Sabtu, 22 Januari 2011

Makhluk Rasional Vs Makhluk Emotional




Apa punya tajuk entry la kali ni, macam kisah makhluk asing jer, hehe...

Tapi topik ni serious sebenarnya, dah lama aku nak hilite, tapi masih belum ada kesempatan. maka kali ini aku cuba beri fokus untuk ini.

Kepentingan Husnuzzon Dalam Hubungan Lelaki dan Wanita


1.

Nabi S.A.W bersabda:

وَاسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

“Berwasiatlah (Memberi pesanan dan tunjuk ajar secara berhikmah) kalian kepada para wanita kerana mereka itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian yang paling atas. Bila engkau paksakan untuk meluruskan maka engkau akan mematahkannya. Namun bila engkau biarkan begitu saja maka dia akan terus menerus bengkok. Kerana itu berwasiatlah kalian kepada para wanita .”

Dalam riwayat Muslim disebutkan:

وَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ وَكَسْرُهَا طَلاقُهَا
“Dan bila engkau paksakan utk meluruskan maka engkau akan mematahkannya. Dan patah adalah dengan menceraikannya.”

2.
Pada suatu hari, Imam Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiah al Adawiyah untuk meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Niat murni mereka disambut baik oleh Rabiah. Rabiah akan menjawab sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan pinangan itu jika soalannya dijawab. Lalu Rabiah bertanya kepada mereka, ”Berapakah nafsu bagi lelaki dan berapakah nafsu bagi wanita?”. Lantas Imam Hasan Al-Basri menjawab,

”Lelaki mempunyai satu nafsu dan wanita mempunyai 9 nafsu”.
Rabiah tersenyum lalu berkata,

“Jika benar apa yang kamu katakan sebentar tadi, kenapa kamu tidak boleh menahan nafsumu meskipun kamu mempunyai satu nafsu sahaja dan kenapa aku boleh menahan nafsuku meskipun aku mempunyai 9 nafsu?”.

Mendengar kata-kata daripada Rabiah itu, mereka pun tunduk malu dan sedih lalu meminta diri untuk pulang dalam keadaan yang kecewa dan janggutnya basah terkena air matanya yang mengalir keluar. Demikianlah satu kisah pendek mengenai pinangan Imam Hasan Al-Basri terhadap Rabiah al Adawiyah.

.........................................

Dari kedua-dua hadis dan senario diatas maka dapat dimengertikan bahawa perlunya ada 'persangkaan baik' atau Husnuzzon dalam hubungan antara dua jenis gender yang berbeza ini. Apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah sebagai 'kebengkokkan' itu lebih menjurus kepada 'emosi'. Kerana itulah, pakar-pakar psikologi bersependapat menterjermahkan kaum wanita sebagai makhluk emosional, sementara kaum lelaki sebagai makhluk rasional, secara umumnya.

Ini mungkin kerana wanita lebih banyak bertindak mengikut emosi kerana mereka memang telah dibekalkan dengan kelebihan emosi ini. Wanita sebagai makhluk sempurna memang perlu memiliki ciri-ciri 'emosional' ini dan inilah kelebihan wanita dan bukan kelemahan wanita.

Sebagai makhluk yang diciptakan dengan tujuan antaranya: mengembangkan zuriat, menjadi ibu, isteri dan lain-lain, emosi amat penting. Tanpa memilikinya, mustahil seorang ibu dapat memahami apa itu perasaan sayang pada bayinya, perasaan sanggup mati kerana anaknya, keluarganya dan lain-lain. Maka anugerah 'makhluk emosi' ini adalah satu kelebihan pada wanita dan inilah yang melengkapkan pasangannya iaitu Adam.

9 nafsu? Ini sama sekali TIDAK BERMAKSUD 9 nafsu seks! jangan salah faham. Ianya bermaksud jumlah emosi yang melebihi kerasionalan wanita. Keinginan memiliki rumahtangga yang bahagia, memiliki anak, keluarga yang sempurna, dan lain-lain lagi yang tidaklah menjurus pada seks.

