Sunday, December 26, 2010

Rumusan


Tahun masihi 2010 hampir menutup tirainya, Syukur pada Allah diatas segala apa jua yang kita semua terima disepanjang tahun ini, semoga kita diberikan taufiq dan hidayah dan mudah-mudahan ditahun yang mendatang, kita akan dipertambahkan lagi nikmat dan kebaikan terhadap kehidupan kita.Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas segala apa jua kesilapan saya pada anda semua.

Berulang kita kita telah membicarakan tentang langkah-langkah pengaplikasian yang dicadangkan. Antaranya jika masih ingat lagi ialah:

a) Bersyukur pada apa yang ada pada diri dan kehidupan sekarang
dan menghayati rasa 'kecukupan'

1. Kenalpasti keinginan
-Memisahkan antara perkara yang TIDAK disukai dengan yang DISUKAI
-berhenti mengeluh dan merungut

2. Meminta (berdoa)
- disertai dengan affirmasi
- juga teknik visualisasi

3. Tawakkal
-disertai dengan pemahaman tentang 'membenarkan'/allowing

4. Komitmen
- memasukkan diri ke dalam flow/aliran
- lakukan usaha dengan tekun, jujur dan disertai dengan perasaan optimis
- juga diiringi dengan pemahaman tentang konsep 'bersedia menerima' / receiving

5. Bersyukur
- memahami dengan tepat sifat qana'ah

b) Seiring dengan itu, perlu juga memahami kepentingan-kepentingan:

1. Memahami musibah dari persepsi positif
2. Mengasihi diri sendiri
3. Kepentingan memberi kemaafan
4. Sentiasa melakukan latihan pernafasan dan mengawal emosi
5. Menghayati dan memahami pemikiran 'tidak bersaing'/ non competition thoughts


c) Mempelajari Emotional Freedoms Technique (EFT) dan mengamalkannya.

Mulai hari ini, saya bukakan persoalan bagi pembaca-pembaca blog ini dan peserta seminar yang telah dijalankan sepanjang tahun ini, bahagian manakah yang masih anda tidak faham atau samar-samar, dan sila hantar pertanyaan anda ke email saya:
taalidi@yahoo.com

Assalamualaikum

Wednesday, December 22, 2010

Another 'ayuni' and her success affirmation

Lama juga perbualanku dengannya melalui telefon sebentar tadi. Apa pun, aku dapat merasakan 'vibration'/getaran kegembiraan dan kesyukuran dari nada suaranya. Syukur pada Allah, Amisya (bukan nama sebenar) telah selamat melangsungkan pertunangan 2 hari lalu dan bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini, InsyaAllah.

Tak dinafikan, selain dari affirmasi dan memberikan fokus pada apa yang diinginkan, Amisya melakukan banyak ikhtiar dan usaha, tetapi diiringi dengan semangat dan perasaan yang optimis, dan husnuzzon pada Allah, yakin dia berada dalam proses menerima apa yang dipinta. Aku merasa sangat gembira mendengar berita ini dan mendoakan semoga Amisya berbahagia dan beroleh pemeliharaan dan baraqah Allah didalam rumahtangga yang bakal dibinanya.

Tetapi, apa yang menarik perhatianku ialah, situasi Amisya hampir sama dengan Ayuni, (rujuk semula artikel 'Saya Dah Terfikir nak Bunuh Diri!)dimana ada 3 orang jejaka yang hampir menepati ciri-ciri yang diimpikannya muncul dalam hidupnya sebelum dia membuat pilihannya sendiri. Selain dari itu, ada sesuatu yang baru dikongsikan oleh Amisya yang juga amat menarik sekali;

"Bro, bila dah berlaku perkara ini, baru saya teringat peristiwa yang lama iaitu sewaktu saya masih di IPTA...

Semasa saya masih study dulu, bila kawan-kawan sebut pasal jodoh, entah macamana saya selalu berkeinginan supaya

'lelaki yang akan menjadi suamiku ialah lelaki pertama yang menghadiahkan senaskah alQur'an'.

Selalu saya menegaskan perkara ini pada kawan-kawan, hingga mereka naik muak dan kadangkala dengan berseloroh mereka akan berkata ' iya, aku dah tau, bakal suami kau ialah orang lelaki pertama yang hadiahkan kau naskah Al-Qur'an"

Tapi itu cerita lama, saya sendiri sudah seakan terlupa dengan perkara itu, hinggalah setelah tamat pengajian dan bekerja sekarang ini, dan ketika mula mengamalkan kaedah affirmasi yang bro ajar ni. Dan ketika saya sedang membuat pilihan dan istikharah antara 3 orang jejaka ini (termasuk tunangannya sekarang), dia (tunang) menghadiahkan saya senaskah Al-Qur'an. Ketika ini baru saya teringat kata-kata saya dulu dan saya terus bertanya pada dia, apakah rahsia disebalik menghadiahkan saya naskah Al-Qur'an ini?

..dia (tunang) menjawab: Dari dulu lagi saya selalu berniat,

'wanita yang bakal menjadi isteriku adalah wanita yang hatiku tergerak untuk memberikan naskah Al-Qur'an sebagai hadiah!'


Menarik sekali! Apa yang dapat saya fahami, dari persepsi hukum tarikan, mereka berdua berada didalam frekuensi yang sama dan sebenarnya Amisya telah membuat doa dan affirmasi lama dahulu lagi, dan hanya menunggu masa yang sesuai dan terbaik di sisi Allah untuk memberikan apa yang dipinta oleh Amisya.



Tahniah Amisya, 'Selamat Pengantin Baru' dari saya, moga ikatan jodoh anda berkekalan hingga ke akhirat. Amin

Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH:
TIDAK ADA DAYA DAN UPAYA KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH


Updated on 7th April 2011:
Hari ini aku terima undangan perkahwinan darinya :)

Tuesday, December 21, 2010

Mak cakap tak nak dengar, tapi...

"Kenapa bila Encik nasihatkan dia, dia boleh terima, walhal nasihat yang sama saya selalu beri, tapi dia tak mau ubah perangai pemalas dia tu, tapi sekarang ni, alhamdulillah, bilik dia sentiasa kemas, tak lah macam tempat kucing beranak...Heran betul budak sekarang ni, emak sendiri beri nasihat, tak mau dengar, tapi orang lain beri, boleh pulak dia ikut..."

Aku cuma tersenyum mendengar luahan seorang ibu yang pernah menghantar anaknya ke salah satu dari seminar yang kukendalikan.

Benar, saya rasa bukan hanya remaja tersebut, tetapi ramai lagi remaja mahupun orang dewasa yang susah untuk mendengar nasihat dari ibubapa, akan tetapi, boleh mengikut nasihat yang sama dari orang lain. Mengapa?

Perkara ini sebenarnya amat penting untuk diketahui oleh bukan sahaja setiap pasangan yang akan menjadi ibubapa, tetapi jua individu yang mempunyai hubungan rapat dengan bayi atau kanak-kanak.

Usia antara 2 hingga 7 tahun merupakan waktu yang sangat aktif bagi perkembangan minda anak-anak. Didalam usia inilah, minda mereka mula mengumpul info dan input yang akan berkumpul menjadi 'sub conscious mind' atau minda separa sedar mereka. Dalam ertikata lain, kebanyakan input yang diserap ke dalam minda mereka akan membentuk cara mereka menanggapi dunia, personaliti dan lain-lain termasuk tabiat dan persepsi. Proses pengumpulan info dan input yang berupaya mempengaruhi minda separa sedar ini akan berterusan hingga keusia remaja.

Amat malang bagi ibubapa yang menggunakan usia anak-anak mereka ini penuh dengan leteran, pendekatan marah yang negatif (tidak berhikmah) dan lain-lain perlakuan negatif yang dilakukan dihadapan anak-anak ketika usia 2-7 tahun ini, seperti bergaduh di depan mereka, mengeluh dan merungut tentang masalah kewangan dihadapan mereka dan lain-lain. Semuanya ini akan memberikan impak negatif kedalam pembentukan minda separa sedar mereka.

Antaranya ialah, secara tak disedari (sub-conscious) mereka menjadi fobia dan tidak selesa dengan ibu mereka sendiri yang hanya suka meleteri mereka, walaupun mereka pada hakikatnya menyayangi ibubapa mereka. Oleh itu, sedikit-demi sedikit, hari demi hari, minda separa sedar mereka yang juga agen pertahanan diri, mula mempelajari dan memahami bahawa suara ibu adalah suatu yang menyakitkan, memberikan tekanan dan kesakitan pada diri mereka, dan memberi arahan pada minda bahawa suara ibu adalah sesuatu yang perlu diawasi dan dijauhi. Dan ini akan menghasilkan fobia atau trauma tanpa disedari oleh sesiapa.



