Jumaat, 21 Januari 2011

Jangan Marah Haa...

Lama tak jumpa Ustaz Haikal, jumpa jugak akhirnya petang tadi...

"anta ni bila nak berumahtangga semula?..

Ahh, soalan bonus ni..haha

Biarla dulu ustaz, rumah saya memang tak payah tangga, sebab atas tanah jer"..

"anta ni loyar buruk pulak, ni aku nak bagitau sikit, kalau rasa elok, ikut, kalau rasa tak elok, jangan ikut"

Apa bendanya ustaz?

"Kalau anta dah ada niat nak buat tangga rumah nanti, aku nak kau selidik dulu satu perkara ni"

Ish, apa bendanya ustaz ni?..kaji selidik?

"Tak ada apa, petua orang tua-tua, katalah anta ada kesempatan makan dirumah perempuan yang bakal jadi pasangan tu, cuba tengok sinki dapur setelah dia membasuh pinggan"

Kenapa pulak dengan sinki?


"Tengok sinki tu bersih ke tidak, kalau cuma setakat dia basuh semua pinggan mangkuk aje, tapi biarkan sampah-sampah makanan tertinggal, maknanya perempuan tu rasa geli nak korek kat lubang sinki tu, ha, kalau yang macam ni, jangan anta pilih. Yang ini jenis 'maintenance' tinggi dan tak sanggup susah, bila senang dia sayangla, bila susah,...anta faham-faham ajelah.

Kalau yang sinki tu bersih, tak ada sampah lagi yang tertinggal, habis semua dia korek dan bersihkan, yang ini anta pilih, jenis macam ini, susah macamana pun, dia setia dengan anta"


Iya ke ni ustaz? boleh percaya ke ni?

"Kan aku kata tadi kalau elok, ikut, kalau tak elok, jangan ikut kata aku ni"

Owh, petua orang tua-tua ya, zaman orang tua-tua dulu dah ada sinki ke?..atau petua ustaz je ni?.hehe..(bisik hatiku)

Apapun, terimakasih ustaz, atas tips yang menarik ini. Ha..mana-mana perempuan yang ada terbaca post kali ni, hehe..bersihkan sinki dengan sempurna selepas membasuh pinggan mangkuk ya, Jangan Marah Haa (ikut style P.Ramlee cakap), bukan saya yang kata, Ustaz Haikal yang kata.


Wallahuaklam

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Sebagai renungan buat diri..
    Pokok pangkalnya kebersihan itu harus ada dalam diri setiap umat islam, zahir dan batin..
    Jazakallah khair

    ~ Moga bertemu dengan insan seindah mawar berduri ~ ( mar'ah solehah )

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam,

    Mmg betul apa yg dikatakan oleh MS tu, cuma mungkin ada yang menyangkakan dgn bersikap menunjukkan yg dia 'penggeli' dalam apa yg Ustaz itu katakan diatas tu, mungkin kononnya dia ingin tunjukkan yg dia bukan orang kampung la, mungkin yg jenis perasan macam model ke apa kot, tanpa disedari sikap itu menunjukkan kebodohan diri mereka sendiri.

    ~terimakasih, amin..tapi durinya jgnla terlalu berbisa..huhu

    BalasPadam
  3. salam.. hehe.. lawak pulak bila bace, rasanya sy yg moderate kot.. sebab sy tolong buang kekotoran yg adik beradik buat.. takut bapak marah.. hihihi... lucu pulak rase..

    BalasPadam
  4. wsalam ST, wah baguslah macam tu..untungla si Eiz ya..hahaha

    BalasPadam
  5. hehe, insyaAllah.. dgn izinNYA.. kengkadang terlepas pandang pulak.. betullah, perkara yg dikit 2lah melambangkan diri secara x sedar..

    BalasPadam
  6. dipersilakan untuk copas, cik Mala, balik Malaysia tak bagitau pun, heheh..tau2 dah seminggu kat sini ek

    BalasPadam
  7. Saya baru-baru datang di blog Anda dan telah membaca bersama. Saya pikir saya akan meninggalkan komentar pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahwa saya telah menikmati membaca. Nice blog..

    BalasPadam
  8. hehe sorry En. Talhah.. Tu lah, tadi gi kedai c.hakim dia cakap yang En.Talhah tak tahu saya sudah di Malaysia.

    BalasPadam
  9. Anonymous : Terimaksih karena sudi menziarah blog ini..selamat ya

    Mala: Its ok..faham, anda mesti banyak urusan nak diselesaikan

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]