Rabu, 21 Julai 2010

Tuliskan Keinginan Anda!

Ingat lagi artikel saya dalam salah satu siri kuliah husnuzzon bertajuk KenalPasti Keinginan Anda?
http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/04/dalam-membicarakan-soal-keinginan-kita.html

Kita memang disarankan membuat satu senarai (listing) tentang keinginan dan matlamat serta target kita yang ingin kita capai dalam kehidupan kita. Senarai ini amat penting sekiranya kita benar-benar inginkan impian kita tercapai. Ianya merupakan salah satu langkah dalam mengaplikasikan kaedah husnuzzon. ramai yang apabila ditanya, masih belum melakukannya lagi dengan alasan,: belum ada masa, tak sempat lagi dan lain-lain. Terserah..'belum ada masa' itu pun satu affirmasi juga. Jadi, kalau listing sendiri pun malas nak buat, apatah lagi visualisasi.

Tetapi pada mereka yang benar-benar komited dan yakin, dan telah melakukannya, mereka telah juga merasai kepentingan 'listing' ini. Akan tetapi jangan lah pula 'listing' ini disimpan dan tidak dijengok lagi. Memang penting untuk merahsiakannya supaya tidak menjadi bahan ketawa oleh manusia-manusia yang tidak memahaminya akan tetapi, perlu juga dibaca setiap hari sekurang-kurangnya sekali disamping berdoa moga dimakbulkan dan permudahkan untuk memilikinya. Seiring itu, affirmasi-affirmasi yang sesuai dan telah dipilih penting.

Jadi, aku ni hanya mengingatkan sahaja, bukan memaksa..terserah.


Cuba lihat klip video dibawah ini, semoga anda semua mendapat motivasi darinya.

Selamat menonton. (Nak Klik kat Video ni pun malas gak?...sukahatila..)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]