hati kita menerima keadaan dengan tenang..lepas baca blog tu memang saya rase positif & byk sangat benda positif yg datang dalam hidup saya. Dan sampaila ke hari ini, rase macam berbunga-bunga jer hati ni..keje pun makin seronok..terima kasih byk2..alhamdulillah Allah dah buka pintu hati saya dgn baca blog encik.

Seseorang 4:

Pencapaian MANIFESTASI
Fokus: Berjaya Mendapat Gred 'A' (85% marks) dalam Test/Ujian Pertama Subjek Human Resource Management (HRM) tengah hari Khamis 2/9 diumumkan result. Alhamdulillah. Gembira dan Bersyukur, Semoga berkekalan sehingga akhir semester. Amiiin... semoga sahabat lain turut mendapat kejayaan yang diinginkan. Amiiin..


Seseorang 5:

Setinggi jutaan terimakasih atas ilmu yang diturunkan. Semoga ilmu ini berkembang atas izin Allah dan RedhoNya. Ianya memberi kesedaran pada saya untuk lebih bergantung harap pada Allah dan yakin akan kasih sayangNya serta menjadikan kita lebih bertawakkal dan tenang, juga yakin pada diri sendiri. Saya lebih bersyukur dimana kesyukuran itu menjadikan kita lebih berjaya. Jazakkallahukhairan kathiro.


Seseorang 6:

Saya merasa lebih bersemangat dan dapat merasakan diri semakin positive, even kawan saya yang dulu macam tak rapat dengan saya, tapi semalam tiba-tiba dia contact saya, dan kami sangat mesra! hehe :)


Seseorang 7:

Tuhan tu maha adil..takkan selamanya Dia bagi kita derita..sampai 1 tahap kebahagiaan itu akan jadi milik kita jugak nanti..yang pnting..jangan penat berdoa..lepas kaunseling ari tu..rasa tenang sangat jiwa..seolah2 terlepas semua beban yang selama ni ada kat bahu..rasa ringan..tidur malam pun dah lena..tak perlu dah jadi kelawar..syukur..elok pulak..ada kawan baik di sekolah dulu kenalkn saya dengan seorangg hamba Allah ini..sungguh ketenangan itu datang tanpa dipinta..terima kasih sangat-sangat sebab dengan latihan pernafasan yang dia bagi..dengan kalimah2 indah Allah yang dialunkan..alhamdulillah..ketenangan itu menjadi milik saya..betulla..lepaskan semua yg menyakitkn..lebih baik pikirkn tentang diri sendiri sebelum kita harapkan orang lain pikirkan tentang kita..terima kasih semua yang banyak membantu saya..yg tak penat bagi sokongan dan galakan.

Seseorang 8:

Saya start husnudzon lepas jumpa blog bro talhah (2 mggu lepas raya posa). Saya dan 2 orang ahli kumpulan kena buat English presentation dihadapan Pegawai Penilai Carigali sebagai projek tahun akhir. Tajuk dipilih secara rawak tetapi berkaitan dengan Oil and Gas Industry

Masalah/halangan:
• bimbang dengan sesi soal jawab dengan panel yang rata2 berpengalaman 20-30 tahun dalam oil and gas.
• Bimbang berhadapan dengan audien ramai( situasi macam panggung wayang)

Keinginan:
• membuat presentation English dengan lancar dan yakin dihadapan audien.
• mudah mencari maklumat mengenai oil and gas

Affirmasi:
- Saya boleh berbahasa English dengan lancar dan yakin dihadapan audien
- Audien pasti mendengar,faham dan menyukai presentation kumpulan saya
- Kumpulan saya mudah mencari maklumat mengenai oil and gas
- Saya akan merasakan seolah-olah bercakap dihadapan budak sekolah je.

Komitmen:
-Belajar English melalui the breakfast show,movie,banyak tengok rancangan dengan sarikata English/malay.

-Banyak tanya pengajar mengenai oil and gas/ presentation
-Latih diri menjadi group leader sebab group leader selalu banyak cakap depan orang.

3 hari sebelum presentation, tajuk presentation mula diundi. Saya cabut undi tajuk untuk kumpulan saya. Sebelum cabut, saya huznudzon agar saya dapat tajuk yg senang tetapi meleset kerana saya dapat antara tajuk2 yang susah kerana terlalu banyak system yang perlu difahami. Kawan saya agak kecewa, saya cuba berfikir positif dengan mengatakan bahawa itulah yang terbaik untuk kumpulan saya.

