Jumaat, 30 Disember 2011

Formula 2012

Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru masehi 2012.

Rasanya baru sahaja saya update entry untuk tahun baru masehi 2011, pejam celik dah update untuk tahun yang baru. Masa terlalu cepat berlalu, sesuai dengan hadis Nabi SAW yang memberitahu kita perjalanan waktu di akhir zaman amat cepat berjalan, sebagai salah satu tanda-tanda akhir zaman.


Waktu ini adalah masa yang terbaik untuk memeriksa 'wishlist' yang dibuat di awal tahun 2011 (ada buat ke ni), dan lihatlah berapa banyakkah yang telah anda menifestasi dan bahagian manakah yang tidak lagi menjadi kenyataan. lakukan post mortem, kenalpasti apakah kelemahan dan kemungkinan kesilapan yang kita lakukan. Perbaiki, dan cuba menjadi kreatif dan husnuzzon ketika memikirkannya. Allah pasti menunjukkan jalan kepada kita. Amin.

Tahun 2011 menyaksikan beberapa orang rakan LOA's melangsungkan pernikahan dan ada yang mengikat tali pertunangan, alhamdulillah, tahniah dan semoga jodoh anda berkekalan ke akhirat.

Juga tahniah kepada yang LOA's yang berjaya dengan cemerlang didalam UPSR, PMR dan juga berjaya bergelar Graduan di IPT. Juga kepada anda semua, tahniah di atas pencapaian anda semua. Panjatkanlah kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Suka Memberi walau ada impian dan matlamat kita yang masih belum dicapai kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui apakah yang paling terbaik untuk kita, hambaNya dan bilakah masa yang terbaik dan sesuai untuk kita menerima sesuatu yang kita impikan.

Dikesempatan ini saya sekali lagi memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan, kesilapan diri saya dan juga ketelanjuran tuturkata saya kepada sesiapa jua yang mengenali saya dan juga yang mengunjungi blog ini.

Berpesan untuk diri sendiri juga, ingatilah formula terpenting dalam pengaplikasian Hukum Tarikan:

Apa jua yang kita lakukan, pastikan ianya ikhlas kerana Allah semata-mata dengan niat:

" Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik kepada Penerima / Pelanggan TANPA Mengharapkan Apa-apa Balasan Atau Ganjaran"


Amacam? Ada brann?!!



Salam Positif

Positif Menuju Kejayaan ♥

By: Kay Sablihan

Apakah rahsia menuju kejayaan hanya dengan berfikir positif..?

Kita perlu memulakannya dengan bersyukur atas segala apa yang kita terima sepanjang kehidupan kita, segala yang baik dan segala yang buruk..walau dalam apa acara sekalipun ia berlaku.

Terimalah ia seadanya dan yakin disebaliknya tersirat 1001 kebaikan.

Untuk menjadi seorang yang berjaya, pertama sekali anda perlu kenal pasti apakah sebenarnya keinginan kita. Tetapkan pendirian dan yakin bahawa apa yang anda inginkan itu akan menjadi kenyataan.

Kemudian,kita perlu berdoa pada Tuhan supaya memakbulkan keinginan kita.Mulaka dengan sering membayangkan yang anda sedang mendapat apa yang anda inginkan tersebut.Perkara ini bukanlah angan2 semata.Tetapi otak kita sedang menarik perkara yang dihajati kepada diri anda.

Setelah itu,anda harus meyakinkan diri anda yang anda memang akan mendapat perkara yang anda ingin kan itu.

Seterusnya.setelah kita berdoa pada Tuhan.sudah tentu akan memberikan jalan kepada kita untuk kita merealisasikan perkara yang diingini tersebut.Terpulang kepada kita untuk merebut peluang atau membiarkan keinginan kita sekadar menjadi angan semata. Kita perlu berusaha untuk menuju ke arah memiliki perkara yang diinginkan.

Akhir sekali,kita perlu bersyukur dan menerima apa jua suratan yang tertulis setelah kita beruasaha semampu yang mungkin.Sesungguhnya segala yang berlaku didalam perancangan Allah.

Setiap perkataan yang kita katakan,percayalah..ianya adalah doa yang amat mujarab tanpa kita sedari.

Otak kita memiliki gelombang2 yang dikeluarkan setiap kali kita berfikir. Jika kita berfikir dan berkata perkara yang baik, maka baiklah perkara yang akan datang kepada kita. Gelombang yang dikeluarkan otak kita itu sebenarnya sedang menarik perkara yang kita katakan dan fikirkan.

Oleh itu,berhati-hatilah dengan setiap patah kata.kerana ianya adalah doa.MasyaAllah.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Percayalah sesuatu yang lebih baik sedang menunggu anda dan sekiranya anda berjaya memiliki keinginan anda, bersyukurlah atas nikmat itu kerana setiap perkara yang berlaku adalah ujian untuk semua manusia.



Penghargaan untuk Kay Sablihan (Peserta Terbaik Lelaki Seminar Husnuzzon dan Hukum Tarikan Sessi Remaja 2010)

SUMBER: LINK

Latihan Pernafasan

Terdapat begitu banyak cara dan teknik yang dapat dipelajari tentang Latihan dan Teknik Pernafasan. Berikut adalah diantara latihan pernafasan yang pernah diajarkan kepada saya oleh seorang pengamal perubatan alternatif.

a. Mulakan dengan Bismillah dan Berselawat ke atas Nabi SAW beberapa kali.

b. Duduk dan biarkan tengkuk kita tegak. Cuba bertenang. Letakkan posisi tangan anda di atas peha dan kedudukkan jari anda pastikan seperti gambar dibawah



c. Menyedut nafas melalui hidung dengan perlahan sedalam-dalamnya hingga dada menegak dan TAHAN NAFAS ini. Pastikan tiada nafas yang keluar.

d. Semasa menahan nafas, (didalam hati) ucapkan 2 kalimah syahadah dengan sepenuh hati dan jiwa dan juga penghayatan.

e. Hembuskan nafas melalui mulut dengan kiraan 10 saat.

f. Lakukan sewaktu bangun tidur pagi hari, selepas solat dan sebelum tidur. Juga sebelum memulakan rawatan Teknik EFT.


g. Jika anda ingin melakukannya 2 atau 3 kali setiap kali melakukannya , PASTIKAN anda mengambil nafas seperti biasa dahulu sebelum mengulangi sekali lagi. (jika tidak kemungkinan risiko anda akan pitam)

h. Untuk mengetahui antara kebaikan dari latihan pernafasan ini, sila klik LINK

i. Sekiranya anda melakukannya dengan cara yang betul, InsyaAllah, anda pasti dapat merasakan sesuatu 'kelainan' yang positif pada diri anda beberapa ketika sesudah anda membuat latihan ini.

Khamis, 29 Disember 2011

Duri Cinta



Tirai malam yang berlabuh
Membungkus kepiluan rasa
Dan sesuatu menyentak fikiranku
Seolah kau muncul tiba-tiba

Aku yang pernah kau sayang
...dan
aku yang telah kau lukai
Masih jua seperti dahulu,
tak pernah berubah hatinya

Disebalik malam dan siang yang berganti
Mengintai segala rinduku
dan wajahmu mengganggu dimana sahaja
Seolah engkau masih disisiku

Dan masa pun berlalu
mungkin engkau telah melupakan
bahawa dikelopak hatiku yang masih berdarah
..bergayut duri cintamu


.........aku jua hanya insan kerdil yang lemah

Rabu, 28 Disember 2011

Jiwa Yang Tetap Positif

" untuk Hafizi "


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..

Anisah tidak pernah mengeluh atau menyesal dengan apa yang dilaluinya. Bagi dirinya, apa yang lebih penting adalah Mensyukuri Nikmat Penciptaan dirinya ke mukabumi ini oleh Yang Maha Pencipta. Itu yang didahulukannya. Keperitan dan penderitaan yang dialaminya tidak pernah menjadi penyebab untuk dia mengeluh atau menyalahkan takdir. Malah dia bertambah bersyukur dan mampu tersenyum bila mengenangkan penyakit yang dideritainya itu mampu meruntuhkan dosa-dosanya (jika ada).

Layanannya terhadap suami tercinta dan satu-satunya puteri mereka tak pernah berubah, mungkin berkurangan akibat ketidakmampuan dirinya yang telah berada di stage ke 4 kanser rahim itu.

Hafizi akur dengan ketentuan Ilahi. Pun begitu dia tidak pernah berputus asa berusaha dan berikhtiar bagi mendapatkan penawar bagi penyakit isterinya.

