Khamis, 6 Januari 2011

Memang Salah Saya

"Syukur pada Allah, kerana suami saya dah putuskan perhubungan dengan perempuan tu, hubungan kami dah makin beransur pulih,sekarang dia selalu ada dirumah dan habiskan masa dengan anak-anak. Syukur Alhamdulillah "

Dia juga salah seorang rakan loa's yang menghadapi krisis rumahtangga yang agak berat. Setelah hampir setahun berikhtiar, Alhamdulillah, berkat kesabarannya, usahanya kini telah berjaya. Antara ikhtiar yang dilakukan ialah berhenti merungut atau mencari kesalahan suaminya, tetapi membetulkan kesilapan dan kekurangan dirinya terutama dalam hal 'layanan terhadap suami', penampilan, disamping mula memperbesarkan apa jua kebaikan yang ada pada suaminya. Juga disertai dengan doa yang tak putus-putus pada Tuhan supaya dikembalikan semula kebahagian yang sebelum ini dikecapinya bersuami tersayang.



Setelah kesekian kalinya, dia mengakui padaku, bahawa sebahagian dari masalah ini adalah juga berpunca dari kesilapan dirinya.

"Dalam peringkat awal perkahwinan, memang kami sangat bahagia, tiada apa yang kurang, tapi masa tu, saya ni jenis kurang bersyukur agaknya.

Saya ada satu perangai buruk yang pelik: suka mencurigai suami. Setiap hari, bila suami saya pulang kerja, macam satu kemestian bagi diri saya untuk memeriksa telefon bimbit suami saya. Selalunya bila suami masuk bilik air untuk mandi, saya akan periksa semua mesej dalam inbox hp suami dan periksa siapa bagi mesej dan pada siapa dia hantar mesej.

Saya tahu dia suami yang baik dan amat menyayangi saya, tetapi kerana dia tu 'hensem', tu yang buat saya ada rasa curiga macam tu. Perkara ni berlarutan sampai kami dah ada anak pertama. memang terbukti suami saya tak pernah ada terima apa-apa mesej 'berbau curang' dari sesiapa. Akan tetapi saya tetap membuat pemeriksaan setiap hari, kalau sehari tak buat, rasa macam panas punggung saya.

Suami tak tahu pun perangai buruk saya ni sebenarnya. Dan, hinggalah pada suatu hari dalam tahun keempat perkahwinan kami, akhirnya saya JUMPA JUGA PERKARA YANG SELAMA INI SAYA CARI. sms dari seseorang yang berbunyi:

"Hi, u mc ke harini?..ala..rindulah u tak der.."

Semenjak dari hari itulah bermulanya segala episod sedih dalam rumahtangga saya. Mungkin inilah apa yang bro maksudkan dengan:

Saya menarik kedalam hidup saya, apa yang saya berikan fokus dan perhatian yang mendalam tak kira samada perkara positif atau pun negatif

Dah benda tu yang saya cari setiap hari, akhirnya dapatlah kan?..padan muka saya, hehe. Sekarang saya dah buang semua perangai bodoh yang tak bermanfaat langsung tu, saya dah faham sekarang, saya dah fikir positif je sekarang. Memang betulla Hukum Tarikan ni, Allah pun dah berfirman bahawa: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia berprasangka
dengan apa yang ia inginkan.

anyway, terimakasih banyak-banyak bro sebab bersabar je masa ngajar saya semua menda ni, almaklumlah, masa tu saya ni memang emo, sikit-sikit nak mengamuk dan mudah putus asa, tapi dalam diam, saya buat jugak apa yang bro cadangkan. Iyalah, mana tak bengang, sampai status 'it's complicated' dalam Facebook pun bro suruh saya tukar balik kepada 'married'. Tapi betul jugakla, sebab macam buat affirmasi dan hebahan bahawa hidup kita tengah 'complicated' pulak


Aku tak terkata apa-apa pun hanya menjawab salam sebelum dia memutuskan talian telefon.

Maksud Ayat:

“apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.

(An Nisa' : 79)

Wallahuaklam


P/S: hehe..sesiapa yang tgh berikhtiar mendapat pasangan, silalah semak semula status anda dalam Facebook ke, Twitter dll, masihkah statusnya 'single' ? Apakah ini salah satu dari Receiving Steps yang anda terlepas pandang? hehehe..memangla merapu, tapi biasala kan?, LOA's memang selalu buat benda-benda pelik. Wakaka

3 ulasan:

  1. Salam..

    Syukur alhamdulillah, dengan rahmat ALLAh beliau telah bersatu kembali bersama suami tercinta.
    Apabila segala permasalahan, kita segera kembali kepada Pencipta pasti ade kejayaannya..yakinlah!
    syukran, nice share.

    BalasPadam
  2. wsalam,

    U are welcome, mmg betul apa yang anda katakan, thanks.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..saya juga tumpang gembira...

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]