Ahad, 30 Januari 2011

Antara rahsia disebalik latihan pernafasan

Antara slot yang terdapat dalam seminar yang selalu diadakan adalah Latihan Pernafasan, iaitu

1. Nafas 6 detik
2. Nafas dalam Syahadah

Saya berharap semoga sesiapa yang telah mempelajarinya samada didalam seminar atau pun dari sumber yang lain sentiasa mengamalkannya. Hari ini saya ingin membincangkan antara rahsia atau hasil dari latihan pernafasan yang diamalkan setiap hari.

Cuba lakukan cadangan berikut:

- Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.

- Kemudian ambil seurat benang dan masukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.

- Setelah benang masuk, keluarkan semula benang dari lubang jarum tersebut.

- Masukkan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut sambil memerhatikan nafas anda.

Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari atau nafas anda secara tiba-tiba menjadi perlahan?

Saya yakin anda akan menahan nafas atau pun kemungkinan anda akan bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.

Semakin anda memperlahankan nafas anda anda, semakin mudah anda memberi tumpuan dan konsentrasi untuk memasukan benang ke dalam lubang jarum tersebut.



Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.

Ketenangan jenis inilah yang kita inginkan selalu hadir dalam diri kita yang kita kenali dengan istilah 'feeling good' oleh pengamal-pengamal Hukum Tarikan Barat. Dengan ketenangan minda dan jiwa ini, insyaAllah, kita lebih mampu mengendalikan apajua permasalahan atau situasi yang kita hadapi dengan lebih baik, berkesan dan positif.

Amalkan latihan pernafasan yang anda pelajari setiap hari semaksima mungkin.


PERHATIAN: UNTUK MAKLUMAT TENTANG LATIHAN PERNAFASAN SLIK KLIK : LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]