2 hari sebelum presentation, tanpa diduga, salah seorang pengajar berikan kami slide presentation mengenai tajuk kumpulan saya. Segala slide presentation dah disediakan cuma kena edit sedikit saja sedangkan kumpulan2 yang lain terpaksa siapkan sendiri slide presentation.

Pada hari presentation, dengan bismillah dan selawat semuanya berjalan lancar, saya dapat jawab pertanyaan dengan tenang. Pihak panel memaklumkan bahawa pertuturan Bahasa English saya semakin baik, dan cara kumpulan saya menyampaikan presentation dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sangat baik dan meyakinkan.

Alhamdulillah. Nak diikutkan memang kecil pencapaian saya ni,tapi takkan kena tunggu dapat yang lagi besar baru nak bersyukur pulak kan.

Tahniah atas pencapaian-pencapaian anda semua, Syukur PadaMu Ya Allah, semoga kita semua sentiasa diberikan baraqah, rahmat dan hidayah oleh Allah.

Assalamualaikum,

arjunasetia.

Sabtu, 19 Februari 2011

'Ketenangan'



'Ketenangan' adalah salah satu daripada getaran yang berfrekuensi positif. Ianya berupaya menarik dan menjemput lebih banyak tenaga-tenaga dalam bentuk 'ketenangan' atau perkara-perkara yang membawa kedamaian untuk masuk kedalam realiti kehidupan kita.

Frekuensi 'tenang' ini adalah amat penting dan perlu untuk setiap dari kita manusia. Disini saya ingin mengungkapkan Firman Allah:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang"
(Surah Ar-Raa'd: 28)

Maka dari ayat ini, dapatlah kita fahami bahawa salah satu cara untuk berada dalam posisi tenang (positif) adalah dgn mengingati Allah. Inilah pokok pertama urusan kita sebagai manusia yang mana saranan Allah menyuruh kita mengingati Dia, agar kita dapat memperolehi ketenangan. Ini juga adalah isyarat kepada setiap orang yang beriman supaya sentiasa berada didalam keadaan tenang iaitu positif, supaya manusia akan sentiasa menarik kedalam hidup mereka perkara-perkara yang positif dan baik.

Apa yg terjadi pada masyarakat kita hari ini ialah bila masyarakat mula melalaikan diri dari mengingati Allah, malah melupakan Penciptanya, maka apa yang berlaku ialah, mereka akan terkeluar dari posisi 'ketenangan' iaitu berada didalam frekuensi negatif, maka bila ini berlaku, sesebuah masyarakat itu lebih cenderung menarik pelbagai perkara negatif ke dalam kehidupan masyarakat itu. maka dapatlah kita lihat pelbagai perkara yang telah berlaku hari ini seperti rasuah yang berleluasa, buang bayi, bunuh membunuh, fitnah dan lain-lain yang mana semua ini berlaku apabila masyarakat telah terkeluar dari posisi 'ketenangan'/ positif itu.

Firman Allah: DAN TIDAKLAH AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI (BERAMAL IBADAH) KEPADAKU...(ADZ-DZARIYAT: 56)

Bagaimanakah kita ingin mengabdikan diri kepada Allah jika kita lalai dari mengingati Allah? Maka mengingati Allah itu adalah amat penting, dan hasil dari sentiasa mengingati Allah, kita akan sentiasa beroleh ketenangan, yang mana ini akan membuatkan kita sentiasa berada didalam frekuensi positif. Hasilnya, kita akan menarik lebih banyak perkara-perkara kebaikan didalam kehidupan kita. Maha Suci Allah yang memberikan pelbagai kemudahan kepada manusia, akan tetapi manusia itulah yang leka dan tidak mahu memikirkan.

Dan klimaks dari mengingati dan mendekatkan diri kepadaNya, Allah telah memberi jaminan dengan firmanNya yang amat lunak, lembut, provokatif dan begitu halus sekali belaiannya jika kita amati dan fahami betul-betul :

"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam syurgaKu" (Al-Fajr :27-30)


Wallahuaklam,

arjunasetia.

