Selasa, 27 Julai 2010

Info Terbaru untuk Secret Shifter Anda!!


Assalamualaikum,

Ingat lagi artikel lepas tentang kepentingan memiliki Secret Shifter (SS) ?
Kalau dah lupa atau belum ada masa nak baca, sila semak pada LINK

Hari ini saya nak berkongsi tentang satu perkara yang saya rasakan agak penting untuk kita dalam menyenaraikan Secret Shifter.

Beberapa hari lalu saya dilanda beberapa masalah yang memberi tekanan kepada saya dan ingin saya nyatakan disini, semua Secret Shifter saya tak berkesan! Alhamdulillah, kaedah pernafasan dan EFT banyak membantu saya kembali feeling good.

Saya pun terfikir, mengapakah Secret Shifter ini kadang kala berkesan dan kadangkala tidak? Jawapan yang saya temui ialah :

Kita mesti sentiasa memperbaharui senarai Secret Shiter kita dengan perkara-perkara lain yang baru tetapi jangan membuang langsung yang lama. ini adalah kerana, kadangkala, senarai yang sama sudah tidak berjaya lagi mempengaruhi mood kita kerana telah berulang kali digunakan. (Jiwa telah membina sistem imuniti terhadap SS itu)

Kedua, SS berbentuk muzik atau lagu, selalunya ia amat berkesan diantara SS yang lain, akan tetapi, baru sekarang saya memahami cara menggunakan SS berbentuk muzik atau lagu dengan cara yang betul dan tepat. Sila teruskan pembacaan.

Ketika kita sedang berada didalam mood sedih, atau mood-mood lain yang negatif, MEMANG amat susah untuk secara tiba-tiba memaksa diri kita memutarkan lagu yang ceria dan gembira. Mood sebegini jika amat kuat pengaruhnya keatas jiwa kita,akan membuatkan kita hanya ingin mendengar atau melayan lagu-lagu yang se'frekuensi' dengan mood kita, contohnya lagu sedih ketika sedang bersedih.

Oleh itu, kita boleh memanipulasikan keadaan ini dengan menyediakan sejenis SS yang lebih kreatif iaitu, sediakan lagu atau mp3 yang bermula dengan rentak sedih atau perlahan pada permulaannya (intronya) , yang benar-benar sedih, maka dengan ini frekuensi lagu tersebut sama dengan mood jiwa kita pada waktu itu, akan tetapi rentak lagu tersebut bertukar dengan rentak yang semakin bersemangat.Setelah kita dapat merasakan sedikit semangat dan kekuatan, barulah kita boleh bertukar kepada lagu-lagu berbentuk nasihat, gembira dan sebagainya.

Saya telah mencipta salah satu dari SS seperti ini, dan Alhamdulillah, ianya berjaya memberi impak yang cepat supaya saya dapat segera bangkit dan keluar dari kepompong mood yang negatif itu.

Sila klik mp3 di pautan ini untuk muat turun. (Klik pada tulisan berwarna hijau dibawah ini! bukan pada gambar dibawah!)

My Secret Shifter Revised.mp3

Bila dah keluar page itu, klik pada tempat yang ditunjukkan seperti gambar dibawah:



Anda juga boleh mencipta SS anda sendiri dengan kreativiti anda dan boleh juga kongsikan dengan pembaca-pembaca yang lain. Selamat mencuba!

Salam positif,

taalidi

1 ulasan:

  1. Saya dah donlod,timekasih sharing. Bila dgr masa memandu rasa macam nak racing kat F1 pulak. hee

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]