Ahad, 17 Oktober 2010

The Butterfly Effect / Kesan Rama-Rama

Assalamualaikum,

cuba luangkan sedikit masa untuk menonton video 2 minit ini,

'kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak atas segala tindakkan kita didunia ini'

Klik pautan ini:

The Butterfly Effect Movie:

Dah tengok ya, untuk memahami Butterfly Effect atau Kesan Rama-Rama a.k.a Efek Kupu-kupu ini, mari kita bincang dengan lebih lanjut lagi.

Sejarah awal

Edward Norton Lorenz menemui kesan rama-rama atau apa yang menjadi landasan kepada 'teori chaos' pada tahun 1961 di tengah-tengah pekerjaan rutinnya sebagai peneliti meteorologi. Dia dilahirkan pada 23 Mei 1917 di Amerika Syarikat dan memiliki latar belakang pendidikan di bidang matematika dan meteorologi dari MIT. Dalam usahanya melakukan kajian ramalan cuaca, dia menyelesaikan 12 persamaan non-linear dengan komputer. Pada awalnya dia mencetak hasil perkiraannyaa di atas sehelai kertas dengan format enam angka di belakang koma (...,506127). Kemudian, untuk menjimatkan waktu dan kertas, dia memasukkan hanya tiga angka di belakang koma (...,506) dan membuat cetakkan semula pada kertas yang sama yang telah dicetak sebelum ini (recycle). Sejam kemudian, dia dikejutkan dengan hasil yang sangat berbeza dengan yang diharapkan. Pada awalnya kedua objek cetakkan tersebut memang tercetak dengan rapat, tetapi sedikit demi sedikit bergeser sampai membentuk corak yang lain sama sekali.Objek yang dicetak hasil pengiraan komputer yang sebelumnya berhimpit rapat lambat laun menyimpang dari yang sepatutnya malahan membentuk suatu pola indah mirip sayap rama-rama. Secara dramatik (dengan pembulatan 0,000127),



Teori Chaos yang didasarkan dari kesan rama-rama ini boleh dijelaskan dengan:

“Satu kibasan kecil sayap rama-rama di hutan Amazon di Brazil, mampu mencetuskan puting beliung di Texas, Amerika Syarikat beberapa bulan kemudian.”

Teori Chaos sendiri bererti sebuah sistem matematik yang peka terhadap perubahan awal, atau sedikit perubahan awal pada sistem dapat mengubah kondisi keseluruhan sistem tersebut secara dramatis.

Jika di lihat dari sudut lain, kesan rama-rama ini membawa maksud bahawa perbuatan kecil dalam hidup kita sebagai pergerakkan sayap rama-rama memiliki erti yang besar dalam sejarah dunia yang mana diibaratkan sebagai angin puting beliung. Setiap hal yang dilakukan manusia di dunia akan berpengaruh besar dalam sejarah dunia walaupun hal itu sering dianggap remeh seperti mengambil sebuah paku di tengah jalan. Kita sendiri tak tahu mengapa kita berada di situasi yang kita miliki sekarang. Mungkin jua kita sepatutnya sudah menjadi seorang CEO atau pun sepatutnya kita sekarang sepatutnya sedang berdiri di depan khalayak ramai yang sedang meraikan kemenangan kita dalam Sukan Komanwel.

Tentu saja peristiwa lalu yang besar maupun kecil itu mempengaruhi semua hal yang terjadi dimasa kini. Semua sejarah yang terjadi di dunia ini merupakan kombinasi hasil dari seluruh perbuatan yang dilakukan manusia. Benar, segala yang berlaku adalah hanya dengan izin Allah, akan tetapi manusia diberikan pilihan untuk memilih amal perbuatan, membuat keputusan dan tindakan-tindakan mereka sendiri. (untuk info lanjut sila klik http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/04/parellel-kehidupan.html

Setiap manusia memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung pada sejarah dunia. Jadi, sebenarnya kita hidup dalam dunia penuh akan pintu-pintu kemungkinan dan pilihan-pilihan rawak. Peristiwa sekecil apa pun dapat membuka sebuah pintu sejarah dan menutup pintu lainnya. Dan sejarah dunia hanya mencatat satu-persatu pintu-pintu yang dilaluinya.