Lelaki, lazimnya, lebih banyak membuat tindakan dan keputusan melalui kerasionalan fakta dan lojik. Dan sifat seperti ini amat penting untuk kaum lelaki kerana diciptakan sebagai ketua keluarga, pemimpin dan sebagainya. Sifat begini menjadikan seseorang lelaki supaya sentiasa 'cool' dan bertenang dalam menangani sesuatu.

Nabi S.A.W bersabda:
أَكْمَلُ المُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنَسَائِهِمْ

“Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlak di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.”

(Jangan marah haa, sebab Nabi sebut isteri-isterinya,(lebih dari satu) bukan isterinya (seorang)..hehehe- SAJA MENYAMPUK)

Dan, pertembungan antara sikap rasional lelaki dan sikap emosional wanita inilah yang selalu membuatkan hubungan antara mereka menjadi tegang, SEKIRANYA tidak ada pemahaman dan pengetahuan mendalam tentang apa yang disampaikan oleh Nabi S.A.W didalam hadis diatas. Disinilah 'husnuzzon' menjadi satu titik penting dalam pertembungan dua sifat ini.

Banyak contoh-contoh salah faham yang boleh kita bincangkan.

Antaranya:


1. Sepasang suami isteri hendak ke majlis perkahwinan, sisuami sudah siap, dan sedang menunggu isterinya yang masih belum keluar dari bilik. Bila si suami masuk kebilik untuk bertanya, dia melihat isteriya sedang bermenung mengadap almari/ wardrobe pakaian.

"Mengapa termenung ini? Bila nak siap ni?" Tanya suami

"Tak ada baju nak pakai la bang" Jawab isteri dihadapan wardrobenya yang berisi dengan lebih 70 pasang baju.

Bagi lelaki perkara ini tidak rasional. Tiada baju nak dipakai? Bukankah ada lebih 70 pasang didalam wardrobe itu? Bukankah ini satu jawapan yang tak rasional? tapi banyak berlaku dimana-mana perkara seperti ini. Ini adalah kerana isteri memberikan jawapan yang berbentuk emosional. Memang betul secara fakta dan rasionalnya ada lebih 70 pasang baju. Tetapi semuanya sudah pernah digunakan, dan adalah lumrah bagi kebanyakan wanita (bukan semua) tidak mahu dilihat memakai baju yang sama dalam bulan yang sama.Dan emosi isteri yang ingin bermanja dengan suami menjawab begitu. Bagi suami yang memahami, beliau akan tersenyum dan mungkin memujuk dengan berhikmah tentang kepentingan mensyukuri nikmat yang ada, tentang bahaya pembaziran dan hubungan pembaziran dengan sifat-sifat syaitaniah. Inilah yang dimaksudkan oleh Nabi S.A.W didalam hadis yang pertama tadi iaitu:

“Berwasiatlah (Memberi pesanan dan tunjuk ajar secara berhikmah) kalian kepada para wanita kerana mereka itu diciptakan dari tulang rusuk....

Bagi suami yang tidak memahami akan hakikat ini, sudah tentu akan timbul kemarahan dan berlaku pertengkaran, niat si isteri yang ingin bermanja, akhirnya hati menjadi luka dan memendam perasaan, hasilnya, banyak tanggungjawab pada suami dilakukan dengan tidak ikhlas. Dan sisuami pula mula merasa mual dengan sikap-sikap isteri ini dan mulalah 'terbitnya' alasan untuk mencari yang kedua, dan lain-lain. Hubungan semakin lama semakin dingin dan suram, rumahtangga mula hilang keberkatan.

2.
Didalam percakapan seharian, didalam teks-teks SMS. Boleh dikatakan setiap hari ita melalui senario-senario sebegini. Mungkin antara rakan-rakan sekelas, sepejabat dan sebagainya, kadangkala ada sikap saling mengambil berat antara satu sama lain dikalangan gender yang berbeza. Akan tetapi, adakalanya akibat pertembungan dua jenis sifat berbeza ini juga, berlaku salah faham dan sangkaan.

contoh:

Lelaki : SMS ..awk, dah sampai rumah ke belum (ambil berat kerana risau keselamatan rakan sekelasnya, mungkin cuaca tidak baik ketika itu dan sebagainya~ fakta )