"Tiada penyakit yang diturunkan tanpa penawar disampingnya, melainkan maut telah menjemput"

Itulah kata-kata yang dipegangnya dan menjadi perangsang kepada perjuangan mereka berdua.

Ketika menziarahi pasangan ini, tiada langsung terdapat tanda-tanda kesedihan atau kekusutan pada wajah mereka. Senyuman sentiasa terukir diwajah mereka sambil melayan keletah puteri mereka, Nurul'ain yang berusia 5 tahun itu walau raut muka Anisah agak pucat dan tampaknya keletihan. Sungguh positif jiwa mereka, malah mereka membuatkan aku terinspirasi dan termotivasi dengan bait-bait perbualan dengan mereka.

Bagi Hafizi, dia mengutamakan suasana keceriaan dan ketenangan sentiasa menjadi aura utama di dalam rumah tersebut disamping penggunaan 'affirmasi' berbentuk kesembuhan diri yang sememangnya menjadi rutin harian mereka sekeluarga.

"mana tahu bro, mungkin ada rezeki dapat sembuh dari kanser seperti Louise Hay dan yang lain-lain," ujar Anisah.

Aku pulang ke rumah pada hari itu dengan air mata bergenang melihatkan keletah anak kecil mereka yang tidak faham apa-apa itu. Aku mula berfikiran negatif membayangkan bagaimana keadaan anak itu nanti apabila Anisah telah pergi buat selama-lamanya diusianya yang masih kecil itu.

"Eh, apa aku ni? fikir yang bukan-bukan. Kenapa aku tak positif macam mereka?..Doakanlah perkara yang baik, kesembuhan dan keajaiban umpamanya" Aku berbicara dengan diriku sendiri.

...........

Kurang 3 minggu dari tarikh ziarah itu, dipagi subuh Hafizi menelefonku:

Anisah dah tak ada bang, dia pergi dalam tidur

Tenang sungguh suaranya.

Ketika pengkebumian, Hafizi kelihatan amat tenang dan seolah telah benar-benar bersedia menghadapi hari tersebut. Nurul'ain hanya membisu seribu bahasa berpaut dibahu ayahnya.

".....mana tahu bro, mungkin ada rezeki dapat sembuh dari kanser seperti Louise Hay dan yang lain-lain,"
Hatiku menjadi bertambah sayu bila teringat kata-kata arwah ini.


Innalillahiwainnailaihirrojiun.

Selasa, 27 Disember 2011

Sometimes You Are SYIRIK

Penggunaan perkataan Bahasa Inggeris yang diselitkan bersama ayat-ayat dalam Bahasa Melayu didalam perbualan seharian memang sering kita dengar setiap hari. Kadangkala cara mereka menggunakannya agak lucu juga kerana perkataan bahasa Inggeris yang diselitkan itu tidak ada kena mengena atau pun tidak tepat dengan ayat yang mereka tuturkan. Akan tetapi mungkin kerana ianya seakan telah menjadi kebiasaan atau habits, maka ianya tidak menjadi persoalan yang besar terutama dikalangan orang melayu.

Tetapi dalam pada keghairahan menggunakan beberapa perkataan Bahasa Inggeris ini, perlu juga berhati-hati kerana ada juga penggunaan yang boleh membawa kepada dosa tanpa disedari oleh individu tersebut.

Sebagai contoh, dibawah ini adalah penggunaan yang biasa kita dengar, ada yang tepat dan ada yang tidak tepat dan melucukan:


Dialog 1: I mean

"aku sebenarnya nak balik dah lepas habis waktu pejabat ni, i mean memang aku ada hal. tapi tiba-tiba kena stay pulak, boss minta tolong siapkan report."



Dialog 2 : At Least

"Iyelah, betul jugak apa yang dia cakap tu, at least adala jugak dia terfikir nak tolong adik dia"

"tapikan,..aku rasa kalau kita makan dekat Hameed's lagi bestlah, at least roti dia lagi lembut dari mamak 'Syukran'


Dialog 3 : Actually

"Aku memang dah lama tak puashati dengan dia tu, actually dari hari pertama dia masuk sini lagi'

" Kalau kau nak guna mesin fotostat yang lagi laju ada, actually kau kena pergi tingkat tiga la.."



PENGGUNAAN YANG SALAH DAN BOLEH MEMBAWA KEPADA DOSA TANPA DISEDARI:

Dialog 4: Sometimes

"Awak tau tak kenapa saya tak letak gambar saya dalam facebook? Sebab sometimes ianya berdosa menunjukkan wajah dan aurat kepada lelaki bukan muhrim. Lagipun lelaki-lelaki zaman sekarang ni sometimes bukan boleh percaya, kalau nak tau mereka jujur ke tidak dalam perkenalan, biarlah tanpa melihat rupa, sebab mungkin kalau dengan melihat rupa, sometimes nafsu yang menjadi ukuran mereka.

Bukankah Allah telah berfirman:

Dan perempuan-perempuan yang sudah putus haidhnya dan tidak ada harapan untuk kawin lagi, maka tidak berdosa baginya untuk melepas pakaiannya, asalkan tidak menampak-nampakkan perhiasannya. Tetapi kalau mereka menjaga diri akan lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." (an-Nur: 60)

I ni bukannya alim sampai nak send kat you ayat-ayat Al-Qur'an ni, but sometimes its true!"

...

"Sometimes it's true"...untuk Firman Allah? Maksudnya, kadangkala firman Allah itu benar, dan ada antara firman Allah yang tidak benar ke? Astagfirullahaladzim. Ucaplah syahadah semula.

Dalam keghairahan ingin berbahasa Inggeris, cubalah pelajari maksud-maksud ayat yang ingin kita gunakan supaya kita tidak menjadi Syirik kepada Allah tanpa disedari. Janganlah main sebut aje ya.


p/s: cakap 'bodoh' kang marah

Khamis, 15 Disember 2011

Banyaknya nikmat Allah.

By: Permata Aurorious

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Surah Ar-Rahman- Ayat 13).

Mengingatkan betapa beruntungnya saya selama ini membuatkan saya rasa bersyukur sangat-sangat pada Allah s.w.t. Segala nikmatnya yang tak mampu saya hitungkan. Merenung kembali bagaimana saya menghadapi musibah sebelum ini terasa sangat-sangat memalukan berdepan dengan Allah s.w.t memandangkan prestasi yang sangat-sangat teruk. Asyik-asyik meratap dan menangis. Namun begitu Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang kepada saya memperbetulkan segala kesilapan. Hari ini saya ingin berkongsi satu tips dengan anda semua. Cuba tuliskan antara 5 perkara yang anda dapat semalam. Tuliskan setiap hari dan cuba untuk konsisten selama seminggu. Ni adalah contoh senarai saya.

Hari pertama :

1. Dapat makan mc’chicken percuma

2. Dapat naik bas ade aircond

3. Jimat duit nak makan sebab ada orang belanja

4. Jumpa mak sebab mak baru balik dari mekah.

5. Dapat hadiah jubah dari mak

Hari kedua :

1. Dapat pergi hospital teman kakak sebelum balik

2. Dapat tempat duduk dalam bas.

3. Tak payah tunggu lama naik feri.

4. Dapat makan nasi goreng seafood (kedai tu dah lame tutup)

5. Cuaca elok je arini.

Hari ketiga :

1. Sampai ofis internet dah on.

2. Kerja selamat diselesaikan.

3. Cuaca sejuk jadi naik basikal rasa best je.

4. Dapat anak buah baru.

5. Member rumah belanja makan.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Surah Ibrahim – ayat 34)

Jika kita cuba menghitung nikmat yang Allah berikan selama nescaya tidak mampu untuk kita lakukan. Sejak kita dilahirkan sehingga kita hidup ke hari ini tidak putus-putus nikmat Allah yang telah kita dapat. Kita dengan mudah memuji dan menyanjung tinggi pabila ada orang lain membantu kita tapi pernahkan kita terfikir siapakah sebenarnya yang layak dipuji dan disanjung tinggi. Allah Yang Maha Pemurah telah memberikan kita segala-galanya. Kepada Dialah kita patut bersyukur.

Renunglah kembali senarai anda dan tanamkan dalam hati segala yang anda miliki adalah kurniaan Allah s.w.t. Tumpukan kepada perkara-perkara positif yang kita ada. Barulah jiwa akan bertenang. Dengan membaca senarai kita berulang kali kita akan nampak betapa banyak nikmat Allah yang kita dapat selama ni. Jiwa akan menjadi tenang. Cara itu juga akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah Yang Satu.

