Rabu, 26 Januari 2011

LOA Pada Pemahaman Saya

By: Masyitah bt Sulaiman (Wardatullah)

Sahabat-sahabatku,

Allah menyuruh kita bekerja dan berusaha untuk mendapat kejayaan yang abadi di akhirat nanti.
Di sini saya ingin berkongsi tentang kuasa fikiran kita dalam menggerakkan tindakan kita.

Hukum "Law of Attraction" telah diperkenalkan oleh beberapa penulis barat seperti Michael Josier dan Rhonda Byrne. Menurut mereka:

"Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada positif atau negatif, akan datang dalam kehidupan kita"

Apa yang dapat difahami dari hukum yang dicadangkan ini ialah:

Kita menarik apa yang ada di sekeliling kita. Maksud tarikan di sini ialah kita menyumbang kepada berlakunya sesuatu perkara pada diri. Anda menguasai diri anda melalui pemikiran anda.


Dalam konteks perasaan malas, saya cadangkan supaya kita boleh memulakan beberapa langkah:

1) Fikirkan secara positif bahawa anda rajin (bukan malas) atau hendak menjadi rajin.


2) Setiap kali selepas bangun dari tidur, yakinkan diri bahawa anda akan lakukan tugasan-tugasan.

(Contoh: basuh baju, siapkan tugasan...).Anda boleh membuat bayangan minda bahawa anda akan melakukan tugasan itu.

3) Sentiasa cabar diri.
Kadangkala saya gunakan pendekatan ini bila rasa nafsu malas sudah berada di tahap kritikal. Cuba cabar diri sendiri contoh: Kalau kau (nama sendiri) tak siapkan juga tugas ni, maksudnya memang la aku tidak tahu bersyukur, jadi sebagai denda, kurangkan masa 1 jam untuk tengok tv dan tambah sejam lagi untuk siapkan tugas). Ini hanya sebagai contoh, kadangkala manusia boleh jadi terkehadapan dengan cabaran dan tekanan pada diri.

4) Banyakkan muhasabah mengapa kita dibelenggu sifat malas.

Mungkinkah kita banyak melakukan dosa-dosa kecil atau besar hingga Allah tutup hati kita untuk membuat kebaikan? Adakah kita kurang merancang kehidupan hatta untuk sehari pun? Ingatlah setaip dosa menambah satu titik hitam dalam hati kita.

5) Mohon doa yang berpanjangan kepada Allah supaya dijauhkan sifat malas ini.
Seperti salah satu doa yang biasanya dibaca semasa membaca Al-Mathurat (himpunan doa-doa yang digalakkan untuk dibaca pada waktu pagi dan petang) iaitu maksudnya:

"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"


Jadi, marilah kita sama-sama bergerak dan berubah, bangun dan terus kepada tugasan yang diamanahkan kepada kita. Sebelum terlambat dan sebelum sampai hari di mana kita akan dipertanggungjawabkan tentang nikmat masa, di mana kita gunakan. Ayuh! berubahlah,apabila diri malas,katakan..tidak, aku mahu berubah, ya, berubah kerana Allah, untuk mencapai redha-Nya, InsyaAllah.

Wallahua'alam.

Credit to: Wardatullah


Artikel ini petikan dari artikel asal bertajuk : Malas oh Malas
dan adalah pautan dan perkongsian dari : Blog Hubbulah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]