Sabtu, 13 November 2010

Ketegasan yang hak (assertiveness)


Seringkali dalam perhubungan dan komunikasi kita dengan orang lain, kita tidak dapat lari dari perselisihan pendapat dan sebagainya, yang mana semua ini boleh menimbulkan perasaan tidak puashati atau lebih mudah untuk dijelaskan dengan perkataan 'marah'. Perasaan tidak puashati dan marah ini adalah normal kerana kita adalah manusia yang memang dianugerahkan perasaan sebegini.



Dalam perbincangan kali ini, saya ingin mengajak anda semua membezakan antara kemarahan dan 'ketegasan'. Cuba apabila setiap kali kita didatangi perkara seperti ini, kita fikirkan sejenak adakah wajar untuk kita menegakkan pendapat kita, (atau apa jua isunya) dengan marah?

Cuba bezakan diantara marah, dengan ketegasan. Ketegasan kadangkala memang memerlukan kekerasan (yang menunjukkan kemarahan), ada juga ketegasan yang tidak memerlukan kita berkeras, tetapi lebih cool, tetapi tetap tegas. Contohnya seorang ayah yang tidak mengizinkan anaknya keluar rumah pada malam itu, dia boleh menghalang anaknya dari keluar dengan kekerasan, gertak dan lain-lain bentuk yang menunjukkan kemarahan, ATAUPUN dia tidak perlu menunjukkan sebarang tanda kekerasan, tetapi tetap tidak memberikan keizinan pada anaknya, dengan memberitahu secara jujur, mengapakah/ apakah alasan yang menyebabkan dia tidak dapat memberikan keizinan kepada anaknya yang mana jika ayah ini kreatif dan bijak menyentuh jiwa nurani anaknya, mungkin dengan rela hati anaknya akan akur.

Buatlah pilihan, marah atau tegas, yang manakah lebih sesuai, dengan keadaan-keadaan yang tertentu. Percaya atau tidak, sikap berdiplomasi lebih membuatkan orang lain akan akur dan , malah bertambah hormat kepada kita. Manakala sikap menunjukkan marah mungkin hanya akan menunjukkan kebodohan dan kelemahan diri kita.

Affirmasi sebagai ikhtiar

Cuba latih diri kita dengan affirmasi sebegini setiap hari:

Aku akan sentiasa berakhlak/berperilaku lebih adil dalam perhubungan sesama manusia. (Hablumminannas)


"I always behave with respect when dealing with others".


Semoga apabila setiap kali kita berhadapan dengan situasi yang membuatkan kita ingin melenting atau marah, affirmasi ini akan muncul dan membantu kita untuk bertenang dan bertindak lebih adil.

INGAT: Pesan Rasulullah S.A.W : " Jangan kau marah..engkau jangan marah...dan janganlah engkau marah.." (Nabi S.A.W mengulang sebanyak 3 kali) apabila seorang sahabat datang berjumpa baginda meminta nasihat supaya diberikan suatu amalan yang berguna.

Mungkin dengan sikap mementingkan ketegasan yang lebih diplomasi ini, anda akan dilihat seperti kalah atau 'tidak macho', akan tetapi ketahuilah, sebenarnya dalam jangka panjang andalah pemenang kerana dengan sikap sebegini, anda akan dihormati orang walaupun oleh musuh ketat/musuh tradisi anda (jika ada). Dan, sikap mudah menunjukkan kemarahan (walaupun anda benar), tetap hanya akan membuatkan individu lain hilang hormat pada anda, dan yang paling teruk sekali ialah:

" anda hanya akan kelihatan bodoh ketika anda marah"

'before anyone said, i'll make a reminder: this article applies to me too'

wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]