Saya berikan contoh, seorang ibu yang mempunyai anak kecil yang masih bayi,dengan mudahnya akan dapat terjaga ditengah malam jika bayinya menangis atau pun merengek kecil. Walaupun dari segi psikologi, ini adalah kerana ikatan naluri dan instinct seorang ibu, akan tetapi juga melibatkan subconscious mind ibu bahawa suara rengekan anak adalah tanda amaran dan perlu diambil perhatian. TETAPI, ibu tersebut dapat tidur nyenyak tanpa terganggu oleh bunyi dengkuran suaminya. Ini adalah kerana subconscious mind ibu itu memahami bahawa suara dengkuran suaminya bukan perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Maka, inilah yang berlaku pada ramai remaja, mahupun orang dewasa hari ini, yang mana sebenarnya, tanpa disedari, mereka ini fobia dengan suara ibu atau bapa mereka sendiri, sehingga mereka tidak dapat untuk menerima nasihat yang diberikan oleh ibu mereka walaupun mereka tahu bahawa apa yang dikatakan oleh ibu mereka adalah nasihat yang benar dan berguna. Hal ini berlaku adalah disebabkan minda separa sedar mereka bagai telah memasang penggera amaran bahawa suara dari ibu itu adalah suatu yang menyakitkan, memberikan tekanan dan kesakitan pada diri mereka. Maka dengan itu, input dan info yang ingin disampaikan oleh ibu ini kepada anak mereka ditolak mentah-mentah oleh mereka kerana jiwa mereka dikelirukan oleh amaran dari minda separa sedar yang tidak dapat membezakan antara nasihat dan leteran. Atau pun, anak-anak ini mengikutkan nasihat ibu itu dengan muka yang masam dan tidak ikhlas.

Maka inilah juga sebabnya, mengapa nasihat yang sama yang dikeluarkan dari lontaran suara orang lain dapat mereka ikuti atau fahami dengan mudah, ikhlas tanpa penolakan. Ini adalah kerana minda separa sedar mereka mengetahui bahawa suara ini tidak memberikan kesakitan atau keperitan dijiwa mereka.

Mulai dari hari ini, bagi sesiapa yang membaca artikel ini, samada anda adalah bakal ibubapa, atau sudah mempunyai anak, atau seorang kakak atau abang, mulailah mengubah cara pendekatan kita dengan orang-orang yang kita sayangi. Jangan kita selalu letakkan mereka didalam keadaan tidak selesa dan menyeksakan dari segi psikologi kerana ini hanya akan membuatkan sisiem pertahanan jiwa mereka yang dikuasai oleh minda separa sedar mereka akan membentuk sistem penggera amaran bahaya terhadap suara atau diri kita, kepada mereka.

Bagi mereka yang mempunyai fobia atau trauma terhadap suara atau (ada yang melihat wajah pun sudah terganggu), muhasabah kembali diri anda, beritahu minda anda bahawa mereka yang anda 'trauma' kan itu adalah orang-orang yang telah melahirkan, membesarkan anda, dan tiada sesiapa pun didunia ini yang tidak melakukan kesilapan. Lagipun, sebilangan besar dari ibubapa dahulu, tidak mempelajari pelajaran psikologi, ilmu minda dan lain-lain yang amat mudah anda miliki pada hari ini. Antara perkara yang paling baik untuk menghilangkan fobia ini ialah dengan cara muhasabah diri, dan cuba lihat semula artikel Memberi Kemaafan dan Peluang. Didalam artikel tersebut ada saya sertakan antara tips untuk membuang kemarahan. Selain dari itu, method EFT (Emotional Freedoms Technique) juga telah banyak dapat membantu membetulkan semula subconcsious mind yang telah tercemar.

Sebaiknya, semua dari kita, amalkan mengucapkan lafaz 'memberi kemaafan' dengan tulus ikhlas kepada semua orang yang kita kenali termasuk diri kita sendiri, setiap malam sebelum tidur.

Semoga kita semua diberi Rahmat dan Keampunan serta Petunjuk oleh Allah S.W.T

Monday, December 20, 2010

Bila Memikirkan Masalah


'Memberi terlalu banyak tumpuan dan fokus pada permasalahan hidup yang dihadapi hanya membuatkan kita menarik lebih banyak tenaga berbentuk permasalahan itu tadi kedalam realiti hidup kita.'

Benarkah apa yang diterangkan diatas?

Bagaimana kita nak selesaikan masalah jika kita tidak memikirkan tentang masalah itu?

Untuk menjawab persoalan ini, saya merujuk pada survey yang telah dilakukan,

"Ketika seseorang sedang memikirkan tentang sesebuah masalah, 90% pemikiran kita telah ditumpukan kepada KERISAUAN tentang sesuatu masalah, Cuma 10% dari pemikiran kita digunakan untuk mencari penyelesaian masalah."

Akibatnya, tindakan ini hanya akan membuatkan kita menghantar frekuensi negatif yang menarik lebih banyak tenaga berbentuk permasalahan yang dirisaukan itu.

Oleh itu, kita biasa melihat, seseorang yang selalu merisaukan dan memperbesarkan kerisauan tentang hutangnya, selalunya hutangnya makin bertambah.

Atau, seseorang yang selalu berkeluh-kesah tentang masalah dalam perhubungan atau percintaannya, biasanya perhubungan/percintaannya semakin terjejas.

Kita juga biasa melihat seseorang yang suka mengeluh tentang sakit, selalu kelihatan sering sakit. (Perlu dibezakan antara mengeluh sakit dan 'mengaduh' sakit, ianya merupakan dua perkara yang berbeza)

Seseorang yang sering merisaukan keadaan persekitaran tempat kerjanya (working environment, iaitu selalu merungut dan mengeluh tentang 'working environment' nya, dan jarang bersyukur walhal dia lebih bernasib baik dari orang yang menganggur atau golongan OKU yang sukar mencari pekerjaan walaupun memiliki kelulusan yang tinggi; biasanya akan sering bertukar kerja dan mendapati suasana tempat bekerja barunya lebih teruk dari tempat lamanya, lalu dia menyesal dan terus merungut.

Oleh yang demikian, perkara yang tidak digalakkan ketika memikirkan tentang masalah ialah MELAYAN PERASAAN RISAU. Adakah dengan melayan perasaan risau ini, masalah kita dapat diselesaikan? Tentu sekali tidak. Ia hanya akan membuatkan kita menarik lebih banyak tenaga berbentuk permasalahan yang dirisaukan itu.

Oleh itu, pendekatan positif perlu diambil ketika memikirkan sesuatu permasalahan.

Hanya ada 4 PERKARA PENTING yang dicadangkan untuk kita BENARKAN diri kita memikirkan apabila dilanda sesuatu masalah.

1. Tanya diri kita, "APAKAH YANG DAPAT SAYA PELAJARI DARI MASALAH INI?"

2. APAKAH HIKMAH tentang masalah ini maka ianya melanda saya? Rujuk artikel Memahami Musibah Dari Persepsi Positif.

3. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya menyelesaikan masalah ini?

4. Bagaimanakah caranya supaya perkara ini dapat dielakkan dari berulang?





Ingatkan diri kita supaya hanya memberi tumpuan kepada 4 PERKARA PENTING ini setiap kali kita dilanda sesuatu permasalahan.

Saksikan senario yang menarik ini yang berkaitan dengan apa yang kita bincangkan:
video

Video ini adalah sedutan dari film 'The Secret' 2006 oleh Rhonda Brynne.

Sunday, December 19, 2010

LOA's meets Kementerian

Syukur Alhamdulillah, hari ini Seminar dibawah tajuk: Realiti Hidup Adalah Refleksi Dalaman Diri telah berlangsung dengan jayanya di ibupejabat LPPKN Selayang. Seminar kali ini adalah diatas jemputan LPPKN ~ Lembaga Penduduk dan Pembangunan keluarga Negara dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat. Peserta adalah terdiri dari remaja-remaja di yang dipilih disekitar Lembah Kelang. Respon yang ditunjukkan oleh peserta adalah sangat memberansangkan. Didalam perkongsian kali ini, peserta lebih bayak ditekankan dengan kepentingan Affirmasi dan Kepentingan Menghargai dan Bersyukur. Ada antara mereka yang mengakui tidak sabar-sabar lagi untuk mengaplikasikan langkah-langkah yang dicadangkan didalam seminar kali ini.


ANTARA PESERTA YANG HADIR









PENYAMPAIAN CENDERAHATI OLEH WAKIL LPPKN



Jutaan terimakasih diucapkan kepada pihak LPPKN yang sudi memberikan kepercayaan kepada kami dan diatas undangan yang diberikan. Semoga ini menjadi platfom kepada kami untuk melangkah lebih luas ke organisasi kerajaan, InsyaAllah. Terimakasih juga kepada Puan Hajjah NorHafizah dari Pertubuhan Ikram Malaysia atas sumbangan makanan dan juga sessi Tazkirah.

Thanks to facilitator,Bro Mujahid and Bro Ahmad Khabir.

Subhanallahiwabihamdih.

Wednesday, December 15, 2010

Realiti Kehidupan Kita Adalah Refleksi Dalaman Diri Kita

Hidup ini umpama cermin, kehidupan luaran, persekitaran dan realiti kehidupan kita, adalah cermin kepada jiwa dalaman kita termasuk tanggapan kita, persangkaan kita, corak pemikiran kita iaitu apa yang kita fahami/percaya dan yakini tentang kehidupan.