Ahad, 13 Februari 2011

Instinct / Intuisi ( Gerakhati)


By: Dr Mohamed Farook
M.D. (UKM) O.H.D( NIOSH)

Bila talipon berdering, pernahkah anda ada gerakhati yang membolehkan anda meneka dengan tepat siapa yang menalipon anda ? Anda sendiri tidak tahu bagaimana anda tahu siapa yang menalipon . Tetapi anda boleh meneka siapa yang menalipon dengan tepat. Inilah yang dipanggil gerakhati atau intuisi. Pada pendapat saya, intuisi ini merupakan satu anugerah besar dari Allah untuk membantu kita.

Intuisi bukanlah satu perkara yang baru dikenali. Pada zaman Greek purba, raja - raja Greek ada menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Oracles of Delphi.Jawatankuasa ini mengandungi orang - orang yang mempunyai intuisi yang kuat. Jawatankuasa ini boleh menjawab sebarang soalan yang dikemukakan dengan tepat menggunakan intuisi mereka .

George Soros merupakan peniaga matawang yang terkenal didunia. Soros mempunyai kejayaan yang luarbiasa dibidang perniagaan matawang. Soros mengaku bahawa selain dari bergantung kepada analisa pasaran sebelum memasuki pasaran, dia sangat bergantung kepada intuisinya. Sebab itulah Soros mempunyai kejayaan yang luarbiasa di bidang perniagaan matawang.

Fortune 500 merupakan 500 syarikat yang paling berjaya di Amerika Syarikat. Dikalangan syarikat Fortune 500 ini , satu kajian telah dilakukan. 10 peratus dari syarikat Fortune 500 yang mencapai kadar keuntungan yang paling banyak dimasukkan kedalam kumpulan A. 90 peratus bakinya dimasukkan kedalam kumpulan B. Kajian dilakukan mengenai bagaimana CEO syarikat dalam kumpulan A menggunakan intuisi mereka berbanding CEO dalam kumpulan B. Didapati CEO kumpulan A lebih banyak bergantung kepada intuisi berbanding dengan CEO kumpulan B. Ini merupakan salah satu faktor penting yang membantu mereka mencapai kejayaan mereka.

Intuisi ini merupakan panduan terus dari Allah untuk membantu kita.

Walaubagaimanapun, intuisi akan menjadi kuat jika kitamempunyai corak pemikiran dan kepercayaan yang betul. Contohnya seorang yang sedang mencari kerja dan percayabahawa dia boleh mendapat pekerjaan seperti yang dicarinya, maka dia lebih senang mendapat intuisi yang akan membantunya mendapat pekerjaan. Contohnya dia mungkin secara tiba - tiba dan tanpa sebab tertentu teringat seorang kawan lama dan ingin menghubunginya. Bila dia menghubungi kawannya tadi, rupanya syarikat kawannya bekerja memang memerlukan pekerja . Bila dia teringat kawannya, inilah dipanggil intuisi.

Seorang yang percaya dia sukar mendapat pekerjaan kerana sebab tertentu, maka dia sukar sedikit mendapat intuisi yang akan membantunya mendapat pekerjaan.

Seorang yang percaya dia boleh berjaya dalam bidang perniagaan , maka dia akan mendapat intuisi yang akan membantunya dalam bidang perniagaan. Seorang yang mempunyai matlamat untuk membeli kereta, akan lebih senang mendapat intuisi yang menolongnya mendapatkan kereta idamannya. Seorang yang percaya dia boleh mendapat pasangan yang sesuai dengannya. dia boleh mendapat intuisi yang menolongnya mencari pasangan yang sesuai. Begitulah seterusnya.

Oleh kerana intuisi ini adalah dari Allah , ia tidakmembawa sebarang mudarat kepada kita. Ia sentiasamembantu kita. Intuisi juga tidak pernah silap. Yangsilap mungkin penafsiran kita tentang intuisi tadi.

Kita perlu melatih intuisi ini supaya menjadi lebih kuat. Apabila mendapat satu intuisi, jangan abaikannya. Ikutlah intuisi tadi. Katakan kita sedang mencari lokasi perniagaan yang sesuai, mencari pekerjaan atau jodoh dan sebagainya. Jika kita tanpa sebarang sebab tiba - tiba teringat seseorang atau tempat, cuba hubungi orang tersebut atau kunjungi tempat tersebut. Mungkin kita akan jumpa apa yang kita cari. Semakin kita latih intuisikita , ia akan menjadi semakin kuat. Jika kita abaikanintuisi ini , ia akan semakin hilang.

