Ahad, 28 November 2010

Keyakinan yang selama ini terabai

TAHUN : 1967
TEMPAT: TANAH MELAYU

MINGGU PERTAMA

Seorang ibu/balu yang telah terpisah dengan anak kandungnya ketika perang dunia kedua terlalu rindu pada anaknya. Saban malam dia berdoa kepada Allah semoga dipertemukan semula dengan anak kandungnya.

" Ya Allah, temukanlah aku kembali dengan anakku, berilah kesempatan supaya aku menemuinya sebelum aku menutup mata, pelihara dia walau dimana dia berada kini....

Doa yang diikuti dengan tangisan yang amat sedih mengenangkan bagaimanalah nasib anaknya kini.
Begitulah keadaan dirinya setiap malam, menangisi nasib anaknya dalam ratapan tak berpenghujung.

Doa ibu amat mustajab, dan memang benar anaknya dipelihara Allah, hasil dari doa ibu yang bersungguh-sungguh setiap hari. Anaknya dipelihara oleh sebuah keluarga muslim peranakan dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke England dalam bidang kedoktoran.

Akan tetapi ibu itu masih jua belum dipertemukan dengan anaknya yang amat dikasihi dan dirinduinya itu...

MINGGU KEDUA

Si ibu yang hanya bekerja mengambil upah menoreh getah mengalami kesempitan wang. Ibu ini juga bertanggung jawab menjaga kedua orang tuanya yang sudah uzur. Ketika itu, sudah tiada apa yang boleh dibuat lauk untuk makan malam itu. Sambil berfikir-fikir diladang getah tempat dia bekerja, Haji Usman Bugis lalu dengan basikal jaguar tuanya.

" Cik Khatun, apa yang menung tu, jauh nampaknya?"..

" hmm..tak ada apalah pak haji, saya tengah risau ni, saya dah tak berduit nak buat beli lauk untuk mak abah kat rumah malam nanti, entahlah, tak tau nak buat macamana, yang ada pucuk ubi ni aja..." sayu ibu itu menjawab pertanyaan Haji Usman Bugis.

"..beginilah Khatun, aku ni pun bukanlah senang sangat, kau tau ajalah, aku ni polis pencen, anak pun ramai, tapi setakat nak bantu kau untuk beli barang dapur buat beberapa hari ini, insyaAllah, ada. Nanti aku suruh si Dollah hantar ke rumah kau lepas asar ni" balas haji Usman sambil terus berlalu.

Ibu itu tidak sempat mengucapkan apa-apa kerana cepatnya Haji Usman berlalu,(mungkin untuk mengelakkan dari fitnah dan lain-lain). Akan tetapi hatinya yang amat runsing dan resah tadi tiba-tiba menjadi lega dan dia mampu tersenyum, kerana masalahnya dirasakan telah dapat diatasi buat beberapa ketika dengan janji Haji Usman tadi.

.........................cerita ini tergantung begini sahaja.......


Apakah tujuan saya berkongsi secebis kisah lampau ini?..

Hanya sekadar ingin mengajak anda semua berfikir akan sesuatu yang mungkin kita abaikan selama ini.

Firman Allah
‘Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya, orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu,akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.’
(Surah Ghafir, Ayat 60)

Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu pohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar, tidak berterima kasih.’
(Surah Ibrahim, Ayat 31-34)

Dalam hadis Riwayat Tarmidzi pula, berbunyi
Nabi S.A.W bersabda, ‘Berdoalah sekalian kamu kepada Allah, padahal kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah, bahawasanya Allah Taala tidak memperkenankan doa dari hati orang yang lalai lagi lupa.’

Persoalannya:

1.Mengapakah si ibu masih menangis sedih yang tak berpenghujung setelah berdoa mohon dipertemukan dengan anaknya? Apakah perasaan yang dirasakan oleh ibu setelah berdoa? Sedih? Tetap sedih dan pilu? Bagaimanakah dengan janji-janji Allah bahawa setiap doa pasti dimakbulkannya? Bukankah sepatutnya si ibu wajar berasa lega dan gembira kerana telah berdoa kepada Tuhan yang Maha Benar janjiNya? Merasa gembira bahawa pasti dia akan dapat bertemu dengan anaknya dalam masa terdekat yang sesuai. Mengapa masih melayan rasa sedih? Apakah doa itu hanyalah satu luahan yang kosong tak bermakna? Dustakah Allah dalam firmannya hingga ibu tidak mampu merasakan kelegaan?

2. Mengapakah si ibu mampu tersenyum dan berasa lega serta merta sebaik sahaja Haji Usman Bugis berjanji akan menghantar wang selepas asar nanti? Tidakkah dia terfikir bahawa Haji Usman itu adalah manusia biasa yang mungkin akan sampai ajalnya sebelum sampai kerumah untuk memberi arahan pada si Dollah?

Janji siapa yang lebih confirm? Allah atau Haji Usman Bugis? janji siapa yang sepatutnya kita merasakan kelegaan? dan merasakan kegembiraan?

Sila jawab dengan jujur dari hati yang ikhlas:

Berapa kalikah, setelah kita berdoa kepada Allah, kita dapat merasakan kegembiraan dan kelegaan kerana yakin bahawa doa kita telah makbul seperti yang dijanjikan Allah didalam Al-Qur'an (Rukun Iman Yang Ketiga ialah Beriman dengan Kitab Allah) dan merasakan bahawa setelah berdoa, mengikut janji Allah, doa itu telah dimakbulkan dan kita kita berada didalam status dan proses "menerima permintaan" ?