“Life is like a mirror, we get the best results when we smile at it.”
Life is like a mirror reflecting your feelings, your actions and your thoughts. The idea is that everything you experience in life is a reflection of yourself.



Saya rasa anda mungkin mempunyai kenalan yang sering bermasalah dalam beberapa bidang atau bidang tertentu dan sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah tersebut. Contohnya mereka mungkin mempunyai masalah kewangan. Maka mereka akan cuba untuk membuat perniagaan sampingan seperti MLM (Multi Level Marketing) atau jualan langsung. Upline yang memujuk mereka menjadi ahli akan menunjukkan bukti ramai orang yang telah berjaya dan mempunyai pendapatan yang banyak. Apabila rakan kita menjadi ahli dan mula berniaga pula, dia tidak mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Setelah beberapa lama rakan itu akan bosan dan berhenti mencuba setelah kerugian. Bila ditanya dia akan mengatakan alasan seperti kurang rakan yang hendak membeli, tidak pandai bercakap , banyak saingan, produk kurang bagus , ekonomi meleset dan sebagainya . Selepas beberapa lama dia akan bosan dan berhenti membuat MLM itu.

Selepas beberapa lama lagi dia akan menceburkan diri dalam MLM yang lain . Cerita yang sama akan berulang. Setelah beberapa kali menceburkan diri dalam berbagai MLM dan mencapai kegagalan , mereka akan mencuba bidang lain pula. Mungkin kali ini mereka akan mencuba menjadi ejen insurans, ejen koperasi, ejen kad kredit, internet marketing dan sebagainya. Setiap kali akan mengalami kegagalan. Apakah masalahnya? Kenapa mereka sering gagal walaupun ada ramai orang lain yang boleh berjaya di setiap bidang yang mereka ceburi . Apakah sikap orang yang sering berjaya ini? Mungkin jawapan anda adalah sikap seperti pengalaman, kerajinan, hubungan dengan orang besar atau modal dan sebagainya. Tetapi bukan setiap orang yang mempunyai semua ini ( pengalaman, kerajinan, hubungan dgn orang besar dan modal) mesti berjaya. Begitu juga kita tidak boleh mengatakan nasib mereka baik. Apakah yang menjadikan mereka bernasib baik?

Begitu juga kita boleh melihat orang yang sentiasa mempunyai masalah hubungan seperti masalah dengan ahli keluarga seperti suami atau isteri, anak, jiran tetangga , rakan kerja, majikan atau pekerja dan sebagainya . Satu kumpulan lain mempunyai banyak masalah kesihatan. Seringkali ramai yang ada masalah dalam berbagai bidang iaitu seperti kewangan, hubungan dan kesihatan. Kenapakah masalah ini tidak boleh di atasi sedangkan ramai juga tidak mempunyai masalah ini atau boleh mengatasinya jika ada?

Baca contoh kisah dibawah ini
Pekebun dan pokoknya

Ada seorang pekebun yang kurang berpengalaman. Pada satu hari dia dapati ada satu pokok besar yang daunnya kekuningan. Beliau telah berfikir macamana hendak mengatasi masalah ini. Beliau akhirnya mengecat semua daun tersebut dengan cat hijau untuk mengatasi masalah ini. Apabila musim luruh sampai, semua daun tersebut luruh. Daun yang baru tumbuh pula semakin kuning. Sekali lagi pekebun tadi bersusah payah mengecat setiap daun yang kuning. Pada musim luruh . semua daun luruh dan daun baru masih kekuningan. Dia berfikir mungkin cat itu kurang sesuai dan menukar jenama cat dan megecat daun lagi sekali. Namun bila daun luruh dan daun baru tumbuh ia masih kuning.

Pada masa itu datang seorang tua yang berpengalaman. Beliau telah menasihatkan pekebun tadi supaya memeriksa akar pokok dan meletakkan baja pada akarnya. Dengan langkah ini, pokok itu menjadi subur . Daun yang tumbuh selepas musim luruh sentiasa hijau dan tidak perlu dicat lagi

Walaupun pekebun muda itu cuba mengecat daun berkali- kali, daun yang baru tumbuh masih kekal kekuningan. Apabila dibubuh baja pada akarnya , barulah daun menjadi hijau secara kekal. Ini adalah kerana pokok itu telah menjadi sihat apabila dibubuh baja. Walaupun nampak seperti usaha dilakukan pada tempat lain iaitu membubuh baja pada akarnya dan bukan daunnya, masalah pada daun dan seluruh pokok selesai dengan tindakan membujuh baja. Ini adalah kerana masalah secara luaran nampak seperti pada daun , tetapi masalah sebenarnya adalah pada akar. Apabila masalah ini diatasi dengan membubuh baja , maka masalah kekuningan daun selesai. Sela gi baja belum dibubuh , daun akan terus kuning dan akhirnya pokok akan mati.

Begitu juga kita dalam kehidupan harian kita. Kita perlulah faham bahawa dunia yang diluar kita mencerminkam dunia yang didalam kita iaitu minda kita. Jika kita mempunyai corak pemikiran yang betul, maka dunia fizikal kita akan menjadi senang dan bebas dari segala masalah. Kita akan mempunyai keadaan kewangan yang baik, perhubungan yang baik dan kesihatan yang baik dan emosi yang sentiasa gembira.

Sebaliknya , apa yang kita lakukan sekarang adalah kita cuba mengubah dunia luar kita iaitu kita berusaha membaiki keadaan kewangan, hubungan dan kesihatan tanpa mengubahdunia dalaman (minda kita) . Ini adalah serupa seperti usaha pekebun tadi yang mengecat daun yang kekuningan dan menemui kegagalan. Jika kita hendak mengatasi masalah tadi , kita perlulah membubuh baja pada akar iaitu menukar corak pemikiran kita. Selepas menukar corak pemikiran, kita akan dapati bahawa dunia luaran kita akan berubah sendiri atau memerlukan sedikit usaha sahaja untuk menemui kejayaan dalam semua perkara. Segala usaha kita dalam semua bidang seperti kewangan, hubungan dan kesihatan akan menemui kejayaan.

Ini merupakan peringatan yang paling penting. Ubahlah corak pemikiran kita, maka kita akan dapati masalah kita akan selesai dengan mudah dan tidak akan berulang. Bila mencari ilmu , carilah ilmu yang dapat menolong kita menukar corak pemikiran kita. Saya sendiri akan berkongsi ilmu tentang ilmu yang dapat menukar corak pemikiran kita dan cara mencarinya dalam post - post yang akan datang . (insya allah)

Semoga kita semua sentiasa mendapat ilmu yang yang memanfaatkan kita.

Disesuaikan dari MENJANA KEJAYAAN MELALUI PERUBAHAN MINDA

Credit to:
Dr Mohamed Farook B Raj Mohamed
M.D. (UKM) OHD (NIOSH)

Tuesday, December 14, 2010

Lu sapa?...!!

1. Lu sapa nak nasihat kat gua?

(lu dan gua adalah sama sahaja, pewaris Nabi, penyambung risalah)


2. Aku sendiri perlu dakwahkan diri aku sebelum aku berdakwah
(tapi bila la agaknya masa yang kau nak dakwah kat diri kau tu?)

3. Kubur asing-asing beb, jgn sibuk hal orangla...
(sebab kubur asing-asing tu la orang risau, kalau kubur sama-sama, lu boleh tolong gua, gua boleh tolong lu masa dalam kubur nanti)

4. Aku tak cukup ilmu, tak sempurna

(How does you define 'sempurna'? and when can you declare that you're already 'sempurna' enough to take action?)

5. Saya bukan ustazah/ ustaz, tentang hal-hal ugama ni tolong tanya yang lebih ariff

(Kenapa tak pernah nak bagi peluang pada diri sendiri? sedangkan inilah peluang untuk anda menilai sejauh mana kefahaman dan penghayatan yang selama ini anda praktikkan dan peluang menambah ilmu dari persoalan yang ingin ditanyakan, mana tahu ini adalah peluang dari Allah untuk memberikan sesuatu pada diri anda, tapi anda tolak)



Rata-rata survey yang telah dijalankan memberikan kesimpulan bahawa 75% dari umat islam di Malaysia MENGANGGAP atau MEMAHAMI bahawa:

Benar, aku percaya pada Allah, aku Islam, ibu bapa ku Islam, dan aku bertanggung jawab pada ugamaku, aku wajib melakukan amalan-amalan yang diperintahkan, menjauhi segala larangan dan mengikuti segala apa jua yang ditetapkan dalam Islam dan sebagai manusia kita memang tak dapat lari dari berbuat dosa dan kesalahan, dan kita wajib bertaubat dari masa ke semasa. TETAPI, tugas berdakwah/menyampaikan/tabligh bukan kerja aku, itu adalah tugas para Ulamak, Ustaz, Mufti dan yang sewaktu dengannya. Bukan tugas kita umat Islam awam.


JAWAPANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT INI:

1. Dari Anas RA :

Kami para sahabat RA bertanya “Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran.” Maka Nabi SAW bersabda, “ Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya.”
(HR Thabrani)




2. “Balighul Anni Walau Ayyat”

Artinya : “ Sampaikanlah kepada mereka walaupun hanya satu ayat ”

3. “Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat mnympaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" ~ Imam Hasan al-Basri



Amacam kita sekarang? masih nak berdolak dalik atau yang sebenarnya:

(bak kata orang negeri sembilan): SOBONAR EH, DEN NI POMALEH!!

Sangka-sangka itu bukan buah semangka.

Jangan main sangka-sangka. Nanti di dunia terbakar, akhirat pun terbakar juga.

Pernah dengar Buah Semangka? Dalam hidup saya, semangka itu adalah nama lain bagi buah tembikai. Kalau di tanah arab ini, musim panas adalah musim buah semangka. Besar-besar saiznya. Sedap-sedap pula rasanya. Bila dimakan pada waktu tengahari musim panas selepas disejukkan, memang tak ternilai nikmatnya.

Tetapi sangka-sangka adalah satu hal lain yang sangat berbeza.

Kalau buah semangka adalah buah lazat dan manis rasanya, sangka-sangka adalah buah beracun yang busuk dan sangat pahit rasanya.

Sangka-sangka menghasilkan kerosakan. Ia menternak kebencian. Meruntuhkan jambatan hubungan sesama insan. Akhirnya melahirkan hati busuk yang bermusuh tidak kesudahan. Sangka atas sangka, sangka atas sangka, akhirnya rosak semuanya.

Dan Syaitan adalah yang menyalur tenaga dari akar pokoknya.



Kepercayaan itu sesuatu yang mahal

Di dalam hubungan sesama manusia, kepercayaan adalah sesuatu yang mahal. Sebab itu, apabila seorang manusia meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang lain, maka itu adalah kimiawi utama dalam satu hubungan yang baik.

Kita dapat melihat dalam kehidupan kita, banyak perkara digerakkan atas kepercayaan. Walaupun sudah wujud terma dan syarat dalam banyak perkara pada hari ini, tetap kepercayaan itu adalah perkara yang utama dalam pergerakan hubungan.

Kita boleh membayangkan sekiranya kepercayaan hilang dalam satu hubungan, bagaimana hubungan itu akan berjalan. Ia akan berjalan dalam keadaan suram, tidak ceria, dan keterikatan hati itu terasa longgar. Sebab yang utama dalam satu-satu hubungan adalah kepercayaan.


Bukan kepercayaan membuta tuli

Jangan salah sangka kepercayaan ini adalah kepercayaan membuta tuli. Kepercayaan kita punya asas. Kita yakin dengan bukti. Sebab itu di dalam hubungan, Islam mengajar kita untuk berta’aruf. Berta’aruf ini bukan sekadar mengenal nama, tahu tarikh lahir, ingat tempat tinggalnya, tetapi ta’aruf ini sehingga sampai hakikat kita kenal dirinya dengan sebenar-benar pengenalan. Kita tahu dia suka apa, dia tak suka apa, kita tahu perangainya bagaimana dan pegangannya dalam hal-hal tertentu macam mana.

Kepercayaan kita, asasnya adalah dengan ta’aruf.

Ta’aruf adalah bukti yang membina kepercayaan kita.


Didik diri dengan bukti berasas, bukan firasat-firasat

Manusia mempunyai penglihatan yang terbatas. Dalam menghukum seseorang, sememangnya kita terbatas dengan zahirnya sahaja. Sebab itu, ta’aruf adalah perkara utama yang perlu kita usahakan untuk mempunyai hubungan yang baik.

Justeru, dalam menghukum seseorang, kita perlu meletakkan hukum itu atas bukti yang kita ada.

Jangan biasakan diri kita dengan sangka-sangka, firasat-firasat yang hanya bergejolak sekitar perasaan jiwa. Hal ini kerana, syaitan berlari-lari di seluruh pembuluh darah kita, memang menanti-nanti peluang untuk menimbulkan was-was dan syak wasangka.

Sememangnya diakui bahawa manusia mempunyai gerak hati, instinct dan sebagainya. Hatta Saidina Umar RA pun pernah berkata: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin.” Tetapi tetap firasat dan gerak hati bukanlah dalil dalam menghukum seseorang.

Bila kita sekadar menggunakan firasat, gerak hati, instinct, sangka-sangka dalam menghukum seseorang, kita akan lihat hubungan kita hancur dalam masa seketika sahaja. Kerana kita buruk sangka dengannya tanpa asas.

Sepatutnya kita didik diri dengan perbincangan, dengan mencari bukti, kemudian kita selesaikan sesuatu yang bermain dalam sangkaan kita, dalam firasat kita, secara terus dan telus. Usah kita tahannya dalam fikiran dan hati kita, tanpa kita cari bukti, tanpa kita berbincang.


Contoh mudah dalam isu main sangka-sangka

Saya bagi contoh mudah. Seorang pelajar suka membaca Al-Quran dengan berlagu. Dia hebat dalam membawa lagu-lagu Al-Quran yang pelbagai. Pelajar-pelajar lain pula suka dengan bacaannya. Tiba-tiba ada seorang guru berkata:

“Orang baca Al-Quran macam itu tidak ikhlas”

Lebih memburukkan keadaan, perkara begitu dikongsi dengan ramai.

Apa bukti dia tidak ikhlas? Dan sebagai seorang guru, apakah patut pendakwaan tidak ikhlas itu ditujukan seumum itu? Lebih jelas lagi, siapa yang meletakkan aras bahawa membaca Al-Quran berlagu itu tidak ikhlas?

Agaknya, selepas itu bagaimana hubungan pelajar itu dengan gurunya tadi?

Sepatutnya, guru itu boleh sahaja pergi terus bertemu dengan pelajarnya tadi, dan berbincang berkenaan keikhlasan dalam membaca Al-Quran, secara berhadapan tanpa terus menuduh.


Contoh lain: Seorang lelaki belajar di luar negara. Dia dahulunya terkenal pemalu dan segan-segan orangnya. Tetapi bila dia sudah di luar negara, orang di Malaysia melihat gambar-gambarnya dan kelihatan dia duduk di sebelah perempuan, gaya berpakaian berubah menjadi lebih stylo, dan rakan-rakannya kelihatan tidak terurus.

“Hish, dah jadi teruk dah dia ni”

Ding ding ding. Itu biasanya yang akan keluar apabila kita menjadi orang yang melihat gambar lelaki itu bukan?

Sikap begini adalah silap. Ada banyak posibiliti bahawa lelaki itu masih tidak berubah. Cuma suasana di tempat belajarnya membuatkan dia mempunyai gambar sedemikian rupa. Sebagai contoh, mungkin kawan-kawan perempuannya tak kenal erti segan dan masyarakat sekitarnya tidak terdidik. Dia pula berseorangan dan tak mampu bersuara menegur secara terus. Gaya berpakaian pula, mungkin dia mengikut suasana. Tetapi persoalannya, apakah dia membuka aurat? Apakah gambarnya bersentuhan dengan perempuan? Adakah gambarnya dengan perempuan itu pada waktu-waktu sunyi berduaan atau di majlis keramaian atau keluar bersama rakan?

Kita perlu mendidik diri kita mendahulukan sangka baik.

Kalau risau sangat dia berubah, kita jangan simpan sangka-sangka kita itu di dalam hati sahaja. Cakap terus. Tanya sendiri. Sembang dengan empunya badan tanya apa yang terjadi. Tanya apa yang berlaku pada gambar itu. Minta dia jelaskan.

Bayangkan, kita terus tuduh dia berubah, kita terus kata pada dia bukan-bukan, sedangkan mungkin dia pun dalam keadaan tersepit, mungkin dia seorang sahaja faham Islam, mungkin rakan-rakan baiknya tak faham Islam di sana dan sebagainya, mungkin dia tak tahu itu salah, dan ada 1001 kemungkinan lagi yang membuatkan dia tak bersalah. Bayangkan hubungan dia dengan kita selepas itu?

Maka, jangan sesekali terus menghukum.


Kisah Syeikh Mustafa Bugha dan peniru dalam peperiksaan.

Sekadar pengalaman hidup saya, begitu jugalah keadaannya. Saya sendiri dahulu orang yang kuat berfirasat dan bersangka-sangka. Ya, memang pada satu ketika kita akan melihat firasat kita sentiasa betul. Sangkaan kita sentiasa tepat. Tetapi jangan tertipu. Itu hakikatnya bukan satu lesen untuk terus menghukum.

Di hujung hari-hari saya asyik menggunakan firasat, saya dapat melihat betapa saya telah mematahkan banyak hati manusia dan merosakkan banyak hubungan. Sebab saya tak pernah percaya kepada manusia lain. Saya lebih percaya kepada firasat saya.

Maka saya tinggalkan firasat saya. Saya tinggalkan sangka-sangka saya.

Dan hari ini, saya benci orang yang suka main firasat-firasat, sangka-sangka.

Saya sangat menghormati syeikh-syeikh di tempat saya belajar sekarang. Salah seorang yang saya kenali adalah Syeikh Mustafa Bugha, ulama’ Fiqh terkenal di Tanah Syam. Dia adalah ulama’ besar yang hebat. Ramai orang menyatakan dia mempunyai ‘kasyaf’, yakni firasatnya sangat tepat.