Sering kita mengklasifikasikan sesuatu perkara itu sebagai kecil atau besar, justeru yg kecil itu dianggap tidak penting maka dipinggirkan. 'Butterfly effect' menjelaskan , ada waktu-waktuya perkara kecil itu menjadi punca malapetaka besar di tempat dan waktu yg lain.

Untuk mencipta kejayaan besar, kita perlu bermula dgn kejayaan kecil; Dan untuk menghapuskan masalah besar, kita perlu menghapuskan masalah kecil dahulu. Tapi rasa saya, tak ramai yang mahu menerima prinsip begini, baik di peringkat rakyat hinggalah ke peringkat penggubal dasar dan undang-undang sesebuah negara.

Mereka ini kalau mahu melakukan sesuatu usaha yang besar, mesti pula bermula dengan langkah yang besar juga. Jika tidak sanggup, kata mereka, lebih baik jangan berbuat apa-apa.

Cubalah derma RM2 melalui SMS, akan ada yg bertanya, apalah yang boleh dibeli dgn RM2? Mungkin pula ada golongan yang akan berkata apa masalahnya dengan kenaikan harga petrol 30 sen?

Kalaulah lah setiap dari kita menjiwai 'butterfly effect' ini, saya yakin banyak masalah besar baik sosial, ekonomi mahupun politik dapat di selesaikan.

Kita bercakap mengenai kemerosotan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita, tapi kita juga yg masih ‘ringan mulut’ mengeluarkan kata2 kesat, mengumpat, atau sebaliknya masih ‘berat mulut’ melafazkan kata2 sakti ‘sila’ , ‘tolong’, ‘terima kasih’ dan lain-lain.

Kita bercakap mengenai sampah sarap merata-rata. Tapi kita sendiri yg masih membuang tisu, puntung rokok, kulit kacang menerusi tingkap kereta dengan alasan bernas, ianya ‘biodegradable’.

Kita bercakap mengenai maksiat berleluasa dan asyik menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak melakukan penguatkuasaan. Tapi kita juga yang masih mendekati cabang-cabang maksiat yang kita anggap ‘kecil’ kesannya seperti masih juga bertukar-tukar 3gp melayu boleh melalui bluetooth dengan telefon bimbit rakan. Atau membiarkan anak sendiri berpakaian tak tutup aurat, malah ada yang singkat hingga nampak pusat!

Kita bercakap mengenai rasuah peringkat tinggi, tapi kita juga masih ‘curi tulang’ kat kantin pejabat, masih mengambil cuti sakit atau buat tuntutan tambang yg boleh dipertikai kesahihannya.Dan pelbagai macam perkara lagi yang terlalu banyak jika ingin dijelaskan satu persatu.

Namun,jangan sesekali memandang rendah kepada usaha anda, sekecil mana pun ia kelihatan. Sebutir duri yg kita buang di jalan itu, mungkin saja boleh membawa kita ke Syurga Allah S.W.T.
Semuanya bermula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya dunia.

Antara masalah yang kita hadapi sekarang adalah isu pemanasan global yang terjadi karena tindakan dan sikap manusia yang merosakkan alam. Sekecil apapun perbuatan baik kita akan membawa pengaruh besar pada dunia dan akan mendapatkan penghargaan besar disisi Allah SWT.

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

(Ar.Rum:41)

Antara hal yang ingin saya tekankan disini yaitu:
• Janganlah kita menganggap remeh dosa kita
• Jangan ragu untuk melakukan perbuatan baik walaupun itu perbuatan kecil

Sebagai pengamal Hukum Tarikan, kita sedia maklum bahawa kita mestilah sentiasa memberikan 'positive approached' pada apa jua tindak-tanduk, pemikiran, pandangan dan keputusan kita. Jika ingin dikaitkan Hukum Tarikan dengan Kesan Rama-Rama ini, bolehlah dibuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa, satu tindakan kecil kita yang positif pada hari ini, akan membawa kepada perubahan-perubahan positif lain yang lebih besar kepada kita dimasa akan datang.

Wallahuaklam

Disusun oleh : taalidi

Sumber: 1. http://syafaalqadri.wordpress.com/2008/08/03/efek-kupu-kupu-the-butterfly-effect/
2. http://abgjas.blogspot.com/2006/07/kesan-rama-rama.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]