Ahad, 9 Januari 2011

Aku Tamak! Aku Inginkan Kesemua Ciri-Ciri Wanita Itu

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

"Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang BERAGAMA nescaya kamu bahagia."

Tetapi aku tamak! Aku nak semua ciri-ciri ini, aku nak dia cantik, ada harta, dipandang mulia, dan juga solehah. Macamana cara untuk aku dapatkan semua ciri-ciri ini? Ada ke wanita yang sebegini dizaman ini? Sadaqarasulullah, Benarlah segala perkataan Rasulullah SAW itu.

Rasulullah SAW mencadangkan supaya memilih yang BERAGAMA (Solehah dgn ertikata yang sebenar-benarnya) adalah kerana ada RAHSIA yang tersirat disebaliknya.

APA RAHSIANYA?

Wanita yang BERAGAMA seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW didalam konteks hadis diatas, adalah wanita yang benar-benar solehah, dan mentaati serta mempertahankan keimanannya kepada Allah.

Oleh itu, wanita yang sebegini pasti akan :

1. BERHARTA

Sebagai menyahut seruan ugama supaya berikhtiar dan berusaha untuk memiliki HARTA, kerana
ingin menjalankan suruhan-suruhan dalam Islam yang menjurus kepada memiliki harta seperti :

a) Bersedekah
b) Amal jariah, Derma, Wakaf,
c) Zakat
d) Haji, Umrah
e) dan lain-lain yang relevan

Oleh itu, wanita seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah SAW akan memiliki ciri-ciri pertama iaitu BERHARTA

2. BERKETURUNAN (dipandang mulia)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)”. (Surah an-Nisaa’ ayat 34)

Walau dari keturunan apa pun, dari latar belakang yang macamanapun, andainya wanita ini telah bertaubat, dan benar-benar taat dalam beragama, pasti Allah akan mengangkat darjatnya dan dia tetap terpandang mulia dari sudut mana pun jua. Firman Allah diatas jelas menunjukkan betapa Allah memelihara wanita-wanita yang solehah ini.

3. CANTIK

Wajah yang sentiasa disentuh wudhu yang sempurna dan dipenuhi dengan ibadah-ibadah kerohanian seperti qiam dan lain-lain (yang dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah), pastinya akan bercahaya, jernih dan menenangkan hati sesiapa yang melihatnya. Pasti mampu menjadi penawar dimata dan penyejuk dihati suami (Qurrata A'kyun). Kecantikan itu abstrak, ianya tidak bergantung hanya semata-mata kepada raut fizikal seseorang wanita, TETAPI ianya lebih banyak bergantung kepada MATA YANG MEMANDANGNYA!

Nah! Oleh kerana aku tamak dan inginkan kesemua ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu, maka ikutilah cadangan dan saranan yang telah dicadangkan oleh baginda S.A.W, iaitu, pilihlah yang TAAT BERAGAMA dan SOLEHAH.

Wallahuaklam

2 ulasan:

  1. ~Salam..
    ~Rasulullah saw bersbda, yg bermksd: Dunia ini pnh perhiasn dan perhiasn pling indh ialh wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
    ~Hadis ini menunjukkn btpa Islam memandg tinggi keddkn wanita dlm kehidupn global.

    BalasPadam
  2. #Artikel ini sebenarnya bukanlah ingin menunjukkan ketamakan seseorang lelaki itu, sebenarnya ingin menerangkan kepada kaum wanita, betapa tingginya nilai dan harga seorang wanita yang beriman, dan bahawa jika mereka berusaha dan berikhtiar untuk berhijrah dengan ikhlas kerana Allah menjadi wanita solehah, mereka juga akan mendapat kesemua ciri-ciri yg disebutkan oleh Baginda Nabi SAW yang mana mengangkat martabat wanita. Tetapi ada orang perempuan yang salah faham, saya pernah hantar artikel ini disuatu tempat, apa yg berlaku ialah, dia memberi komen kepada saya, Wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik sahaja, jadi sebelum ada cita-cita teringinkan wanita yang baik dan solehah, TOLONG MUHASABAH diri dulu ya!.....Astaghfirulahaladzim, dia tak nampak rupanya, tapi tak apa, saya tak marah, saya kasihan dengan org seperti ini, saya maafkan je la.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]