Tetapi, apabila didatangkan kepadanya aduan bahawa seorang pelajar meniru di dalam peperiksaan, yang pertama sekali dia berkata adalah:

“Di manakah buktinya?”

Bila ditunjukkan buktinya bahawa markah pelajar itu sangat cemerlang pada setiap semester, dan kecemerlangan itu di luar paras normal(yakni sentiasa 95% ke atas, sedangkan pengajian di Syam sangatlah susah), Syeikh Mustafa Bugha berkata:

“Mungkin Allah membantunya”

Subhanallah. Lihatlah Syeikh ini. Dia ulama’ besar, dia sangat dihormati. Kalau dia mahu terus menghukum pelajar itu, tiada siapa akan mengatakan apa-apa kepadanya. Bahkan yang mengadu kepadanya bukanlah orang biasa, melainkan ulama’ tanah Syam juga. Tetapi selagi tiada bukti pelajar itu meniru dengan sebenar-benarnya(yakni ditangkap ketika meniru), maka Syeikh Mustafa tak mahu menyatakan bahawa pelajar itu peniru.

Untuk memuaskan hati pihak yang mengadu, Syeikh Mustafa Bugha berkata:

“Pergilah berikan penjagaan ketat kepadanya. Kalau kamu dapat menangkap dia meniru, maka barulah laksanakan hukuman ke atasnya”

Lihat. Dan akhirnya, pelajar itu rupanya benar-benar meniru. Dia pelajar perempuan, meniru dengan menggunakan headphone kecil yang disumbat ke dalam telinga, disembunyikan di bawah jilbab. Tetapi lihatlah Syeikh Mustafa Bugha. Dia tidak mendahulukan firasatya. Dia mendahulukan buktinya, barulah menghukum.

Kita bagaimana?


Nas-nas melarang berburuk sangka

Saya kongsikan dalil-dalil yang menunjukkan bahawa buruk sangka adalah dilarang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;” Surah Al-Hujurat ayat 12.

“Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” Surah An-Najm ayat 28.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Surah Al-Hujurat ayat 6.

“Berhati-hatilah kamu dengan sangkaan, sesungguhnya sangkaan adalah pendakwaan yang paling dusta” Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi.

Saidina Umar Al-Khattab ada berkata: “Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan”

Maka perhatikanlah wahai manusia.

Hentikanlah sangka-sangka kamu itu.


Penutup: Adil lah kamu. Bersangka baiklah.

Bersangka baik hakikatnya adalah satu keadilan. Bukanlah bersangka baik ini, kita percaya sahaja semuanya. Tetapi selagi kita tiada bukti, maka kita tidak akan menghukum sesuatu yang buruk ke atasnya. Bahkan, kalau ada bukti pun kita selidik.

Apatah lagi kalau sekadar kita dengar-dengar cerita kawan, atau baru melihat si fulan itu sekali.

Didik diri untuk berlaku adil. Kalau betul ada rasa kurang senang di dalam hati, kita rasa perbuatannya tidak kena, kita rasa akhlaknya itu tidak ikhlas dan ada riyak di dalamnya, apa salahnya berbincang muka ke muka.

Kenapa terus menghukum?

Lebih buruk lagi, menceritakan pula kepada orang lain pandangan buruk kita itu, dalam keadaan kita tidak pasti. Dan hakikatnya, kalau kita pasti pun, keburukan sahabat kita adalah sesuatu yang mesti ditutup kerana ia adalah sesuatu yang aib.

Maka adil lah kamu.

Jangan rosakkan hubungan sesama saudara kamu.

Sangka-sangka bukanlah buah semangka yang lazat dan memberikan kelegaan di musim panas. Ia hakikatnya buah yang pahit, mengandungi racun yang merosakkan hubungan dan tidak menenangkan pada hari yang tersangat panas nanti(di padang mahsyar).

pautan dari : Langit Ilahi

Monday, December 13, 2010

Monthly Gathering

Biasanya, sekali atau dua kali dalam sebulan, LOA's Group akan mengadakan sessi perbincangan secara santai bagi mengemukakan permasaalahan atau memperdalami kefahaman tentang Husnuzzon dan Hukum Tarikan. Juga bertujuan berkongsi mana-mana pengalaman yang baru ditemui oleh kalangan peserta, bagi memantapkan lagi pemahaman kami dan memperbaiki cara pengaplikasian. Biasanya 'gathering' ini akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad, samada di KL Sentral atau pun di Old Town White Cafe. Selalunya, setiap ahli akan membawa ahli baru yang telah didedahkan sedikit-demi sedikit tentang perkongsian dan pengaplikasian.







Saturday, December 11, 2010

Penggunaan SMS antara punca Buang Bayi?



Masalah 'buang bayi' yang makin berleluasa dinegara kita pada hari ini, terutamanya dari kalangan remaja Melayu Islam, antaranya dikatakan berpunca dari penggunaan SMS? Tak masuk akal rasanya.

Tetapi ini adalah hasil dari penelitian saya tentang permasalahan remaja, mengikut teori 'Kesan rama-rama' atau 'Butterfly Effect'. Ingat lagi butterfly effect? Everything matters? Sila semak semula LINK

Bagaimana agaknya penggunaan SMS ini dikaitkan dengan masalah 'buang bayi'?

Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci.

1. Mengapa bayi dibuang? antaranya ialah:
a. Kerana ingin menutup malu akibat perzinaan yang dilakukan (kerana ianya haram disisi Islam)
b. Tidak tahu dimana hendak diserahkan bayi tersebut; juga disebabkan rasa malu dan bersalah untuk mengadu.
c. Salah satu pihak tidak mahu bertanggung jawab
d. Ibu sudah terlalu terdesak dan tertekan dengan semua kemungkinan, dan tiada pilihan lain.

Semua ini berlaku kerana tiadanya atau semakin pudarnya sikap 'berhemah, bersopan santun, rasa hormat, rasa bertanggung jawab, dan rasa pentingnya kehidupan bermoral kalaulah tidak mahukan (mengapa jelek sangat) kehidupan beragama.

Mengikut teori 'kesan rama-rama', satu kibasan sayap rama-rama, mampu menghasilkan puting beliung 6 bulan kemudiannya. bagi yang telah memahami teori ini, tentu tidak menjadi masalah untuk memahaminya. Ianya umpama permainan domino, yang mana setiap tolakan dari kepingan bar domino akan berfungsi menolak jatuh kepingan yang lain didalam satu rantaian yang tersusun.

Cuba renungkan kembali, bagi anda yang baru berusia belasan tahun hingga 20'an ketika ini, mungkin tidak dapat merenung kembali, tetapi cubalah bayangkan:

Ketika saya berusia belasan tahun, belum ada lagi telefon bimbit, dan penggunaan komputer dan internet juga masih belum ada dinegara ini, ianya baru sahaja digunakan oleh Pihak Pentagon Di Amerika Syarikat, dan belum pun dipanggil dengan nama internet.

Oleh itu, rata-rata perhubungan komunikasi ialah dengan cara menghantar surat atau menggunakan talipon manual samada talian rumah (yang mana bukan semua rumah memilikinya) atau pun talipon awam yang memerlukan kita membawa segenggam wang syiling untuk perbualan yang panjang.

Oleh itu, cara perhubungan yang paling mudah dan murah ialah dengan menghantar surat berpos atau poskad ;untuk pesanan yang lebih ringkas dan santai.



Bercakap tentang penggunaan surat ini, terdapat seni dan gaya bahasa persuratan yang tersendiri, yang tak dapat tidak, rata-rata rakyat Malaysia pada masa itu, secara otomatik akan menggunakan bahasa surat yang telah menjadi tradisi sekian lama.

Ingin saya kongsikan antara bahasa surat dizaman saya remaja dahulu. Ini adalah bagi surat biasa kepada kawan, kenalan atau saudara mara, kekasih dan (BUKAN surat rasmi untuk jabatan kerajaan atau memohon kerja) Biasanya setiap kepala surat akan didahului dengan :


Kehadapan yang diingati / yang dirindui/ yang mulia.......semoga sentiasa berada didalam ketenangan. ATAU diselang selikan dengan kata-kata indah seperti madah, umpamanya; Bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara hanya cebisan kertas biru ini yang dapat kulayangkan....


Kemudian akan diikuti dengan permohonan maaf, sebelum pergi kepada isi surat, seperti:

terlebih dahulu saya meminta maaf andainya kedatangan surat ini/bingkisan ini (bagi yang bercinta) mengganggu ketenteraman diri anda /saudari

Setelah itu barulah penghantar akan pergi kepada isi surat iaitu tujuan surat dihantar. Di akhir surat, biasanya akan diakhirkan dengan kata-kata:

Semoga ketemu lagi dilain lembaran ....Aku sudahi dengan wabillahitaufikwal hidayah..dan lain-lain kata penutup.

