Ahad, 11 Julai 2010

Penemuan Ilmuan Islam Zaman Silam

"Kita selalu dimomokkkan bahawa apa jua ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan hebat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan



Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan. Begitu juga dengan Ibnu Sina yang telah ditenggelamkan nama asal beliau sebagai 'abecenna'. Barat mengakui bahawa kajian Ibnu Sina mengatasi Hipocrates (Bapa Perubatan Greek) dan Ibnu Sina diperakui sebagai 'Bapa Perubatan Moden'.


2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.



3. Mesin Terbang




Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.


4. Universiti




Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.


5. Aljabar



Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud (AlGebra). Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik



“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.



7. Muzik


Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah guitar (al-qhitarah),gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga berasal dari alfabet Arab. Chords 'do, re, mi' yang digunakan sekarang juga untuk bermain guitar juga didasarkan dari chord 'do, re, mi' Arab.




8. Berus Gigi




Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.


9. Takal/ Crank




Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

TAMBAHAN:

UMAT ISLAM ZAMAN SILAM BELUM DIJAJAH PEMIKIRAN MEREKA (GHAZWUL FIKRIY) DAN MEREKA MENGAMALKAN KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN HUSNUZZON DAN POSITIF THINKING, DAN HAL INI YANG TELAH TIADA PADA KITA HARI INI DAN MEMBAWA PADA KEMUNDURAN DAN KERUNTUHAN UMAT ISLAM HARI INI.


Sebarkan artikel ini untuk menunjukkan kehebatan Islam, semoga ada dari anak cucu kita berjaya mencipta sesuatu yang baru dan tidak terlalu tunduk dengan momokan orang Barat.

Artikel oleh: blalang

Dipetik dari: http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6208

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]