Bayangkan diri anda yang sentiasa dikelilingi gelombang-gelombang positif. Sudah pastilah anda menarik lebih banyak perkara-perkara menggembirakan terjadi kepada anda. Tiada lagi perkara yang merunsingkan, malah anda akan sentiasa berbahagia dengan hidup anda sendiri. Syukurilah nikmat yang Allah berikan kepada kita semua. Tanpa kita sedari jiwa akan mendapat ketenangan yang tidak disangka-sangka, kebahagiaan yang diidamkan dan hilang segala kerisauan. Cubalah, dan mari kita lihat hasilnya.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih". (Surah Ibrahim – ayat 7).

Selasa, 13 Disember 2011

Pak Ali Dangdang

Antara senarai secret shifter yang saya gunakan ialah pantun kanak-kanak (quote)yang saya dan rakan-rakan selalu gunakan sewaktu kanak-kanak dulu. Bila mengingati bait-bait pantun kanak-kanak ini, tercuit rasa lucu dan nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak sejenak mengimbau.

Tentu sebilangan dari kita pernah menggunakan pantun-pantun berikut ketika membahagikan kumpulan samaada untuk bermain police and thief, galah panjang, nyorok-nyorok dan lain-lain.




1
Pak Ali Dang Dang
Pak Ali jual udang
Sekati sekupang
Tak laku kena tendang
Pak Ali tukang cat!

2.
Tan tan tut
Keladi wea wea
Siapa terkentut
Kahwin dengan orang tua

3.
Lat talilat laili tamplong
Siapa ganjil dia jadi..

4.
Whose shoes is the dirty shoes?
Please let him go out and buy a new shoes


Mungkin kanak-kanak zaman kini tidak menggunakannya lagi lantaran permainan-permainan ini semakin dilupakan akibat arus kemajuan permainan digital seperti PSP, I-pad dan sebagainya.

Ahad, 11 Disember 2011

Nama anda adalah Affirmasi anda!

Firman Allah SWT (ertinya):

“…Dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk...
(QS Al-Hujuraat : 11)



Apabila Nabi S.A.W bertemu dengan seseorang yang memiliki nama buruk, baginda pun menukar nama tersebut (kepada nama yang baik). Demikian juga jika baginda mendengar nama yang kurang baik, baginda segera menukarnya dengan nama yang lebih baik. Di antara contohnya adalah :

1. Baginda pernah menukar nama Ashiyah (wanita yang durhaka), dan bersabda, “Namamu kini ‘Jamilah’ (wanita yang cantik).
(HR. Muslim)



2. Sa’id bin Musayyib dari ayahnya dari abangnya, dia berkata,

Aku pernah menghadap Nabi SAW, baginda bertanya kepadaku,

‘Siapa namamu?’

Dia menjawab

‘Namaku Huzn (kasar atau sedih).’

Baginda kembali bersabda,

‘Ganti namamu dengan nama Sahl (mudah).’

Dia berkata,

‘Aku tidak akan menukar nama yang telah diberikan oleh ayahku.’

Ibnu Musayyib berkata, Sejak saat itu sifat kekasaran senantiasa ada dikalangan keluarga kami.” (HR. Bukhari)


3. Di antara nama yang terlarang ialah sebagaimana tercantum dalam hadis Rasulullah SAW,

“Jika umurku panjang aku akan melarang seseorang dinamai dengan nama
‘Rabaah’ (arak),
‘Najih’ (yang sabar),
‘Aflah’ (yang beruntung)
‘Naafi’ (yang bermanfaat)
dan ‘Yasaar’ (kemudahan)”.
(HR. at-Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim dan ia menshahihkannya dan disetujui Adz-Dzahabi dan lain-lain)


Agak pelik juga mengapakah nama yang baik seperti Najih (yang sabar) dan Yasaar(kemudahan) tidak digalakkan oleh baginda Nabi SAW?

Baginda menjelaskan bahawa, andainya disesebuah perkumpulan atau majlis, jika orang-orang yang dinamakan dengan nama yang sedemikian tidak hadir, dan ada pula orang yang bertanya mencari mereka, maka mereka akan bertanya:

"Adakah si Najih (yang sabar)disitu?"

Orang-orang disitu akan menjawab: "Ditempat ini tidak ada Najih / Disini tidak ada kesabaran"


Atau pun: Disini tidak ada kemudahan ((Yasaar)

Maka perkara ini dapat memberi kesan dan akibat yang tidak baik kepada tempat / majlis tersebut. (Hingga begini sekali kesan dari panggilan nama!)

"Rasulullah SAW telah menjelaskan sebab terlarangnya nama-nama tersebut dengan sabda baginda SAW:

“.… Sebab jika kamu bertanya , “Apakah di sana ada dia (Yasaar = kemudahan)? “Dan ternyata memang dia tidak ada, maka dia akan menjawab , “Tidak ada (kemudahan)”.
(HR. Muslim)


wallahuaklam
Sumber: petikan-petikan dari kitab :
‘Mausuu’ah al-Adaab al-Islamiyah’, oleh Syeikh Abdul Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada

Puisi Tentang Seseorang

Ku lari ke hutan kemudian,
..menyanyiku,.

Ku lari ke pantai kemudian,
..teriakku

Sepi..sepi dan sendiri
..aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..

Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau...

aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Dian Sastrowardoyo




..memang tengah bosan dan sendirian dimalam ini, baru je aku update tentang 'nikmat yg terlupakan'..tup-tup 2 hari dah aku tak leh berjalan tegak betul..tidur mengereng, duduk mengereng, heheh..kena buasir pulak..innalillahiwainnailaihirrojiunn..

Jumaat, 9 Disember 2011

Berbaiksangka Sesama Insan

Pesanan dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka
baik sesama insan.

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.

Ucapkan dalam hatimu:

‘Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.’


2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):



‘Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.’


3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

‘Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.’


4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

‘Orang ini telah memperoleh kurnia yang tidak kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmun yang dipelajarinya, tentu dia lebih baik dariku.’


5. Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu):

‘Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.’



6. Jika bertemu dengan orang bukan Islam / belum Islam, maka katakanlah (dalam hatimu):

‘Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh'


Marilah kita sama-sama berhusnuzzon sesama insan. Barangkali orang yang buruk itu lebih baik dari kita pada masa akan datang jika kita tidak berusaha memperbaiki dan menjaga diri kita rohani dan jasmani.

Isnin, 5 Disember 2011

Nikmat Yang di 'terlupa' kan

Bapa mertua saya pernah bertanya saya secara serious kepada saya disuatu ketika dahulu:

Talhah, abah nak tanya, dalam banyak-banyak nikmat dunia yang kita dapat dalam hidup ini, kamu rasa, nikmat apa yang paling sedap sekali?

Saya agak terkeliru dengan soalannya, apakah ingin menduga saya atau ingin berjenaka, maka dengan tersipu-sipu saya cuba memberi jawapan.

Nikmat dunia ya?..hmmm..mungkinkah nikmat hubungan suami isteri?


Abah:

Hmmm...hampa semua ni memang tak dak benda lain nak ingat..heheh..ada lagi perkara lain yang kenikmatan dia sangat sedap..sangat nikmat, tapi kita jarang nak bersyukur, dan jarang ambil peduli tentang nikmat yang satu ni.


Nikmat apa tu abah?


"Nikmat ketika membuang air besar! Ketika sedang meneran keluar 'tuuuut' itu, bukankah kamu rasa nikmat sangat? rasa lega sangat? rasa puas? ada tak?


Saya mengangguk-nganggukkan kepala mengiyakan kata-katanya. Memang benar apa yang dikatakannya itu. Mungkin bagi mereka yang pernah mengalami sembelit (sakit sukar buang air besar) atau buasir sahaja yang dapat menghargai betapa nikmatnya jika membuang air besar dengan sihat.

Maka lantaran itulah, wajib kita bersyukur diatas nikmat yang satu ini dengan mengucapkan doa ketika keluar dari tandas (keluar dengan kaki kanan mengikut sunnah) iaitu:

Hadis dari Ibnu Umar, sabda Nabi saw:




Ertinya:

"Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."

(Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)


Wallahuaklam

Ahad, 4 Disember 2011

Law Of Abundance - Hukum Kelimpahan. (Con't 1) Dial No: 24434

Sambungan dariLINK


Seketika, saya sempat singgah di masjid Rivervale, Perth untuk menunaikan solat Jumaat. Alangkah bangganya aku sebagai anak melayu bila khutbah dibacakan dalam bentuk dwibahasa iaitu mula-mula bahasa Inggeris, kemudian dengan Bahasa Melayu kerana ramainya jumlah para jemaah disana terdiri dari orang-orang Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, selain dari warga Australia.



pandangan dari luar masjid River Vale


Imam Jalil, khatib yang bertugas pada hari itu berasal dari Indonesia dan pernah bertugas di Kuala Lumpur selama beberapa tahun sebelum ke Australia.