Mungkinkah inilah sesuatu yang selama ini kita abaikan?..

Bagi mereka yang telah mempelajari langkah-langkah dalam Hukum Tarikan, tentunya anda akan memahami apa yang cuba saya sampaikan disini, iaitu

ALIGNING atau keutamaan berada didalam frekuensi yang betul dan tepat selepas membuat permintaan (doa)
-seiring dengan itu usaha atau komitmen perlu diatur dan dilakukan dan memastikan kita berada didalam flow atau aliran yang sama dengan permintaan kita,

contoh: mohon lulus periksa, komitmen: belajar (dengan perasaan optimis)

dan didalam konteks kisah diatas, si ibu perlu berusaha dengan apa yang dirasakan mampu, seperti membuat laporan pada pihak berwajib, mengiklankan diakhbar, dan lain-lain yang dirasakan sesuai dengan apa yang diminta. Berdoa, tanpa melakukan apa-apa tindakan bermakna kita tidak memasukkan diri kita didalam flow/ aliran yang sepatutnya. Memang Allah Maha Mengasihani, akan tetapi kita tidak boleh menunggu dan berserah begitu sahaja. Ini bukanlah sikap orang yang beriman.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita menyelaraskan emosi dan fokus kita selari dengan permintaan kita, kerana jika tidak, kita hanya mencetuskan frekuensi BERLAWANAN dengan apa yang kita harapkan.


KEKUATAN DO’A

Allah S.W.T berfirman,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (البقرة: 186)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (Al-Baqarah: 186).

Dan Allah S.W.T berfirman,

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Al-Mukmin: 60).

Diriwayatkan dalam kitab at-Tirmidzi dari Ubadah bin ash-Shamit R.A, bahwa Rasulullah S.A.W bersabda,

مَا عَلَى وَجْهِ اْلأَرْضِ مُسْلِمٌ يَدْعُو اللهَ بِدَعْوَةٍ، إِلاَّ آتَاهُ اللهُ إِيَّاهَا، أَوْ صَرَفَ عَنْهُ مِنَ السُّوْءِ مِثْلَهَا، مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: إِذًا نُكْثِرُ؟ قَالَ: اللهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang Muslim di muka bumi ini yang berdoa kepada Allah dengan sebuah doa melainkan Allah pasti memakbulkan permintaannya, atau Allah menyingkirkan keburukan darinya (sebagai gantinya) dengan sebesar permintaannya (dari segi kualiti dan kuantiti), selama dia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau minta untuk memutuskan silaturrahim’. Maka seorang laki-laki dari suatu kaum berkata, ‘Kalau begitu kami akan memperbanyak (doa)’. Nabi menjawab, ‘Allah (memiliki pemberian) lebih banyak (daripada permintaanmu) ~Abundance~’.”

(Hadits Hasan Shahih, diriwayatkan oleh Ahmad)

Dan diriwayatkan oleh al-Hakim Abu Abdillah dalam al-Mustadrak ‘Ala ash-Shahihain dari riwayat Abu Sa’id al-Khudri, dan dia menambahkan di dalamnya,

أَوْ يَدَّخِرَ لَهُ مِنَ اْلأَجْرِ مِثْلَهَا.

“….atau Dia menyimpankan pahala semisal untuknya.”



Bersabar dan Tenang / Feel good


Diriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W, baginda bersabda,

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُوْلَ: قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي.

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.” -(HR Bukhari)



wallahuaklam,

arjunasetia...don't trust me if you didn't want to

Rabu, 24 November 2010

ATAS NAMA CINTA

PROLOG

Hidupku kini amat bahagia, aku amat bersyukur ke hadrat Allah yang memberikan kebahagiaan yang tiada taranya ini, hidup dikelilingi kasih sayang, cinta, kesenangan yang berkekalan....

Ditambah dengan kehadiranmu, aku tahu, kau amat menyintai diriku, dan saban hari pasti aku akan mendengar kata-katamu ini yang tak pernah jemu kau ucapkan:

*Demi ALLAH, tidak ada sesuatu yang lebih indah dari awak disini...
"Demi ALLAH tidak ada sesuatu yang lebih aku cintai disini selain daripada awak...."

KISAHNYA
Aku masih ingat detik pertama pertemuanku dengannya..

ketika itu aku sedang berjalan di sebuah dataran pesisiran pantai yang amat indah dan tak pernah kujejaki sebelum ini. Aku sendiri bagai lupa jalan pulang. Aku meneruskan langkah dengan harapan bertemu sesiapa yang boleh menunjukkan arah supaya aku dapat pulang ke destinasi asalku.

Tiba-tiba aku terlihat kelibat seorang wanita dari kejauhan. Aku mempercepatkan langkah menuju kearah wanita itu. Dan aku semakin hampir padanya.

Semakin aku mendekatinya, aroma yang amat harum dan mengasyikkan menerpa hidungku. Wanita itu berdiri merenung ke arah laut dan tidak memperdulikan kedatanganku. Selindang putih mentupi bahagian kepalanya berbuai-buai ditiup angin pantai.

" cik..boleh saya tumpang bertanya..."

Dia pun menoleh ke arahku...

