Isnin, 24 Januari 2011

Ingat Ini

Saranan supaya 'bersangkabaik, husnuzzon atau berfikiran positif' pada keadaan, kehidupan ataupun seseorang itu mestilah dengan satu pemahaman bahawa : aku bersangka baik pada si A adalah 'ikhlas kerana Allah' BUKAN kerana 'kalau ikut Hukum Tarikan, kalau aku sangkabaik pada si A (contoh), pasti aku terima semula kebaikan dari persangkaan aku ini' ATAU untuk menerima keuntungan hasil dari persangkaan baik kita itu. Keihklasan itu yang sangat penting, ; iblis laknatullah sendiri pernah memberitahu Nabi Muhammad S.A.W bahawa dia (iblis) tidak akan mampu untuk mempengaruhi/memperdayakan umat-umat Muhammad yang 'IKHLAS'


Tujuan memahami Hukum Tarikan hanyalah untuk menguatkan lagi Keyakinan Kita bahawa :

Tiada Daya Upaya Melainkan Dengan Izin Allah

Lahaulawala Quwwata illa billahil alliyiladzim

1 ulasan:

  1. kali ini 'lahaualawala'nya complete ye, Alhamdulillah..

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]