Jangan ambil sebarang risiko besar berdasarkan intuisi sahaja.

Contohnya, jika tadi seorang yang bernama Ahmad mencari lokasi perniagaan. Dia mendapat intuisi untuk menghubungi kawannya. Menghubungi kawannya tidak melibatkan sebarang risiko maka dia perlulah menghubungi kawannya. Kawannya pula mencadangkan satu lokasi yang dianggap sesuai. Maka Ahmad perlulah membuat kajian samada lokasi itu sesuai untuk perniagaan. Jika sesuai barulah dia memulakan perniagaan disitu. Begitulah, setiap perkara mestilah dikaji dengan terperinci sebelum mengambil keputusan. Janganambil sebarang risiko besar berdasarkan intuisi sahaja.

Tadi saya katakan bahawa intuisi ini sentiasa menolong kita dan tidak pernah silap. Jadi jika begitu kenapa saya melarang anda mengambil sebarang risiko berdasarkan intuisi sahaja? Ini adalah kerana kadang - kadang apa yang kita anggap sebagai intuisi mungkin merupakan pendapat kita sahaja dan bukan intuisi. Jadi pendapat ini mungkin betul atau mungkin silap. Sebab itulah saya minta anda jangan mengambil sebarang risiko berdasarkan intuisi. Analisa dahulu secara lojik sebelum mengambil keputusan.

Intuisi adalah satu cara Allah menyelamatkan kita dari bahaya. Laura Day dalam bukunya Practical Intuition menceritakan bahawa pada satu ketika dia sedang perjalanan dalam sebuah kereta. Dia terlupa unuk memakai tali pinggang keselamatan. Tiba - tiba dia terdengar suara emaknya yang kuat yang menyuruhnya memakai talipinggang keselamatan. Dia terus memakai tali pinggang keselamatan. Tidak sampai pun lima minit kemudian, dia terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat dan hampir mengorbankan nyawanya. Tindakan mengikut arahan emaknya untuk memakai talipingganglah telah menyelamatkan nyawanya. Apa yang menghairankan adalah emaknya telah meninggal dunia 10 tahun terlebih dahulu! . Ini merupakan satu bantuan Allah melalui intuisi.

Begitu ada seorang yang memberitahu cerita dia membuat persiapan untuk berkelah ditepi pantai di Pulau Pinang beberapa tahun dahulu. Pada pagi perkelahan , dia terasa tidak sihat sedikit dan membatalkan rancangan perkelahan bersama keluarganya. Pada malam sebelumnya dia memang sihat, tetapi pada pagi perkelahan barulah dia tidak sihat. Pendekcerita, pada pagi yang sepatutnya dia berkelah itu tsunami melanda Aceh, Pulau Pinang dan negara- negara lain dan mengorbankan ratusan ribu nyawa. Kenalan saya ini telah mendapat intuisi dari Allah melalui badan yang tidak sihat dan seterusnya menyelamatkan nyawanya dan keluarganya. Pantai yang sepatutnya menjadi lokasi perkelahannya dilanda tsunami yang kuat dan mengorbankan banyak nyawa.

Ada satu ketika saya sedang berada di kedai buku MPH di SACC Mall untuk membeli buku. Saya telah pun memilih sebuah buku untuk dibeli. Walaubagaimanapun, hati saya berasa tidak sedap dan saya terasa lebih elok saya sembahyang Maghrib sebelum saya membelinya, Jadi, saya pun mengikut gerakhati saya dan sembahyang dahulu. Selepas sembahyang, saya terus masuk kekedai buku dan mengambil buku yang telah saya pilih sebelum sembahyang Maghrib untuk dibayar . Sebelum sempat saya membayarnya , saya telah terserempak dengan seorang kawan dan berboraknya. Rupanya dia pun minat membaca buku mengenai minda dan mencadangkan saya membaca buku THE KEY oleh Joe Vitale. Saya telah melihat buku tersebut dan terus membelinya. Dari buku tersebut saya telah banyak belajar teknik - teknik minda yang sangat membantu saya. Dari buku tersebut juga saya mengenali Joe Vitale, seorang penulis yang agak terkenal dan banyak menerangkan tentang perkara yang penting dan banyak teknik terkini dalam setiap bukunya.Jadi dengan mengikut gerakhati untuk sembahyang dahulu sebelum membeli buku, saya telah mendapat menafaat yang besar.

