Ahad, 9 Januari 2011

Ustaz LOA dan Receiving Steps

Assalamualaikum, semakin hari semakin ramai ku temui orang yang memahami konsep Hukum Tarikan ini. Mungkin inilah yang dikatakan,

'Frekuensi yang anda pancarkan akan membawa anda hanya kepada perkara-perkara, peristiwa dan orang-orang yang sama frekuensi dengan apa yang anda pancarkan'.


Beberapa hari lalu aku bertemu dengan seorang ustaz yang bertugas dengan Jabatan Kerajaan. Didalam pertemuan secara tak langsung itu, sempat juga berbual-bual dengan beliau sehinggalah membawa kepada konsep Husnuzzon dalam kehidupan. Rupanya beliau juga mengetahui tentang Law Of Attraction dan memahaminya dari sudut islam. Banyak juga nasihat dan perkongsian yang kuterima darinya. Tetapi anrata kisah yang paling menarik untuk kukongsikan disini ialah tentang kisah sepasang suami-isteri (rakan lama ustaz) yang telah hampir 6 tahun berumahtangga tetapi masih belum mendapat zuriat.



Pasangan suami isteri ini telah bernikah hampir 6 tahun yang lalu. Telah pelbagai ikhtiar dilakukan oleh mereka supaya mereka mendapat zuriat. Usaha dari segi perubatan moden, ikhtiar cara kampung, berurut dan lain-lain semuanya telah dilalui. Modal pun dah banyak dikeluarkan, akan tetapi hajat mereka masih belum tercapai.

Akhitnya pasangan ini terserempak dengan ustaz ini yang mana adalah rakan lama kepada sisuami. Si suami menceritakan masalahnya kepada ustaz, mungkin ustaz boleh membantu sedikit sebanyak.
Ustaz ini cuma menyuruh mereka supaya
Jangan Keluar Dari Rumah Melainkan Untuk Bekerja selama SEBULAN.

Ini adalah kerana aku difahamkan, pasangan ini memang tidak lekat dirumah, kerana mereka masih sekelamin atau 'honeymooner' (tiada anak), maka mereka selalu melibatkan diri dengan aktiviti luar rumah. Hatta pulang dari kerja pun mereka sama-sama tidak pulang terus kerumah, melainkan akan singgah dimana-mana dulu, dan pulang lewat malam. Begitu juga pada hari cuti, mereka akan keluar samada berjalan-jalan, window shopping, ke tempat-tempat hiburan, berkaraoke dan lain-lain, kerana kebosanan dirumah.

Akan tetapi, kerana ingin mencuba, maka pasangan ini berusaha mengikut nasihat ustaz ini, iaitu hanya keluar rumah untuk pergi ke pejabat sahaja selama sebulan. Selain dari urusan itu, mereka tidak keluar rumah, melainkan hal-hal penting seperti urusan kematian atau solat Jumaat.

Apa yang menariknya, mereka benar-benar komited dengan pantang tersebut dan meneruskannya hingga ke bulan seterusnya. Masuk pertengahan bulan kedua, isterinya disahkan mengandung!

Segalanya adalah dengan izin Allah semata-mata. Tetapi, menurut ustaz ini, jika dilihat dari sudut Hukum Tarikan, apa yang dicadangkan olehnya itu adalah untuk memenuhi Receiving Steps (Kesediaan Menerima). Pasangan ini telah berdoa, berikhtiar dan berusaha serta bertawakkal, tetapi selama ini mereka tidak menunjukkan sikap seperti 'ayah dan ibu' dengan sering keluar malam, enjoy dan tiada dirumah. Ini bukanlah sikap pasangan yang benar-benar telah bersedia untuk memiliki anak. Maka sekiranya dilihat dari sudut ini, mereka belum memenuhi syarat 'Kesediaan Menerima' ini. Sewajarnya mereka menunjukkan kesediaan mereka untuk menjadi ayah dan ibu, setelah berdoa, berusa dan bertawakkal. Bukan menunggu sehingga mendapat zuriat baru hendak mengubah sikap dan sebagainya. Begitulah seperti yang diterangkan oleh ustaz itu kepadaku.



Aku jua terfikir, tentang 'Receiving Steps' ini. Ada juga beberapa kes dimana ada individu yang mempunyai keinginan untuk mendapat jodoh, telah membuat permintaan (berdoa), bertawakkal, membuat beberapa komitmen dan memberikan fokus mereka pada keinginan tersebut (seperti langkah yang dilakukan oleh Ayuni dan Amisya), akan tetapi masih belum bertemu jodoh. Bila aku membuat post-mortem, mereka terlepas pandang beberapa perkara dalam 'Receiving Steps'. Contohnya: Hari cuti bagi yang bekerja, masih bangun lewat pukul 10 pagi, ada yang terlepas solat subuh. Ada yang hanya tahu 2 jenis masakan sahaja, rata-rata masih dengan sikap malas untuk mengemas rumah, melipat kain, dan lain-lain pekerjaan yang biasa dilakukan oleh seseorang yang bergelar ISTERI.



Aku tidaklah mengatakan bahawa inilah punca mereka masih belum bertemu jodoh, TETAPI, ia adalah sebaqai satu saranan dan cadangan. Lagipun bukankah cadangan ini menyeru supaya anda mengubah sikap kepada yang lebih baik?

Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]