Alhamdulillah, khutbah pada hari itu berkisar tentang kelimpahan nikmat Allah dan konsep bersyukur yang amat menarik cara penerangannya.

" Bayangkan begini:

Ada seorang yang kaya raya, memberikan DENGAN PERCUMA kepada anda sebuah kediaman mewah yang lengkap dengan segala keperluan, dan segala keperluan tambahan akan dihantar sebelum yang sedia ada habis.

Anda bebas menggunakan apa sahaja yang disediakan, mengajak siapa sahaja tinggal dengan anda tanpa bayaran walau satu sen pun sehingga akhir hayat anda.

Hanya ada SATU sahaja syarat yang diminta oleh tuan rumah yang hartawan lagi dermawan itu, iaitu:

Menelefon dirinya sebanyak 5 kali sehari untuk mengucapkan TERIMAKASIH.


Apakah syarat yang dikenakan itu terlalu sukar untuk dipenuhi jika dibandingkan dengan pemberian yang diberikan oleh hartawan tersebut? Apakah hartawan itu meminta terlalu banyak? Atau, apakah boleh diertikan syaratnya itu sebagai sebuah permintaan atau bukan permintaan?"


Imam Jalil meneruskan khutbahnya dengan menerangkan bahawa ini adalah sebuah perbandingan ringkas supaya mudah difahami oleh para jemaah tentang konsep bersyukur dalam bentuk solat.

Allah tidak memerlukan apa-apa dari makhlukNya, manakala kitalah makhlukNya yang berkehendak dan sangat memerlukanNya.

" We have everything for free, do we have to pay to HIM for the air, water, or anything that HE create for us? yes, we pay our bills such electric and gas to the government, but that is the payment for the service provides by the government in order to build the facilities to our home. Not paying to Allah.

We just need to performed 5 day prayer to say "THANKS"..thats all.



" Kita memiliki segalanya dengan percuma, apakah kita perlu membayar kepadaNya untuk udara, air atau apa jua yang diciptakanNya untuk sekalian makhluk hamba ciptaanNya? Mungkin kita perlu membayar bil air atau petrol kepada pihak berwajib, tetapi itu adalah bayaran perkhidmatan diatas khidmat penyelenggaraan yang disediakan oleh kerajaan supaya kemudahan hasil bumi tersebut sampai terus ke rumah kita. Bukan membayar kepada Allah. Kta hanya diwajibkan solat 5 kali sehari, untuk mengucapkan terimakasih"


Tetapi kita sedia maklum, terlalu banyak alasan yang dapat kita dengari dikalangan masyarakat kita sendiri tentang perlaksanaan solat ini. Terlalu berat rasanya, berbanding dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita sekalian hambaNya.

Mungkin lantaran tidak dapat menghayati perasaan bahawa kita ini tidak wujud satu masa dulu dan kemudian telah diciptakan oleh satu kuasa yang Maha Agung.

Mungkin lantaran tidak menyedari dengan serious bahawa seluruh alam ini, termasuk diri kita adalah dimiliki oleh PENCIPTA dan PENGUASA yang Maha Tunggal yang Maha Agung, yang wajib untuk kita SUJUD padaNya, mengikut waktu waktu yang telah ditetapkan.

Allah S.W.T itu Maha Bijaksana mengaturkan peredaran waktu siang dan malam mempunyai perihal-perihal yang tersendiri, maka telah disesuaikan kewajipan ini mengikut kesesuaian yang MENYELESAKAN hambaNya, bukan MENYUSAHKAN hambaNya.

Sebagai contoh,

Subuh, waktu yang amat singkat dan ketika itu manusia selalunya tergesa-gesa dengan pelbagai urusan seperti bersiap untuk pergi bekerja, menyiapkan persiapan anak-anak kesekolah, dan pelbagai macam lagi, maka waktu solat hanya 2 (DUA) rakaat.

Kemudian diwaktu-waktu yang lebih tenang, maka diberikan jumlah rakaat yang lebih seperti Zuhur dan Asar, 4 (EMPAT), manakala waktu senja juga manusia biasanya agak sibuk juga baru pulang kerumah dari tempat kerja, dari padang bola, dari sekolah dan lain-lain, berebut hendak ke bilik air, dan lain-lain, maka untuk Maghrib jumlah dikurangkan kepada 3 (TIGA) rakaat. Manakala Isya' merupakan waktu yang lebih santai, maka ditambah kembali kepada 4 (EMPAT) rakaat.

Seterusnya jika diperhatikan, waktu Zuhur berlangsung diwaktu rehat tengahari dikebanyakkan tempat bekerja, maka tiada alasan untuk meninggalkannya, kerana jumlah waktu rehat sejam itu rasanya cukup untuk makan tengahari dan juga solat yang tidak sampai 10 minit. Asar pula menjelma ketika waktu pekerjaan hampir tamat, maka selepas tamat waktu pejabat, teruslah solat dahulu sebelum pulang dan terperangkap dalam kesesakan jalanraya dan sebagainya.

Segalanya telah diatur sebegitu cantik dan selesa, akan tetapi masih ramai yang merasakan betapa beratnya untuk menunaikannya.

Terpulanglah kepada kita masing-masing untuk menilai diri kita, bagaimanakah ingin kita lanjutkan kesyukuran kita kepada Allah SWT yang memberikan pelbagai macam pemberian kepada kita tanpa meminta apa-apa balasan pun.

Menunjukkan kesyukuran melalui solat ini bukanlah sesuatu yang memberi manfaat kepada Allah SWT, tetapi menfaatnya kepada kita manusia itu sendiri.


Dalam sebuah hadis qudsi,
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa Allah S.W.T. berfirman:

"Wahai hamba-hambaKu, andainya semua jin dan manusia dari yang awal hingga yang terakhir diciptakan adalah hamba yang bertaqwa semuanya ketahuilah bahawa itu tidak akan menambahkan walau apa pun terhadap Kekuasaan-Ku dan Ke-AgunganKu."

"Wahai hamba-Ku, andainya semua jin dan manusia dari yang awal hingga yang terakhir diciptakan adalah hamba yang jahat semuanya (tidak menyembah Allah) ketahuilah bahawa hal itu tidak akan mengurangkan apa pun daripada Kekuasaan-Ku dan Ke-AgunganKu"


Pesanan ini adalah untuk diriku pertama-tamanya. Wallahuaklam


~bersambung ke LINK

Ingin Sihat? Slim? Segar dan Cergas? Sangat Mudah! Buat INI Setiap Hari!




Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
Aku diperintah (oleh Allah) bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki. (Hadis Muttafaqun Alaih)

Hikmah Sujud dari sudut klinikal

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

-membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

-membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

-melegakan sakit hernia (burut)

-mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

-melegakan paru-paru daripada ketegangan.

-mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

-kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

-meringankan bahagian pelvis.

-memberi dorongan supaya mudah tidur.

-menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

-pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

-bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan.

-pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

-Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

-Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.



Masya'allah, terlalu banyak benefits / kebaikan dalam setiap apa jua yang diWAJIBkan oleh Allah kepada manusia, itu pun manusia masih susah untuk melakukannya, melainkan jika telah didedahkan kebaikan dan manfaat dari segi sains. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.


BACA ARTIKEL INI SEPENUHNYA DI LINK

Rabu, 30 November 2011

Tinggal sebiji...

Simptom Kemurungan + OCD melanda semula, masuk hari keenam. Kali ini gangguan berbentuk ritual pemikiran berulang tidak berapa menekan, tetapi lebih kepada rasa kebingungan dan sedih yang tidak menentu sebabnya. Hilang mood pada segala aktiviti....Mulalah hilang daya produktiviti aku. Sampai solat duduk tak mampu berdiri..Aku tak boleh biarkan diri aku terus down macam ni.

Lucunya kerana aku tahu ini penyakit dan aku tahu tiada apa-apa yang berlaku padaku sebenarnya, hanya gangguan berbentuk sementara dan aku berikhtiar merawat perasaanku yang sakit ini dengan menggunakan perasaan yang terganggu juga..haha

ok, affirmasi dan zikir.

Latihan pernafasan..

Secret shifter...

E.F.T....

Latihan jasmani.....

Semuanya tak cukup membantu..

....ahh, Tuhan suruh ikhtiar, jangan putus asa.


