Rabu, 27 Oktober 2010

Saya dah terfikir nak bunuh diri!



Sepi dan hening seketika. Fikirannya seolah terhenti . Tak mampu untuk berfikir apa-apa dalam situasi itu. Segalanya seakan telah hancur, tiada apa-apa lagi harapan untuk dirinya. Hancur...Musnah..Segala kepercayaan dan sanjungannya semuanya telah dihempas punah begitu sahaja oleh insan yang selama ini amat dicintainya. Kalau dulu dia mendengar cerita-cerita dari rakan-rakannya, ah..dia masih tidak mahu mempercayainya. Tapi hari ini, di depan matanya sendiri! Masih terbayang betapa intimnya kemesraan Faizul dengan wanita itu, ahh..dia tak sanggup untuk membayangkannya lagi.......dengan langkah longlai dan dada yang sebak, Ayuni menuju ke pintu LRT untuk pulang.

"Masa tu saya dah fikir nak bunuh diri je bro! Bukan kali pertama saya diperlakukan begini oleh lelaki, bro...dah masuk kali keempat"

Dia bercerita padaku dengan penuh perasaan.

"Semuanya hanya menggunakan saya untuk duit. Kata pinjam, tapi bayarnya adalah sesekali, yang lain tu..kira burn je la. Saya ni pulak jenis yang cepat kesian, dan tak reti pulak nak menolak..apatah lagi kalau dengan orang yang saya cintai...."

Aku mengangguk-nganguk (kira empatik listener la kononnya, )

"Tapi yang saya hairan tu bro, napa semua lelaki yang saya jatuh cinta, semuanya berperangai sama aje?..Nama aje lain.."

Selepas dialog itu, aku tak memberi peluang lagi pada Ayuni untuk berkata-kata. Aku menerangkan dengan detail padanya tentang apa yang dilaluinya dari persepsi Hukum Tarikan. Tentu anda semua sedia maklum bahawa prisip asas LOA adalah:

"Anda menarik ke dalam hidup realiti hidup anda, segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian yang mendalam, samada perkara positif atau pun negatif"

Apa yang ku lihat, dia terlalu memberikan perhatian pada sikap lelaki YANG TIDAK DISUKAINYA, YANG INGIN DIHINDARI, YANG DIBENCI. Bukan kepada sikap atau
ciri-ciri watak lelaki yang menjadi keinginannya.

Dan perbuatannya suka menceritakan/membawa cerita/memperbesarkan sikap lelaki yang dibencinya ini, hanya membuatkan dia memberikan fokus pada perkara tersebut, yang mana getaran yang dikeluarkan oleh gelombang fikirannya menarik kembali kedalam realiti hidupnya tenaga-tenaga berbentuk apa yang sering diberi perhatian olehnya: Lelaki yang ingin dihindari/ kekecewaan dalam percintaan/ Ditipu!

Jangan salahkan takdir dengan mengatakan Allah yang telah mentakdirkan ke atas diri kamu untuk melalui kekecewaan itu.

Maksud Ayat:

“apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
(An Nisa' : 79)

Maksud hadis Qudsi:
Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia berprasangka
dengan apa yang ia inginkan.


( penulis: bukan dengan yang ia risaukan atau khuatirkan)
Riwayat At-Thabrani dan AlHakim.

Seterusnya aku memberi cadangan padanya untuk melakukan beberapa langkah bagi mengubah atau menukar cara dia berfikir dan berusaha memberikan fokus pada apa yang diinginkan dan disukai olehnya.

Aku mencadangkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengan detail dan lengkap.

PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU

1.TINGGI : LEBIH DARI 1.55M

2.BERAT : 65KG , SIHAT ZAHIR BATIN

3.WAJAH : KACAK, HANDSOME, MANIS

4.SIKAP : BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN

5.KARIER : KERJA OFFICE HOUR...

6.USIA : LEBIH TUA 33-44THN...

7.HUBUNGAN : AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI

DIA JUGA MENY AYANGI AKU SEPENUH HATI

AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA.

DIA JUGA MENERIMA *KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.

*KEADAAN: KELEBIHAN, KEKURANGAN, KELEMAHAN, KEISTIMEWAAN


8.KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI

9.PERHUBUNGAN : KEKAL KE AKHIRAT.

Ketika ciri yang ke 3 dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata padaku: Bro, saya tak kisah, kalau tak hensem pun tak pe, asalkan baik dan bertanggungjawab.

Disini aku bertanya padanya, jika dia diberikan pilihan apakah pilihan dirinya sendiri. Dia menjawab, tentulah yang handsome!..tapi rasa macam malulah nak mohon macam tu pada Allah.

Aku bertanya semula, nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi setiap hari mohon dimasukkan kedalam syurga, kamu tak rasa malu pulak?