Perempuan : dah sampai dah awak..terimakasih ya sebab tanya (lelaki ni caring betullah~emosi)

Lelaki : Oh, Alhamdulillah, kalau macam tu tak pe lah, Jaga diri bebaik ya (secara rasionalnya memberi arahan supaya menjaga diri dan keselamatan, ~fakta keselamatan)

Perempuan : Sama-sama, awak jugak (Romantiknya lelaki ni ~emosi)

Dari sini sudah dapat dijelaskan, dari text-text SMS, seorang wanita sudah mula terpikat pada lelaki yang sebenarnya tidak bertujuan untuk mengurat, tetapi ikhlas semata-mata. Ini adalah hasil pertembungan titik rasional dan emosional itu. Maka sekali lagi pemahaman dan husnuzzon amat penting. Wanita perlu lebih meletakkan persangkaan baik (husnuzzon) bahawa: dia bukan cuba bersikap romantik, tetapi memang dia seorang yang mengambil berat pada semua orang yang dikenali olehnya termasuk aku. Ini akan lebih menyelamatkan keadaan, dan mengurangkan risiko 'meletakkan harapan' yang belum tentu kepastiannya.

Saya juga pernah diberitahu oleh seseorang bahawa perlu berhati-hati dengan text-text SMS pada gender yang berlainan. Perkataan seperti "Thanks sangat2" perlu ditukar kepada 'tq' atau sekadar 't.kasih', kerana 'thanks sangat2' lebih berbau manja dan romantik dan menyebabkan salah anggap kepada penerima SMS, begitu juga dengan perkataan : Jaga diri bebaik, ya, ditukar kepada 'selamat'. Sedangkan bagi lelaki, ianya hanyalah satu kerasionalan dan fakta benar dalam menunjukkan/ekspresi tentang penghargaan, mungkin kerana wanita tersebut dirasakan telah bersusah payah menolongnya dalam sesuatu keadaan. Ini juga contoh pertembungan antara dua sifat berbeza ini iaitu 'makhluk rasional' dan 'makhluk emosional'

Selanjutnya, kadangkala, tanpa disedari, seseorang suami dengan niat untuk mengusik isterinya, secara spontan akan memuji kecantikan wanita lain kepada isterinya seperti:

"Eh, cantiknya pelakon tu ya,.. (berdasarkan fakta yang benar, pelakon itu memang cantik. Akan tetapi, respon yang biasanya diterima semula dari isteri adalah:

"Owh..(dengan muka merajuk/muncung) jadi, saya ni tak cantiklah?..

Rasionalnya, suami tidak pun mengatakan apa-apa tentang rupa paras isterinya, tetapi menjurus kepada fakta bahawa pelakon dalam cerita yang sedang mereka tonton itu adalah cantik. Akan tetapi, emosi isteri akan menjadi mudah tersentuh dan menganggap kata-kata suami itu lebih menjurus kepada komen tentang dirinya. Andaikata isteri ini husnuzzon bahawa suami sedang cuba mengusik dirinya, tentu dia boleh sahaja menyetujui kata-kata si suami dan boleh juga mengucapkan syukur atas Kebesaran Allah dalam menciptakan pelbagai kecantikan pada makhlukNya. Kemesraan antara suami dan isteri akan menjadi lebih erat.



Kesimpulannya, saudara dan saudariku, banyakkanlah bersangka baik dan bertenang dalam apa jua keadaan, sebelum melatah dan melenting. Sikap cepat melatah hanya merugikan. Hargailah orang-orang yang ada disekeliling kita, yang menyayangi dan mengambil berat pada kita dengan ikhlas tanpa sebarang sangkaburuk. Juga sentiasa bersyukur atas apa yang kita sudah miliki pada hari ini, dan sentiasalah gembira dan bersyukur melihat kejayaan orang lain (dengan satu kefahaman bahawa kejayaan orang lain itu adalah Hak Allah untuk memberikan pada orang itu rezeki tersebut).

Wallahuaklam

p/s: timakaceh sangat-sangat sebab membaca ya...heheheheh

3 ulasan:

  1. perkongsian yang sangat bagus..thanks saudara talha@cheif

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]