Akhirnya,

aku cuma tinggal sebutir Valium 10mg yang tarikh luputnya tinggal lagi seminggu. Seboleh-bolehnya aku cuba mengelakkan diri dari mengambilnya kerana terdapat kesan sampingan yang agak lucu jika kuterangkan disini.

plup...aku telan juga akhirnya.

hmmm, semua perkara yang selama ini kurasakan bermasalah dan bersarang didadaku seakan menjadi buih-buih dan keluar sebiji-sebiji dari dadaku..release...

Kesimpulannya, walaupun aku merasakan diriku sudah sihat dan pulih, kita tidak boleh meninggalkan preskripsi doktor kerana ianya juga salah satu ikhtiar.




thee UNFORGIVEN
New blood joins this earth
And quickly he's subdued
Through constant pained disgrace
The young boy learns their rules

With time the child draws in
This whipping boy done wrong
Deprived of all his thoughts
The young man struggles on and on he's known
A vow unto his own
That never from this day
His will they'll take away-eay


What I've felt, what I've known
Never shined through in what I've shown

Never be, Never see
Won't see what might have been

What I've felt, What I've known
Never shined through in what I've shown

Never free, Never me
So I dub thee UNFORGIVEN

They dedicate their lives
To RUNNING all of his
He tries to please THEM all
The better man he is

Throughout his life the same
He's battled constantly
This fight he cannot win
A tired man they see no longer cares

The old man then prepares
To die regretfully
That old man here is me

You labeled me
I'll label you
So I dub thee UNFORGIVEN

Never Free
Never Me
So I dub thee UNFORGIVEN


~metalica

Khamis, 24 November 2011

Repost : Tuhan Masih Sayangkan Saya!

"Syukurlah, rupanya Tuhan masih sayangkan saya...

Ayat ini sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat kita dimana sahaja, terutama apabila seseorang itu mendapat sesuatu perkara atau mengalami suatu peristiwa yang memberikan makna yang membawa harapan atau penyelesaian masalah dalam kehidupan seseorang itu.

Memang secara umumnya ayat ini nampak macam sedap dan lunak didengari. Tetapi, sedarkah kita apakah maksud sebenar dari ayat ini? Mari kita dengar sekali lagi:

"...Syukurlah, rupanya Tuhan masih sayangkan saya..."


Oleh itu, adakah selama ini kamu fikir Tuhan tak sayangkan kamu? Maksudnya kita tanpa disedari telah berSU'ULDZON (Sangka Buruk) terhadap Allah kerana menghadapi beberapa kesukaran atau pun ujian didalam kehidupan.

Hanya setelah diberi pertolongan atau harapan, barulah kita menyedari selama ini Dia masih sayangkan kita? Barulah teringat nak bersyukur? Begitu?

Perkataan 'MASIH" dan "RUPANYA" dalam frasa di atas itu sahaja sudah bermaksud sesuatu yang sementara sahaja dan akan berhenti pada bila-bila masa sementara 'RUPANYA' melambangkan sangkaan yang negatif. Lihat contoh dibawah ini:

MASIH
Saya MASIH belajar di UITM, saya akan menamatkan pengajian setelah berjaya menamatkan Ijazah Perguruan pada akhir tahun hadapan. ATAU

Saya MASIH menunggu ketibaan kapalterbang di KLIA . Kapalterbang dijangka tiba pada pukul 10 malam, ketika itu barulah penantian saya berakhir.


RUPANYA

Kusangka panas hingga ke petang, RUPANYA hujan ditengahari.

Selama ini saya sangkakan dialah pelajar yang paling lemban, RUPANYA dialah pelajar paling cemerlang dalam kelas saya dalam peperiksaan SPM yang lalu.

Maka, adakah: Sekarang ini Tuhan MASIH lagi sayangkan anda , tetapi esok lusa tak tahu lah, mungkin Dia tak sayang pulak, ialah, manusia selalu buat dosa dan kemungkaran, so, mungkin bila buat dosa tu, Tuhan tak sayanglah...

SEDANGKAN Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang!! Allah SENTIASA SAYANG dan MEMANG SAYANG dan AMAT KASIH pada sekelian hambaNya. Tiada masih-masih dalam kasih sayang Allah!

Allah itu bukan seperti kita, manusia, yang mempunyai sifat dendam dan hasad, yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. Memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi, Allah telah meletakkan sistemNya sendiri di mana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada di kerongkong di saat sakaratul maut atau setelah matahari terbit dari sebelah barat.

Oleh itu, walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitled untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah dengari, selagi matahari belum terbit dari barat, atau roh sudah ditarik hingga kekerongkong oleh malaikat maut. Sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budi bicara Allah S.W.T. Apa pun, ingatlah, bahawasanya, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambanya. Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah?


Daripada Anas bin Malik R.A

Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda:

‘Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiKu (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.’

(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)

Hadis diatas dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa walau sebesar mana pun DOSA seseorang hamba itu, dosa tersebut tidak pernah dianggap bebanan oleh Allah untuk mendengar DOA dari hamba-hambanya.

Oleh itu, buangkan rasa inferiority complex (rendah diri yang tidak bertempat) dan juga Su'uldzon (Sangkaburuk) yang hanya akan merugikan kita. Bertaubatlah dan mohon pertolongan dari Allah dengan rasa yakin dan husnuldzon.

Letakkan persangkaan yang TEPAT dan BENAR kepada Allah SWT kerana Cinta dan Kasih Sayang Allah pada hamba-hambaNya tak sama dengan cinta maut manusia yang fana ini, tolonglah faham dan kenali betul-betul.

Oleh itu, saya sarankan supaya gunakanlah perkataan,

"Syukurlah..walaupun hidupku begini, namun tetap punya Allah yang sentiasa menyayangi diriku dalam apa keadaan jua pun."

Bukankah yang Baik itu dari Allah, dan yang Khilaf itu dari kelemahan kita sendiri? Semua orang pandai cakap ayat ini kan? Ayat ini sebenarnya berasal dari firman Allah:

1) Firman Allah:

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ۬ فَمِن نَّفۡسِكَ‌ۚ وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدً۬ا

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini." (An Nisa', 4: 79)

2) Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

Ada yang memberitahu saya bahawa perkara buruk tak akan berlaku pada sesiapa pun tanpa izin Allah. Benar, tak akan bergerak sebutir hama walaupun semua manusia dan jin bersatu untuk menggerakkannya tanpa izin Allah. Akan tetapi kebenaran untuk memilih buruk baik itu telah lama diberikanNya sejak dari azali lagi. Wajarkah kita mengatakan bahawa:

Aku mencuri kerana telah ditakdirkan Allah bahawa aku akan mencuri.

Dizaman saidina Umar R.A, seorang pencuri yang berkata dengan perkataan di atas telah dipotong tangan akibat mencuri dan disebat 30 kali kerana mengeluarkan kenyataan seperti diatas.

Saidina Umar kemudian memberitahu bahawa pencuri itu dihukum sebat kerana berdusta atas nama Allah (Maksudnya mendakwa perbuatan jahatnya itu tidak dirancang sebaliknya Allah yang mentakdirkan sedemikian pada dirinya.)

Oleh itu, wajarkan kamu menuduh Allah yang mengizinkan perkara buruk berlaku atas kamu? Allah hanya memberikan perkara yang TERBAIK sahaja untuk kamu. Perkara buruk hanya akan berlaku keatas dari kamu hasil kesilapan kamu sendiri. Allah tidak pernah sesekali menzalimi diri kamu. Persangkaan yang mengatakan perkara buruk yang berlaku pada kamu adalah kerana Allah yang mentakdirkan kepada kamu itu hanyalah pandangan dangkal dan Su'uldzon. Oh, jadi, nanti kalau berlaku apa-apa musibah , bolehlah salahkan Allah, tak perlulah nak salahkan diri sendiri, begitu kah? Susah benarkah kamu fikir untuk Allah menciptakan makhluk yang independant dan intelligent?

Hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad:

Aku (Allah) akan mengikuti sangkaan-sangkaan hambaku, maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan.

(Bukan dengan apa yang kamu risaukan atau khuatirkan) - Ini adalah satu kelebihan dan kemudahan pada manusia sebenarnya, sekiranya anda menerapkan cara hidup berhusnuzzon dan berfikiran positif maka dengan izin yang telah dikurniakannya (kuasa eksekutif untuk memilih sempena kedudukan manusia sebagai khalifah) dari azali lagi ini, maka anda akan mendapati kehidupan anda dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

maka kerana itulah kajian Quantum fizik mendapati bahawa:

Anda menarik kedalam hidup anda apa yang anda berikan fokus, tumpuan, perhatian dan tenaga samada perkara negatif atau positif.