Nikmat mendapat suami handsome tu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi yang itu kamu tak ada rasa malu pun? kenapa nak mohon perkara kecil macam tu kamu rasa malu? dan kita kena faham, Pemberian Allah tu Maha Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu wara', baik dan bertanggung jawab. kamu kena percaya dan fikir begitu.

Dia tak menjawab, cuma tersenyum dan mengangguk-ngangguk (berfikirlah tu agaknya)

Setelah itu, aku mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat sekadar yang termampu dan membacakan senarai tulisannya itu didalam solatnya. Setelah itu, aku juga mencadangkan supaya dia membaca senarai itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa affirmasi yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun aku ingin dia sentiasa 'husnuzzon' bahawa dia telah bermohon pada Allah, Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'menerima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen dan 'bersedia menerima /receiving steps' juga telah kubincangkan dengannya pada pertemuanku yang seterusnya.

Yang nyatanya, dia benar-benar melakukan segala cadangan tersebut dengan bersungguh-sungguh. Apa salahnya mencuba, bukannya kene keluar modal pun..

Selepas pertemuan kedua, aku tidak mendengar apa-apa berita dari Ayuni, aku hanya berdoa agar dia beroleh ketenangan dalam hidupnya.

Maksud Firman Allah:

Dan Kami (Allah) jadikan kamu berpasang-pasangan. (An-Naba:8)

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui"
(Yasin : 36)

"Dan SEGALA SESUATU Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah." (Adz-Dzariyat: 49)


Hampir 2 bulan selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari Ayuni..

"Assalamualaikum, busy ke bro?.."

"Waalaikumsalam..tak busy pun, Ayuni..lama tak dengar khabar?..macamana sekarang?"

"Entahla bro, saya nak bagitau ni, ada masalah sikit"

"Owh..apa halnya, share lah (dalam hatiku...husnuzzon..jgn fikir apa2 yang tak elok)"

"Macam ni..step yang bro ajar tu power betulla...sekarang ni ada 3 org lelaki yang tengah bagi perhatian kat Yuni..tiga2nya ada ciri2 yang hampir sama je dgn apa yang yuni tulis tu.."

" oops..3 orang?..ha..bagusla tu, whats the problem?"

"Yelah, tak tau nak pilih la pulak sebab tiga2 hensem, baik, dan berbudi bahasa, rasa sayang lak nak pilih..."

Aku tertawa kecil mendengarkan. Aku menasihatinya supaya melakukan istikharah dalam hal-hal yang sedemikian. Pertengahan tahun itu aku menerima kad jemputan kahwin daripada Ayuni dan dialamatkan ke rumahku. Kepada: Sifu Loa..Thanks for your advice..


Syukur Alhamdulillah...Allah Maha menyayangi sekalian hambaNya.

Jodoh, Ajal dan Kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.

Maksud Hadis:

Dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW:

Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak ketentuan Tuhan melainkan DOA.” - Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.

Wallahuaklam

artikel asal oleh taalidi (arjunasetia)

p/s: Ayuni,(bukan nama sebenar), jangan marah ya, sebab I tulis kisah ni...huhu.

Terbit untuk iluvislam pada 7th Mar 2011 : LINK

8 ulasan:

  1. salam,

    bestnye....
    baguslah bro talhah ni...

    :D

    BalasPadam
  2. thanks...saya tidaklah lebih baik dari anda semua

    BalasPadam
  3. Salam..

    Subhanallah, bestnya baca kisah ni
    Pasti ALLAh syg bro lebih2 lps ni..
    TQ nice share

    BalasPadam
  4. thanks,..mudah-mudahan..sememangnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    BalasPadam
  5. nice story bro,cuma saya ingin tanya,betulke jodoh dah ditetapkan? ada mana-mana hadis?
    sekadar bertanya ^^

    BalasPadam
  6. terimakasih tuan Cerah Jeff, untuk persoalan itu saya telah hantarkan pandangan saya melalui email tuan, micro_bash.

    BalasPadam
  7. . .Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau
    Assalamualaikum bro Cerah Jeff ;).
    Sesunggunya, setiap kehidupan ini telah Allah takdirkan. Bahkan syurga dan neraka pun dah Allah tentukan.

    Jangan pula kita kata " kalau begitu ,Allah zalimlah.Sebab awal2 lagi dah tulis ahli syurga atau neraka."

    Tidak. . .Allah tahu apa yang akan terjadi kedepan nanti. Allah tahu bagaimana sikap dan perasaan kita . .

    Hadithnya :

    berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): “Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”

    -muttafaqun’alaih-

    BalasPadam
  8. terbaik la bro..hehhehe.. :D
    nak cuba la pas ni
    tq share

    I LOVE ALLAH BUT ALLAH LOVE US MORE

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]