Sabtu, 17 Julai 2010

Miliki Body Image yang positif!




Body Image merupakan konsep atau persepsi (sangkaan tetap) yang di miliki seseorang mengenai penampilan fizikalnya. Seseorang yang berasa puas dengan penampilan fizikalnya boleh dikatakan mempunyai body image yang positif. Orang yang memiliki body image positif bererti dapat menghargai dirinya seadanya.



Berikut merupakan beberapa tips untuk ibubapa mengajar body image positif kepada anaknya :

* Jangan mengkritik tubuh sendiri.Ini akan memberi contoh kepada anak untuk tidak puas hati pada diri sendiri.

* Jangan melakukan diet tidak sihat.Ini kerana anak anda mungkin akan menirunya.

* Sering melakukan perbincangan dengan anak anda.Contohnya tentang kebimbangan anak anda tentang tubuhnya.Dengar dengan penuh perhatian dan jangan ketawakannya.

* Jangan mengkritik pakaian yang dikenakannya,walaupun anda tidak menyukainya.Ini kerana hal itu akan meruntuhkan kepercayaan pada dirinya.

* Jangan bandingkan dia dengan orang lain. Hal itu dapat membawa ketidakpuasan anak anda akan tubuhnya.

* Berikan pujian dan galakkan pada anak anda ketika dia selesai bersiap untuk keluar rumah samada berjalan-jalan atau ke sekolah. Ini sangat penting!!

1 ulasan:

  1. Aku tak faham lah mengapa ramai sangat ibubapa melayu yang suka memperleceh dan memperlekehkan anak mereka sendiri dan seiring dengan perlekehan itu, mereka memuji anak orang lain pula. Tak sedar ke perbuatan ini hanya membentuk peribadi lemah, tak berkeyakinan, negatif dan benci diri pada anak-anakmu.

    Kasihanilah anak-anakmu, hargai kehadiran mereka didalam kehidupanmu..

    INGAT:

    Apabila anak-anak anda berdoa:

    Ya Allah, Kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihiku diwaktu kecil...

    SO? apa yang akan kamu dapat bila doa ini dimakbulkan, jika semasa anak kamu kecil kamu sering memperlekehkan mereka?..

    Kamu akan menerima PERLEKEHANlah pula..wahai ibubapa!

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]