Untuk menguatkan intuisi kita selain dari latihan kita perlulah mengurangkan gelombang otak kita. Cuma yang kita perlu tahu gelombang otak alfa adalah gelombang otak yang rendah . Pada peringkat gelombang alfa ini kita senang mendapat intuisi. Satu cara untuk menurunkan gelombang otak kepada alfa adalah sembahyang yang khusyuk. Jadi jagalah sembahyang supaya sentiasa khusyuk (menumpukan perhatian hanya kepada Allah). Salah daripada kelebihannya adalah kita akan mendapat intuisi yang kuat yang akan membantu kita mencapai kejayaan dengan cepat.

Buat masa sekarang latihlah intuisi anda dengan mengikut intuisi yang anda dapat. Jangan mengambil sebarang risiko berdasarkan intuisi sahaja. Buatlah analisa secara lojik dahulu sebarang mengambil sebarang keputusan. Jadikan intuisi sebagai panduan sahaja . Jagalah sembahyang supaya khusyuk kerana salah satu faedahnya adalah akan mendapat intuisi yang kuat.

Maka intuisi anda akan menjadi lebih kuat dan senang mencapai kejayaan, InsyaAllah.

Credit to: Dr Mohamed Farook M.D. (UKM) O.H.D( NIOSH)

Artikel ini dipaut dari blog beliau : Menjana Kejayaan Melalui Perubahan Minda

Nota tambahan dari saya:

FIRASAT

Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah (Kasyaf).” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.

Tentang Hati
Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, firasat dan lain-lain.

Hati jika sudah terlalu bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala.

Hati jika kotor, bisikannya bukan lagi kebenaran.

1. Hujah Al Quran

Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan perkara ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajari kamu.” (Al Baqarah: 282)

Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri tambahkan lagi ilmu dan pengetahuan seseorang itu (dari pelbagai sumber dan cara)

2. Hujah Hadis

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (HR Abu Nuaim)

Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila dihargai dan diamalkan dengan itiqamah dan ikhlas. Yakni seseorang itu akan mendapat ilmu baru hasil dari mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari olehnya.

Wallahuaklam


BERSAMBUNG KE LINK

Selasa, 8 Februari 2011

R.A.S (Reticular Activating System) ~Penapis Minda~

*Perhatian: Nota ini sangat penting dan perlu difahami oleh pengamal Hukum Tarikan ~arjunasetia

By:Dr Mohamed Farook
M.D. (UKM) O.H.D( NIOSH)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi melalui pos kali ini.

Sebelum meneruskan penerangan tentang Hukum Tarikan, saya ingin menerangkan tentang satu bahagian dari minda yang memainkan peranan penting dalam hidup kita , khasnya dalam menentukan kejayaan atau kegagalan kita berdasarkan kepada corak pemikiran kita.

Ada sebahagian dari kita (termasuk saya) suka bertanya soalan ' kenapa' dan' bagaimana'. Setiap perkara akan ditanya kenapa dan bagaimana ianya berlaku. Sebenarnya sifat ingintahu ini agak penting , kerana sifat inilah yang membawa banyak penemuan baru didunia kita. Tetapi kadang - kadang kita tidak akan menemui jawapan untuk soalan 'kenapa' dan 'bagaimana' ini. Contohnya walaupun banyak perkara sudah kita fahami mengenai minda kita, masih ada banyak perkara lagi mengenai cara minda kita bekerja yang masih kita tidak faham.

Walaubagaimanapun, seperti dalam contoh suis dan lampu, walaupun kita tidak tahu apa yang berlaku setelah kita memetik suis sehingga lampu menyala, kita masih memetik suis bila kita memerlukan cahaya. Maka lampu pun menyala dan menerangi rumah kita. Dengan cara yang serupa kita perlu mengamalkan teknik minda dan kita akan berjaya, walaupun kita tidak faham 'bagaimana' dan kenapa teknik itu berkesan.

