Jumaat, 19 November 2010

Syndrom GHBBH

"Anda menarik ke dalam realiti hidup anda, apa yang anda berikan fokus, perhatian dan tumpuan yang mendalam, samada perkara positif atau negatif"..

" ..boleh tak bro jelaskan lebih terperinci lagi pada aku?..masa seminar haritu aku tak berapa fahamla..masa bab Kebebasan kewangan tu aku ngantuk sebenarnya..hehe"

"apa yang kau tak faham Rul?.." aku bertanya semula padanya

" ye lah, kalau ikut prinsip LOA ni, aku dah bagi fokus yang mendalam pada kebebasan kewangan..tapi masih tak nampak apa pun perubahan pada situasi kewangan aku..."

Asrul adalah salah seorang peserta 'kursus-mini' yang aku kelolakan dalam pembabitan awal aku. Asrul seorang yang komited dalam apa yang dilakukan, banyak langkah-langkah yang dipelajarinya, diikuti dengan bersungguh-sungguh. Dia ingin mengubah situasi kewangan keluarganya yang agak meruncing sekian lama. Dia hanyalah seorang kerani di sebuah bank, sudah berkeluarga, mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah, manakala isterinya sudah tidak bekerja lagi kerana kos penjaga anak /baby sitting lebih mahal dan tidak berbaloi jika isterinya bekerja, manakala didikan anak-anak terabai. Begitulah seperti yang diceritakan padaku.

Aku juga pernah bekerja sebagai kerani bank, kerana itu, aku boleh mengagak berapalah sangat gaji Asrul. Boleh dikatakan rata-rata Warga Kota kelas pertengahan seperti Asrul mengalami situasi yang sama: mengidap sindrom GHBBH yang amat merbahaya.

Syndrom GHBBH adalah singkatan kepada : Gaji Habis Bulan Belum Habis.

Kalau dulu Asrul banyak bergantung pada kerja lebih masa (overtime) tapi kini overtime telah dihadkan jam kerjanya. Banyak juga usaha yang dilakukan bagi menanbah ekonomi keluarganya, mereka tinggal dipangsapuri rakyat, isterinya membuat aiskrim malaysia dan menceburi jualan langsung, namun masih tidak mencukupi.

" Aku tanya kau satu soalan, apakah perasaan kau bila aku sebut 'DUIT'?" aku bertanya lagi

" Hehe..ha..ni soalan cepumas..tentulah aku dah ubah cara dan tanggapan aku..kalau dulu bila teringat duit, aku jadi takut, sebab risau teringat hutang, tapi lepas bro ajar, aku dah ubah tanggapan aku pada duit, aku feel kan perasaan gembira dan seronok bila teringat duit..seolah aku ni sentiasa ada duit...betul tak?"

Aku tersenyum mengiakan. Memang benar apa yang dijawab Asrul itu. Risau dan takut pada duit adalah perkara yang patut dihindari kerana ianya hanyalah membuatkan kita menghantar frekuensi menjauhi duit. Sepatutnya kita mesti lebih memikirkan cara penyelesaian bagi permasaalahan duit itu, bukannya membuang masa melayan kerisauan dan ketakutan pada masalah duit itu. Apakah dengan melayan rasa risau dan resah pada hutang dan ketidakcukupan itu boleh membantu kita menyelesaikan masalah kewangan? tentu tidak.

Rezeki perlu dijemput, dan ianya akan datang pada orang yang menjemputnya, yang menyukainya. bukan pada orang yang risau (menunjukkan kerisauan, ketakutan hingga timbul kebencian)padanya.

Petang itu aku masih lagi berada dirumah Asrul berbual panjang dengannya. Sambil menghirup kopi panas yang disediakan oleh isterinya, Asrul memberitahuku bahawa dia sudah sebulan menyertai sebuah perniagaan MLM (Multilevel Marketing). Dia telah mengeluarkan wang tabung anak sulongnya sebanyak RM400 dan dicampur dengan wang simpanan isterinya sebanyak RM300 kerana untuk menjadi ahli MLM tersebut dia perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM700 untuk seumur hidup.

Aku meneliti plan perniagaan MLM yang ditunjukkannya padaku. Plan perniagaan yang menggunakan sistem pairing dengan pulangan yang agak menarik juga. Bagi pendapatku, jika dilakukan dengan cara yang betul, tak mustahil Asrul dapat menjana kewangan dengan berganda-ganda dalam tempoh kurang dari 8 bulan. Produk yang ditawarkan juga amat meyakinkan. Cuma Asrul masih belum berjaya memiliki sesiapa pun (klien)untuk menjadi ahli dibawahnya.