MasyaAllah!...alangkah jelitanya wanita ini..tidak pernah kulihat kecantikan yang sebegini rupa! Aku terlopong dan terleka seketika melihat kecantikan wajahnya.Hatiku menjadi terus terpaut padanya. Aku jadi lupa untuk bertanya arah, kerana hanya yang terkeluar dari mulutku adalah:

"siapakah awak ni cik? sudikah menjadi isteri saya?"

Dia terus menjawab dengan selamba:
"Saya Ainul Mardhiah, kalau inginkan saya, masuklah meminang.."

Dengan pantas aku bertanya kembali:
" Betul ke ni?..bagaimana caranya?

Dia menjawab : "Pinanglah aku daripada TUHANku dan berilah mas kahwinnya."

Aku menjadi keliru seketika, dan bertanya lagi: berapa harga maskahwin tu?

" Solat Tahajjud yang istiqamah......
akulah bidadari syurga"
seketika itu juga aku terjaga dari tidurku.....

Demikian kisah yang diceritakan oleh bapa Thabit al-Bunani, seorang ulama tabiin di Basrah, dalam kitab al-Tazkirah oleh Imam al-Qurtubi.


EPILOG

Apa yang dikisahkan didalam PROLOG diatas pula adalah sebuah hadis dari Ibn Abbas, 'uruban ertinya bidadari ini sangat merindui dan mencintai suami-suami mereka. Mereka sering berkata, "Demi ALLAH, tidak ada di dalam syurga ini, sesuatu yang lebih indah daripada engkau. Demi ALLAH tidak ada di dalam syurga ini sesuatu yang lebih aku cintai daripada engkau." Demikian sebagaimana dinyatakan dalam hadis panjang riwayat Abu Ya'la daripada Abu Hurairah.

Kerana besarnya cinta seorang bidadari kepada suaminya, mereka seringkali mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi. Mereka marah apabila melihat calon suaminya ini disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia.

At-Timirzi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dalam kalangan bidadari berkata, “Jagalah engkau wahai isteri yang tidak menghormati suami! Dia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi ia akan segera berpindah kepada kami."

Apabila kita renungkan berbagai-bagai nas yang menceritakan tentang bidadari syurga ini, kita akan dapati bahawa mereka ialah makhluk yang terlalu sempurna untuk dijangkau imaginasi manusia yang terbatas. Kecantikan, kejernihan, kelembutan, dan kewangian tubuh mereka mengatasi wanita mana pun di muka bumi ini.

ALLAH menyebut mereka dengan panggilan hurul ain, iaitu wanita yang berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik. Begitu indah dan jernihnya tubuh mereka, sehingga seakan-akan mereka itu ialah permata yakut dan marjan. (Ar-Rahman : 58)

Dalam hadith al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

"Andai seorang wanita syurga menampilkan diri kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuhlah apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."



WANITA-WANITA MUKMINAT LEBIH CANTIK DARIPADA BIDADARI SYURGA!

Secantik apa pun bidadari-bidadari ini, namun wanita-wanita mukminat jauh lebih cantik daripada mereka, iaitu orang-orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan air wudhuk, melaksanakan solat, dna taat akan suaminya demi mencapai keredhaan ALLAH swt.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waqiah : 35-36)

Menurut beberapa orang ahli tafsir, antara lain Abu al-Hasan al-Mawardi, ayat ini berbicara tentang wanita-wanita mukminat di dunia. ALLAH mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskipun sebelumnya telah menjadi nenek tua yang lemah. Mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan kembali dengan suami-suami mereka di dunia.




KISAH UMMU DARDA'


Ummu Darda', nama asalnya ialah Hujaimah al-Himyariah. Beliau ialah isteri Abu Darda', seorang sahabat rasulullah saw yang hidup di Syam. Ummu Darda' dan Abu Darda' adalah pasangan bahagia.

Suatu hari, Ummu Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMU untuk menjadi suamiku di syurga."

Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu Darda' wafat, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun, isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

Kisah Ummu al-Darda' mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana Allah dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dengan kematian. Akan tetapi, akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.

*Ainul Mardhiah adalah salah satu nama bagi bidadari di syurga

diadaptasi dari: Majalah Solusi isu 24 - karya Umar M Noor
Disusun oleh: arjunasetia

Ahad, 21 November 2010

The LOA's Twin

'Certified Law Of Attraction Facilitator Training Program'
Conduct by Michael J. Losier, Author of The Law of Attraction

Losier's famous step

1. Identify your desire (Kenalpasti Keinginan/Matlamat)

2. Give attention to your desire (Berikan Tumpuan/Fokus Pada Keinginan)

3. Allowing (Membenarkan)








Kuala Lumpur, Oct 2010



Congratulations to En. Mohamad Manmohan Abdullah who was recently added to the Directory of Certified Law of Attraction Facilitators. (Orang kampung aku ni)

Jumaat, 19 November 2010

Syndrom GHBBH

"Anda menarik ke dalam realiti hidup anda, apa yang anda berikan fokus, perhatian dan tumpuan yang mendalam, samada perkara positif atau negatif"..