Disini saya akan menerangkan tentang sebuah bahagian minda yang penting iaitu Penapis RAS. (Reticular Activating System).



Bahagian otak ini yang saya katakan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan kita bersesuaian dengan corak pemikiran kita . Penapis RAS ini berfungsi selaras dengan Hukum Tarikan dan Hukum Tindakan dan Tindakbalas .

Saya ingin mengingatkan bahawa jika anda tidak memahami penerangan dibawah , tidak mengapa. Jangan risau. Penerangan ini adalah ditujukan kepada golongan yang sering bertanya kenapa dan bagaimana tadi. Jika tidak mendapat penerangan secukupnya, golongan ini sukar sedikit untuk mengamalkan apa yang mereka pelajari. Saya berharap walaupun anda tidak memahami apa yang saya terangkan, amalkan sahaja perkara yang telah saya terangkan. Maka anda akan berjaya dalam hidup anda (insya Allah). Penerangan di bawah serupalah seperti penerangan tentang apa yang berlaku selepas suis dipetik sehingga lampu menyala dalam contoh tadi. Walaupun anda hanya tahu memetik suis, itu sudah mencukupi untuk anda menerangi hidup anda. Tak perlu anda tahu apa yang berlaku selepas suis dipetik sehungga lampu menyala. Yang penting anda perlu fahami kesimpulan yang berikan diperenggan bawah sekali pos ini.

Jika anda memahami penerangan yang saya berikan dibawah , itu lebih bagus.

Bahagian minda yang saya ingin terangkan dengan lebih lanjut adalah sebuah penapis minda. Dalam bidang psikologi ianya dipanggil sebagai Reticular Activating System (RAS). Selepas ini saya akan merujuk kepada penapis ini sebagai penapis RAS sahaja. Penapis RAS adalah sebahagian dari minda (Otak) kita. Apakah fungsi penapis RAS ini? Untuk memahaminya saya akan berikan satu contoh.

Katakan ada seorang pemimpin penting datang ke Kuala Lumpur. Katakan semua orang di Kuala Lumpur ingin berjumpa denganbeliau. Pemimpin tersebut sudah tentu tidak dapat berjumpa dengan setiap penduduk Kuala Lumpur satu persatu. Jika semua penduduk Kuala Lumpur yang berjumlah lebih sejuta orang berpusu- pusu berjumpanya , beliau tidak dapat membuat apa- apa perkara yang berfaedah. Katakan bahawa beliau hanya dapat berjumpa tujuh orang pada satu hari.

Satu cara penyelesaian adalah dengan cara beliau melantik satu jawatankuasa yang akan menapis setiap penduduk Kuala Lumpur yang ingin berjumpa pemimpin tadi. Pemimpin tadi boleh memberikan kepada jawatankuasa tadi satu senarai syarat- syarat ( kriteria) orang yang boleh berjumpa dengannya. Jawatankuasa tadi akan menapis semua penduduk Kuala Lumpur yang berjumlah lebih sejuta tadi dan memilih tujuh orang sahaja yang menepati syarat - syarat yang ditetapkan oleh pemimpin tadi. Hanya tujuh orang ini sahaja yang akan dibenarkan berjumpa dengan pemimpin tadi. Jadi pemimpin tadi mempunyai masa untuk melakukan kerjanya. Beliau juga dapat berjumpa orang yang perlu dijumpainya iaitu orang yang memenuhi kriteria yang ditetapkannya.

Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam minda kita. Pemimpin tadi sebenarnya adalah minda kita. Jawatankuasa tadi adalah Penapis RAS. Pada setiap ketika minda kita menerima 2 juta input (maklumat) melalui lima deria kita .( mata, telinga, hidung, lidah dan kulit). Minda kita tidak mampu menerima dan memproses 2 juta input ini. Penapis RAS memainkan peranan penting memproses 2 juta input tadi dan memilih 7 input sahaja (seperti ahli jawatankuasa yang memproses 2 juta penduduk KL tadi dan memilih tujuh 0rang yang sesuai.). Penapis RAS akan membenarkan hanya 7 input (maklumat) ini sahaja sampai kepada minda kita.Input yang selebihnya iaitu 1, 999, 993 input lagi akan dihalang daripada sampai kepada minda kita. Jadi kita boleh lihat bahawa sebahagian besar daripada input akan ditapis daripada sampai kepada minda oleh penapis RAS.

