Rabu, 14 Julai 2010

Loa's meets Takaful Ikhlas


Alhamdulillah, Program '1 Day Seminar' bertajuk 'Anda Berhak Bahagia' telah diadakan dengan jayanya di Training Centre Takaful Ikhlas, Bangsar. Seramai 20 orang peserta telah menyertai program yang bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang ini, yang mana mereka adalah terdiri dari agen-agen Takaful Ikhlas yang mewakili beberapa negeri di Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan menerima maklum balas yang amat baik dari para peserta. InsyaAllah program LOA's bersama Takaful ikhlas akan diteruskan dari masa ke semasa.

Pada kali ini , slot Kepentingan Mengasihi Diri Sendiri (I Love Me) telah dikendalikan oleh Puan Hajjah Norhafizah dari Jemaah Islah Malaysia. Facilitator kali ini ialah saudara Fared Bin Arshad yang juga telah mengendalikan Slot 'My Secret Shifter'.








Jutaan terimakasih diucapkan kepada Puan Syarifah Sayuti yang sudi memberi laluan kepada kami untuk menjejaki peluang perkongsian di Takaful Ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]