Jumaat, 8 Oktober 2010

Sepetang di Raudhatus Sakinah




Ini adalah entah kali ke berapa aku kesini, sebagai penceramah undangan kepada remaja-remaja disini. Adik-adik disini amat bercahaya dan tawadhuk wajah mereka, kesan dari amalan Qiam setiap malam, dan pelbagai lagi ibadah yang telah mereka jalani.

Kesemua mereka semakin positif, malah aku amat menghormati dan mengkagumi semangat dan potensi yang ada pada mereka.

Aku sentiasa mendoakan semoga Perlindungan dan Rahmat Allah sentiasa mengiringi mereka, amin.








Tentang Raudhatus Sakinah

Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selamatkan Satu Jiwa

Derma atau sumbangan amat diperlukan dibawah program Selamatkan Satu Jiwa untuk menampung kos pembiayaan dan pengurusan RS. Melalui sumbangan ini juga lebih ramai remaja yang menjadi mangsa gejala sosial berpeluang mendapat perlindungan dan bimbingan di RS. Sumbangan boleh dilakukan di atas nama:

WANITA JIM RAUDHATUS SAKINAH
Bank Muamalat Taman Melawati
No Akaun: 14030000499716

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]