" ..boleh tak bro jelaskan lebih terperinci lagi pada aku?..masa seminar haritu aku tak berapa fahamla..masa bab Kebebasan kewangan tu aku ngantuk sebenarnya..hehe"

"apa yang kau tak faham Rul?.." aku bertanya semula padanya

" ye lah, kalau ikut prinsip LOA ni, aku dah bagi fokus yang mendalam pada kebebasan kewangan..tapi masih tak nampak apa pun perubahan pada situasi kewangan aku..."

Asrul adalah salah seorang peserta 'kursus-mini' yang aku kelolakan dalam pembabitan awal aku. Asrul seorang yang komited dalam apa yang dilakukan, banyak langkah-langkah yang dipelajarinya, diikuti dengan bersungguh-sungguh. Dia ingin mengubah situasi kewangan keluarganya yang agak meruncing sekian lama. Dia hanyalah seorang kerani di sebuah bank, sudah berkeluarga, mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah, manakala isterinya sudah tidak bekerja lagi kerana kos penjaga anak /baby sitting lebih mahal dan tidak berbaloi jika isterinya bekerja, manakala didikan anak-anak terabai. Begitulah seperti yang diceritakan padaku.

Aku juga pernah bekerja sebagai kerani bank, kerana itu, aku boleh mengagak berapalah sangat gaji Asrul. Boleh dikatakan rata-rata Warga Kota kelas pertengahan seperti Asrul mengalami situasi yang sama: mengidap sindrom GHBBH yang amat merbahaya.

Syndrom GHBBH adalah singkatan kepada : Gaji Habis Bulan Belum Habis.

Kalau dulu Asrul banyak bergantung pada kerja lebih masa (overtime) tapi kini overtime telah dihadkan jam kerjanya. Banyak juga usaha yang dilakukan bagi menanbah ekonomi keluarganya, mereka tinggal dipangsapuri rakyat, isterinya membuat aiskrim malaysia dan menceburi jualan langsung, namun masih tidak mencukupi.

" Aku tanya kau satu soalan, apakah perasaan kau bila aku sebut 'DUIT'?" aku bertanya lagi

" Hehe..ha..ni soalan cepumas..tentulah aku dah ubah cara dan tanggapan aku..kalau dulu bila teringat duit, aku jadi takut, sebab risau teringat hutang, tapi lepas bro ajar, aku dah ubah tanggapan aku pada duit, aku feel kan perasaan gembira dan seronok bila teringat duit..seolah aku ni sentiasa ada duit...betul tak?"

Aku tersenyum mengiakan. Memang benar apa yang dijawab Asrul itu. Risau dan takut pada duit adalah perkara yang patut dihindari kerana ianya hanyalah membuatkan kita menghantar frekuensi menjauhi duit. Sepatutnya kita mesti lebih memikirkan cara penyelesaian bagi permasaalahan duit itu, bukannya membuang masa melayan kerisauan dan ketakutan pada masalah duit itu. Apakah dengan melayan rasa risau dan resah pada hutang dan ketidakcukupan itu boleh membantu kita menyelesaikan masalah kewangan? tentu tidak.

Rezeki perlu dijemput, dan ianya akan datang pada orang yang menjemputnya, yang menyukainya. bukan pada orang yang risau (menunjukkan kerisauan, ketakutan hingga timbul kebencian)padanya.

Petang itu aku masih lagi berada dirumah Asrul berbual panjang dengannya. Sambil menghirup kopi panas yang disediakan oleh isterinya, Asrul memberitahuku bahawa dia sudah sebulan menyertai sebuah perniagaan MLM (Multilevel Marketing). Dia telah mengeluarkan wang tabung anak sulongnya sebanyak RM400 dan dicampur dengan wang simpanan isterinya sebanyak RM300 kerana untuk menjadi ahli MLM tersebut dia perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM700 untuk seumur hidup.

Aku meneliti plan perniagaan MLM yang ditunjukkannya padaku. Plan perniagaan yang menggunakan sistem pairing dengan pulangan yang agak menarik juga. Bagi pendapatku, jika dilakukan dengan cara yang betul, tak mustahil Asrul dapat menjana kewangan dengan berganda-ganda dalam tempoh kurang dari 8 bulan. Produk yang ditawarkan juga amat meyakinkan. Cuma Asrul masih belum berjaya memiliki sesiapa pun (klien)untuk menjadi ahli dibawahnya.

" Saya dah jumpa ramai prospek bro, banyak gak habis airliur dan modal, saya fokus untuk dapat klien 4 orang seminggu, tapi ni dah sebulan, satu pun tak dapat lagi."

" Kau buat follow up tak dengan prospek tu semua?.." aku bertanya

" ada buat bro, tapi ada yang kata nantila..fikir dulula..ada yang betul2 nak tapi nak tanya wife dulula..macam2 hal..eh..sori..termengeluh lak..astaghfirullah.."

Aku hampir sahaja tak tahu apa lagi yang nak kukatakan melainkan menyuruh Asrul bersabar. Tiba-tiba aku terasa ingin membuang air kecil, lalu aku meminta izin menggunakan tandas rumahnya. Asrul membawaku ke dapur rumahnya dan menunjukkan tandas padaku.

Sebaik sahaja aku masuk ketandas, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Tandas Asrul jenis tandas duduk, dan didalam mangkuk tandas itu aku lihat ada duit syiling 10 sen yang sudah agak berkarat didalamnya.



Setelah selesai, aku kembali ke ruang tamu.

"Rul, aku rasa aku nak bagitau sesuatula.."

