Jumaat, 4 Jun 2010

Hukum Tarikan Yang Berkesan Pada Aku!!

ARTIKEL INI DIPETIK DARI LAMAN BLOG SAHABAT :

SUPERKHAIRULL Supermind Attracting Superlife


http://www.mindaokb.com/

Assalamualaikum…lama tidak dapat menjenguk blog kesayangan ni..sebelum Tahun Baru Cina hingga semalam sibuk menguruskan hal-hal keluarga. Alhamdulillah semuanya hampir selesai..Kali ini saya nak berkongsi pengalaman sebenar dengan ilmu-ilmu yang dah saya perolehi sepanjang beberapa bulan lalu..

Hukum Tarikan (LoA) menyatakan : “Setiap perkara yang kita fikirkan dan berikan tenaga dan fokus kepadanya akan tertarik dalam hidup kita”

Dalam erti kata lain – Kita adalah apa yang kita fikirkan. Hmm…itulah yang berlaku dalam hidup saya beberapa bulan yang lalu…sejak memperbetulkan cara saya berfikir banyak perubahan positif berlaku dalam hidup saya..di sini cuma saya nak kongsikan satu cerita benar yang berlaku sebelum Tahun Baru Cina tempohari.

Sebulan sebelum itu..saya yang masih bekerja ini memang memikirkan untuk mendapat bonus tahunan daripada majikan. Saya percaya semua pekerja-pekerja di luar sana memikirkan perkara yang sama. Cuma saya persoalannya saya tak tahu bila masanya majikan akan berikan dan yang paling penting berapakah jumlahnya.

Jadi melalui ilmu-ilmu yang sudah saya perolehi selama setahun lepas saya sangat teruja untuk mempraktikkanya. Tentulah..bila kita sudah berilmu tentunya kita disarankan untuk beramal pula. Ilmu yang bermanaafat sahaja tau!!..hehehe…So..saya pun berfikir-fikir untuk menetapkan berapakah jumlah bonus yang saya nak untuk kali ini dan bilakah pula masanya saya nakkan bonus itu…Majikan saya ni memang berkira sikit bila bab2 bagi bonus ni..(Sori Bos..hehehe)..Bila dah decide jumlah bonus dan masa yang saya nakkan saya pun mula membuat langkah-langkah berfikir dengan betul..Dengan penuh yakin saya hanya menunggu harinya sahaja…

Jeng..jeng..jeng….3 hari sebelum tahun baru cina sedang saya khusyuk membuat kerja-kerja pejabat tiba-tiba saya dipanggil untuk ke bilik akaun berjumpa akaun staff laa…dia pun terus cakap bos ada kasi bonus untuk u..saya dengan tenang melihat jumlah bonus yang ditunjukkan itu..waktu saya lihat jumlah bonus tu saya rasa badan jadi ringan dan hati saya terus mengucapkan SYUKUR kepada ALLAH… pertama kerana jumlah bonus tu dan kedua dan paling penting adalah apa yang saya inginkan (mohon) 100% tertulis kat situ..Subhanallah!!. Memang jumlah yang saya hendakkan tepat-tepat tertulis kat situ pada masa yang saya tetapkan. Maha Suci Allah. Syukur alhamdulillah kerana walaupun jumlahnya tidaklah terlalu banyak tapi yang lebih penting ilmu yang saya pelajari berkesan setelah diamalkan….

Mungkin ada yang berpendapat itu hanyalah satu kebetulan…hmm..wahai pembaca-pembaca blog sekalian..satu perkara yang perlu anda tahu di sini…Tidak ada satu perkara pun yang berlaku di dalam dunia ini terjadi secara kebetulan…maksudnya semua perkara yang berlaku atau terjadi adalah dengan BERASBAB (bersebab)…Mungkin ada yang bertanya “kalau begitu mengapa ada istilah kebetulan di dalam hidup kita” , jawapanya mudah sahaja – kita gunakan istilah kebetulan pada sesuatu perkara kerana kita tidak tahu apakah atau mengapa perkara itu terjadi kerana kita sendiri tak mahu cari asbabnya, malas nak ambil tahu, memang tak tau atau buat-buat tak tau.. Maka jelas sekali di dalam Al Quran secara terang-terangan Allah telah menyatakan “tidak akan bergerak sedikit zarah pun melainkan dengan izinNya”. Jadi kita sebagai manusia hanya perlu tahu dan melakukan perkara yang betul untuk mencapai segala hajat dan keinginan kita. Hukum Tarikan sentiasa berlaku dimana-mana tanpa mengira masa dan siapa kita. Cuma kita perlu tahu menggunakan nikmat Allah ini.

Untuk kali ini..itulah perkongsian tidak seberapa saya ini..harap anda semua memperolehi kebaikan daripadanya..Akhir kata “Kita adalah apa yang kita fikirkan”. Ok jumpa lagi di lain post..bye

Supermind Attracting Superlife,

Khairull AJ 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]