Sekiranya anda suka memberikan perhatian pada kisah-kisah buruk tentang perceraian dan keruntuhan rumah tangga orang lain, maka tenaga-tenaga berbentuk itulah yang anda juga sedang berusaha menariknya kedalam hidup anda.

Itulah Persangkaan-persangkaan anda (affirmation anda), atau fokus anda , perkara-perkara yang anda suka dan seronok bila membicarakannya beramai-ramai, senang cerita, mengumpat hal orang lain atau jaga tepi kain oranglah. Tindakkan menyebarkan beritanya hanyalah menarik lebih ramai orang berbincang dan memperkatakan tentang keaiban orang lain yang mana sebenarnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hukum sebab musabab, dan juga Qada' dan Qadar tentang jodoh rumahtangga orang tersebut.

"

Janganlah kita memandang remeh pada Islam dan menganggap Islam tidak relevan dengan sains. Sains itu sendiri milik Allah! Dan janganlah menyebut nama Allah sewenang-wenangnya (berdusta atas nama Allah) jika untuk menegakkan benang basah yang kamu sendiri tahu dalam hati kamu bahawa kamu itu salah!

Bersangkabaiklah (husnuzzon).


(Post ini terbit pada 18 June 2010 dan sedikit perubahan telah dilakukan)

Terbit untuk ILuvIslam pada 23hb July 2010

LINK 2

LINK 3

Selasa, 22 November 2011

Antara Dua Sujud

By: Puteri Safeera

Assalamualaikum,

Ramai yang tidak menyedari akan kehebatan doa yang setiap hari kita lafazkan didalam solat ketika duduk diantara dua sujud. Ada juga yang tidak memahami apakah maksud doa yang dibacakan, sekadar menghafal tanpa mengetahui maksud yang terkandung didalamnya.

Duduk antara dua sujud merupakan salah satu rukun fi‘li (perbuatan) yang pendek. Menurut jumhur ulama duduk antara dua sujud adalah wajib dan tidak sah solat jika ditinggalkan dengan sengaja.

Nabi S.A.W bersabda:

"Apabila engkau berdiri untuk menunaikan solat hendaklah bertakbir, kemudian bacalah yang mudah olehmu daripada ayat Al-Quran. Kemudian ruku‘ dengan thuma’ninah, kemudian bangkit sehingga berdiri tegak (i‘tidal), kemudian sujud dengan tuma’ninah, kemudian bangkitlah daripadanya dengan thuma’ninah (duduk antara dua sujud), dan lakukanlah yang sedemikian itu dalam setiap solatmu".(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Doa yang kita lafazkan setiap kali duduk diantara 2 sujud ini jika dibaca dengan penuh penghayatan dan pengharapan, ianya cukup melengkapi segala apa yang diperlukan oleh kita sebagai manusia didalam kehidupan dimuka bumi ini. Keampunan dari Allah, kasih sayang dariNya, kemuliaan dan pemeliharaan keperibadian, kecukupan rezeki dan harta, petunjuk dan hidayah, kesihatan zahir dan batin serta keredhaanNya keatas diri kita.

Hayatilah dengan sepenuh penghayatan akan maksud-maksud ayat yang setiap hari kita lafazkan ini dan lafazkanlah didalam solat kita dengan penuh pengharapan dan sifat kehambaan.

Kelebihan doa ini ialah ianya terletak diantara 2 sujud, dimana waktu sujud itu adalah waktu yang dikatakan saat paling dekat seorang hamba itu dengan Allah. Ia melahirkan keazaman serta penyerahan yang tulin pada jiwa seorang hamba untuk mencapai apa yang diharapkannya daripada doa itu. Oleh kerana itu hayatilah setiap gerak doa ini supaya memberi kesan yang baik kepada kemantapan iman.



Rabbighfirli
Tuhanku, ampunilah daku

Warhamni
rahmatilah daku (sayangilah daku)

Wajburnii

tutupkanlah keaiban diriku

Warfa'nii
Tinggikanlah darjat hambamu ini

Warzuqnii
berikanlah daku rezeki

Wahdinii
berikanlah daku petunjuk

Wa'Aafinii
sihatkanlah diriku

Wa'fuannii
maafkanlah hambaMu ini

Perasaan sayang satu kurniaan bukan sumpahan.


By Permata Aurorius

“Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum:21)

Andai sebuah rasa sayang mula mengintai hati langit terasa semakin cerah, hati berdebar menahan rasa, rindu semakin mencengkam didada. Segalanya cukup indah pada pandangan mata seperti musim luruh yang cukup mengujakan. Satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Senyuman manis sentiasa terukir dibibir, wajah manis dan ceria sebagai tanda bahagia. Begitulah berserinya dunia orang yang mula mengenal perasaan sayang. Apa sahaja yang dilakukan pasti wajah yang tersayang sentiasa menerpa diingatan.

Perasaan indah ini dianggap sebagai satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Ucapan syukur tak habis-habis diucapkan pada Allah s.w.t. Namun kita seolah-olah lupa dengan takdir Allah pabila semuanya ditarik semula. Bila orang yang disayangi pergi dari sisi kita segalanya dianggap sebagai mimpi ngeri. Rasa menyesal, kecewa, marah dan sedih semuanya bersatu. Hidup yang cerah dan ceria bertukar menjadi kelam dan suram. Wajah yang manis berubah menjadi sembab kerana tangisan yang tak pernah berhenti. Semuanya bertukar sekelip mata bak padang jarak padang terkukur.

Bibir yang selama ini mengucapkan syukur pada Allah mula mengeluarkan kata-kata yang negatif. Segala kesalahan diletakkan ke bahu orang yang pergi, kata-kata pujian menjadi kata makian dan cacian. Perasaan amarah dilontarkan tanpa segan silu. Putus asa mula mengundang dalam jiwa, berharap hidup akan berakhir disitu juga pergi bersama kekecewaan yang datang. Tanpa kita sedari disitulah kesilapan terbesar kita selama ini. Kalau sewaktu perasaan sayang itu hadir kita fahami anugerah Allah mengapa tidak kita mengerti pemergiannya juga adalah anugerah Allah.

Kita terlupa tiada sesuatu yang berlaku didunia ini tanpa pengetahuan Allah s.w.t. TakdirNya cukup tepat buat hambaNya. Adakalanya perpisahan itu adalah untuk menyelamatkan kedua belah pihak daripada kekecewaan atau musibah yang lebih besar, kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apakah yang paling terbaik untuk hamba-hambaNya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)

Setiap sesuatu yang berlaku pastilah ada hikmahnya. Allah mengajar kita melalui kekecewaan. Menegur kesilapan kita melalui musibah yang datang. Disinilah kita perlu merenung diri sendiri dan mencari kesilapan kita. Memohon keampunan dari Allah s.w.t atas segala kekhilafan kita dan berusaha untuk perbaiki diri sendiri.

Teringat saya suatu ketika dahulu bila salah seorang sahabat baik saya kehilangan kekasih hatinya. Dia kelihatan begitu murung pada mulanya namun kembali pulih selepas dua minggu. Dia berusaha memperbaiki hidupnya, malah kerapkali menyebut dia sedang bersedia menunggu seseorang yang akan dihantar Allah s.w.t. Dia menyatakan yang dia yakin kekasihnya akan kembali semula ke sisinya. Daripada gerak gayanya dia memang seolah-olah dia yakin dan pasti yang kekasihnya akan kembali. Pada mulanya saya memang menyokong dia menanti, namun setelah setahun berlalu saya menjadi sedih dengan cara sahabat saya itu.

Saya menangis melihat perlakuannya kerana saya sangkakan dia terlalu kecewa sehingga terus hidup dalam angan-angan. Dia mengumpul wang untuk hantaran, mencari tanah untuk membuat rumah, membeli kereta untuk persediaan ke arah perkahwinan. Bila saya bertanyakan siapakah calonnya pasti nama wanita yang sama akan disebutnya. Keyakinannya cukup tinggi.

Setelah dua tahun berlalu ternyata apa yang dihajatinya menjadi kenyataan. Kekasih yang di nanti kembali kesisi dan mereka bernikah setahun kemudian. Sekarang setelah hampir dua tahun mendirikan rumahtangga sahabat saya tadi telah dikurniakan Allah seorang anak lelaki yang cukup comel. Begitulah ganjaran Allah pada sahabat saya ini yang tak pernah putus-putus berdoa dan tidak pernah goyah keyakinannya pada Allah s.w.t. Dia tidak tenggelam dalam kecewa, malah menjadikan dugaan itu sebagai sumber kekuatannya. Yang paling membuatkan saya gembira sahabat saya ini telah berubah menjadi seorang yang taat pada perintah Allah, positif, penyayang dan boleh bertolak ansur. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.