"Kenapa bro? macam ada yang tak kena je? tandas rumah ni memang berselerak sikit, budak2 ni selalu main"

"Bukan pasal bersepah, tapi aku tengok ada duit 10 sen dalam mangkuk tu, dah lama rasanya, sebab dah berkarat dah. Duit tu walau pun 10 sen, ianya tetap rezeki Rul, kita kena hargai setiap rezeki ni, kalau duit kau biarkan ditempat najis, dan kau biarkan berhari-hari tanpa membuat apa-apa tindakan yang menunjukkan kau menghargai dan menghormati rezeki, cuba kau fikir, apa frekuensi yang kau hantar selama ni?" panjang pulak ceramahku padanya.

Asrul seolah tersentak.."Astaghfirullah, saya tak terfikir langsung sampai ke situ, eh..betul jugak..macam biadap dan tak hormat pada rezeki jer...saya nak pi bersihkan duit tu sekarang jugak"

Aku tertawa kecil melihat Asrul yang kelam kabut. Aku duduk menonton TV sementara menunggu Asrul selesai 'membersihkan' duit syiling itu. Dalam pada itu, talifon bimbitnya berbunyi.

"Abang, boleh tolong jawapkan? " teriak isteri Asrul dari dapur.

Aku kemudiannya menjawap panggilan itu, dan menaklumkan bahawa Asrul berada didalam tandas, pemanggil tersebut kemudian meninggalkan pesan supaya Asrul menghubunginya semula. 20 minit selepas itu Asrul datang kembali keruang tamu dan menunjukkan padaku duit syiling yang telah dibersihkan dan diletakkan dalam sebuah bekas kecil.

"Ni ha..saya dah selamatkan rezeki ni bro...anak2 saya la punya keje ni"

"Ha, tadi ada orang telefon kau, dia suruh telefon semula, nama dia Shaari..."

" Shaari?..eh, jap ya bro , bagi saya call dia kejap"

Asrul kemudiannya menghubungi pemanggil tadi dan berbual-bual di koridor rumahnya, aku tak dapat menangkap apakah perbualannya itu. Beberapa ketika kemudian Asrul masuk semula kedalam rumah dengan wajah yang amat ceria.

" Bro, Shaari ni lah prospek yang saya katakan tu, dia telefon nak bagitau yang isteri dia setuju bagi dia masuk MLM ni, yang bestnya isteri dia dan adik isteri dia pun nak masuk! Malam ni dia nak datang rumah isi borang..Alhamdulillah!"

Syukur Alhamdulillah, tak terkata aku betapa gembiranya melihat Asrul keriangan begitu.

"Bro, mungkin ke pasal duit syiling tu maka selama ni rezeki macam tertahan?"

"Aku tak tahu Rul dan aku tak berani nak komen apa-apa, yang aku tau, rezeki tu dari Allah, apa yang kau buat tadi tu salah satu dari ikhtiar dan komitmen, ialah, dalam Receiving Steps pun kita dah tau yang kita kena sediakan diri kita dalam menerima permintaan"

Aku pulang petang itu dengan satu pengajaran baru: Sentiasa menghargai setiap pemberian walaupun sekecil-kecil pemberian.


Apakah pandangan anda pula pada senario ini?

Wallahuaklam

~everything matters!- butterfly effect~

Selasa, 16 November 2010

Terkena lagi aku

Maksud Firman Allah:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

(An-Nahl:18 )



Assalamualaikum,

Masih ingat lagi artikel Jangan Marah Tak Bertempat, Aku serious Nih!, dimana dalam artikel tersebut saya menceritakan tentang kepentingan menjaga hati kita dari mudah marah walaupun ketika itu kita punyai kapasiti yang besar untuk bersabar.

Hari ini saya ingin menjelaskan selain dari kepentingan bersabar dan redha, kita juga perlu memahami dengan tepat setiap tentang PENGHARGAAN dan KESYUKURAN terhadap setiap permintaan yang kita pohonkan dari Allah. Sila semak artikel Kepentingan Menghargai dan Bersyukur
Apalah gunanya kita sengaja memohon sesuatu yang kita sebenarnya tidak perlukan atau pun memohon sesuatu, akan tetapi bila permintaan ditunaikan, kita lupa bersyukur malah tidak tahu menghargai pemberian tersebut?

Sebenarnya, setiap dari kita memang sentiasa mengingatkan diri supaya bersyukur dan menghargai pemberian, akan tetapi, kadangkala sebagai manusia, kita bersikap lalai dan alfa, dan kadangkala, kerana itulah Tuhan akan menegur kita dengan memberikan kita beberapa masalah supaya kita sedar kembali.

Petang itu saya ke pekan membawa anak saudara untuk membeli hadiah sempena harijadi kakak mereka. Sudah menjadi kebiasaanku untuk melakukan affirmasi dan visualisasi supaya diberikan parking kereta dengan mudah apabila hendak kemana-mana, dan Alhamdulillah, saya memang jarang mengalami masalah ketiadaan parking walaupun ditempat dan waktu yang sibuk.

Sesampai di pekan, saya membelok kearah kedai menjual barangan hadiah dan saya dapati ada 3 parking kosong bersetentang dengan kedai tersebut (dihadapan sebuah bank). Memikirkan hari sudah petang dan jalan memang lengang, saya berasa malas untuk menyeberangkan kereta untuk ke bank tersebut, dan saya mengambil keputusan untuk meletakkan kereta betul-betul dihadapan kedai hadiah itu, yang mana terdapat beberapa buah kereta lain juga meletakkan kereta mereka bersusun disepanjang birai jalan dihadapan kedai hadiah itu.