Blerghhh....EEE...gelinya..mualnya...jiwang tuu...(aku pasti ada yang memberi respon sebegini)

Bagi mereka yang tidak mahir menggunakan bahasa surat ini, mereka akan meminta tolong kawan-kawan atau adikberadik, mahupun jiran sebelah, untuk tolong menuliskan untuk mereka. Adalah menjadi sesuatu yang amat memalukan jika menghantar surat yang tidak memiliki Seni dan Bahasa Persuratan pada ketika itu.

Cuba kita lihat, betapa halus dan sopannya adab menulis surat ketika itu, dan fikirkanlah pula bagaimanakah kesannya kepada generasi diwaktu itu? Memang benar, tidak dinafikan, pada masa itu, juga terdapat jenayah2 yang serupa, tetapi merupakan kes terpencil dan jarang-jarang berlaku. Mengapa? Kerana jiwa dan jati diri masyarakat ketika itu masih tebal dengan sikap 'Hormat-Menghormati, Mementingkan Kehormatan dan lain-lain yang masih mampu mencegah dari berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat.

Maka dengan hilangnya budaya seni persuratan, maka lama kelamaan, terpudar juga nilai-nilai budaya kesopanan. Ianya makin pudar dan makin hilang terutamanya para remaja, dan rata-rata tingkah laku mereka semakin 'kurang ajar' malah sanggup memukul dan mencederakan orang yang ingin memberikan nasihat walaupun ibubapa mereka sendiri.


.....wat per, kat ner...jap gi amik ek..

..blah ar..kol tk angkat..ada aku kesah..

..OMG,...IMU, CU, awk..npe xkol?,

ek eleh ( : ya Allah?)..

Ini adalah antara contoh cara komunikasi remaja kini yang tiada lagi seni atau batas sempadan, dan cuba fikirkan apakah kesannya pada generasi yang dilahirkan dalam susana sebegini? Tiada lagi merasai kepentingan adab, sopan, bertanya khabar , mohon maaf dan lain-lain (tidak mengatakan semua golongan). Maka apabila segala nilai-nilai murni yang dahulunya diamalkan didalam sistem surat sudah semakin pupus dan dilupakan, maka inilah kesan dan akibat yang terpaksa kita tanggung pada hari ini.

Saya tidak langsung berniat untuk menentang kemajuan teknologi komunikasi, tetapi hanya ingin berkongsi pendapat tentang akibat buruk dari penggunaannya tanpa mengambil kira nilai-nilai murni dan kemanusiaan.

Tambahan lagi SMS tidak mampu dipantau oleh ibubapa, tidak seperti surat yang boleh dipantau oleh ibubapa. Maka dengan itu, berlakulah pula berbalas-balas SMS lucah malahan teknologi 3G mampu membuatkan remaja untuk beraksi porno didalam bilik untuk tatapan teman lelakinya!



-BUDAYA MENCERMINKAN BANGSA-

artikel asal: taalidi

p/s: teringat dizaman si anak dara tertunggu-tunggu bunyi enjin motor posmen membawakan bingkisan cinta dari sidia, si ayah dikampung menantikan posmen datang menyerahkan ' kiriman wang pos' dari anak dikota, dan kemeriahan menghantar dan mengumpul siapa paling banyak menerima kad hariraya di hari lebaran..hmm, zaman telah berubah, segalanya kini hanya tinggal kenangan.

Bahaya Mengumpat!




1. Telah berkata Aisyah kepada Rasulullah S.A.W: cukuplah kepadamu dari Sofiyyah begini-begini (Aisyah meniru ukuran tubuh Soffiyah yang rendah). Maka sabda Baginda: Kamu telah berkata satu perkataan yang jika dicampur dengan air laut akan menyebabkan berubah bau air laut tersebut kerana busuk dan kejinya perkataan itu. Aisyah berkata: Aku hanya meniru perbuatan seseorang . Baginda bersabda: Aku tidak suka meniru perbuatan seseorang (untuk tujuan menghinanya) walaupun aku akan mendapat habuan dunia yang banyak.
(Abu Daud, Tirmizi berkata Hasan sohih)



2. ”Ketika aku dinaikkan ke langit (mikraj) aku lalu berhampiran kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga, mereka mencakar muka dan dada mereka dengannya. Aku berkata: siapakah mereka wahai Jibril. Ia menjawab: merekalah orang yang memakan daging manusia (mengumpat mereka) dan menceroboh nama baik mereka.”
(Abu Daud, sahih)


3.”Dari Jabir bin Abdullah, katanya: Adalah kami bersama dengan Nabi, tiba-tiba datang suatu bau busuk. Maka Nabi bersabda: tahukan kamu ini bau apa? Inilah bau orang mengumpat orang-orang Islam”
(Ahmad, sanad sahih)


Ketiga-tiga hadis diatas jelas menunjukkan betapa besarnya larangan MENGUMPAT keatas umat islam. Hinggakan di dalam hadis yang ketiga, telah membuktikan bahawa perbuatan mengumpat akan menyebabkan keluarnya bau busuk dari mulut orang-orang yang mengumpat dan dapat dihidu oleh orang yang lalu dikawasan 'pengumpatan' itu.

Mengapa kita tidak pernah lagi terhidu bau busuk seperti yang disebutkan oleh Nabi S.A.W itu pada masa ini? Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa pada zaman ini, bau busuk tersebut telah terlalu banyak berleluasa diseluruh dunia, hinggakan kita semua telah immune terhadap bau tersebut (bermaksud terlalu banyak berlaku 'pengumpatan' diseluruh dunia, di setiap ketika.

Contohnya, jika kita masuk ke kebun getah dan tinggal di dalam kilang memproses getah, pada hari pertama kita disitu, mungkin kita akan terganggu dengan bau busuk dari kilang getah tersebut. Akan tetapi, setelah beberapa hari kita tinggal disitu, kita tidak lagi tercium bau tersebut walaupun hakikatnya bau tersebut masih ada. Ini adalah kerana sistem deria tubuh badan kita telah pun immune (kebal- alah bisa , tegal biasa ) dengan bau tersebut.

Tetapi kita masih boleh membuktikan akan kebenaran hadis Nabi Muhammad S.A.W. ini melalui satu eksperimen yang anda semua boleh lakukan sendiri dirumah anda.

Sila rujuk semula artikel EKSPERIMEN! Setiap kata-kata itu adalah DOA



Mengumpat adalah salah satu dari Su'ulzon (Sangka buruk yang terlarang), ianya mengeluarkan gelombang negatif dari cetusan minda seseorang yang memberikan tumpuan pada perkara-perkara seperti ini. Frekuensi negatif seperti inilah yang amat tercela hingga mampu mengeluarkan bau yang busuk.

*MENGUMPAT YANG DIBENARKAN

Walaupun ghibah adalah haram namun ada beberapa sebab yang membolehkan kita melakukannya dan kadang-kadang menjadi wajib.

Pertama: Mengadukan kezaliman seseorang supaya kepada pihak yang mampu melepaskan diri daripadanya.

Kedua: Meminta bantuan untuk menghentikan kemungkaran. Seperti dia berkata: si fulan melakukan kemungkaran sila tolong saya menghentikan kemungkarannya. Dengan syarat tujuannya adalah untuk mencegah kemungkaran, jika tidak hukumnya adalah haram.

Ketiga: Meminta fatwa; seperti di berkata kepada mufti: dia melakukan kezaliman terhadap saya, adakah harus perbuatannya itu? Apakah cara untuk melepaskan diri daripadanya? Dan apakah cara saya mendapatkan hak saya? Yang paling baik ialah ia tidak menyebut nama orang yang menzaliminya secara jelas. Hanya dibolehkan menyebut nama secara jelas supaya mufti dapat mengetahui dengan lebih mendalam hal ehwal orang berkenaan dan dapat mengeluarkan fatwa dengan lebih tepat, juga berdasarkan hadis berkenaan Hindun isteri Abu Sufyan.

Keempat: Memberi peringatan/amaran. Seperti dia menyebutkan keburukan seseorang yang ingin dijadikan rakan kongsi dalam sesuatu perniagaan dan lain-lainnya, supaya ia tidak tertipu dan mendapat mudharat daripadanya. Termasuk dalam kes ini juga seseorang yang ingin mengahwini seseorang yang diketahui bahawa pasangannya mempunyai keburukan yang boleh menjejaskan kebahagiaan hidup pasangannya. Orang yang mengetahuinya wajib memberitahu pasangannya supaya tidak berkahwin dengannya. Sekiranya mereka masih ingin meneruskan juga wajib diberitahu keburukannya.

Sama seperti ini juga boleh menceritakan kelemahan/kekurangan seseorang guru agama kepada orang yang ingin belajar dengannya bahawa ia tidak mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengajar.

Termasuk dalam perkara ini juga sekiranya diketahui mana-mana pemimpin yang fasiq dan cuai/lalai boleh diceritakan keburukan mereka kepada pihak yang mempunyai kuasa untuk menasihatinya atau memecatnya dan menggantikan dengan orang lain yang taat melaksanakan perintah Allah.