Apakah yang menentukan input apa yang sampai kepada minda kita? Atau lebih tepat lagi apakah kriteria yang menentukan 7 input yang mana sampai kepada minda dan input yang mana ditapis keluar oleh Penapis RAS?Dalam contoh tadi , ahli jawatankuasa memilih 7 orang yang sesuai berdasarkan kriteria yang diberikan oleh pemimpin tadi. Begitu juga Penapis RAS memilih 7 input yang perlu sampai kepada minda pada satu - satu masa berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh minda kita sendiri. Arahan ini diberikan tanpa kita menyedarinya dalam bentuk beberapa perkara seperti kepercayaan, matlamat , niat dan jenis pemikiran. Perkara - perkara seperti kepercayaan, matlamat , niat , jenis pemikiran samada positif atau negatif dan emosi adalah diantara perkara yang menentukan input yang mana sampai kepada minda dan input yang mana ditapis keluar oleh Penapis RAS dan tidak sampai kepada minda.

Saya berikan satu contoh supaya lebih senang memahaminya. Katakan Osman adalah seorang peniaga dan dia percaya bahawa dia boleh berjaya dibidang perniagaan. Maka Penapis RAS akan membenarkan input yang boleh membawa kejayaan dibidang perniagaan sampai keminda Osman. Input yang membawa kegagalan akan ditapis keluar oleh Penapis RAS.Ini sesuai dengan kepercayaannya bahawa dia boleh berjaya dalam bidang perniagaan. Maka jika dia berusaha, dia akan mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan tanpa banyak masalah.

Sebaliknya , katakan ada seorang lain bernama Hisam juga seorang peniaga tetapi dia percaya bahawa sangat sukar untuk berjaya dibidang perniagaan. Maka Penapis RAS nya akan membenarkan input yang akan menyusahkannya dibidang perniagaan sampai keminda sementara input yang boleh membawa kejayaan kepadanya akan ditapis keluar. Ini bersesuaian dengan kepercayaannya bahawa perniagaan adalah sukar. Maka bagi Hisam , berniaga akan menjadi sukar.

Saya berikan satu contoh lagi. Katakan Azlan mempunyai matlamat untuk membeli sebuah kereta. Maka semua input yang akan membantunya membeli kereta tadi akan sampai kepada minda Azlan. Ini termasuk input yang membawa kejayaan dibidang kewangan (supaya dia boleh mmbeli kereta idamannya) dan input yang menolongnya mencari kereta idamannya tadi. Katakan Wahid pula tiada sebarang matlamat untuk membeli kereta, maka input yang boleh membantunya membeli kereta tadi mungkin akan ditapis keluar oleh Penapis RAS dan tidak sampai ke minda Wahid. Ini adalah membeli kereta bukanlah matlamat Wahid. Maka Penapis RAS menganggap input yang boleh membantu Wahid membeli kereta tidaklah penting.Inilah sebabnya penting untuk kita mempunyai matlamat dalam hidup kita .

Satu contoh lagi adalah ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Walaupun suaminya berdengkur macam enjin keretapi, dia mungkin masih boleh tidur . Tetapi apabila anak kecilnya menangis walaupun dengan suara yang perlahan, ibu tadi akan terjaga. Ini adalah kerana Penapis RAS ibu tadi menapis suara dengkuran tadi sebagai sesuatu yang tidak penting dan suara tangisan anak kecil tadi dianggap sebagai suatu bunyi penting yang perlu diberi perhatian.

Katakan ada seorang yang percaya bahawa dia sentiasa sihat. Maka Penapis RASnya akan membenarkan input yang akan membantunya menjadi sihat masuk dan sampai kemindanya. Contohnya input seperti tip- tip pemakanan yang baik dan cara menjaga kesihatan akan sampai kemindanya. Input yang memudaratkan dari segi kesihatan akan ditapis dan dihalang dari sampai kemindanya.

Jika ada seorang yang selalu merasakan dirinya tidak sihat maka Penapis RASnya akan membenarkan semua input yang menyebabkan dia sakit masuk. Input yang menolongnya menjadi sihat akan ditapis dan dihalang dari sampai ke mindanya. Sebab itu disamping mengambil langkah pencegahan supaya sentiasa sihat, penting untuk kita percaya kita akan sentiasa sihat.