Setelah itu, saya dan anak-anak buah yang masih kecil-kecil itu terus masuk kekedai dan membuat urusan jual beli. Hampir setengah jam kemudian, urusan jual beli selesai dan kami keluar dari kedai. Saya lihat hanya tinggal kereta saya sahaja yang ada dihadapan kedai itu. Eh, mana kereta-kereta lain yang banyak-banyak tadi menghilang? Mungkin semuanya dah pulang selepas selesai urusan masing-masing.

Bila saya makin hampir ke kereta, saya terlihat ada kepilan kertas dikepilkan pada wiper (pengelap cermin) kereta. Masyaallah, kena saman dah aku ni..
Saman atas kesalahan meletakkan kereta di zon tunda...nasib baik hanya saman, kalau mereka tunda kereta ke Majlis Perbandaran bukan ke lagi haru...

Astaghfirullahaladzim...masa inilah baru saya terfikir semula, "aku dah buat affirmasi ketika keluar rumah, kemudian ada 3 tempat parking kosong disediakan untuk aku, means, doa ku dimakbulkan, tetapi aku tidak menghargai, tak mengambil endah akan pemberian itu, apatah lagi bersyukur, apa gunanya aku membuat affirmasi dan kemudian kufur akan nikmat Tuhan?..

Kejadian ini mungkin hal biasa bagi orang lain, tetapi amat mengesankan pada diri saya tentang kepentingan bersyukur dan menghargai.

Maksud Firman Allah:

"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras".
(Ibrahim:7)

Maksud Firman Allah:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat".
(Ar-Ruum :41)

Semoga Allah mengampuni diriku yang sering lalai dan alpa ni...

Wallahuaklam

Isnin, 15 November 2010

EKSPERIMEN! Setiap kata-kata itu adalah DOA

Kita telah banyak membincangkan di dalam blog ini tentang pergerakkan tarik menarik antara frekuensi positif dan negatif dan tenaga-tenaga berbentuk negatif dan positif melalui apa yang kita cetuskan melalui pemikiran kita dan menghasilkan cetusan itu dalam bentuk realiti kehidupan kita. Mahu atau tidak, kita tidak dapat lagi memandang remah akan apa jua tindakkan kita walau sekecil mana pun kerana 'everything matters' (Sila semak artikel tentang Butterfly Effect). Juga, jika anda masih ingat, saya pernah cuba membuktikan kesinambungan Definisi Tenaga di dalam Hukum Fizik yang tidak lari dari apa yang dijanjikan Allah terhadap perlindungannya pada Kitab Suci Al-Qur'an (Sila semak artikel Al-Qur'an dan tenaga. Dari sini kita dapat memahami bahawa kata-kata itu amat wajar kita berikan perhatian yang mendalam sebelum kita melontarkan sebarang kata-kata yang akhirnya membuatkan kita menyesal di kemudian hari.

Seperti pepatah Melayu: Kerana pulut, santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

“Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”

(HR. Bukhari-Muslim)

Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua penjelasan dari sebuah eksperimen yang menyokong pepatah melayu lama dan juga Hadis Nabi S.A.W diatas, sila ambil sedikit masa untuk membacanya:



Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif

Author: murnihati

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan kata-kata yang Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku “The Hidden Messages in Water” karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yang melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya :

1. Tempatkan sisa nasi yang sudah didiamkan semalaman ke dalam 2 botol dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.

2. Setiap botol di labelkan yang berisi kata-kata.

3. Botol A : “Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

4. Botol B : “Kamu Bodoh, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku gila tidak mau dekat dekat kamu”

5. 2 Botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.

6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :








Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang tidak sedap.

Sedangkan Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Silalah mencubanya sendiri. Kalau di buku di katakan ada yang mencuba dengan tiga botol dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyata beras dalam botol yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata ” Kamu Bodoh”.

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan orang-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yang berasal dari fikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah cara pemikiran timbul dalam batin kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.


Inilah antara sebab kenapa kita digalakkan untuk bercakap perkara yang baik-baik sahaja dan menghindar perkataan yang buruk. Semua benda disekeliling kita ada tenaga@aura tersendiri, semuanya terletak pada diri kita untuk bagaimana tenaga@aura itu berada dalam keadaan positif atau negatif.

Doa adalah senjata orang mukmin, dalam apa saja keadaan dan perbuatan kita sebagai Muslim, kita disarankan untuk sentiasa berdoa memohon yang baik-baik. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-sebesar perkara. Nak ke tandas pun disaran berdoa, nak makan, nak pakai baju, naik kenderaan, nak kaya, nak tenang, semua ada doa dan kata-kata indah yang diungkapkan, semuanya positif.

Video dari Youtube yang memaparkan hasil ujian yang sama



Artikel ini adalah pautan dari:

http://murnihati.kayawan.com/

CREDIT TO: MURNIHATI

Nota: Kerana itulah saya sering menekankan kepada mereka yang inginkan kejayaan melaui pengaplikasian Hukum Tarikan ini, JANGAN memandang remeh pada kaedah AFFIRMASI. Jika masyarakat Barat boleh melakukan satu affirmasi sebanyak lebih dari 200 kali sehari, mengapa kita hanya melakukannya sekali sekala dan kadangkala hanya sekali sahaja ketika berada di seminar atau hari pertama setelah pulang dari seminar, dan selepas sebulan, mengajukan soalan bahawa : tak berapa jadila LOA ni...saya banyak negatif sangat...