Disyaratkan untuk mengharus/mewajibkan ghibah di sini bahawa niat seseorang itu hanyalah semata-mata kerana Allah untujk menyelamatkan umat Islam daripada kemudharatan, jika kerana niat yang lain maka tidak dibenarkan.

Kelima: Untuk memperkenalkan. Seperti katanya: Ahmad yang tempang, Ahmad yang berpanau dan seumpamnya. Tetapi dengan syarat untuk membolehkan orang mengenalinya, jika dengan niat untuk merendah-rendahkannya hukumnya adalah haram.

Keenam: Orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan. Seperti dia minum arak di hadapan khalayak ramai. Maka harus diceritakan maksiat yang berkenaan sahaja. Dan haram menyebut maksiat lain yang dilakukan secara sembunyi.

Sila rujuk kitab Az Zawajir ’aniqtirafil Kabair tulisan Syaikh Ibnu Hajar Al Haitami, jld 2, ms 24, untuk keterangan lebih lanjut.

*MENGUMPAT YANG DIBENARKAN adalah pautan dari blok ANAK GERIK


waalahuaklam

Thursday, December 9, 2010

Secebis nostalgia

Aku pun masih belajar dan akan terus mempelajari dan memahami...
Masih terlalu banyak lagi ruang dan selok belok yang perlu ku eksplore,

Semalam, dalam perjalanan pulang dari ibukota, aku terserempak dengan seseorang rakan lama.

"kau masih teguh memperjuangkannya, tak sekuat aku, apa yang membuatkan kau betul-betul kuat? hinggakan ke hari ini aku masih dapat merasakan betapa meluapnya semangatmu?.."

.....apa yang Buat aku Kuat?


Bila menoleh ke masa lalu, baru hanya sejauh beberapa tahun jaraknya,
aku ...

Siapa aku dulu?

Akulah manusia yang amat prejudis pada takdir

Akulah manusia yang paling sensitif dan pendendam

Akulah manusia yang sentiasa menyalahkan takdir, mempertikaikan keadilanNya

Akulah manusia yang menganggap 'aku lah contoh kegagalan takdir dalam memberi keadilan'

Seorang yang amat 'takes thing very personally'..

dan bermacam-macam pernyataan yang membawa erti: I'm equal to negative..

mengapa begitu?..kerana aku menghidap OCD (Obsessive Compulsive Disorder), suatu penyakit yang dari segi medikalnya ialah kekurangan cecair serotonim dalam otak, yang menyebabkan maklumat dan info dari saraf dan deria, sukar sampai ke otak dengan sempurna atau tersekat-sekat.




Akibatnya, pengidap akan mengalami kesukaran memberikan tumpuan atau perhatian pada apa yang sedang dihadapinya kerana terlalu mudah terganggu. Maklumat yang tiba ke otak dengan cara tersekat-sekat dan tidak menyeluruh juga menyebabkan berlakunya pengulangan-pengulangan maklumat tentang sesuatu perkara hingga maklumat ini akan muncul ketika pesakit sedang memikirkan perkara yang lain dan ini amat menyukarkan dan memeritkan kehidupan pesakit. (umpama komputer yang telah diserang virus). Hasilnya akan mengakibatkan samada was-was, depression (kemurungan), insomnia(susah tidur), anxiety neurosis (kerisauan melampau), memiliki sindrom tourett (pergerakkan anggota tubuh yang tak dapat dikawal), rasa rendah diri yang kronik (inferiority compleks) dan rata-rata penghidap bermula dengan memiliki kecenderungan sikap sebagai seorang perfectionist yang mana semua ini banyak juga bergantung kepada cara persekitaran pesakit dibesarkan, faktor genetik, trauma-trauma lain sewaktu kanak-kanak umpamanya child abuse/penderaan, sering dibuli oleh rakan-rakan, tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang sempurna, selain dari kekurangan cecair serotonim didalam otak.

Aku bukan mereka-reka cerita, aku telah didiagnoskan oleh pakar. Kiranya aku adalah pesakit psikiatrik atau lebih mudah dikenali dengan istilah 'pesakit jiwa'. Aku pernah dimasukkan ke 'wad pesakit jiwa' di HKL, dan mengikuti beberapa terapi psiko dengan beberapa tokoh psikiatri terkenal di Malaysia seperti Puan Dr. Fuziah Salleh dan Dr. Daud, selain daripada mendapatkan rawatan dari beberapa orang tokoh pengamal perubatan islam. Akan tetapi, kebanyakan ikhtiar-ikhtiar yang dilakukan ini tidak memberikan keputusan seperti yang kuharapkan.

Apa sahaja jenis ubat anti-depression yang tidak kukenali? Aniphranil, Ambien, Roche, Zoloft, Valium...dan bermacam-macam lagi yang menjadi makanan harianku dalam tempoh yang agak lama.

Bagiku pada masa itu, aku teraniaya kerana di'anugerahkan' dengan kecacatan ini, dakwaan ku ini adalah kerana ianya menjejaskan pembelajaranku, karierku, rumahtanggaku, perhubunganku dan berbagai-bagai lagi. Astagfirullahaladzim..Ampunkan aku Ya Mutakabbir..

Namun, begitulah..umpama artikelku , 'Tuhan Masih Sayangkan Saya'..aku sendiri pun pernah berkata begitu beberapa tahun lalu setelah aku didedahkan oleh sahabatku, AA tentang pengaplikasian Hukum Tarikan, yang mana dari situlah bermulanya titik tolak perubahan dalam hidupku.

Setelah mendalami dan cuba memahami dengan serious, Alhamdulillah, aku pulih dari OCD, aku boleh mengambil wudhu beberapa minit sahaja seperti orang lain, tanpa mengulangi berkali-kali, tiada lagi mengulang kembali memeriksa pintu sudah berkuncikah belum walau sebenarnya telah kukuncikan, dan tiada lagi kegilaanku untuk menyusun barang mengikut susunan geometri (contoh: buku yang tinggi diikuti dengan bersaiz lebih kecil) dan lain-lain sikap dan perlakuan yang tidak normal pada pandangan orang lain. OCD masih ada, ianya bukan hilang 100 peratus, aku tak nafikan bahawa kadang-kala terdapat juga lagi gangguan yang boleh membuatkan aku down, akan tetapi dengan Alhamdulillah, ianya tidak mengambil masa yang lama untuk aku menanganinya. Dengan izin Allah, aku telah berjaya memanipulasikannya untuk menjadi kebaikan pada diriku. Aku tak perlukan lagi pil-pil penenang yang dipreskripsikan untukku.




Affirmasi pertama yang aku praktikkan: 'Aku Semakin Sembuh' kemudianku tukarkan kepada Aku Sihat, Aku Normal, Aku Waras dan kini setiap hari aku menggunakan : Aku Sihat / InsyaAllah, Diriku Sentiasa Sihat Roh dan Jasad.

Sesuatu yang membuat aku sangat terkesan adalah, penyakit kencing tiris (tak lawas) yang juga kuhidapi yang membuatkan aku tertekan setiap kali bersujud dalam solat juga turut pergi begitu sahaja. Ah..betapa besarnya hikmat dan Kasih Sayang Allah dalam memberikan pengajaran dan tarbiyah pada hamba-hambaNya, walaupun hambaNya itu sering mendurhakaiNya.

Bermula dengan melakukan perubahan pada corak pemikiran, ke arah yang tepat dan benar padaNya, iaitu bersangkabaik, husnuzzon, satu persatu Kasih SayangNya dipertunjukkan. Satu persatu jalan keluar, ketenangan, ilmu dan pemahaman akan diberikan beserta kesabaran. Terimakasih Ya Allah..

..Maka oleh itu, buat rakanku yang bertanya : "kau masih teguh memperjuangkannya, tak sekuat aku, apa yang membuatkan kau betul-betul kuat, hinggakan ke hari ini aku masih dapat merasakan betapa meluapnya semangatmu?.."

Tentu kau tahu kini, mengapa.

Aku merasakan andai ianya berguna kepada diriku, dan aku merasakan ianya juga pasti berguna kepada insan lain, dengan izin Allah.

Ya Allah, terimalah Sembah Syukur dan Sembah Terimaksih dariku, hambaMu yang terlalu banyak melakukan kemurkaanMu.


wassalam,

p/s: AA, still remember your words: 'pass forward' a few years ago

Wednesday, December 8, 2010

Pemberian Tanpa Memerlukan Syarat

Assalamualaikum, Salam Tahun Baru Ma'al Hijrah dari saya kepada semua kaum muslimin pembaca blog ini.

Sebuah picisan kisah benar:

Seorang anak amat sedih dan tertekan melihatkan keadaan ayahnya sedang mengalami sakit yang amat tenat dan sangat menyeksakan. Umpama kata pepatah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya'. Sudah puas dia berikhtiar ke sana-sini mencari penawar penyakit yang dideritai oleh ayahnya yang amat disayangi. Wang juga sudah banyak dihabiskan untuk itu. Namun, harapannya untuk melihat ayahnya sembuh, atau sekurang-kurangnya sedikit lega, masih belum berhasil. hingga disuatu malam, ketika ayahnya sedang mengerang menahan sakit, dia telah berdoa:

" ya, Allah ya Tuhan yang maha Mengasihani, berikanlah separuh dari kesakitan ayahku itu kepadaku, biarlah aku menanggung separuh dari kesakitan itu, berikanlah sedikit kelegaan padanya, dan redakanlah penderitaannya.."