" Saya dah jumpa ramai prospek bro, banyak gak habis airliur dan modal, saya fokus untuk dapat klien 4 orang seminggu, tapi ni dah sebulan, satu pun tak dapat lagi."

" Kau buat follow up tak dengan prospek tu semua?.." aku bertanya

" ada buat bro, tapi ada yang kata nantila..fikir dulula..ada yang betul2 nak tapi nak tanya wife dulula..macam2 hal..eh..sori..termengeluh lak..astaghfirullah.."

Aku hampir sahaja tak tahu apa lagi yang nak kukatakan melainkan menyuruh Asrul bersabar. Tiba-tiba aku terasa ingin membuang air kecil, lalu aku meminta izin menggunakan tandas rumahnya. Asrul membawaku ke dapur rumahnya dan menunjukkan tandas padaku.

Sebaik sahaja aku masuk ketandas, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Tandas Asrul jenis tandas duduk, dan didalam mangkuk tandas itu aku lihat ada duit syiling 10 sen yang sudah agak berkarat didalamnya.



Setelah selesai, aku kembali ke ruang tamu.

"Rul, aku rasa aku nak bagitau sesuatula.."

"Kenapa bro? macam ada yang tak kena je? tandas rumah ni memang berselerak sikit, budak2 ni selalu main"

"Bukan pasal bersepah, tapi aku tengok ada duit 10 sen dalam mangkuk tu, dah lama rasanya, sebab dah berkarat dah. Duit tu walau pun 10 sen, ianya tetap rezeki Rul, kita kena hargai setiap rezeki ni, kalau duit kau biarkan ditempat najis, dan kau biarkan berhari-hari tanpa membuat apa-apa tindakan yang menunjukkan kau menghargai dan menghormati rezeki, cuba kau fikir, apa frekuensi yang kau hantar selama ni?" panjang pulak ceramahku padanya.

Asrul seolah tersentak.."Astaghfirullah, saya tak terfikir langsung sampai ke situ, eh..betul jugak..macam biadap dan tak hormat pada rezeki jer...saya nak pi bersihkan duit tu sekarang jugak"

Aku tertawa kecil melihat Asrul yang kelam kabut. Aku duduk menonton TV sementara menunggu Asrul selesai 'membersihkan' duit syiling itu. Dalam pada itu, talifon bimbitnya berbunyi.

"Abang, boleh tolong jawapkan? " teriak isteri Asrul dari dapur.

Aku kemudiannya menjawap panggilan itu, dan menaklumkan bahawa Asrul berada didalam tandas, pemanggil tersebut kemudian meninggalkan pesan supaya Asrul menghubunginya semula. 20 minit selepas itu Asrul datang kembali keruang tamu dan menunjukkan padaku duit syiling yang telah dibersihkan dan diletakkan dalam sebuah bekas kecil.

"Ni ha..saya dah selamatkan rezeki ni bro...anak2 saya la punya keje ni"

"Ha, tadi ada orang telefon kau, dia suruh telefon semula, nama dia Shaari..."

" Shaari?..eh, jap ya bro , bagi saya call dia kejap"

Asrul kemudiannya menghubungi pemanggil tadi dan berbual-bual di koridor rumahnya, aku tak dapat menangkap apakah perbualannya itu. Beberapa ketika kemudian Asrul masuk semula kedalam rumah dengan wajah yang amat ceria.

" Bro, Shaari ni lah prospek yang saya katakan tu, dia telefon nak bagitau yang isteri dia setuju bagi dia masuk MLM ni, yang bestnya isteri dia dan adik isteri dia pun nak masuk! Malam ni dia nak datang rumah isi borang..Alhamdulillah!"

Syukur Alhamdulillah, tak terkata aku betapa gembiranya melihat Asrul keriangan begitu.

"Bro, mungkin ke pasal duit syiling tu maka selama ni rezeki macam tertahan?"

"Aku tak tahu Rul dan aku tak berani nak komen apa-apa, yang aku tau, rezeki tu dari Allah, apa yang kau buat tadi tu salah satu dari ikhtiar dan komitmen, ialah, dalam Receiving Steps pun kita dah tau yang kita kena sediakan diri kita dalam menerima permintaan"

Aku pulang petang itu dengan satu pengajaran baru: Sentiasa menghargai setiap pemberian walaupun sekecil-kecil pemberian.


Apakah pandangan anda pula pada senario ini?

Wallahuaklam

~everything matters!- butterfly effect~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]