Rasa sayang itu kurniaan Allah yang tidak ternilai, dengan hadirnya perasaan itu kita merasa bahagia. Sayang itu bukan suatu sumpahan yang merosakkan jiwa manusia. Andai kita fahami erti kasih sayang sebenar pastinya kita tak akan rasa kecewa. Kerana rasa sayang itulah ibu dan bapa menjaga kita dengan baik, adik beradik menjadi rapat, sahabat sentiasa menyokong antara satu sama lain dan jiran sentiasa bertolak ansur.

Seringkali kita tafsirkan sayang itu bermakna adanya teman sehati sejiwa atau dinamakan kekasih sentiasa menyayangi dan ada disisi kita. Terlalu cetek pandangan kita. Padahal Allah telah memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi pada setiap hambaNya. Rasa sayang yang tak pernah dikhianati. Kita menangis apabila dikhianati kekasih namun terlupa kita telah mengkhianati kasih sayang Allah selama ini. Kita kecewa bila kita diabaikan, namun tanpa disedari kita telah mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Duduklah sebentar dan kenang kembali bilakah kali terakhir kita mengalirkan air mata atas kesilapan dan dosa kita selama ini? Bilakah kali terakhir kita mengucapkan syukur atas segala nikmat Allah yang melimpah ruah dicurahkan pada kita selama ini?

Kita boleh menghabiskan berpuluh ringgit untuk menghantar pesanan dan berbual dengan kekasih tetapi pernahkan kita buat perkara yang sama dengan ibu dan ayah kita? Kita menghabiskan masa berjam-jam lamanya berjumpa kekasih hati, bolehkah kita menghabiskan masa yang sama untuk tunduk dan patuh serta beribadat kepada Allah Yang Maha Esa?

Rasa sayang kita itu tidak termaktub pada kekasih hati sahaja, ianya cukup luas. Kasih pada Allah dan rasulNya, kasih pada ibu bapa, keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Andai sudah memiliki cinta kerana Allah peliharalah ia, jagalah ia dan bawalah kasih sayang itu mengikut syariat Islam namun jika masih belum memiliki cinta, tumpahlah kasih sayang pada yang sepatutnya. Salurkan kasih saying itu kepada Allah, sudah pastilah cinta kita akan berbalas dan tidak akan sesekali dikhianati. Curahkan sayang yang tidak berbelah bahagi kepada ibu bapa,itulah makna kebahagiaan yang sebenar. Apabila kehilangan seseorang ingatlah yang masih kekal disisi kita masih terlalu ramai. Rawatlah jiwa yang terluka, jadikan kekecewaan itu satu permulaan untuk kita mengenali siapa diri kita yang sebenarnya, jadilah hamba Allah yang lebih baik. Andai Allah izinkan kita menyayangi dia tak mustahil kita akan dianugerah seseorang yang lebih baik darinya. Yakinlah dengan takdir Allah s.w.t, pasti seseorang akan hadir dalam hidup kita. Mohonlah keampunan dariNya atas segala kekhilafan kita selama ini. Allah s.w.t sentiasa memberikan kita kebahagiaan namun terus berada dalam kesedihan itu adalah pilihan kita sendiri. Marilah kita sama-sama berdoa memohon kebahagiaan dunia akhirat kepada Allah. Semoga bunga-bunga bahagia sentiasa mekar di dalam hati kita semua. InsyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhanku

Ya Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Aku mohon hadirkanlah teman hidup buatku

Aku mohon mempunyai pasangan didunia dan di akhirat

Ya Allah Ya Tuhanku

Andai aku jatuh cinta jangan biarkan cintaku padanya melebihi cintaku padaMu dan RasulMu

Andai aku rindu jangan biarkan rinduku padanya melebihi rinduku padaMu dan RasulMu

Andai benar dia untukku

Jodoh yang terbaik buatku

Aku mohon kau pertemukan jodoh kami

Kau permudahkanlah urusan kami

Rantaikan ikatan kasih sayang antara kami

Jadikanlah kami pasangan yang sentiasa mendekatkan diri padaMu

Berilah kebahagiaan dunia akhirat buat kami berdua

Semoga cinta dan rindu antara kami hanyalah semata-mata keranaMu Ya Allah.

Isnin, 21 November 2011

Keputusan Dariku UntukMu

Jawapan untuk artikel Ilmu Melupakan Kenangan Lalu

Nak tahu apa barangnya ya?


Baca kat bawah ni betul-betul:










...................."BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG!.............




heheheh..jangan marah haaa.




Mengapa Dirindu

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti


Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati


Sayang mengapa dirindu



Tan Sri Dr. P.Ramlee & Saloma

Sabtu, 19 November 2011

Dhuha

Terjemahan Surah Ad-Dhuha

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Demi waktu dhuha (matahari naik kadar se-galah)

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak benci kepadamu.

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Dan kelak Tuhanmu pasti akan memberikan kurniaNya kepadamu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda dan hatimu menjadi puas.

Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia melindungimu

Dan didapatiNya engkau kebingungan mencari-cari, lalu Dia memberikan petunjuk

Dan didapatiNya engkau miskin (kekurangan) , lalu Dia memberikan kekayaan (mencukupkan keperluan)

Oleh itu, terhadap anak-anak yatim, janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

Adapun terhadap orang-orang yang meminta-minta maka janganlah engkau tengking herdik;

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dengan bersyukur)

(QS Ad-Dhuha: 1-11)

Antara fadhilat Solat Sunat Dhuha

1. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi bermaksud :

" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang."
(Hadis Qudsi Riwayat Tirmizi)


2. Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah SAW:

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak (membersihkan kotoran) di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, jika tidak dapat dilakukan,

maka cukup baginya dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha ."


( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )


Doa Solat Sunat Dhuha

Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu

Ya Allah,

Jika rezekiku berada di langit, Kau turunkanlah

Jika ia berada didalam bumi, Kau keluarkanlah

Jika ia berada didalam lautan, Kau timbulkanlah

Jika ia jauh, Kau dekatkanlah

Jika ianya sulit, Kau permudahkanlah

Jika ianya sedikit, Kau jadikanlah ia banyak

Jika ianya kotor, Kau sucikanlah..

Serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami Dengan Kemuliaan dan RahmatMu

Amin, Ya Rabbal Alamin.

p/s: Rezeki ini tidak hanya bermaksud duit atau wang, ianya juga meliputi Jodoh, Kesihatan, Pekerjaan dan lain-lain yang diperlukan oleh manusia.

Jumaat, 18 November 2011

Tak sabar-sabar nak jadi "Ayang"

Setahun yang lalu

Dah beberapa kali sis mengadu padaku perihal masalah percintaan dia yang sering menghadapi masalah. Iyelah, aku faham sis, anak dah dua, usia makin meningkat, kerisauan mencari pengganti yang sudi pada status dan situasi semakin bertambah tinggi.

Tapi ini tidak bermakna sis harus main terima sesiapa sahaja yang cuba ingin masuk ke dalam ruang hidup sis. Tidak kesemua mereka itu benar-benar jujur dan ikhlas. Ramai yang hanya mengambil kesempatan di atas kebaikan sis. Sesetengahnya ada yang berpandangan sempit tentang status 'janda' itu sis. Bagi mereka, seseorang janda itu sudah tentu hauskan seks dan mereka tidak memandang sis dengan nilai seorang wanita, melainkan hanya barangan seks untuk mereka.

Selain itu, sis juga terus dijadikan sebagai sumber kewangan tak rasmi mereka. Aku sedar, sis amat pemurah, dengan kedudukan yang sis ada, sis tak kedekut berbelanja apatah lagi kepada 'mereka-mereka' yang berkenaan. Tetapi lihatlah apakah akibat yang ditanggung oleh sis kini? Kerap kali diperdaya, dan akhirnya menangis sendirian mengenangkan nasib diri, dan semakin memandang negatif pada kehidupan dan takdir.

Aku pernah mendengar perbualan sis dengan seseorang yang baru sis kenali 2 hari, sis telah menggunakan gantinama diri sis sebagai "ayang" kepada lelaki tersebut. baru 2 hari sis. Aku faham, sis pernah merasai kebahagiaan rumahtangga sedikit masa dahulu, dan apa yang sis lakukan sekarang ini ialah perlakuan bawahsedar bahawa sis ingin kembali hidup seperti dahulu, menggunakan gantinama diri "ayang" terhadap seorang lelaki yang disayangi. Tetapi itu dulu, dengan suami yang sah. Bukan dengan lelaki ajnabi yang baru dikenali 2 hari! Lantaran terlalu mudah menyerahkan kasih yang sis sendiri tidak pasti apakah ianya ikhlas dari hati sis, membuatkan lelaki ini memandang sis sebagai seorang wanita berkedudukan yang terlalu mudah ditawan.