Beberapa minggu kemudian, ayahnya pergi meninggalkan dunia yang fana ini, dan si anak meneruskan kehidupannya seperti biasa.

8 tahun kemudian sianak pula mengikut jejak ayahnya dengan simptom penyakit yang sama, dan penderitaan yang hampir sama.

................



Kadangkala, didalam kehidupan kita ini, sesebuah keadaan yang kita hadapi akan membuat seseorang itu tertekan sehingga alpa dalam berdoa pada Tuhan. Didalam keadaan tertekan, kadangkala seseorang itu akan melakukan sesuatu yang dirasakan olehnya 'baik' dan 'mulia', akan tetapi hanya mengundang padah.

Kita mesti memahami akan Sifat Allah iaitu Al-Wahhab, Maha Memberi.

Allah yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu ditutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna,menjadi insan yang berjaya dan mulia.

Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik. Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita.Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

Oleh itu, perlulah kita menyedari bahawa, Allah boleh memberikan apa yang dipohon oleh hambanya, tanpa memerlukan apa-apa syarat, dalam konteks kisah diatas, Allah Maha Mampu memberikan kesembuhan pada si-ayah, tanpa bersyarat iaitu tidak memerlukan untuk memindahkan sakit itu pada si-anak untuk menyembuhkan si-ayah.

Pernahkah kita berdoa atau mendengar sesiapa jua berdoa:

"Ya Allah, sakitkanlah diriku pada hari ini supaya orang lain menjadi sihat.." ?

Tentunya sekali tidak. Ini adalah kerana kita semua memahami bahawa Allah itu Maha Luas PemberianNya dan Maha Berkuasa, dan tidak perlu untuk terpaksa menyakitkan orang lain demi untuk memberi kesihatan kepada yang lain pula.

Berdoa seperti yang dijelaskan dalam kisah diatas seolah-olah menidakkan kemampuan Allah Yang Maha Menyembuhkan dan Maha Memberi, seolah-olah Allah itu kedekut dan perlukan syarat untuk memberikan penyembuhan.

Selain dari itu, kita perlu menyedari bahawa doa seperti itu, seumpama berdoa meminta bala dan kebinasaan pada diri sendiri, yang mana perkara ini adalah sangat dilarang. Kita sepatutnya berdoa memohon perkara-perkara yang baik, dan Allah Mampu memberikannya tanpa sedikit kepayahan pun.

Sekali lagi saya ingin mengutarakan firman Allah yang sering diulang didalam blog ini iaitu: , "Aku (Allah) akan bersama sangkaan hambaKu kepadaKu" Maka letakkanlah persangkaan yang benar dan tepat padaNya.

Firman Allah s.w.t. :
"Dan berbelanjalah pada jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah sangat suka mereka yang melakukan kebaikan" (Al-Baqarah : 195)2.

“Dan janganlah kamu membinasakan diri kamu, sesungguhnya Allah itu sangat Belas Kasihan terhadap kamu" (An-Nisa' : 29)

Cara doa yang dilarang


1. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah seseorang di antara engkau semua mengucapkan - ketika berdoa: "Ya Allah, ampunilah saya, jikalau Engkau menghendaki. Ya Allah, belas kasihanilah saya jikalau Engkau menghendaki." (maksudnya, kalau Allah tak mahu berikan, apa boleh buat, terserahlah..)Tetapi hendaklah ia memantapkan permohonannya - seolah-olah memastikan akan berhasilnya, sebab sesungguhnya Allah itu tidak ada yang memaksa padaNya - untuk mengabulkan atau menolak sesuatu permohonan." (Muttafaq 'alaih)


Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: "Tetapi hendaklah orang yang memohon itu bersikap mantap seolah-olah pasti termakbul doanya - dan hendaklah ia memper-besarkan keinginannya untuk dikabulkan itu, (be positive, feels like you already have what you want- refer visualization steps) kerana sesungguhnya Allah itu tidak ada sesuatu yang dipandang besar olehNya yang dapat diberikan kepada orang yang memohonnya itu."


2. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang di antara engkau semua berdoa, maka hendaklah memantapkan permohonannya - seolah-olah pasti akan kabulkan - (in a right frequency and affirmation- refer your receiving steps)dan janganlah sekali-kali ia mengucapkan: "Ya Allah, kalau engkau berkehendak, maka berikanlah apa yang saya mohon kan itu," sebab sesungguhnya Allah itu tidak ada kuasa lain yang memaksaNya - untuk mengabulkan atau menolak sesuatu permohonan." (Muttafaq 'alaih)

.............

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil....

Semoga kita semua diberi keampunan dan rahmat oleh Allah diawal tahun baru Hijrah ini.

Salam Tahun baru dari saya, assalamualaikum.

p/s: pernah terdengan ada kawan berdoa: Ya, Allah, kalau boleh, berikanlah aku kemenangan dalam pertandingan ini... (salah tu, kalau boleh tu samalah dengan perkataan: 'jika engkau berkehendak' dalam hadis di atas. Sebab memang Allah boleh, bukannya kalau-kalau boleh, means ada yang Allah tak boleh ke? wallahuaklam.

Tuesday, December 7, 2010

Tidur Selepas Subuh

1.

Puteri Nabi S.A.W, Saidatina Fatimah r.a bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya;
“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki Tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

2.

Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya;
“berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki, kerana bekerja pada awal siang itu terdapat keberkatan dan kejayaan” [Al-Mu’jam Al-Awsat : 7458]

3.

Daripada Sokhr Al-Ghamidzi bahawa Rasulullah SAW ada berdoa;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Maksudnya;
“Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu paginya” [Abu daud : 2239]

4.

Kebiasaan Nabi SAW, apabila berlaku peperangan, nabi SAW akan menghantar tentera dalam peperangan, atau ekspedisi pada awal pagi. [Abu Daud : 2239]

5.

Saidina Ali berkata;

مِنْ الْجَهْلِ النَّوْمُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ

Maksudnya;
“sebahagian dari kejahilan, tidur pada awal siang”



Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :


1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI


[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

wallahua'lam

artikel ini adalah pautan dari halaqah.net

Monday, December 6, 2010

Persangkaan buruk yang diharuskan

Soalan:

Assalamualaikum

Ustaz, boleh ustaz terangkan konsep husnuzon dalam islam? apakah itu baik sangka dan bagaimana nak berbaik sangka,sehingga tahap mana, dan apa kah pula buruk sangka. Adakah islam melarang sekeras-kerasnya buruk sangka, atau ada antara buruk sangka yang dibenarkan. Contohnya melihat org yg tak dikenali berkeliaran di kawasan taman perumahan pada waktu malam. Boleh ke berburuk sangka pada orang itu. Sekian, terimakasih.

Jawapan :


Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh, ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

Fadhilat Berbaik Sangka

Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. Ini juga mengalakkan manusia itu berpecah belah antara satu sama lain dan ia juga akan merugikan manusia itu juga.

Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6)

Selalu merasa bahagia atas segala kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun kita sendiri belum berjaya. Ini bertujuan untuk mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta


Tetapi ingat kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan, kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut. Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (Di riwayatkan oleh Imam Muslim)

Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah. Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor. Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakan bahawa “itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan”.

Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan. Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua-dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redho dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah-lemah iman.

Buruk Sangka


Buruk sangka atau suuzon yang membawa maksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka kepada orang tersebut. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.” (Al-Ahzab : 58)

Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa.

Sangka Buruk Yang Harus Istilahnya ialah Waspada


Umat Islam juga perlu berwaspada terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga (waspada)dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk (berwaspada)seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.

Berwaspada terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari waspada tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangkaan yang menguntungkan semua pihak.

Berwaspada terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sikap waspada tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamatan rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, sangkaan yang membawa maksud 'berwaspada' yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

Kesimpulannya

Bersangka baiklah kepada semua orang, kerana sangka baik itu meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan mahmudah (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, lekas-lekaslah beristiqfar kepada Allah, kerana Allah menerima taubat hambanya.


USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL


Artikel ini adalah pautan dari blog: Selamat Datang Ke Blog Ustaz Noramin
http://www.ustaznoramin.com

Terimakasih diucapkan kepada yang berbahagia Ustaz Noramin.

Saturday, December 4, 2010

Sauh Kehidupan

Ada tak sesekali anda merasakan mengapakah kehidupan anda terasa begitu sukar, payah, berat walau pun pelbagai ikhtiar dan strategi telah anda lakukan? Seolah-olah ada sesuatu yang menghalang anda dari menikmati perubahan kepada kebahagian samada dari segi rohani atau pun material.

Sesuatu yang amat penting yang mungkin masih tidak ramai dari kita yang menyedarinya ialah tentang wujudnya SAUH KEHIDUPAN.

Pada artikel yang akan datang, insyaAllah kita akan bincangkan lebih lanjut dan terperinci tentang Sauh Kehidupan ini.

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]