Sabtu, 13 November 2010

Renungan

special quotes




~ Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup, sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita... ~ A.A

















~ Never worry about the delay of your success compared to others, because construction of a pyramid takes more time than an ordinary building. ~A.A

Ketegasan yang hak (assertiveness)


Seringkali dalam perhubungan dan komunikasi kita dengan orang lain, kita tidak dapat lari dari perselisihan pendapat dan sebagainya, yang mana semua ini boleh menimbulkan perasaan tidak puashati atau lebih mudah untuk dijelaskan dengan perkataan 'marah'. Perasaan tidak puashati dan marah ini adalah normal kerana kita adalah manusia yang memang dianugerahkan perasaan sebegini.



Dalam perbincangan kali ini, saya ingin mengajak anda semua membezakan antara kemarahan dan 'ketegasan'. Cuba apabila setiap kali kita didatangi perkara seperti ini, kita fikirkan sejenak adakah wajar untuk kita menegakkan pendapat kita, (atau apa jua isunya) dengan marah?

Cuba bezakan diantara marah, dengan ketegasan. Ketegasan kadangkala memang memerlukan kekerasan (yang menunjukkan kemarahan), ada juga ketegasan yang tidak memerlukan kita berkeras, tetapi lebih cool, tetapi tetap tegas. Contohnya seorang ayah yang tidak mengizinkan anaknya keluar rumah pada malam itu, dia boleh menghalang anaknya dari keluar dengan kekerasan, gertak dan lain-lain bentuk yang menunjukkan kemarahan, ATAUPUN dia tidak perlu menunjukkan sebarang tanda kekerasan, tetapi tetap tidak memberikan keizinan pada anaknya, dengan memberitahu secara jujur, mengapakah/ apakah alasan yang menyebabkan dia tidak dapat memberikan keizinan kepada anaknya yang mana jika ayah ini kreatif dan bijak menyentuh jiwa nurani anaknya, mungkin dengan rela hati anaknya akan akur.

Buatlah pilihan, marah atau tegas, yang manakah lebih sesuai, dengan keadaan-keadaan yang tertentu. Percaya atau tidak, sikap berdiplomasi lebih membuatkan orang lain akan akur dan , malah bertambah hormat kepada kita. Manakala sikap menunjukkan marah mungkin hanya akan menunjukkan kebodohan dan kelemahan diri kita.

Affirmasi sebagai ikhtiar

Cuba latih diri kita dengan affirmasi sebegini setiap hari:

Aku akan sentiasa berakhlak/berperilaku lebih adil dalam perhubungan sesama manusia. (Hablumminannas)


"I always behave with respect when dealing with others".


Semoga apabila setiap kali kita berhadapan dengan situasi yang membuatkan kita ingin melenting atau marah, affirmasi ini akan muncul dan membantu kita untuk bertenang dan bertindak lebih adil.

INGAT: Pesan Rasulullah S.A.W : " Jangan kau marah..engkau jangan marah...dan janganlah engkau marah.." (Nabi S.A.W mengulang sebanyak 3 kali) apabila seorang sahabat datang berjumpa baginda meminta nasihat supaya diberikan suatu amalan yang berguna.

Mungkin dengan sikap mementingkan ketegasan yang lebih diplomasi ini, anda akan dilihat seperti kalah atau 'tidak macho', akan tetapi ketahuilah, sebenarnya dalam jangka panjang andalah pemenang kerana dengan sikap sebegini, anda akan dihormati orang walaupun oleh musuh ketat/musuh tradisi anda (jika ada). Dan, sikap mudah menunjukkan kemarahan (walaupun anda benar), tetap hanya akan membuatkan individu lain hilang hormat pada anda, dan yang paling teruk sekali ialah:

" anda hanya akan kelihatan bodoh ketika anda marah"

'before anyone said, i'll make a reminder: this article applies to me too'

wallahuaklam

Jumaat, 12 November 2010

Kita menarik apa yang kita fokuskan

Dalam ceramah motivasi selalu dengar perkataan Law of Attraction atau Hukum Tarikan. Cari-cari dalam internet dapatlah bahan ini yang saya petik dari www.zuhairinopiah.com.

Law of Attraction atau Hukum Tarikan adalah satu hukum Allah yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.

Mengikut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron. Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu. Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama. Ini boleh difahami jika kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.

Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:

“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith Qudsi di atas, Allah menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya. Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka Allah akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu. Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka Allah akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya.

Bukankah ia sama dengan LOA? Perkara yang baik akan menarik perkara yang baik-baik. Begitu juga sebaliknya. Inilah antara sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik atau husnuzzon, kerana LOA adalah DOA.

Pentingnya mengetahui LOA

Kenapa saya sebutkan bahawa ilmu ini penting? LOA merupakan asas untuk manusia berjaya di dunia dan akhirat kerana LOA adalah DOA.