......................

Hari ini

"betul Talha, kita serahkan kasih dan cinta kita pada Allah, maka Allah akan menganugerahkan kepada kita cinta yang bahagia dan barakah. Tak perlu gopoh gapah cari pengganti, tak perlu risau tak ada orang nak, dia datang sendiri dalam keredhaan"

" Apa yang penting dalam hidup ni rupanya husnuzzon kepada Allah dulu, selepas tu, masyaAllah, macam air mencurah-curah bahagia datang"

Ceria wajah sis bercerita padaku. Syukur, hidup sis kini nampak lebih bercahaya dan bermakna.

"Abang! marilah turun minum sekali dengan Talha ni, takkan la ummi minum berdua je. Budak berdua ni pun entah kemana diorang pergi main agaknya"

Eh? ummi? tak guna ayang ke kak?..hehe

"hmmph..tak mainla ayang-ayang..itu dolu-dolu punya cerita,..eh, Talha pulak bila lagi?

hmm..ni yang den lomah ni..

Elemen-elemen penting 1

Assalamualaikum

(Perhatian: Baca sampai habis! Jangan malas, penting ni)

Pada perbincangan kali ini, saya ingin mengajak anda membahaskan tentang beberapa perkara yang perlu kita beri penekanan dan fokus, yang mana perkara-perkara ini mungkin perkara remeh yang sering kita pandang kecil, tetapi sebenarnya amat PENTING untuk diberi perhatian.

Teori Hukum Daya Tarik/Hukum Tarikan telah dikaji oleh para Quantum Phyicist dan meletakkannya sebagai hukum alam sepertimana Hukum Graviti. Tetapi jika ianya benar-benar sebuah hukum alam, mengapakah hukum ini kelihatannya seolah-olah hanya efektif pada sesetengah individu, ataupun sesetengah perkara, tetapi tidak berlaku dan berjalan lancar pada sesetengah individu atau perkara-perkara lain?

Ambil contoh Hukum Graviti, jika kita melemparkan sebatang pen sebanyak 100 kali ke lantai, maka pen itu akan tetap jatuh ke lantai sebanyak 100 kali, dan ianya pasti berlaku dan ianya tidak mungkin akan terapung diudara, kerana wujudnya Hukum Graviti. Ianya amat tepat dan tetap dan tidak pernah gagal.

Mengapakah hal ini tidak berlaku pada Hukum Daya Tarik? kerana jika ianya benar-benar sebuah hukum alam,pasti tidak akan berlaku kegagalan pada sistemnya. Apakah ianya benar-benar sebuah hukum atau pun sebaliknya?

Kita lihat kembali hukum graviti, dimana perlaksanaan Hukum Graviti membabitkan beberapa elemen disebalik hukum ini seperti:

1. LIFT
2. DRAG
3. THRUST

Mungkin tidak ramai dari kita yang memahami atau mengetahui kewujudan elemen-elemen yang disebutkan ini, tetapi hanya mengetahui tentang Hukum Graviti sahaja.

Maka apa yang ingin saya tunjukkan disini ialah, Hukum Graviti juga memiliki keputusan yang berbeza didalam beberapa perkara jika kita memerhatikan dari beberapa sudut.

Contoh seperti: Sebatang pen yang ringan, jika dilontarkan ke lantai,keputusannya tetap sama iaitu akan jatuh ke bawah. TETAPI, bagaimanakah sebuah kapalterbang yang jauh lebih berat mampu terbang dan terapung di udara walaupun terdapat graviti?

Ini berlaku kerana terdapatnya campurtangan elemen yang disebutkan diatas tadi iaitu LIFT, THRUST dan DRAG, (TOLAKKAN, TEKANAN DAN SERETAN) sepertimana gambarajah dibawah:




Sebarang kesilapan atau kecuaian terhadap salah satu elemen ini berkemungkinan akan menyebabkan kapalterbang ini boleh tersasar dari hala yang sebenar atau mengkin boleh menyebabkan ianya terhempas!


Begitu juga hal yang berlaku pada Hukum Daya Tarik ini, dimana terdapat beberapa elemen disebalik hukum ini, dimana, setiap elemen itu jika kita abaikan, akan menyebabkan hasil dan keputusan yang berbeza-beza. Mengaplikasikan Hukum Daya Tarik tanpa mempelajari elemen-elemen ini samalah seperti kita mengetahui tentang Hukum Graviti, tetapi kita tidak mengetahui tentang daya tolakan, seretan dan tekanan. Maka pengabaian bagi setiap elemen akan membuahkan hasil yang berbeza-beza.

Terdapat beberapa elemen yang perlu kita pelajari disebalik pengaplikasian Hukum Tarikan ini. Saya akan membincangkan satu persatu bermula dengan entri ini.


1. Tidak Peka dan Mengabaikan (Ignorance)

Kita sering membaca Surah Al-Insyirah (lapang),akan tetapi,apakah kita benar-benar dengan serius dan jujur memahami dan benar-benar beriman dengan apa yang Allah SWT firmankan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

(QS Al-Insyirah : 1-8)



Sebenarnya, didalam ayat ini, telah terang, jelas dan nyata difirmankan oleh Allah bahawa setiap masalah itu mempunyai penyelesaiannya. Ayat yang saya gelapkan (bold) itu malah telah diulangi sebanyak dua (2) kali oleh Maha Pencipta seolah-olah di hi-lite supaya kita peka dan sedar akan hakikat ini, iaitu bersama setiap permasalahan pasti disertakan dengan jalan penyelesaian. So simple but we can't see it all of the time!

Anas bin Malik ra. berkata:

Ketika Rasulullah saw. duduk dan dihadapannya ada batu tiba-tiba ia bersabda:
"Andainya kesukaran datang dan masuk ke dalam batu ini niscaya akan akan datang pula kelapangan dan masuk ke dalam batu ini untuk mengeluarkan kesukaran itu. Maka turunlah ayat 5 - 6.
(HR: Ibnu Abi Hatim).

Maka, jika kita benar-benar beriman dengan Allah, kita mesti mempercayai dan meyakini bahawa apajua masalah yang sedang kita hadapi ini pasti memiliki sekurang-kurangnya satu (1) jalan penyelesaian atau lebih kerana anugerah Allah itu maha luas dan berkelimpahan. Sesuai dengan hadis Nabi SAW:

dari Ubadah bin ash-Shamit R.A, bahwa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Tidaklah seorang Muslim di muka bumi ini yang berdoa kepada Allah dengan sebuah doa melainkan Allah pasti memakbulkan permintaannya, atau Allah menyingkirkan keburukan darinya (sebagai gantinya) dengan sebesar permintaannya (dari segi kualiti dan kuantiti), selama dia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau minta untuk memutuskan silaturrahim’. Maka seorang laki-laki dari suatu kaum berkata, ‘Kalau begitu kami akan memperbanyak (doa)’. Nabi menjawab, ‘Allah (memiliki pemberian) lebih banyak (daripada permintaanmu)

(Hadits Hasan Shahih, diriwayatkan oleh Ahmad)

Maka kesimpulannya: Apa yang perlu kita lakukan ketika menghadapi permasalahan samada kecil atau pun besar, cuba bertenang, jangan menggelabah atau gabra, dan ambil langkah pertama iaitu BERIMAN (beriman maksudnya PERCAYA, YAKIN) bahawa permasalahan ini datang bersama penyelesaian.

Kemudian cuba PEKA dengan apa jua peluang yang berada disekeliling kita kerana kemungkinan penyelesaiannya pasti sentiasa berada di sekeliling kita. Malangnya,kebanyakan dari kita, apabila menghadapi masalah, akan terlalu melayan gabra dan merasa tertekan, tenggelam punca dan sesak nafas hingga terlepas pandang akan peluang-peluang yang dihadirkan bersama masalah itu yang berada di sekitar kita hingga kita lalai dan tidak dapat mengenalpasti bahawa apakah sebenarnya peluang dan jalan penyelesaian bagi masalah kita itu.

Kita cuma mengaku dimulut yang kita beriman, tetapi praktikalnya TIDAK!!!


~insyaAllah bersambung ke elemen kedua~ LINK


p/s: sorrylah, hujung-hujung ter'emo' plak
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]