Katakan ada sepasang kekasih bernama Uda dan Dara. Jika Dara terlalu sayang pada Uda dan menganggap sebagai Uda lelaki yang sangat baik, maka apa sahaja kesalahan yang dibuat oleh Uda akan ditapis oleh Penapis RAS Dara dari sampai kemindanya . Kesalahan ini tidak akan dilihat sebagai kesalahan oleh Dara . Sebaliknya jika Uda membuat sedikit kebaikan sahaja ianya akan dibenarkan sampai ke minda Dara oleh Penapis RAS Dara. Jadi Dara akan nampak setiap kebaikan Uda dan tidak nampak sebarang kesilapan Uda. Sebab itulah dikatakan cinta itu buta. Begitu juga jika Uda menyintai Dara, dia akan nampak setiap kebaikan Dara dan tidak nampak langsung perangai Dara yang kurang sesuai. Jadi pasangan yang akan berkahwin , cubalah minta pandangan orang lain tentang bakal pasangan anda. Jika menerima pendapat yang berbeza dari pandangan anda, janganlah terus menolak atau menerima pandangan tersebut. Cubalah selidiki samada pandangan orang lain ada kebenarannya.Barulah membuat keputusan tentang perkahwinan. Ini akan mengelakkan banyak masalah selepas perkahwinan.

Begitu juga ibubapa yang terlampau sayang akan anak- anak mereka. Penapis RAS mereka akan menapis keluar semua kesalahan anak mereka dari sampai keminda mereka . Semua kebaikan anak mereka akan masuk dan sampai kepada perhatian minda mereka. Jadi mereka akan dapati anak mereka sentiasa bagus. Jika ada guru memanggil ibubapa kesekolah dan memberitahu kesalahan anak mereka, ibubapa perlulah menyelidiki samada apa yang dikatakan oleh guru ada kebenarannya. Ibubapa janganlah terus memarahi guru dan menyalahkan murid lain . Ini adalah untuk kebaikan anak kita.

Katakan ada seorang yang membenci seorang atau satu golongan lain. Maka dia akan nampak segala kesilapan orang atau golongan yang dibencinya. Dia tidak akan nampak kebaikan orang atau golongan tersebut. Contohnya , saya pernah berjumpa seorang yang percaya bahawa semua orang kaya adalah jahat. Maka apabila seorang kaya berbuat jahat, maka Penapis RASnya akan membenarkan input ini saampai kemindanya. Maka dia akan nampak kejahatan orang kaya tersebut. Jika ada orang kaya membuat kebaikan pula, maka Penapis RASnya akan menapis input tentang kebaikan orang kaya tersebut dari sampai ke mindanya. Maka dia tidak akan nampak kebaikan orang kaya tersebut. Mungkin dia akan mengatakan orang kaya tersebut sengaja membuat kebaikan untuk mencari publisiti. Walaupun ada orang kaya yang membuat 10 kebaikan pun dia tidak akan nampak. Kerana semua kebaikan ini ditapis oleh Penapis RAS nya dan dihalang dari sampai kemindanya. Ini adalah kerana dia percaya semua orang kaya adalah jahat. Jika ada orang kaya yang membuat satu kesalahan pun, dia akan terus nampak. Kepercayaannya bahawa orang kaya adalah jahat akan menjadi semakin kuat. Maka dia akan menemui lebih banyak orang kaya yang akan menyusahkan hidupnya. Selagi dia tidak menukar kepercayaan bahawa semua orang kaya adalah jahat , selagi itulah dia akan menerima masalah melalui orang kaya.

Kesimpulan
Corak pemikiran yang betul seperti pemikiran positif, kepercayaan yang betul, tumpuan pada perkara positif dan mempunyai matlamat dalam hidup akan membawa kejayaan dalam hidup kita selaras dengan dua hukum yang ditetapkan oleh Allah iaitu Hukum Tarikan dan Hukum Tindakan dan Tindakbalas.

Buku Rujukan -
Neuro-linguistic Programming for Dummies. Romilla Ready and Kate Burton


Credit to: Dr Mohamed Farook M.D. (UKM) O.H.D( NIOSH)

Artikel ini dipaut dari blog beliau : Menjana Kejayaan Melalui Perubahan Minda
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]