Setiap insan ingin berjaya, dan setiap kita tidak boleh menyampaikan impian yang diingini kepada Tuhan tanpa berdoa. Malah secara tidak sedar pun kita sentiasa berdoa kerana Allah bertindak sebagaimana sangkaan dan tindakan hamba-hambaNya.

Saya sangat yakin ilmu ini dapat membantu kita mengetahui rahsia kenapa sesetengah manusia begitu berjaya dalam hidupnya. Sesetengah manusia pula kelihatan begitu sukar dalam mencapai impian masing-masing.

Tahukah anda bahawa 1% daripada manusia (orang kaya) meraih 96% daripada kekayaan dunia? Kejayaan mereka bukanlah rahsia lagi. Kita juga boleh mencapainya jika rajin belajar, bersikap terbuka, gigih mengamalkan ilmu yang ada dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Dalam usaha membantu rakan-rakan mencapai impian masing-masing, saya telah membuat kajian intensif tentang LOA. Hasilnya, terciptalah Modul “LoUA: Rahsia Kejayaan dan Kebahagiaan”. Modul dan program ini bukan sahaja memberi gambaran kepada anda tentang LOA. Ia juga dirangka khas untuk membetulkan salah faham yang ada dalam ilmu LOA daripada Barat.

Sebagai contoh, ada di antara sarjana Barat yang menyatakan bahawa kita perlu meminta daripada alam kerana alam akan ‘mengabulkannya’. Dalam program ini, kami menekankan bahawa segala hajat perlu dipohon hanya kepada Tuhan. Dalam masa yang sama, alam perlu dihormati dan diuruskan mengikut cara Tuhan supaya pekerjaan kita diberkati dan diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Setelah memahami bahawa LOA adalah DOA, kita sepatutnya menjadi insan yang sentiasa positif. Walau apapun cabaran dan kesusahan yang menimpa, hadapi dengan tenang dan redha kerana kita sedar bahawa tindakbalas kita akan menentukan apa yang kita terima.

Saya berdoa agar Allah ikhlaskan hati saya berkongsi sesuatu yang bakal merubah hidup tuan puan. Saya juga berdoa agar kita semua diberi hati yang bersih supaya dapat mengingat dan mengamalkan semua ilmu yang dipelajari hari ini. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar dan Menyempurnakan Hajat.

Salam kejayaan dan kebahagiaan!

Artikel ini dipetik dari blog Saodahajil's:
Credit to Puan Saodah Ajil

http://saodahajil.wordpress.com/2010/11/03/kita-menarik-apa-yang-kita-fokuskan/

Isnin, 1 November 2010

LOA's with kids

'Melentur buluh biarlah dari rebung' kata pepatah Melayu. Memang benar, corak pemikiran perlu disemai kepada manusia dari usia kanak-kanak lagi, kerana ketika inilah proses pembelajaran dan waktu yang amat aktif bagi mereka mengumpul info dan maklumat yang akhirnya membentuk 'Sauh' yang melayari kehidupan mereka seterusnya.

Maka atas tujuan ini, beberapa program telah dijalankan untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak dengan pendekatan yang lebih santai dan menarik agar mereka dapat memahami kepentingan berfikiran positif dan memiliki 'second opinion' yang baik sebelum membuat sebarang 'conclusion' atau kesimpulan negatif ke atas sesuatu perkara yang dialami.









Doaku semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah. Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program-program ini.

Memberikan Tumpuan adalah Penting

Dalam usaha kita untuk memiliki sesebuah impian atau keinginan, kadangkala kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk melakukan usaha ataupun komitmen yang perlu kita lakukan. Ramai yang bertanya,

"Bukan kah kita mesti berusaha mendapatkannya jika kita inginkan sesuatu? Takkanlah hanya dengan memberikan fokus, menulis keinginan dan affirmasi sahaja? Bukankah ini 'berangan Mat Jenin" namanya?

Disini saya ingin menegaskan bahawa komitmen atau usaha itu amat penting, tidak sesiapa pun yang pernah mengajarkan bahawa sesuatu matlamat itu dapat dicapai hanya dengan bermimpi sahaja. Apa yang kita praktikkan melalui Hukum Tarikan ini adalah
bagaimanakah perasaan/ getaran yang sepatutnya kita ada atau lontarkan didalam kita melakukan usaha/komitmen tersebut.

Atau pun yang bertanya itu, mungkin sebenarnya tidak memahami atau mengikuti sepenuhnya semua langkah-langkah (Step 1 hingga Step 5) yang telah dibincangkan. Ingin saya ingatkan disini, bagi pembaca yang telah memiliki ebook Husnuzzon dan Hukum Tarikan, jangan membaca separuh atau secara melangkau (skip) kerana inilah yang akan berlaku jika anda tidak memahami keseluruhan topik yang ingin disampaikan.

Saya juga sering melihat, peserta seminar yang tidak memberikan penumpuan ketika topik-topik sedang dibincangkan, ada yang berbual sesama sendiri menceritakan kaitan atau bukti2 yang pernah mereka lalui apabila didedahkan dengan idea-idea dari topik2 tersebut, sesama sendiri. Sepatutnya anda kongsikan didalam seminar, bukan berbisik-bisik sesama sendiri hingga anda tidak dapat mengikuti perbincangan seterusnya.

Akibatnya, ada beberapa perkara penting yang anda telah terlepas, dan akhirnya anda keliru dan kebingungan sendirian.So, don't ask me any silly question again.
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]